Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, April 27, 2011

RED RIDING HOOD REVIEW !!!

Kalau dekat Malaysia cerita mitos lagenda ada macam-macam termasuklah  kancil dan buaya, si arnab dan kura-kura dan banyak lagi. Tapi di negara barat, antara famous fairy tales adalah Red Riding Hood. Kebanyakan kita masa kecil dah baca pasal Red Riding Hood (RRH) ni. Cerita mengenai serigala yang nak makan anak kambing tu.


Back to the topic, aku nak review sikit pasal RRH ni. Baru lepas tonton dekat TGV Sunway dan masih fresh dalam ingatan. Sinopsis Red Riding Hood mengisahkan seorang perempuan bernama Valerie (Amanda Seyfried) yang paling lawa dikampungdan terperangkap antara cinta tiga segi 2 jejaka. Dia telah bercinta dengan seorang tukang kayu bernama Peter (Shiloh Fernandez), akan tetapi, keluarganya telah memutuskan supaya Valerie berkahwin dengan Henry (Max Irons) anak orang kaya di kampung tersebut. 
Valerie. Watak utama Red Riding Hood
Kiri Henry kanan Peter. Scene masa ni nak selamatkan Valerie. Diorang saling berjanji untuk membunuh kalau salah sorang dari mereka adalah serigala jadian.
Cerita bermula apabila Valerie dan Peter bercadang untuk lari dari kampung tu untuk berkahwin. Tetapi tindakan mereka terbantut disebabkan kakak kepada Valerie telah dibunuh oleh serigala jadian. Kampung yang berlatar masa medieval terletak di kawasan pinggir hutan dan sejak bergenerasi dihantui oleh serigala jadian. Setiap kali bulan mengambang, penduduk kampung akan memberikan sesuatu seperti haiwan ternakan kepada serigala jadian itu supaya tidak menganggu mereka.

Valerie berjumpa neneknya. Valeria berpakaian merah putih.
Akan tetapi, pada bulan mengambang penuh merah (Blood Red Moon), serigala jadian akan mengambil nyawa manusia. Blood Red Moon berlaku 13 tahun sekali dan bulan akan kelihatan merah dalam masa 1 minggu. Dalam jangka masa seminggu, serigala jadian akan mengamuk dan mencari mangsa untuk dibunuh. Bagi membunuh serigala tersebut, paderi kampung tersebut telah meminta bantuan Father Solomon (Gary Oldman) iaitu pemburu serigala jadian terkemuka. Kehadiran beliau mendapat kecaman penduduk kampung kerana penghulu kampung tersebut dikatakan baru sahaja membunuh serigala tersebut.


Father Solomon dan pengawalnya semasa tiba di kampung tersebut.
Father Solomon telah memberi amaran bahawa serigala jadian bukanlah haiwan biasa dan sukar untuk dibunuh. Serigala jadian juga mungkin salah seorang daripada penduduk kampung tersebut kerana pada siang hari, serigala akan berbentuk manusia.Father Solomon mengarahkan sesiapa yang suka menyendiri ditangkap kerana takut mereka adalah serigala jadian tersebut. Antara mereka yang tinggal berasingan daripada penduduk kampung adalah nenek Valerie.

Valerie berjumpa Henry untuk memutuskan pertunangan dan menyampaikan takziah diatas kematian bapa Henry semasa dalam misi untuk membunuh serigala jadian tersebut.
Mereka ingkar dengan amaran Father Solomon, dan pada malam meraikan kejayaan mereka yang dikatakan telah membunuh serigala jadian tersebut, serigala jadian telah menyerang kampung mereka dan berlakunya pertumpahan darah.Serigala tersebut telah mencari Valerie dan tanpa disangka, Valerie memahami kata-kata serigala tersebut. Beberapa penduduk kampung mati termasuk pengawal Father Solomon. Salah seorang pengawal Father Solomon telah digigit oleh serigala jadian tersebut. Petikan kata-kata Father Solomon " The person biten, are the person curse". Jadi Father Solomon tanpa belas kasihan membunuh pengawal tersebut. Dikatakan sesiapa yang digigit serigala jadian akan menjadi serigala jadian juga.


Bapa, nenek dan ibu Valerie dari kiri.
Semakin hari semakin terancam penduduk kampung tersebut. Setiap malam serigala jadian akan menganas dan mencari mangsa. Father Solomon telah mendapat tahu Valerie boleh bercakap dengan serigala tersebut dan menjadikannya umpan untuk membunuh serigala jadian itu. Persoalan timbul apabila serigala tersebut mengajak Valerie lari dari kampung tersebut. Adakah serigala tersebut Peter (Kekasih Hati Valerie), Nenek Valerie (Kerana gemar menyendiri),atau Henry (Tunang Valerie atas pilihan keluarga & sakit hati melihat Peter bersama Valerie). Persoalan ini akan terjawab dengan menonton sendiri di panggung wayang.


