Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Showing posts with label Tentang aku. Show all posts
Showing posts with label Tentang aku. Show all posts

Friday, October 21, 2011

MAK BAPAK DONT PLAY-PLAY !!!

Aku ingat lagi masa sekolah, kalau cakap je nama bapak atau mak mesti gaduh. Contoh bapak aku nama Johan. Pastu ada budak cakap, ko ni Johan lumba lari haritu kan. Gerenti boleh buat gaduh punya. Betul tak? Balik mengadu kat bapak. Pastu bapak kita pun buat tak dengar je. 

Tu zaman sekolah, aku ingat dah abis sekolah ni dah tak da la camtu. Korang tau la mulut aku ni puaka sikit. Nak dibuatkan halnya, adalah seorang budak lepasan SPM ni. Aku pun tak paham kenapa dia perlu naik angin dengan statement aku di FaceBook yang aku rasa tak da la menghina atau mencerca mak dia pun. Ayat aku macam ni:

"Tak pe bro, dia tengah tunggu belanjawan mak dia bagi. hehehe"

Sebab ayat tu dia keluar la statement yang pelbagai jenis seperti dibawah:

"Apa main mak-mak ni, aku tau berdikari tak guna duit mak dan blablablabla........"

Mula-mula aku rasa bersalah tapi bila pikir dua kali nak tergelak. Sebab teringat lagi zaman sekolah. Boleh gaduh sampai baling-baling kerusi la kalau kaitkan mak bapak dalam percakapan seharian. Bukan apa, budak lepasan SPM ni sehari sebelumnya ada bagitau aku dia tengah tunggu duit mak dia bagi nak buat beli barang. So aku keluarkan je balik statement dia. Salah kah aku??

Takpa tu satu cerita yang agak dumbass. Ni ada satu lagi cerita pasal member aku kutuk aku depan-depan dan aku cool je. Kalau ikutkan kes ni boleh buat bertumbuk, tapi aku bukan budak sekolah lagi, aku dah masuk U so pikiran pun matang la sikit. Ni kronologi kes aku pulak.

Aku telefon sorang budak Serabut (S) ni,

Aku: Hello Serabut, amacam teater aritu dapat nombor berapa?
S: Ha kimy, kitorang tak dapat nombor, tapi dapat anugerah dari bapak ko.
Aku: Anugerah ape dari bapak aku?
S: Anugerah ape lagi kalau bukan Anugerah Jury.
Aku: Farkkk U serabut, hahahahha. Nasib baik bapak aku ada, kalau tak, ape pun korang tak dapat.
S: Betul gak tu. K la aku nak sambung tido.
Aku: Yela yela camtu la member.

Untuk makluman korang, nama bapak aku agak unik iaitu Jury. Banyak kali la aku dipermainkan sebab keunikan nama bapak aku seperti "inJURY", "JURY untuk pertandingan hari ini", dan lain-lain.

Bagi aku benda ni cliche. Tak ada apa yang perlu dimarahi kalau dalam situasi sedang melawak. lain la kalau dia cakap bapak aku vavi ke, tu boleh la buat makan kaki. So dalam apa benda pun jadi la matang, pikir benda tu adakah saja-saja melawak atau serius. Tu je la kisah aku, kalau tak paham just abaikan, kalau paham teruskan membaca entri seterusnya. TQ, Salam, Cheers.

BACK IN ACTION WITH AN APOLOGY


Weeeewitttt. Dah lama gilaaa aku tak update ini belog. So sorry pada rakan-rakan blogger yang selalu jalan-jalan kat sini. Ada beberapa sebab aku tak update belog. Antaranya adalah kerana:

1. Pakai BerukBand ni membuatkan nafsu aku untuk update terencat.

2. Busy dengan tugasan sebagai student dan photographer separuh masa.

3. Masih mencari identiti untuk menulis belog.

4. Yang paling membuat aku down adalah kerana blog member aku semua dah meletup-letup macam belog AkuSerabut. Siapa tak kenal Akuserabut yang sinonim dengan perkataan "Tetek"


So sekembalinya aku menjadi keyboard warrior ni, aku akan make sure yang new fresh idea will come up soon. Aku sebenarnya tengah jadi BBNU speaking english. So hopefully korang tak pening la baca belog aku ni kalau bahasa campur-campur. 

