Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, December 11, 2010

JOM NAIK MOTOR MPV


Salam semua, okey tak tajuk post ni dengan gambar diatas tu. Tapi gambar diatas ni jangan pula korang buat atas jalan kat Malaysia ni. Tak pasal-pasal kena langgar dengan lori. Sekian , Cheers.


NI BARU GANGSTER NAMANYA!!!!


Amacam gangster tak diorang ni. ini adalah gambar di ambil dikawasan angola sebuah negara Afrika. Dekat Malaysia gangster-gangster pun bela kucing, hamster, paling gempak pun anjing bulldog ja. Cheers.

KEDUDUKAN TANGAN DAN MAKSUDNYA!!!!

Sumber ini dipetik daripada BlogSerius dan blog serius pula memetik gambar ini daripada Ozawa Zone. Ala dari tweet Maria Ozawa. Bagi yang tak kenal Maria Ozawa ni eden bagitau sikit. Maria Ozawa adalah seorang pelakon porn yang terkenal di Jepun. Okey jom tengok gambar pulok.


SERONOKNYA DAPAT 5A!!!!!


hehehe... Selamat Menjamu Selera semua. Cheers.


PAK CIK KAYO!!!! PAK CIK KAYO!!!!

Selamat pagi semua. Pagi-pagi bangun tidur mesti korang lapar. Bila korang lapar korang akan buka wallet atau beg duit untuk melihat duit tinggal brapa dan bajet untuk sarapan pagi. Macam mana kalau pagi-pagi korang bangun korang menjumpai note 1 trillion dalam beg duit anda. Apa korang akan buat dengan duit sebanyak itu?? Bagaimana pula note 1 trillion itu berbentuk sebegini (lihat dibawah)

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



Korang tahu tak brapa nilai sebenar 1 trillion zimbabwe ni dengan ringgit malaysia. 1trillion dollars zimbabwe = RM50 ja.
Kalau di Malaysia jika korang ada 100 billion ringgit, korang mungkin seorang pengusaha francais KFC. Tetapi di zimbabwe anda hanya boleh membeli 3 biji telur dengan 100 billion dollar Zimbabwe.

Kesimpulannya, kita harus bersyukur dengan negara kita yang kadar inflasinya masih berada ditahap tidak membimbangkan. Di negara lain terutamanya negara Africa, mereka mengalamai kadar inflasi yang sangat teruk sehinggakan mereka kaya dengan digit pada duit kertas sahaja. renung-renungkan dan selamat beramal. Cheers.


Friday, December 10, 2010

Transformers 3 Official Movie Trailer Teaser [Full HD] Dark of the Moon




Transformers: Dark of the Moon (2011)
Action | Adventure | Sci-Fi - 1 July 2011 (USA)

The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons...

Director: Michael Bay
Writer: Ehren Kruger
Stars: Shia LaBeouf, Rosie Huntington-Whiteley and Tyrese Gibson

Link Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=xpUO1eReMyA&feature=player_embedded

CastCredited cast:
Shia LaBeouf ... Sam Witwicky
Josh Duhamel ... Major William Lennox
Rosie Huntington-Whiteley ... Carly
John Malkovich ... Sam's Boss
Hugo Weaving ... Megatron (voice)
Patrick Dempsey ... Dylan
Ken Jeong John Turturro ... Simmons
Frances McDormand ... Marissa Faireborn
Alan Tudyk ... Dutch
Tyrese Gibson ... Robert Epps
Frank Welker ... Soundwave (voice)
Peter Cullen ... Optimus Prime (voice)
Keiko Agena ... Mearing's Aide
Kevin Dunn ... Ron Witwicky

Berita yang baru diterima, pengarah terkemuka Michael Bay telah melancarkan trailer untuk Transformer 3: Dark Of The Moon. Filem ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan iaitu pada 1 July 2011. Sama-samalah kita tunggu untuk menonton filem yang cukup mantap ini. Sekian, Cheers.

Link Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=xpUO1eReMyA&feature=player_embedded





GAMBAR KREATIF: INVISIBLE MAN





Kreatif betul diorang ni. Sekali tengok macam biasa ja, bila dua kali tengok nampak la ada makhluk seakan-akan sesumpah. Jom kita try ramai-ramai, tengok jadi tak.