Bukan aku saja taknak cerita sampai habis, cuma penghabisan dia penuh dengan tanda tanya dan tidak disangka. Tadi tu sipnosis kali ni aku akan review overall.


Latar masa: Medieval Age (Zaman Medieval)
Latar tempat: Kawasan perkampungan pinggir hutan.
Latar waktu: Musim sejuk semasa Blood red Moon.
Cinematography: Ringkas tetapi padat. Dimasukkan unsur-unsur alam yang sangat indah. Detik suspen kehadiran serigala jadian dapat dirasai dengan shot-shot yang mendatangkan debaran.
Skrip: Bahasa mudah dan tidak menggunakan terlalu banyak bahasa zaman Medieval. Subtitle dalam bahasa Melayu yang senang untuk difahami.

Jalan penceritaan: Pada 10-20 minit pertama jalan cerita agak kaburdan bosan. Kemudian watak Valerie sebagai Red Riding Hood hadir selepas neneknya memberikan baju sejuk berwarna merah(penceritaan kabur). Serangan pertama serigala hadir selepas minit ke 20. Seorang mati. Tak best sangat. Serangan kedua terhadap penduduk kampung hadir selepas 45 minit. Yang ni best sebab semua panik dan ramai yang mati. Anti climax, serigala menyerang kampung dan mengigit Father Solomon di 2 hari terakhir Blood Red Moon. Ending, menarik sebab tidak disangka dan akan muncul serigala jadian baru pula.

Fakta menarik:
-Gigitan serigala jadian akan menjadikan seseorang itu serigala.
-Untuk membunuh serigala jadian perlu menggunakan perak antaranya pedang perak, panah perak dan kuku perak.
-Red Riding Hood adalah nama pakaian yang dipakai Valerie dan hanya hiasan kepada cerita.
-Father Solomon memiliki mesin penyeksaan berbentuk Gajah yang diperbuat daripada besi.
-Kakak Valerie bukan anak hasil ibu dan ayah Valerie tetapi hasil hubungan sulit ibu Valerie dengan bapa Henry.
-Serigala jadian ni macam saka sebab dia datang daripada keturunan.
-Father Solomon digelar pemburu serigala jadian kerana telah membunuh banyak serigala jadian termasuk isterinya yang merupakan serigala jadian juga.
-Peter kekasih Valerie sejak kecil sebab hanya Peter yang dapat menyebabkan Valerie melanggar perintah ibunya.
-Valerie pernah sembelih arnab masa zaman kecil.


Produksi:
Distributor:Warner Bros.
Directed By: Catherine Hardwicke
Writer: David Johnson
Running Time: 1 hours 40 minute.


Keseluruhan daripada 5 bintang aku bagi 3.5 bintang sahaja. Cerita ni aku rasa berbaloi untuk ditonton. Tak rugi kalau korang tengok kat wayang sebab serigala tu style dan besar gila. Lagi tinggi dari Valerie. So apa lagi, jom terjah panggung wayang. Sekian, salam, cheers.


p/s: jangan tengok dekat TGV kecuali TGV Wangsa Walk. Kerusi dekat TGV tak selesa langsung, pendek takda tempat letak kepala.

14 comments:

Ocin Chee said...

Edward cullen still my Herrooo~~
;D

beloghakimy said...

hahaha.. edward cullen is everybody hero.. but not me... ahahhaha...

DiyanaMukhtar said...

shiloh fernandez is my boyfriend! hahahaha

beloghakimy said...

hahaha.. semua wanita seluruh dunia cakap macam tu.. ahahhaa..

Unknown said...

wahh..terkesan aku dibuatnya..haha. kena layan nih.aku dah la suka cerita pasai pelek2

atiqah~ said...

wah..cam bez ja..hee^^~

atie rahaman said...

Tak Sabar Nak Tengok, tp Exam la pulakk :'(

Tinta Lana said...

Kimy!! dri 10 bintg,bpe bintg awk nk bgi tuk muvie ni..seram tak?ke telebyh ganas?hehe,nnti ade ke kuar ghope serigala tu?

beloghakimy said...

nur: mmg best pun

atie: tengok je.. exam exam la.. ehhehe

lana: saya bagi 7 bintang.. tak seram tapi exited je.. tak ganas sangat.. ada je serigala tuh.. saiz dia lagi tinggi dari orang..

ayied farid said...

father solomon tu kejam..rasa nak sula2 dia je..haha

nurulfzz said...

kerusi kt tgv wangsa walk mmg best.haha =D

SyaA_eEAa said...

suke lah cite ni..
comel^^

atie rahaman said...

Erk, UM exm lambattt la ney..-.-"
huhu..doa2 kan lewww~~

cik anum said...

ouhh edward cullen ! hahaa~
mcm bes je cter ni.. ehee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...