Ada beberapa perkara baik dan tak baik berlaku dekat aku sepanjang bercuti ni antaranya ialah:

1. Eksiden motor. Tangan membengkak sampai sekarang macam cacat je jari telunjuk aku.


2. Lens aku pecah. Terbang few hundred bucks. Demmm.


3. Beli hp baru. BelekBeri tuh. Add la BBM aku yek.


4. Gaduh dengan member sebab aku cakap mak dia yang bagi dia duit. (Stupid asshole punya gaduh)


Banyak lagi benda jadi tapi tu je yang sangat menusuk kalbu dan segar dalam ingatan. Aku akan buat satu entri house warming berkenaan apa yang aku telah alami sepanjang bercuti panjang selama beberapa bulan ni. Dalam masa few days juga, aku akan renovate belog aku ni. Korang tak yah tunggu-tunggu, kalau dah renovate tu harap-harap boleh la singgah belog aku balik. TQ, Salam Cheers.

Friday, January 28, 2011

MOTOR AKU SAKIT TERUK !!!

Salam bloggers semua, disebabkan aku dah tak da modal, aku pun tulis la pasal motor. Mana yang baru follow aku tau aku ni peminat motor berkuasa besar. Tapi hasrat untuk memiliki belum kesampaian. Tapi aku sekarang tengah dalam usaha untuk membaik pulih motor warisan iaitu motor bapak aku yang bapak aku bagi kat aku oleh kerana ketaksuban aku terhadap motor berkuasa besar. Ni gambar motor tu yang sangat uzur.

Ini bukan Jaguh Ini adalah Kawasaki Eliminator 250 tahun 1995
Dan misi aku adalah untuk modified motor aku ni. So aku pun buat la sikit drawing atas Photoshop dan ini hasilnya.

Nampak buruk sebab aku malas nak photoshop betul-betul
Okey dah dua gambar motor aku, so aku nak mintak tolong sesangat korang undi beberapa gambar motor dibawah ni sebab aku masih kekeliruan identiti untuk buat balik motor aku ni.

Calon No. 1

Calon No. 2

Calon No. 3

Calon No. 4

Calon No. 5

Okey sekarang kau beri penghormatan dekat blogger-blogger untuk memilih antara kelima-lima calon diatas yang mana lagi afdal untuk aku ikut dan buat kat motor aku ni. As a reward, bagi gambar yang korang pilih tepat, aku akan letak khas kotak link dekat sidebar aku ni. So pilih yang mana yang korang berkenan k. Sekian dari aku, Salma, Cheers.

Thursday, January 27, 2011

PERASAAN KE PERASAN NI!!!!



Salam dan selamat pagi too all blooger di luar sana. Setelah sekian lama aku tak menulis hari ni aku gagahi jua diri ini untuk menulis sebuah artikel bertajuk PERASAAN KE PERASAN!!!!

Well well well, apa maksud perasaan?? Perasaan adalah sesuatu yang kita sebagai manusia rasa didalam hati ni terhadap sesuatu. Mencintai Tuhan, ibu bapa, malah kekasih juga adalah sebuah perasaan yang automatik hadir dalam diri kita. Apa pulak perasan??? Perasan adalah keinginan kita untuk sesuatu yang bukan hak kita.

Aku bukan nak jiwang tapi aku nak share dekat korang tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup aku. Antara lelaki dan perempuan mana lagi punya perasaan??? dan mana yang perasan??? Tak aku nafikan wanita perasaannya lembut dan lelaki hanya perasan tak sudah je. Jadi secara mudahnya, perasaan lelaki ni lagi mendalam oleh kerana ego yang tinggi.

Contoh 1: Aku pernah tengok sendiri kawan aku yang tough, hensem, macho, sekali putus cinta macam hilang arah tuju. Yang si perempuan pulak buat muka tak da perasaan. Si lelaki ni tak sudah-sudah perasan yang dia masih punya harapan untuk dirinya kembali dicintai. Tapi sorry la ko hanya perasan je beb.Apa yang boleh aku tolong adalah menaburkan kata-kata hasutan memburukkan perempuan berkenaan untuk menenangkan hati dia. Benda ni jarang aku nampak tapi sangat-sangat la unik. Betul kadang-kadang orang cakap, orang yang paling kita cinta adalah orang yang paling susah untuk dicintai.Ego lelaki selalunya boleh mudah tercalar oleh kerana seorang wanita @ perempuan. Benda ni pun turut berlaku kepada wanita. So bagi aku, kalau dah saling mencintai, jaga hubungan tu sebaik mungkin. Mungkin ada kekurangan dia tapi kita apa kurangnya juga. Betul tak???

