Pages

Wednesday, October 20, 2010

KERETAPI BERNAMA MONOREL!!!

Gambar ihsan dari MStar Online
Gambar ihsan dari Berita Harian Online

Salam pembaca-pembaca sekalian. Post kali ni aku nak share sikit tentang monorel terbaru di Malaysia yang beroperasi di Melaka. Reka bentuk monorel ini berlainan dengan monorel yang terdapat di Kuala Lumpur.Monorel ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini. Sistem monorel ini dibangunkan dengan kos berjumlah RM15.9 juta.

Monorel tiga gerabak ini boleh memuatkan seramai 24 orang penumpang. Monorel ini juga dikatakan mampu untuk menarik sekitar 260ribu pelancong dalam satahun. Bertambah majulah Melaka lepas ni. Laluan bagi fasa pertama ialah dari Jambatan Hang Jebat hingga Jambatan Hang Tuah sejauh 1.6 kilometer.

Jikalau kita lihat, kerajaan negeri Melaka begitu komited untuk memajukan industri pelancongan negeri terbabit. Selepas projek sungai Melaka dan eye of Melaka, projek monorel yang sudah siap untuk beroperasi ini adalah satu lagi tarikan kepada pelancong. Jadi lepas ni kita tak perlulah melancong jauh-jauh. Melancong ja ke Melaka.

Diharap agar negeri Melaka boleh membangun dengan lebih maju lagi dalam industri pelancongan. All the best Melaka. Semoga terus maju dari hari ke hari. Cheers.

5 comments:

  1. baru tau melaka dah ada monorel..huhu

    ReplyDelete
  2. lorrr? nape x wat monorel ni dr ukm.
    hohoho...bolah balik selalu.. =)

    ReplyDelete
  3. hahaha.... saya pun baru tau ade monorel kat Melaka... dari UKM naik komuter la, singgah kat KL pastu naek monorel KL... haahaha

    ReplyDelete
  4. hmm..xsangka melaka dah ada monorel..hebat

    ReplyDelete
  5. untuk pengetahuan semua. monorel ni baru sahaja rosak selepas 4 jam dibuka. sebab teknikal.. ehhehe... apa2 pun, Melaka is the besh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen dipost ini. Jangan lupa tinggalkan link kalau ada cerita menarik. Lagi satu sila la letak nama senang sikit nak reply nanti. Tq Again. - Hakimy Jury