NARNIA 3 : THE VOYAGE OF THE DAWN TREADER


Selamat malam semua, seperti yang aku janjikan aku akan buat review untuk filem Narnia 3 ni. Aku memang baru sangat balik dan sampai rumah, buka komputer terus menaip. Okey secara keseluruhannya filem ini memuaskan dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Filem ni boleh dikatakan antara filem ringan dari segi jalan cerita tapi tetap menarik ditambah pula dengan suasana pelayaran dari Narnia sehingga Negara Aslan (Aslan Country). Misi mereka dalam pengembaraan kali ini adalah untuk mengumpul kesemua 7 pedang Narnia dan menghapuskan kuasa jahat.

Permulaan filem:
Narnia seperti biasa dalam filem terdahulu mengetengahkan konsep suprise atau kejutan untuk memindahkan watak-watak Narnia dari dunia sebenar ke dunia Narnia.Elemen pemindahan ini berlaku apabila sebingkai gambar laut telah mengeluarkan air laut dan memenuhi ruang bilik. Apabila mereka berenang untuk ke permukaan mereka sampai di dunia Narnia dan diselamatkan oleh Prince Caspian dan krew-krewnya. Kelainan pada Narnia 3 adalah pengurangan watak utama daripada 4 kepada hanya 2 tetapi ditambahkan dengan watak lain. Ini bermakna watak abang dan kakak iaitu Edward dan Susan telah dimatikan kerana mereka telah dewasa dan tidak lagi sesuai untuk kedunia Narnia. Untuk pengembaraan kali ini, hanya Edmund, Lucy dan turut disertai sepupu mereka iaitu Eustace.

Prince Caspian & Edmund berlatih lawan pedang.
Pertengahan filem:
Mereka berhenti di sebuah kepulauan yang didominasi oleh pedagang-pedagang hamba. Disitu, Edmund,Lucy, Prince Caspian dan Eustace ditangkap dan ingin diperdagangkan. Semasa didalam tahanan, Edmund dan Prince Caspian terlihat kejadian aneh iaitu sebilangan orang telah dilenyapkan oleh kabus berwarna hijau. Mereka akhirnya diselamatkan oleh krew-krew Dawn Treader(Kapal Prince Caspian).


Selepas beberapa ketika meneruskan perjalanan, mereka berhenti bermalam di sebuah pulau yang didiami oleh makhluk berkaki 1 halimunan. Disitu mereka telah berjumpa dengan seorang ahli sihir baik yang membantu mereka memberi klu serta petunjuk jalan untuk ke Pulau Aslan dan mereka dikehendaki meletakkan ketujuh-tujuh pedang ajaib diatas meja Aslan untuk menghapuskan kejahatan yang menyelubungi Narnia. Beberapa kejadian lagi yang berlaku sebelum mereka sampai ke pulau menempatkan meja Aslan. Kalau ingin tahu silalah ke pawagam.


Edmund, Lucy, Aslan, Eustace & Reepicheep di sempadan Negara Aslan
Pengakhiran filem:
Mereka berjaya mengumpulkan ketujuh-tujuh pedang tersebut dan berjaya menghapuskan kuasa jahat yang dibantu oleh sepupu Edmund & Lucy iaitu Eustace. Mereka telah bertemu dengan dunia Aslan dan berjumpa Aslan di satu kawasan dimana kawasan itu boleh digambarkan seperti sebuah pantai dengan ombak surfing yang terkawal. Aslan telah memberi jalan untuk Edmund, Lucy dan Eustace pulang ke dunia asal mereka.


Review Watak:
Edmund: Seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan 16 tahun.Edmund ingin menyertai tentera tetapi gagal. Semasa di Narnia ketakutan yang paling ketara pada Edmund adalah Puteri jahat yang menghantui hidupnya semasa dalam filem Narnia 2. Pandai bermain pedang dan telah dikurniakan pedang yang dahulu milik abangnya Edward oleh Prince Caspian. Overall bagi watak Edmund aku bagi 8/10 bintang.

Lucy: Seorang budak perempuan berusia dalam lingkungan 13 tahun. Lucy ingin memiliki kecantikan seperti kakaknya Susan. Watak Lucy dalam Narnia 3 agak tenggelam kerana kurangnya aksi. Lucy juga kelihatan selalu menjaga seorang budak perempuan iaitu anak kepada kelasi kapal Dawn Treader.Lucy dan filem ini hanya tertumpu kepada ingin menjadi jelita seperti kakaknya sahaja. Overall bagi watak lucy aku bagi 6.5/10 bintang.


