Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, December 31, 2010

KHAIRUL FAHMI DT: AWEK DIA YANG SANGAT PARANOID


Balik-balik pasal bolakan. Sorry guys out there sebab aku tak abis demam bola lagi.Mesti korang pelikkan napa tajuk entri aku ada DT. DT means Double Trouble. Selain belog aku akan ada satu lagi belog sahabat aku akan tulis pasal benda ni jugak. Korang tunggu. Ok, Hari tu aku dah banyak cerita pasal gol keeper Malaysia ni Khairul Fahmi tapi hari ni aku nak cerita mengenai women behind his carrier. Oh My God. Ramai yang ada boipren tapi tak la sampai macam this one gurlz. Kalau korang nak tau pasal this gurlz check it out here http://jejariruncing.blogspot.com/ .Tajuk belog dia adalah Pendek & Manis (Short & Sweet)  Mentang-mentang la boifren dia dah popular sekarang abis satu-satu cerita tentang boifren dia dia keluarkan dalam belog.

Aku akan senaraikan beberapa benda tak patut yang dia cerita pasal boifren dia. Aku bukan dengki sebab muka aku ni langsung tak iras-iras si Khairul Fahmi tapi aku tak boleh terima tengok cara dia menulis tentang Khairul Fahmi ni. MOTIFF???

First sekali, tak kisah la nak cerita pasal macam mana ko jumpa dia semua. Tapi tak perlu kot letak gambar-gambar first time dating or gambar first time Khairul Fahmi hantar dekat ko. Nak share boleh tapi keep la something for your own. Aku tak tau apa sebab dia dedahkan semuanya, tapi aku dapat rasa yang dia takut Khairul Fahmi ni kena kebas dengan perempuan lain. Come On la, kalau dia sayang ko tak kan la dia nak cari orang lain dan tak perlulah ko nak tulis pasal Mr Apex kesayangan ko tu banyak-banyak. Bukan apa, nanti kalau terlalu menonjol, ramai akan mula mensensasikan cerita pasal korang. Macam aku ni. hehehehehe.
Dari cerita baik sampai la cerita buruk. Tak takut ke????

Seterusnya, video-video semasa korang gi karoke tu perlu ke nak share dekat semua orang. Yes i know you love him so much, tapi beragak la. Takkan video ko tengah bergelek dengan dia pun nak bagi orang tengok. Tak malu ke or nak cari publisiti lebih untuk diri sendiri???? Aku tengok si mamat Khairul Fahmi ni cool je. Tapi bila tengok sebelah dia ada minah duk gelek-gelek nyanyi lagu Memori Daun Pisang aku rasa menyampah. Aku just nak bagi tau, benda yang agak kureng tak perlulah dimasukkan, takut-takut dimanipulasi pihak-pihak tertentu tak ke teruk nanti ko kena. Jangan sampai nanti keluar video Ehem-ehem pulak sudah. Tak pasal-pasal jadi macam Nabil Raja Lawak tu.


"B kat sini tak best dekat sana lagi best. B tak rindu i ke??? B ini B itu BBBBBB." Tu dia antara petikan sms Khairul Fahmi yang aku perolehi daripada wikileaks. Gelak guling-guling aku baca sms diorang ni. sampaikan sms antara KF dengan dia pun dia letak dekat belog dia. Minachi, simpan la privacy korang. Nak share sikit-sikit tu boleh ni sampai sms BBBBB pun nak tulis kat belog ni dah parah dah ni. Naik bulu roma aku baca. Tu la sapa suruh baca kan dah geli geleman. hahahahaha. Memang tak beragak betul la. Yes aku tau korang bakal bertunang tak lama lagi. Tapi bak kata orang sedangkan yang dah kahwin boleh dirampas inikan pula yang belum bertunang pun. Jangan jadi macam kes Mawi sudah. Bukan main mencapap tunang Mawi dulu last-last putus tunang abis jatuh Mawi. The same goes to KF. Aku takut bakat dia ni nanti akan tenggelam dengan kontrovesi yang melanda diri dia sama seperti Aidil Zaquan. Jadi pikir-pikir la sendiri.

Tak bestkan asyik baca je. Korang nak tengok tak anak KF dengan minah ni???? Nak tengok jom scrool kebawah.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
JENG JENG JENG!!!!


Tu dia siap dah try test nak anak rupa macam mana. Aiseyman. Tak tau nak cakap apalah. Korang pandai-pandai la pikir ok. Bukan apa, kalau dah sampai tahap ni dah kira level merbahaya tahap dewa. Kalau dibuatkan putus cinta (KALAULAH, moga jodoh berpanjangan buat mereka ni) mesti frust menongeng la gf si KF ni. Mesti menongeng macam KF masa tangkap bola sepakan penalti Firman (Kapten Timnas Indon). Belum apa-apa dah 2 orang terkenal nak si KF ni iaitu Nora Danish & juga Hanis Zalikha. Pergh berbulu abis la GF KF ni. hehehehe.

