Ko nak tembak siapa tu Amir?? |
Paling best pun dengan memerli peserta lain atau juri. Satu lagi cara si Amir ni dengan berinteraksi dengan penonton di studio. Amir, amir amir,ko dah melukakan hati penonton di rumah yang terpaksa melanggan pakej Astro Mustika berharga Rm12.95 hanya untuk melihat dikau bersembang dengan penonton di studio. Yang paling menarik, Ahmad Idham pun sampai boleh sampaikan kata-kata ini kepada Amir "Amir, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Senyap terus Si Amir ni.
Aku dengan penuh harapan bahawa Amir akan tersingkir minggu ke 6 kecewa guling-guling disebabkan si Amir ni diselamatkan kerana tiada penyingkiran. Whut The Fish. Astro singkirkan jela si Amir ni buat membazir kredit je peminat-peminat Amir ni undi. Mustahil untuk Amir menjadi Maharaja Lawak dan pada pendapat peribadi aku, Amir tak layak masuk Maharaja Lawak langsung.
Walaubagaimanapun, thumbs up kepada peserta Maharaja Lawak yang lain seperti Jambu, Nabil, Sepah, Jozan, Balas dan Man yang telah memberikan mereka yang menonton di depan tv setiap jumaat ni kepuasan dengan lawak anda. Para juri yang adil lagi bijaksana aku merayu untuk tidak backup langsung Si Amir sebab peningkatan Amir tak setara langsung dengan apa yang diperlukan untuk masuk ke Maharaja Lawak. Dengan rasa yakin aku berharap agar tidak perlu lagi melihat muka Amir dalam pentas Maharaja Lawak minggu depan. Please stop voting him. Buat buang beras je undi.Tak kira la orang selangor ke orang terengganu ke orang kelantan ke, tak yah la korang nak undi Amir. Kalau ada yang merasa entri aku agak harsh dan kasar menyerang individu, aku sebenarnya tulis untuk kebaikan dunia lawak tanah air. Sekian, Cheers.
No comments:
Post a Comment