Eustace:Seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 15 tahun. Tidak suka kepada kedua-dua sepupunya yang tinggal dirumahnya. Terlalu berlagak dan bangga tentang dirinya. Tidak mempercayai kisah legenda seperti Narnia.Watak yang agak menjelekkan dipegang oleh Eustace. Didalam Narnia pernah disumpah menjadi seekor naga emas dan membantu dalam pelayaran Dawn Treader. Watak Eustace dilihat lebih ditekankan dalam filem Narnia 3. Eustace boleh dikatakan Hero Pembantu dalam Narnia 3 kerana berjaya menolong menyatukan ketujuh-tujuh pedang ajaib. Overall bagi watak Eustace aku bagi 7.5/10

Overall Review:

Secara keseluruhannya, filem ini sekadar memuaskan. Kekurangan unsur-unsur aksi yang penuh mendebarkan telah mengurangkan kekuatan bagi filem ini. Namun harus dipuji dari segi CGI yang tidak pernah menghampakan walaupun mempunyai kekurangan pada permulaan cerita ini. Lawak yang ditonjolkan pula kurang difahami oleh rakyat di Malaysia ni. Aku kadang-kadang tergelak sorang-sorang masa tengok cerita ni. Bagi aku filem ni sesuai ditonton untuk seisi keluarga dan bagi sesiapa yang telah menonton Narnia 1 & 2, korang tidak boleh terlepas menonton Narnia 3 kerana ini mungkin sekuel terakhir Narnia. Aku just nak sarankan bagi sesiapa yang nak tonton filem ni silakan. Secara keseluruhan aku beri 3.5/5 bintang bagi sebuah filem mitos lagenda ni. Sekian dari aku, Salam & Cheers.



Thursday, December 9, 2010

JOM TENGOK NARNIA!!!!!

Salam semua kawan-kawan belog. Aku nak ajak korang semua tengok Narnia. Daripada beberapa review yang aku baca mengenai Narnia, cerita ni sangat mengasyikkan. Mesti ramai yang dah tengok filem Narnia ni versi 3D. Malam ni aku akan ke panggung wayang TGV Wangsa Walk secara berjemaah untuk menonton filem Narnia versi murah dan bukan 3D.
 


Studio: Fox Walden
Director: Michael Apted
Screenwriter: Christopher Markus, Stephen McFeely, Richard LaGravenese, Michael Petroni
Starring: Georgie Henley, Skandar Keynes, Ben Barnes, Will Poulter, Gary Sweet, Bruce Spence, Arthur Angel, Shane Rangi, Liam Neeson
Genre: Adventure, Family, Fantasy
Official Website: Narnia.com
Review: 7.5/10 rating | 8/10 rating

Plot Summary: 
This time around – Edmund and Lucy Pevensie, along with their pesky cousin Eustace Scrubb – find themselves swallowed into a painting and on to a fantastic Narnian ship headed for the very edges of the world.

Joining forces once again with their royal friend Prince Caspian and the warrior mouse Reepicheep, they are whisked away on a mysterious mission to the Lone Islands, and beyond. On this bewitching voyage that will test their hearts and spirits, the trio will face magical Dufflepuds, sinister slave traders, roaring dragons and enchanted merfolk. Only an entirely uncharted journey to Aslan's Country – a voyage of destiny and transformation for each of those aboard the Dawn Treader – can save Narnia, and all the astonishing creatures in it, from an unfathomable fate.

Okey aku akan tulis review aku sendiri mengenai filem ini selepas aku pulang menonton malam nanti ok. Sekian sahaja dari aku, salam, Cheers.

POPULAR BETUL PENGANTIN AKU!!!!

Hello semua, aku nak bercerita sikit dekat korang tentang pengantin aka client aku baru-baru ni. Masa tu aku buat outdoor shooting dekat sekitar Putrajaya. Aku elok-elok bagi client aku ni take 5 (rehat 5 minit) tetiba ja diorang hilang. Aku pun pening gak mencari kat mana pengantin aku, rupa-rupanya...........  aku malas nak cakap korang tengok la sendiri kat bawah ni

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!



Tu dia pengantin ni terus jadi popular. Bukan setakat 2 family arab yang nak ambil gambar, tapi lebih kurang 10 family la semuanya. Tau la pengantin ni comel. Geng-geng Arab ni datang melancon dekat Malaysia, puas travel agen diorang cakap tak payah ambil gambar, tapi diorang ni degil nak juga amik gambar. Nasib baik la pengantin ni sporting tahap dewa. Biasa la client aku semua sporting-sporting. Lepas habis bergambar ni baru la diorang take 5 semula. 

Dah cukup aku bercakap, aku nak pergi makan pulak. Lapar dari tadi pagi tak makan. Sekian, Cheers.

Wednesday, December 8, 2010

KERJA LAGI!!!!