Pesanan aku buat semua termasuk girlfriend KF, jangan terlalu expose. Memang seronok bila ramai orang kenal dan jadi popular. Tapi seronok tu hanya seketika je. Bila dah start isu dipermainkan oleh pihak media termasuk gosip sana gosip sini, susah nanti. Tulis pasal KF slow sikit. Makin awak dedahkan pasal KF, makin ramai yang akan menyukai KF ni dan cuba untuk mendampingi dia serta mencari kesalah korang. Aku just bagi pendapat, Bukan bermaksud nak memalukan sesiapa tapi just takut if bad thing happen to both of you because tersilap langkah. Kepada pembaca belog aku, sorry sebab terlalu harsh atau kasar dalam penulisan aku tentang GF KF ni. Bukan sengaja nak tulis, just nak remind je. hehehehe. Sekadar hidangan di dunia cyber untuk korang. Eh ada lagi satu aku nak bagi dekat korang. Minah ni pun ada compare muka si KF dengan sorang aktor ni. jom tengok.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
My Boss My Hero

Lebih kurang. Sangat seiras muka diorang ni. Patut la sayang sangat minah ni dekat si KF. He's your hero. Memang betul tak dapat dinafikan. hehehehehehe. 

Sebelum aku mengakhiri penulisan aku ni, aku just nak doakan kebahagian GF KF dengan KF. Hopefully nanti dapat la tengok lintas langsung perkahwinan korang dekat TV. hehehehe. Good Luck to KF dan jangan lepas ni tak perform pulak main bola. Teruskan usaha anda, anda berbakat dan jangan biarkan hidup anda dibelenggu perkara yang tidak berfaedah. hehehehe. Apa punya kata-kata perangsang da aku bagi. For girls out there, jangan berangan nak memiliki KF sebab KF dah not available. FULLSTOP. Sebelum aku terus merepek baik aku tamatkan disini. Sekian, Salam, Cheers.

Untuk berita yang lebih hot sila layari: http://akuserabut.blogspot.com

Thursday, December 30, 2010

BOLA BOLA BOLA!!!! BAIK CERITA PASAL HANIS ZALIKHA!!!!

Salam dan selamat petang. Kalau tengok kat mana-mana surat khabar, internet semua cerita pasal bola. Bola jadi pembuka selera. Lagi-lagi pengumuman Perdana Menteri esok cuti. Pergghhhh dapat sambutan hangat tu. Bagus la timnas Malaysia lain kali menang lagi boleh cuti lama sikit. Hhehehe. Teruskan pencapaian korang ye timnas Malaysia. Hope game lepas-lepas ni boleh menang lagi.

Okey dah bosan baca pasal bola kita beralih pula ke sesuatu yang HOT!!!! Hanis Zalikha. Siapa yang tak kenal nama ni angkat tangan??? Siapa yang tak kenal memang NOOB dalam dunia blog ni. Kalau tak kenal meh aku habaq mai kat korang semua. Hanis Zalikha ni adalah seorang blogger, student, model dan banyak lagi la. Link belog dia adalah seperti dibawah:

Okey kenapa aku duk semangat cerita pasal Hanis Zalikha ni?? Bukan sebab aku stalker okey. Ini adalah permintaan beberapa peminat HZ yang ada hantar gambar diorang tangkap candid masa di Titiwangsa. Katanya HZ ni gemar berniaga dan dulu ada bukan gerai jual kuih dalam satu event di Titiwangsa.

Masuk dekat part yang paling best sekali adalah HZ ni macam tau-tau je ada orang ambil gambar dia. Siap sempat macam posing lagi tu. hehehehehe. Tapi memang la, HZ kan model mestilah selalu posing. Okey tanpa membuang masa lagi, aku kepilkan sekali 2 gambar candid yang mamat-mamat ni ambil. Jom tengok.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



Betulkah itu gambar HZ??? Betul la sebab aku dah check memang sebijik serupa dengan HZ. Kata diorang lagi masa ni HZ masih suam-suam kuku tak popular sangat. Tapi sekarang meletup gilos dah minah sorang ni. Okey la nak cakap panjang-panjang pun aku dah tak brapa sedap hati oleh kerana masalah yang tak menentu. Sekian dari aku, salam , cheers.

CERITA TENTANG BOLA DAN GOAL KEEPER MALAYSIA!!!

Salam, tahniah buat Malaysia sebab menang Piala Suzuki AFF. Terima kasih kepada Perdana Menteri sebab bagi cuti hari jumaat.(senang nak pergi sembahyang jumaat). Terima kasih kepada rakyat Malaysia sebab sanggup mengetepikan soal kenegerian samaada kedah, kelantan, selangor atau lain-lain sebab bola sepak Malaysia. Takziah kepada Indonesia kerana sudi kalahkan diri digelangang sendiri.

