Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, December 18, 2010

SELAMAT HARI SABTU

Salam dan selamat hari sabtu. Apa benda yang best nak buat hari ni ek?? rasa agak kebuhsanan pun ada jugak. Kerja banyak tapi tak larat nak buat dah ni. So apa kata kita main tengok-tengok gambar je la.
Aku rasa aku nak bawak kambing aku jalan-jalan la hari ni
Lepas bawak kambing jalan-jalan kita makan nasi lemak 50sen pulak.

Lepas tu balik rumah sambung buat kerja... hehehe.. sekian, cheers.

Thursday, December 16, 2010

SORRY LAMA TAK UPDATE

Salam semua. sorry sesangat sebab aku jarang update sekarang ni. Ni adalah disebabkan aku tengah update belog company aku Matahati Picture. So lepas ni belog tu tak la muram ja dan ni aku share dekat korang semua hasil aku update belog tu. Tapi belum sempurna lagi.



Okey bagi yang baru mengikuti belog aku, Matahati Picture adalah sebuah syarikat fotografi yang telah hampir 2 tahun beroperasi. Aku adalah one of the owner untuk syarikat ni. So kalau ada yang nak perkhidmatan fotografi boleh la contact aku. Sekian, salam cheers.

Wednesday, December 15, 2010

PHOTOGRAPHER TIDAK BERETIKA


Korang tengok la sendiri photographer2 zaman sekarang. lain yang disuruh lain yang dibuat. Kepada photographer diluar sana, pastikan anda mengikut etika, jangan la mengambil gambar seseorang sesuka hati dan dimasukkan ke website. Memang betul gambar tu gambar candid tetapi jika ianya memalukan serta mengaibkan seseorang itu, pikir-pikirkan lah. Sekian. cheers.

Monday, December 13, 2010

HAKIMY DE NAILIS PLACE!!!!

Nailis Place Front Door

Salam dan selamat pagi semua. Maybe ramai yang dah tau tempat makan yang agak happening di KL ni iaitu Nailis Place. Malam tadi mak cik aku blanja aku makan dekat Nailis Place Sentul. First time aku pegi tempat tu memang sangat jakun la. hahaha. Masuk-masuk ja konsep ala-ala kampung ditambah dengan kemodenan ditonjolkan. Tempat ni memang sangat sesuai untuk adakan birthday party dan seangkatan dengannya. Walaupun dah pukul 11, masih ramai lagi orang datang ke Nailis Place. Konsep serta environment dia aku bagi 8/10 bintang. Tapi ada satu yang kurang memuaskan iaitu makanan dia. Makanan dia rasa kurang ummmm. Presentation diatas pinggan memang manerik tetapi rasa dia kurang ummm. Bagi aku yang remaja ni, aku akan pergi semula ke Nailis ni duduk lepak-lepak sambil hisap shisha , minum float root beer dan juga makan cucur ikan bilis dia. Sebab 3 benda tu ja yang aku rasa best kat sini. Apa-apapun aku selitkan gambar-gambar dan korang boleh la cari tempat ni. Kalau nak buat candle light dinner tu aku rasa sangat sesuai. Sekian Jom tengok gambar.


Satu lagi pintu masuk Nailis.
Kaunter bayaran Nailis.

Tempat DJ dan dance floor.

Sorry sebab gambar tak brapa clear. Nanti aku pergi sana sekali lagi insyallah aku akan bawak kamera gedabak aku untuk ambil gambar. Tempat ni rating untuk stylo + happening aku boleh bagi 4.5/5 bintang dan dari segi makanan aku just boleh bagi 2.5/5 bintang. Sekian Cheers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...