Contoh 2: Sedih untuk aku tulis tapi macam mana perasaan korang kalau seseorang yang korang jaga dari kecil sampai dah besar membuat keputusan untuk membelakangi korang. This thing happen in real life, banyak sangat aku rasa berlaku. Oleh kerana cinta & sayang, jasa dilupakan. One old man have cry badly for a week long because of her only child choose his/her way to be married with someone that he(old man) didn't even know. Apa yang korang boleh rasa??? Jangan rasa sebab memang pedih sesangat perasaan korang nanti. Tapi semuanya terjadi kerana ada hikmah. Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditangan tuhan. Betulkan. In this case, jangan terlalu perasan yang korang betul dan semua yang diorang buat salah. So tak boleh salahkan siapa-siapa, apa yang boleh dibuat adalah kembali kepada yang Maha Pencipta. Tuhan tahu segala-galanya.

Penulisan aku ni maybe agak kasar dan semuanya bukan fakta dan hanya penulisan seorang manusia. Segala yang baik korang ambil, mana yang korang rasa cam hampeh buang jauh-jauh. Tak perlu mengata aku just minta tolong korang baca (itupun kalau sudilah). Akhir kata dari aku, Dunia Belum Berakhir. Masih ada masa untuk kembali. Sekian, Salam, Cheers.

Monday, January 3, 2011

ALHAMDULILAH TERCAPAI JUGA HASRAT UNTUK BELI KAMERA UNTUK MAK AKU !!!!!

Salam semua bloggers, semalam aku ada cakap aku nak keluar beli hadiah. So aku pun gi la jalan-jalan dekat Low Yat. Aku bercadang nak belikan mak aku digital kamera kongsi duit dengan abang aku. Aku pergi la satu kedai ke satu kedai. Macam-macam kamera aku jumpa dari Lumix, Canon sehinggalah ke Nikon. Bila sampai dekat kedai Nikon, aku terjumpa satu kamera ni. Aku memang suka dengan function dia. Kamera Nikon S1000pj. Kamera Nikon ni bukan sahaja boleh tangkap gambar tapi boleh dijadikan portable projektor.

Nice really nice. Aku dok tanya promoter tu dan dia pun explain function kamera ni. Kamera ni mempunyai 12.1 megapixel dengan LCD screen seluas 2.7 inch. Kamera ini turut dilengkapi dengan smile detection function. Function ni berfungsi untuk menangkap gambar secara automatik jika sensor kamera mengesan senyuman. Menarik betul. Yang paling best, kamera ni mempunyai fungsi dimana boleh menjadi projektor berskala kecil. Aku try-try projektor ni memang best juga la. Gambar clear dan sharp dan juga boleh dibesarkan sehingga 40 inch. Besar TV LED tu.

Aku beli yang warna silver. Hitam nampak biasa sangat.

Clear macam ni la gambar projektor dia. Tapi syarat wajib mesti dalam keadaan gelap tanpa ada sebarang lampu.

Aku cuba main ayat lagi dengan promoter tu dan dia pun dengan baik hati memberi free gift yang sangat banyak. Apa yang aku dapat adalah seperti berikut:
  • Mini Tripod x3
  • Nikon towel x2
  • Memory card 4gb x2
  • Travel kit bag x1
  • Laptop sling bag x1
  • Camera case x1
  • Warranty kosong. Tak tulis tarikh punya. x1
 
Banyak tu aku tanpa berlengah lagi terus mengeluarkan duit yang tak berapa banyak beli kamera ni. memang layanan yang aku terima masa beli kamera ni adalah yang the best dari Nikon Promoter itself.Sebab aku ni pengguna Canon. Semua kamera aku dari dulu adalah Canon. Seronok sangat mak aku dapat hadiah dari aku dan abang aku ni. Lepas ni banyak la gambar yang mak aku tangkap. Sekian, Salam, Cheers.

Saturday, January 1, 2011

NO KOMEN !!!!!

Salam semua bloggers dan selamat pagi dunia.

Yes tajuk aku best iaitu NO KOMEN??? What the Hell. Apa sudah jadi ngan aku sampai tak bagi orang komen belog aku. hahahahaha. Bukan macam tu maksud aku. Korang boleh komen tetapi mestilah kena pada tempat dan perkataan yang korang guna. Kalau korang rasa perkataan itu adalah carutan atau tidak sesuai digunakan tidak perlulah korang guna ok. Tapi itu semua terpulang dekat korang la, korang yang nak komen bukan aku kan.

Bukan apa, kalau korang mencarut berbagai pun tak guna. Nanti sorang sorang mencarut dalam belog aku last-last dari post entri aku mengenai Ayam tukar jadi Babi pulak. hahahahaha. Get what i mean??? Kalau tak dapat abaikan.

Untuk pengetahuan semua jugak. I love hot story. Benda hot adalah benda yang kita suka baca betul tak??? Kalau semuanya suam-suam kuku dunia belog just boleh jadi dairi kehidupan je. So more and more hot stories yang akan aku bawa dalam pelbagai bentuk samada politik, hiburan, sukan, tempatan dan apa-apa sahaja yang hot la.Macam surat khabar pulak dah.