Okey berbalik kepada tajuk, first sekali aku nak tunjuk dekat korang pancaran laser kepada gol keeper Malaysia masa final malam tadi. Nah ambik ko tepat dekat mata.


Tu dia, relex je mamat Fahmi ni terang-terang kena laser dekat mata. Tapi tak da pun nak bising-bising berhentikan perlawanan. Ni baru profesional. Setakat laser bukan ada masalah pun. Betul tak Khairul Fahmi.

Habis cerita laser kita pergi pulak cerita penyokong Indonesia yang bodoh lagi dungu ni. Korang baca la sendiri. Nanti aku explain.


Hambik ko, sedap mulut je cakap Khairul Fahmi ni orang Jepun. Marah set-set Kelantan nanti. Dewi kalau datang Kelantan mesti orang Kelantan ajak gochoh. Padan muka. Memang statement yang bodoh la. Bukan nak selidik pakai hembus ja. Nampak sangat ramai golongan yang kurang educated di Indonesia ni. Okey next.

Ni pulak cerita tentang belog awek si Khairul Fahmi yang bukan main mencapap sejak 2 menjak ni. Bukan main lagi cerita pasal Khairul Fahmi ni. Kadang-kadang aku rasa menyampah pun ada. Siap cerita pasal sms la. Ni link belog dia.

http://jejariruncing.blogspot.com/

Dey minachi, ko tolong la jangan buat macam ni. Jangan jadi macam pemain Indonesia yang jatuh disebabkan cerita-cerita pasal peribadi. Member tu baru nak naik nanti tak pasal-pasal jatuh tergolek dog pulak. Nak cerita boleh tapi sampai sms nak tunjuk dalam belog. Haihhhh. Macam-macam ada. Jangan nanti gambar bukan-bukan ehem-ehem keluar sudah. hehehehehe. Bawak bertenang ye, baru menang satu piala.

Itulah serba serbi berkenaan penjaga gol Malaysia yang tengah market naik dengan mendadak. Kalau kira saham ASB ni mau dividen naik 200%. hahahahha. Sekian sahaja nukilan dari aku. Sekali lagi, tahniah Malaysia keatas kejayaan memenangi Piala Suzuki AFF. Sekian, Salam, Cheers.

Monday, December 27, 2010

PIALA SUZUKI AFF: LASER HIJAU ASALNYA DARI MANA??? & RUSUHAN DI INDONESIA



Salam bloggers sekalian. Sudah tengok video diatas?? Kalau dah korang mesti tahu cerita yang di sensasikan oleh penyokong serta pemain Indonesia iaitu penggunaan laser yang dihalakan kepada pemain Indonesia. Memang benar saya tak nafikan laser tu dipancarkan kearah penjaga gol Indonesia, tetapi siapa yang mulakan dulu. Penyokong Indonesia yang memberikan idea bernas kepada penyokong Malaysia untuk menggunakan laser juga. Bila kena batang hidung sendiri nak kecoh-kecoh pulak. Memang dasar hidup asyik nak provokasi. Ini namanya karma. Penyokong Indonesia perlu tahu setiap benda buruk yang mereka lakukan akan dibalas.

Rusuhan yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno. Perlawanan mungkin akan diadakan di gelangan neutral atau di Malaysia.
Disebabkan provokasi jugalah, kebarangkalian final kedua Piala Suzuki tidak akan diadakan di Indonesia kerana penyokong mereka sendiri melakukan provokasi sehingga berlakunya rusuhan di Stadium Gelora Bungkarno. Rusuhan ini berlaku disebabkan mereka kepenatan menunggu untuk membeli tiket sehingga merosakkan pagar dan padang stadium. Sekali lagi aku nak katakan padan muka kalau final kedua diadakan di gelanggang neutral. Apapun, pasukan Malaysia harus meneruskan kecemerlangan bermain di final kedua nanti. Sekian, Cheers.



MALAYSIA 3-0 INDONESIA FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 FIRST LEG TAHNIAH!!!!!

Bersama geng blog aku iaitu Aran(AkuSerabut) dan Iznul(EI&E).





Salam pembaca sekalian. Tadi aku dan rakan-rakan aku yang bersemangat waja ni turun ke Stadium Bukit Jalil untuk menyokong pasukan kebangsaan. Nyata sokongan kami tidak sia-sia apabila Malaysia mudah menundukkan Indonesia 3-0. Memang puas sampai peluk orang sebelah ntah tak kenal sapa. Apa yang lagi best, seawal jam 4.30 petang kitorang dah terpacak dekat stadium. