Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Monday, May 23, 2011

AKU ANTI RACISM!!!


Hate & Fcuk Racism. Aku memang sangat membenci racism. Maybe korang ada baca dekat blog AkuSerabut tentang sebab apa dia benci racism. Sekarang ni aku pulak nak tulis kenapa aku membenci sangat rasicm. Kalau korang perasan, kita semua sama. Semua sayang bangsa dan agama masing-masing.

Kisah 1:
Minggu lepas ondaway aku balik KL dari Bangi, ada satu kereta kancil ni sangat langsi. Mula-mula himpit aku lepas tu potong aku sambil tunjuk Fcuk kat aku. Yang paling aku marah sebab, dia dah dekat depan kereta aku boleh saja je tarik handbrake nak langgar aku. Memang wathell betul. Orang yang bawak kereta tu orang berbangsa cina. Aku masa tu bengang jugak la.

Aku ingat tadi tu dah cukup marah. Ni ada pulak mamat moto langgar side mirror kereta apek depan aku. Dah langgar boleh usha slack kat apek tu sambil angkat tangan tunjuk Fcuk pulak. Kali ni mamat moto tu orang melayu. Bila dicongak balik melayu ke cina ke india ke bila marah semua sama je. Bukan Cina je langsi, Melayu pun sama jugak. Sebab tu aku sangat benci kepada orang yang rasis ni. Bagi diorang bangsa diorang paling bagus padahal dua-dua sama ja. Kalau diorang tak pikir "Haram betul Melayu/Cina ni" takkan jadilah semua benda tadi.

Kisah 2:
Yang ni bab politik. Kenapa perlu mainkan sentimen bangsa/kaum kalau nak berpolitik. DAP , Perkasa, Umno, Hindraf sama je. Semua nak cakap bangsa diorang hebat. Dah 53 tahun merdeka duduk sekali. Takkan nak rasis lagi. Aku sangat tak paham. Padahal kalau bekerjasama lagi untung negara ni. Nak kata Malaysia orang melayu punya tak jugak. Nak kata cina atau india tak jugak. Malaysia ni adalah negara hasil semua bangsa.

Penduduk sebenar Malaysia ni kalau dicongak balik sebenarnya hanyalah orang asli.Sebab diorang memang dari zaman batu ada dekat Malaysia ni. Melayu asal dari mana?? ada asal jawa, sumatra, kalimantan, siam, minang. So kiranya orang Melayu pun adalah asal dari luar. Tak payah nak bangga sangat. Bagi cina dan india memang for sure la dari China dan India. Kita sama je. Semua menumpang atas tanah yang pada asalnya bukan milik kita. So tak perlu la nak rasis.

Pasal politik ni, tak ada siapa yang bagus. Pasal kes video, semua bangsa ada seperti skandal seks Chua Jui Meng, melayu pun ada skandal seks Anwar Ibrahim, india pulak dengan skandal video VK Lingam. So siapa bagus. Semua tak bagus la macam ni.

Aku bukan apa, aku tengok sekarang ni rasicm ni dah melarat sangat dekat negara kita. Aku dulu masa sekolah kawan je dengan semua orang. Ada kawan melayu, ada kawan cina ada kawan india malah singh pun aku kawan. Aku tak suka hidup dalam berpuak-puak. Sebab apa aku baik dengan AkuSerabut sebab dia orang siam dan berfikiran sama dengan aku. Iaitu anti racism. 

Mungkin penulisan aku ni ada yang macam tak ada kena mengena tapi disebalik semua tu aku nak tekankan yang KITA SERUPA. Yang berbeza cuma dalam diri kita. So tak perlulah bergaduh sana sini cakap bangsa aku bagus, bangsa ko tak bagus. Dan tak molek kalau kita mengutuk bangsa orang lain sebab bukan dia yang pilih bangsa dia, tapi memang lahir-lahir dah macam tu. Korang renung-renungkan lah. Siapa yang terasa buat-buat je la tak paham. Sekian, Cheers.


3 comments:

Unknown said...

worait nanti aku join sekali. pekena 1 entry anti racism.

aRaN said...

aku anti-kimy hahahha lawak ja bro..
nice. sbb itu la kita boleh lepak sembang sampai mati bro. nice to hav u as my fren.. tacing tak wakakaka

Syafiqah Sabki said...

nicelah kimy,bagus ang punye pemikiran tuh..giyeeah support anti racism

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...