Salam, korang semua mesti dah tengok Hantu Kak Limahkan. Cuma ada sorang blogger iaitu AkuSerabut, hanya bertahan menonton Hantu Kak Limah ni selama 10 minit. Lepas tu tidoq.Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita pasal demam Hantu Kak Limah yang dah melanda negara Malaysia tercinta ni. Ada 2 story yang nak aku tulis dan satu adalah dari pengalaman aku di UKM.
Story 1:
Sedang aku syok main dota, tiba-tiba ada la sorang mamat dekat kolej aku melalak nyanyi lagu rock kapak. Makin lama makin kuat, aku pun rasa agak bengang lalu menjerit kat tingkap. "Woi nak kena bako ke!!". Tiba-tiba ada suara menyahut, "Kite bako je kite bako je!!!". Tak berakhir disitu, menyahut lagi seorang cakap, "Sape setuju angkat tangan macam sayer". Mamat ni buat selamba badak dia terus menyanyi. Apa lagi, penghuni dua blok kolej aku pun melalak la marah budak ni sambil menjerit, "Keh Keh Keh Keh" & "Plawok Plawok Plawok Plawok". Bagi sapa yang tak tau, "Keh Keh" & "Plawok" adalah dialog bomoh dalam Hantu Kak Limah menghalau hantu. Kejadian ni berlarutan agak lama la dalam 15minit. Aku dah tergelak-gelak dalam bilik bersama kawan aku.
Story 2:
Dalam banyak-banyak watak cerita Hantu Kak Limah. Kenapa watak Usop paling meletup. Padahal cerita tu mengisahkan Kak Limah ni. Pelakon utama dia pun bukan Usop tu. Tapi sebab cara Usop ni bercerita dengan loghat Perak yang pure dan pekat. Sebab tu popular gila sekarang ni. Kalau dulu aku dengar semua nak cakap kelantan, sekarang semua orang pulak nak cakap Perak. Aku surf la internet cari pasal Usop ni, keluarlah gambar di bawah ni.
Memang demam Usop abis la orang dekat Malaysia ni. Dari Hantu Kak Limah, ke ABPBH sampailah ke Maharajalawak pun watak si usop ni hidup. Rupa-rupanya, Usop ni pekerjaan sebenar dia adalah salah seorang berjawatan manager dalam syarikat Tanjong OffShore. Tanjung OffShore ni adalah syarikat cari gali minyak kalau tak silap aku.
Apa-apapun, kalau kita tengok sekarang ni, setiap dialog Usop Hantu Kak Limah ni akan menjadi percakapan. Tak kisah la mereka yang veteran, remaja mahupun kanak-kanak. Apa-apa pun, social critic cerita Hantu Kak Limah ni sampai kepada penonton dan sangat berguna. Sekian sahaja membebel. Salam, Cheers.
3 comments:
macam2 kan. HAHAHA
haha...demam teruk dah kire nie..dah banyak benau page "HANTU KAK LIMAH" kat FB skunk..=P
baru perasan entry ini ada mention aku.. hahhaha
Post a Comment