I will keep blogging sampai aku tak larat dah. hehehehehhe. Teruskan menyokong belog aku. terima kasih kepada mereka yang menyokong. Pesanan aku: Baca betul-betul, nilai betul-betul kalau aku ada tulis salah, korang komen la apa lagi. hehehehehehe. Sekian, wasalam, Cheers.


HAPPY NEW YEAR & THANKZ SO MUCH!!!!

 HAPPY NEW YEAR!!!! 2011 IS IN DA HOUSE!!!!

Selamat Tahun Baru. Pejam celik tup tup dah masuk 2011. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tahun lepas. Tahun ni kita teruskan kelancaran itu. Apa azam aku??? Tahun ni aku bertekad untuk tidak mempunyai apa-apa azam. hahahaha. Simple senang je. Just go with the flow. Okey aku juga ingin mengucapkan terima kasih bebanyak dekat blogger-blogger yang sudi lawat belog aku sepanjang tahun lepas. Jangan lupa singgah lagi ok nanti.

Sebelum ni aku ada tulis artikel mengenai Teman Wanita Khairul Fahmi(ayat nak skema). Sambutan yang belog aku perolehi cukup memberangsangkan. Tapi still tak boleh lawan belog Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Paul Tan dan macam-macam lagi. Tapi aku sangat berterima kasih sebab ni kali pertama aku dapat page view unique sehingga 500++ dan juga komen sehingga 50 komen. Thankz guys and girls yang sudi untuk meluangkan masa memberi pendapat tentang artikel yang aku tulis tu. Sebelum ke acara kemuncak, aku nak share dekat korang print screen nuffnang untuk unique view. (jakun gila aku ni) Lantak la, jom tengok.

Sebelum aku post entri tu, jumlah visitor aku tak lebih 10 sejam. Lepas aku post je, terus mencanak naik sampai 50 visitor. Thankz semua sebab memeriahkan entri akhir tahun aku ni.


Tu korang tengok la sendiri. hehehehe. Sikit je tu tapi ni first time menerima kunjungan hormat sebanyak ini. So kini sudah samapi ke acara kemuncak. Aku nak bagi hadiah dekat semua yang komen dalam entri aku tadi. Aku akan sharekan link korang dekat belog aku ni. So buat mereka yang drop by my belog, jangan lupa klik-klik link ni ok.



syafiQakarim                      http://syafiqakarim.blogspot.com/

molmolla                              http://kupasrah.blogspot.com/

azhar                                    http://pcsystemtutorial.blogspot.com/

Alexandriana Alia               http://dihatisara.blogspot.com/

Anaeeim                              http://shoesonthecobblestone.blogspot.com/

Qamarul                              http://qamaruluramaq.blogspot.com/

Jejaka Terhangat               http://jejakaterhangat.blogspot.com/

Zuana                                  http://zuanadeardiary.blogspot.com/

Azi Huhu                             http://azilvjournal.blogspot.com/

Kahirie                                http://mimpiyangbasah.blogspot.com/

Mama Zharfan                   http://suzie284.blogspot.com/

Kodet                                  http://kodetguide.blogspot.com/

armie::parc::udinc             http://armie90.blogspot.com/

Echin Nadiossa                  http://akubercandadidiarymaya.blogspot.com/

si pendek & moody           http://bintangzither.blogspot.com/

daylachan                           http://daylachan.blogspot.com/

cplud miera                         http://pludcorner.blogspot.com/

aina                                     http://nanaflipflop.blogspot.com/

mien                                    Awat tak bagi link belog.

ellis suriyani                       http://ellissuriyanis.blogspot.com/

Mar                                    http://lambaiansyahdu.blogspot.com/

Hasrol Nizam                     http://www.hasrolnizam.com/

Atiqa Arazmi                      http://tarantulahitamberkasutmerah.blogspot.com/

Miss Shizu                         http://cruelgurlz.blogspot.com/

Berabus                             http://zatiezack.blogspot.com/

safura zahari                     http://lipslikesugar87.blogspot.com/

misSbLurRy                      http://kusutmusutkehidupan.blogspot.com/

naem glizzy                        http://naemglizzy.blogspot.com/

azuin                                  http://coretanyiewin.blogspot.com/

ika honey bunny               http://cutsiewootsiehoneybunny.blogspot.com/

JIJI YU                             http://nesloo.blogspot.com/

Katak Ijau                        http://katak-ijau.blogspot.com/

Bella Luna                        http://manishanismanis.blogspot.com/

Huda                                 http://hudahyedo.blogspot.com/

fezaL Mohd                      http://fizal2310.blogspot.com/

Encik Psychopath             http://babipunyestalker.blogspot.com/

si suraya                            http://sisuraya.blogspot.com/

julietanna                           http://julietanna.com/

aion                                    http://aion-isation.blogspot.com/

Mimi !                                http://shutupstupidcupid.blogspot.com/

Ain Zulaikha                      http://ainzulaikhas.blogspot.com/

 

