Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, April 29, 2011

APAKAH ITU BERSANDING???

Salam semua, aku ada satu persoalan. Apakah itu bersanding?? Mesti ramai yang cakap ala yang duduk atas pelamin tu la. Yes, betul sekali. Tapi persoalan lagi, adakah duduk diatas pelamin mengambil gambar bersama keluarga turut dipanggil bersanding??


Credit to: matahatipicture
Apa-apa perbuatan yang menyebabkan kita duduk diatas pelamin adalah bersanding. Maybe akan ada yang cakap tu bukan bersanding tu ambil gambar je. Tapi memang aku dah cek dekat mana-mana pun kalau kita duduk dengan pasangan kita diatas pelamin tu dah dikira bersanding. Yang lain adalah adat semasa diatas pelamin. Antaranya berenjis, suap-suap dan banyak lagilah.


So lepas ni tak adalah orang confius tentang bersanding ni. Sebab ramai photographer perkahwinan yang pelik sebab kata tak bersanding tiba-tiba dah duduk atas pelamin. Bagi bakal pengantin, jangan takut nak cakap ada bersanding kepada jurugambar sebab bukan bayar lebih atau kurang. Harga tetap sama. Tapi kalau ada jurugambar perkahwinan yang cakap kalau bersanding kena tambah harga tu memang nampak sangat la nak kaut untung.


Bukan apa, bersanding ni sekadar adat dan tiada termaktub samaada wajib sunat atau harus dalam agama. Kita orang Melayu mempunyai adat yang amat sukar untuk dipisahkan. Kalau tak nak bersanding, lepas nikah buat kenduri kecil-kecilan sahaja.


So sekian sahaja dari aku. Salam, Cheers.



3 comments:

Unknown said...

aku takmo ah besanding. nanti x tahan nak tegelak dok atas tu. harhar

eiela said...

bersanding tuh betul la tuh, duduk bergambar di atas pelamin, walaupun takde upacara menepung tawar.

Latest Entri :
Hal Remeh Tapi Kena Ambil Serius

~ i K i N ~ said...

bersanding tuh haram kalau ade yg bukan muhrim yg tgk. sekian~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...