Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Tuesday, September 28, 2010

MAGIKA SERABUT???LAWAK???PARODI???

Genre:
Musical
Status:
In Cinemas 23rd Sept 2010
Director:
Edry Abdul Halim
Language:
Bahasa Malaysia

Cast:

Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle,
Fimie Don, M. Nasir, Mawi,
Maya Karin, Nabil, Ning Baizura,
Sharifah Aleya, Sharifah Amani,
Vanidah Imran, Ziana Zain

Salam semua, post aku kali ni adalah berkenaan MAGIKA sebuah filem terbaru keluaran KRU studio. Persoalan yang timbul bagi penonton yang tengok cerita ni kat wayang adalah serabut,lawak,parodi.. Meh aku terangkan satu per satu tentang cerita ni.  Jalan cerita yang segar telah ditonjolkan oleh Edry KRU. Tapi aku ada beberapa kritikan yang boleh aku kritik untuk filem ni.

Aku explain kat korang dulu pasal jalan cerita MAGIKA. MAGIKA adalah cerita mengenai seorang kakak (diana danielle) mencari adik dia yang sesat di alam MAGIKA. Dalam proses pencarian, Diana Danielle bertemu dengan beberapa watak lagenda cerita Melayu seperti:
1) Puteri Bunian
2) Pak Pandir
3) Mahsuri
4) Awang (dari cerita lembing awang pulang ke dayang)
5) Hang Tuah and the geng.
6) Badang
7) Orang Minyak
8) Nenek Kebayan
9) Penunggu Tasik Chini.

Kebanyakan bahagian dalam filem ini mempunyai selingan muzikal atau nyanyian (sesuatu yang segar dalam filem Melayu).Apabila Diana danielle bertemu dengan Badang (Mawi) dan Badang menolong Diana mencari adiknya. Adiknya ditemui di rumah nenek kebayan kerana nenek kebayan telah menculik adiknya untuk mengambil air mata kanak-kanak untuk dibuat ramuan untuk jamu awet muda. Selepas adiknya diselamatkan, Badan menolong Diana Danielle dan adik dia untuk keluar dari alam MAGIKA melalui batu belah batu bertangkup.

Okey mengenai keserabutan cerita ini pula, elemen-elemen CGI yang terlalu banyak telah menyebabkan penonton berasa serabut sebab elemen CGI yang tidak diperlukan juga dimasukkan bersama-sama. Apa yang lebih serabut adalah, kehadiran watak yang terlalu banyak didalam cerita ini yang kadang-kala hanya keluar dalam beberapa saat tetapi mempunyai cerita tersendiri. Ini membuatkan penonton lagi-lagi aku tak puas sebab aku ank tengok lagi kehadiran watak tu dalam cerita ni. Watak yang dimaksudkan adalah watak orang minyak(Nabil), Belalang (Haziq Tom Tom Bak), dan Pak Belalang (Zaibo). Mungkin pendekatan Edry untuk memasukkan semua unsur-unsur lagenda Melayu yang terkenal didalam filem ini telah membuatkan ianya kelihatan serabut.

Hang Tuah mengatakan Awang(Norman Hakim) berkhalwat dengan Diana Danielle(Ayu)

Hang Tuah and The Gang bertutur dalam dialek utara.

Parodi?? mesti korang nak tau apa itu Parodi. Parodi adalah sebuah filem yang dibuat untuk mengenakan sesuatu cerita lain. Parodi yang dilakukan didalam filem ini cukup menjadi apabila pendekatan Edry yang menjadikan cerita legenda Melayu sebagai parodi berhasil. Ni terjadi sebab kebanyakan penonton di Malaysia rata-rata tahu mengenai cerita lagenda Melayu. Antara bahagian-bahagian lawak parodi adalah:

1)Pertemuan dengan Pak Pandir(Aznil) yang gatal dan suka kepada perempuan muda.
2)Pertemuan Diana danielle dengan Mahsuri yang langsung tidak reti berbahasa Melayu.(Mahsuri cakap bahasa Siam)
3)Hang Tuah and the geng bertutur mengunakan dialek Utara walaupun dari Melaka.
4)Rumah Badang busuk sebab Badang minum muntah.
5)Puteri Gunung Ledang menjadi tua dan gemuk.
Effect CGI yang telah mengabungkan lebih daripada 6 Puteri Bunian(Maya Karin) didalam satu frame.

Banyak lagi sebenarnya unsur-unsur lawak parodi didalam cerita ini yang begitu menghiburkan. Bagi aku yang memang gemar menonton wayang, cerita MAGIKA ni aku bagi rating 3/5 bintang. 3/5 ini dah cukup bagus untuk filem bergenrekan komedi muzikal. Bagi aku cerita ini adalah salah satu cerita Melayu yang korang boleh tengok diwayang. Sebab effect CGI yang digunakan aku rasa hanya sesuai untuk ditonton diwayang. So apa lagi, start enjin kereta & pergi lah ke wayang berdekatan anda. 

Penghabisannya,Aku bagi satu tabik spring dekat KRU kerana mempunyai effort untuk membangunkan dunia perfileman negara. Sekian review tentang MAGIKA dari aku.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...