Sekali lagi thankz semua sebab berani mengutarakan pendapat di belog aku. Happy New Year kepada semua blogger dan aku harap tahun ni akan lebih Baik Punya! dari tahun lepas.Jangan lupa singgah dekat belog aku lagi. Sekian melaporkan, Hakimy Jury. Salam, Cheers.

Monday, December 27, 2010

MALAYSIA 3-0 INDONESIA FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 FIRST LEG TAHNIAH!!!!!

Bersama geng blog aku iaitu Aran(AkuSerabut) dan Iznul(EI&E).





Salam pembaca sekalian. Tadi aku dan rakan-rakan aku yang bersemangat waja ni turun ke Stadium Bukit Jalil untuk menyokong pasukan kebangsaan. Nyata sokongan kami tidak sia-sia apabila Malaysia mudah menundukkan Indonesia 3-0. Memang puas sampai peluk orang sebelah ntah tak kenal sapa. Apa yang lagi best, seawal jam 4.30 petang kitorang dah terpacak dekat stadium. Penyokong Indonesia dah memenuhi tempat duduk diorang dan aku ingat penyokong Malaysia tak ramai. Tapi jam 7 malam keseluruhan stadium penuh dengan penyokong Malaysia.

Penjajahan tempat duduk pun berlaku sebab tak cukup tempat duduk. Semua tempat duduk Indonesia yang kosong penyokong Malaysia jajah. Padan muka. hahahahaha. Apapun tahniah Malaysia sebab menunjukkan permainan yang sangat menarik dan tidak menghampakan kami semua. Sedikit info mengenai perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Indonesia:


Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.
Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.
Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Tahniah sekali lagi buat Malaysia. Untuk pengetahuan korang juga, kemungkinan pusingan akhir kedua tidak akan diadakan di Indonesia kerana penyokong Indonesia merusuh semasa membeli tiket di Indonesia dan mengakibatkan beberapa kemudahan di stadium rosak. Untuk berita selanjutnya lihat di Berita Harian.

Next post aku aku akan cerita mengenai Typical Malaysian bila tengok bola. tunggu. Sekian, Salam, Cheers.

Monday, December 20, 2010

THANKZ CHIAKI SAKIYURAI!!!!

Salam semua. Berita gumbira aku terima hari ni selepas kesibukan duniawi aku. Belog aku telah direview oleh kawan aku iaitu Chiaki Sakiyurai atau nama timangan Ikin. Mula-mula baca sejuk hati aku sebab dia ucap happy birthday kat aku dalam belog dia tapi sekali baca sampai habis makan dalam jugak la sebab ngumpat aku.

Chiaki ni untuk pengetahuan korang adalah classmate aku di UKM. Dia teramat banyak tolong aku cuma satu je dia tak tolong iaitu sign attendance aku dalam klas. hahahaha. Chiaki ni sifat dia macam mak mak sikit. Sebab tu banyak volunteer tolong aku. Umur lebih kurang aku gak si Chiaki ni tapi bajet akak sangat. Maybe sebab sifat yang aku cakap tadi tu dia perasan dia akak. hahahah.yang paling penting statement dia ialah         "budak ni baik" hahahaha. TQ bebanyak. bodek la tu.

Apa yang korang kena tau pasal dia ni adalah seperti berikut:
- lahir tahun 1990
- kelahiran Negeri Sembilan
- dah ada Boipren nama ....... (dirahsiakan kerana berkait rapat dengan pasukan pertahanan negara)
- tinggi dia kurang 3 inci dari aku.
- suka pow aku (belanja dia makan)

So untuk lebih mengenali Chiaki ni sila lihat dibawah.
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

chiakisakiyurai.blogspot.com

nie dia review pasal aku. Thankz Ikin. jasa mu ku kenang.

Gambar zaman muda-muda aku ambil dari belog chiaki. Tahun 2008

Akhir kata dari aku, singgah la belog chiaki ni dan follow la dia. hehehehehe. Sekian, salam, cheers.


Sunday, December 19, 2010

GEMBIRA, DAN BERSYUKUR SESANGAT!!!!