Salam semua, jam sudah menunjuk-nunjuk dekat aku pukul 11.45 malam. Jadi malam pun dah mula nak tua seterusnya mengundurkan diri. Aku ni dari tadi online bukan-bukan tak da faedah ni dah start kembali untuk membuat benda yang aku selalu buat bila tengah malam mula menjelma.

Apa benda aku nak buat??? Ni ha benda yang aku nak buat.


Aku akan menyiapkan satu album lengkap malam ni untuk client aku iaitu En Azuan & Pn Farizan. So Bila dah siap semua ni baru aku boleh berbelog semula. Target aku dalam kul 4 pagi siap la. So aku harus pergi dahulu sementara. Selamat Malam Semua, Cheers.

AKU TAK BODOH!!!!

Memang la aku tak bodoh, kalau aku ni bodoh mesti la aku tak tulis ini belog. Saja ja aku nak bersandiwara. Bukan apa sekarang ni bulan 12, so memang banyak la filem-filem best yang keluar di pasaran Malaysia ni samaada di wayang ataupun di toko-toko cetak rompak.

Tu pendahuluan ja. Mesti ada yang dah tertarikan. Okey sepanjang cuti ni, selain daripada mengambil gambar client-client aku, aku meluangkan banyak juga masa untuk menonton filem baru keluar dekat panggung wayang terutamanya di TGV Wangsa Walk. Antaranya adalah filem Aku Tak Bodoh. Filem ni memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan lebih afdal jika ditonton satu family.

Filem ni mengisahkan 2 buah keluarga yang berlainan iaitu keluarga kaya dan keluarga miskin. Cerita ini memainkan unsur kekeluargaan 100% dan itu yang sangat menarik. Tiada langsung unsur-unsur cinta monyet seperti filem-filem melayu yang lain. Filem ini berkisar tentang kehidupan sebenar sesebuah keluarga zaman sekarang. Kadang-kadang aku rasa macam tengok cerita sendiri pun ada sebab apa yang berlaku dalam Aku Tak Bodoh kebanyakannya berlaku dalam kehidupan aku.

Sebelum aku mengarut panjang, ni sedikit info yang aku jumpa dibantu oleh encik Google.


Sinopsis Aku Tak Bodoh:- 
Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.


Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.

Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut.

Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

Tajuk Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Borris Boo

Penerbit:
Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
02 Disember 2010

Okey, dah puas baca sinopsiskan, masih belum terlambat untuk korang semua serang pawagam yang berhampiran tempat korang. Cerita ni memang tak rugi untuk ditonton. Dari 5 bintang aku bagi 3.5/5 bintang. Sekian, Cheers.

FOLLOWER KE 200!!!

Salam semua, thank cause supporting me walaupun aku dah lama tak update. Buka-buka belog ja aku terperasan satu benda, rupa-rupanya followers aku dah mencecah 202 orang.Terlajak 2 orang pula baru nak wat review.Anyway thankz sebab sudi follow Belog Hakimy yang tak seberapa ni.



Cerita pula mengenai follower ke-200, nama follower aku yang ke-200 ni adalah Dax-Nakal dan belognya ialah Miss Chienta Forever. Tak tau la nakal yang macam mane tapi nakal la juga. Nama betul dia adalah Sabariah dan seorang student Uitm Larkin dalam jurusan Accountancy. Belog Dax Nakal ni simple tapi menarik sebab ada gambar-gambar dan mainly cerita pasal personal la. korang boleh la lawati belog Dax Nakal ni dan jangan lupa follow on call sekali. hehehehe. Ni aku tinggalkan sekali link belog dax nakal. http://misschienta.blogspot.com/

Sekian sahaja daripada aku Hakimy, Cheers.

AT LAST!!! AKU UPDATE INI BELOG!!!

Hey guys out there. I know ramai yang pelik kenapa la ini Belog Hakimy tak update-update. The reason i can give is I dont have any internet connection at home. Ni baru la ada internet connection. Tadi keluar jap gi Wangsa Walk beli line broadband Celcom. Walaupun agak slow tapi lagi bagus dari tak da internetkan. To Miss Chiaki Sakiyurai yang sibuk menyuruh aku update belog ni aku dah update belog.

So since aku tak update belog ni, banyak benda yang dah aku buat. Daripada buat lab untuk tesis aku sampailah kerja biasa aku iaitu wedding photography. Sangat sibuk dan penat tapi memang sangat puas. Nanti aku akan upload something untuk korang tengok di belog aku ni. Tunguuuu k. Cheers


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...