Salam readers semua, segan la aku nak cakap tapi aku cakap jugak la. Hari ni bufday aku, so Selamat Hari Jadi kepada diri aku sendiri. hehehehe. Sebenarnya aku baru lepas celebrate bufday aku yang diacarakan oleh Sheryll Samad di NZ Garden dekat dengan KLCC tu. Okey statement tu betul tapi ada sikit kelentong la. Sebenarnya aku baru balik daripada Honda Dream Nights dan memang dreams aku la. Honda Dream Nights adalah malam pelancaran motor terbaru keluaran Honda iaitu CBR 250R.

Antara acara dalam majlis tu adalah pelancaran motor, best couple of the night, lucky draw dan ada persembahan daripada Michael Jackson yang boleh cakap melayu.hehehehe. Apa yang bestnya, selain aku dapat tengok pelancaran motor tu, aku dan my dearest girlfriend dapat dicalonkan antara top 4 best dress couple of the night. Thankz Honda. Tapi tu tak best lagi, apa yang lagi best adalah aku dapat lucky draw iaitu sehelai t-shirt yang yang ditandatangani oleh Andrea Dovizioso iaitu racer untuk team Repsol Honda dan yang paling best dapat riding GLOVE yang ada tandatangan juga.

Pergh sekali dua aku dapat hadiah untuk harijadi aku. Tapi aku amik gloves ja yang t-shirt siap frame tu aku bagi girlfriend aku simpan. So memang meriah la kira sambutan birthday aku. Tapi sedikit kecewa sebab tak dapat grand lucky draw iaitu full face helmet Arai. Tapi kira bersyukur la dapat glove dengan tshirt ni. ni aku letak sikit gambar aku masa pergi honda dreams night tu. Salam, cheers.

Ni la finalist untuk best couple of the night.

Im with Sheryll Samad. Ignore my idiot face.

Looks so macho sitting on this new CBR250R. Insyallah kalau ada rezeki lebih akan ku beli. Korang tolong la doa-doakan ye.

TShirts yang gf aku menang.

Ladies biker of the night. Semua bawak motor atas 650cc tu. ada yang bawak Z1000.
Glove yang aku menang. Nampak tak sign tu. Tu yang buat lagi mahal. hehehe. Lepas ni boleh beli motor ni.

Thursday, December 16, 2010

SORRY LAMA TAK UPDATE

Salam semua. sorry sesangat sebab aku jarang update sekarang ni. Ni adalah disebabkan aku tengah update belog company aku Matahati Picture. So lepas ni belog tu tak la muram ja dan ni aku share dekat korang semua hasil aku update belog tu. Tapi belum sempurna lagi.



Okey bagi yang baru mengikuti belog aku, Matahati Picture adalah sebuah syarikat fotografi yang telah hampir 2 tahun beroperasi. Aku adalah one of the owner untuk syarikat ni. So kalau ada yang nak perkhidmatan fotografi boleh la contact aku. Sekian, salam cheers.

Tuesday, November 23, 2010

FIELDTRIP FRASER HILL 2010

Salam kepada semua. Okey setelah lama aku menjanjikan kenangan aku semasa aku di Fraser Hill 2 minggu lepas, posting kali ni aku akan tunaikan hajat tu. Aku akan share kat korang semua pengalaman aku untuk kali ke-5 berada di Fraser Hill bagi melakukan kajian untuk tesis aku. So aku huraikan pada gambar-gambar yang akan aku upload kat bawah ni.

Ini adalah kawasan Pusat Penyelidikan UKM di Bukit Fraser. Terdapat sebuah banglo (banglo la sangat) tandas dan yang paling penting ada Astro.

Ni adalah jalan masuk. Jalan masuk dari pintu utama lebih kurang 700meter mendaki. Sampai-sampai kawasan Pusat Penyelidikan akan nampak signboard ni.

Teratak dibelakang tu adalah tempat tinggal aku dan kawan-kawan kalau rumah banglo dihadapan fullhouse.

Baru ja 10 minit perjalanan didalam hutan kami terserempak dengan ular daun yang sangat gemar mematuk ni. menakutkan juga la. Nasib baik sempat mengelak, kalau tak .......

Lepas jumpa ular jumpa lipan berwarna hijau berkaki oren ni. Lipan ni boleh dikategori sebagai metroseksual sebab warna dia sangat menarik perhatian. First time jumpa. Memang teruja bangat.

Ni adalah aku. Hakimy Jury yang terjelepuk jatuh kecepes di kawasan lurah yang sangat curam dan licin. Dekat lurah ni 3 kali aku jatuh. tak pernah aku masuk hutan ni jatuh sebanyak ini.

Aku sedang beraksi mengira diameter pokok yang telah ditandakan. Macam nak bersilat pun ada. Yang pakai baju biru tu eddie kawan setesis aku.

Sapa yang tak kenal dengan Periuk Kera. Banyak periuk kera dalam hutan ni. untuk makluman korang, periuk kera juga digunakan dalam penyelidikan untuk mengurangkan hakisan tanah di cerun bukit.

Sand King(nama dalam game DOTA) Ni scorpion yang unik sebab warna dia hijau. Selalu kita tengok warna hitam tapi dekat hutan Bukit Fraser ni dia dah transform jadi warna hijau.

Ni la geng-geng penyelidik Bukit Fraser. dari kiri aku(Hakimy), Tze Tze(Aminah, nama di Fraser), Lukman(Askar Hutan), Kak Fiza(Research Officer) & Eddie(Daud, nama di Fraser).

Ni adalah antara pokok terbesar di Fraser Hill iaitu pokok Rhu Bukit. Diameter sekitar 5 pemeluk @ 500 cm. Tinggi pulak menyamai bangunan 6 tingkat.

Geng-geng Fraser dan juga pegawai-pegawai sains dari kiri, En. Rahim, Aminah, Abg Afiq, Daud, Pak Ali dan seperti biasa aku hujung sekali.

Setelah penat mendaki dan menuruni denai Jeriau, Bukit Fraser. Kitorang dihidangkan dengan lemang yang dimasak khas oleh Abg Lan dan Abg Zul. Diorang ni juga merangkap pemandu van kitorang yang sangat sporting. Tabik Spring satu.

Okey ni adalah antara gambar-gambar kenangan semasa aku di Fraser Hill. Lepas ni kalau korang nak pergi Fraser Hill boleh tanya aku apa-apa yang menarik dekat sana. Kira aku ni dah tahap bawah Pro skit kalau nak bercerita tentang Bukit Fraser. ehhehehe. So sekian dari aku, Salam, Cheers.

Monday, November 8, 2010

KENAPA AKU KURANG UPDATE

Salam readers semua, sejak kebelakangan ni mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku tak update. Kalau tak sehari tu mau 3 4 kali juga aku update. Sebab sekarang ni aku sangat sibuk menyiapkan latest video projek aku bersama 2 lagi blogger lain iaitu Aku Serabut & Iznul Muazim.

Untuk project video ni, aku telah diamanatkan oleh 2 orang ni untuk memegang jawatan sebagai Director & Editor. So kiranya aku kena buat terbaik la untuk menghasilkan video yang terbaik ni. Untuk Makluman korang semua, sekarang ni dalam proses offline editing dimana aku akan cantumkan kesemua video shoot menjadi satu. Lewat malam ni aku rasa aku dapat mulakan online editing dengan memasukkan lagu, colour correction dan applying tone.

Lepas ni dah siap aku akan post ke belog dan semua pembaca-pembaca belog aku akan menjadi diantara yang pertama melihat hasil kerja kami. Untuk apa kami semua buat belog ni, korang kena tunggu dan lihat. Bagi yang masih tak tahu tentang apa aku cakapkan ni, aku dah letak trailer video aku ni dekat sidebar atas sekali.Sekian dari aku, Salam, Cheers.




Saturday, November 6, 2010

25 BENDA MENGENAI DIRI SAYA!!! DITAG OLEH HONEYBEEANGELL

Salam readers, walaupun aku dah lama di tag, aku asyik terlupa ja nak buat entri mengenai 25 benda tentang diri aku. So disebabkan aku free jap, aku akan tulis sejujurnya pasal diri aku. Thankz to Honeybeeanjell sebab tag aku.

Mengenai diriku:
1) Nama penuh aku berkaitan Mahkamah/ institusi keadilan. Mohammad Hakimy Bin Jury.
2) Lahir pada 19 Disember 19**. (Segan la, dah tua)
3) Belajar di UKM, Bangi
4) Minat dalam Photography, Videography.
5) Cita-cita nak jadi jutawan.
6) Tak suka sangat-sangat apa yang aku belajar sekarang. (Environmental Science)
7) Suka kucing tapi alergy teruk dekat kucing.
8) Anak bongsu. Tak manja sangat ngan mak bapa tapi manja sikit tu ada la.
9) Suka cakap terus ja dan tak pandai berkias-kias.
10) Berat 71kg tinggi 178cm.
11) Kadang-kadang aku teringin nak jadi pelakon tapi tak cukup hensem.
12) Suka cari duitbanyak-banyak.
13) Suka pergi shopping dengan perempuan sebab ley singgah banyak kedai.
14) Suka budak kecik tapi kalau asyik merengek je terus reject.
15) Ada abang yang banyak duit. (paling aku suka, boleh pow)
16) Agak metroseksual(perasan je lebih)
17) Suka potong rambut kat saloon sebab environment dia best.
18) Suka menghabiskan duit untuk makanan.
19) Sweet juga la orangnya. (hahahah).
20) Teringin nak ada superbike sebab boleh nampak bergaya dan kaya.
21) Not Available (takda line).
22) Suka makan chicken chop.
23) Kalau bosan suka buat gila.
24) Tak suka susahkan diri.
25) Saya seorang yang romantik. (geli gila)

Sekian, salam, cheers.

SARANG CINTA HANA!!!!

Salam readers semua, mesti korang pelikkan dengan tajuk post aku kali ni. Okey post aku kali ni nak ceritakan 2 benda.

Benda pertama:
Belog aku telah menjadi belog pilihan Hana Love Nest. Sebab tu aku letak tajuk Sarang Cinta Hana. Aku suka belog ni sebab dia banyak buat homework untuk belog dia. Macam-macam la dari senarai orang yang komen sehingga terbaru ni senarai waktu orang paling ramai baca belog. So korang boleh la follow belog dia yang cute ni. Dia antara blogger yang telah lama berkecimpung dalam dunia belog ni. Thankz Anna Boleyn. Nanti i comment banyak-banyak dekat belog u lagi k.(Mr. DOM jangan marah ya) Ayat tak boleh blah.

Benda kedua:

Tajuk aku pelik semacam sebab aku akan senaraikan beberapa nama belog bahasa inggeris dan aku translatekan dalam bahasa Melayu. Kita sama-sama tengok macam mana bunyi dia nanti. hehehehe.

1) Hana Love Nest = Sarang Cinta Hana
2) Freedom Of Association = Kebebasan Berpersatuan
3) The Beauty In Ugly = Kecantikan Dalam Kehodohan
4) Bloggerboy = Budak Belog
5) Mizzapple = Cik Epal
6) Once Upon A Story:Attention = Cerita Suatu Masa:Perhatian
7) And The Story Goes Like This = Dan Ceritanya Bermula Begini
8) Banana Stories = Cerita Pisang
9) Less Is More = Kurang Itu Lebih
10) Life Is Sweet = Hidup Itu Manis

Ni antara belog-belog yang aku pilih untuk translatekan dalam bahasa Melayu. Ada yang bila translate jadi pelik dan lawak. Sorry kepada blogger-blogger yang aku pinjam nama. Bukan nak kutuk tapi nak promote. Kalau korang nak tau apa cerita disebalik tajuk diorang tu, boleh klik dan baca belog diorang. Sekian dari aku, salam, cheers.






LAGI GAMBAR TERLAMPAU KUCING AKU!!!

Salam  readers-readers sekalian. Kali ni aku akan tulis sedikit biodata tentang kucing aku. Maybe sebelum ni aku pernah cerita pasal kucing-kucing aku tapi tu kucing lain dan ni aku tambah kucing lain pula.
 
ChooChoo Menguap

ChooChoo merenung masa depan

1. ChooChoo Binti Tuyik
Umur: 3 tahun
Jantina: Betina
Jenis: Siam + Parsi
Warna: Kelabu asap

GerGer

1. GerGer Bin Tuyik
Umur: 4 tahun
Jantina: Jantan
Jenis: Unknown
Warna: Oren + Kuning

NingNing

1. NingNing Binti Tuyik
Umur: 2 tahun
Jantina: Betina
Jenis: Unknown
Warna: Kuning
Status: RIP



MoiMoi


1. MoiMoi Binti Tuyik
Umur: 3 1/2 tahun
Jantina: Betina
Jenis: Unknown
Warna: Putih + Kelabu

Okey, Mesti korang pelik napa kucing aku ada bin atau binti tuyik kan. Tuyik tu kiranya family name untuk kucing-kucing hasil jagaan family aku. Dari mana asal Tuyik tu?? Tuyik tu abang aku yang mulakan fenomena menuyik ni. Tuyik ni kalau korang ada kucing, cuba korang sondol-sondol tangan korang dekat hidung kucing korang mesti dia keluarkan bunyi tuyik tuyik tuyik. hahahaha. So dari situ la startnya perkataan Tuyik hasil nukilan abang aku.Tuyik pula adalah nama generasi pertama kucing aku. Dulu aku ada seekor kucing abang aku bagi nama KidTuyik.So demi menghormati KidTuyik, semua generasi seterusnya family aku letak la Tuyik juga. Kalau korang nak tanya apa-apa pasal kucing just komen kat aku. Insyallah kalau aku boleh tolong aku tolong. Salam. Cheers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...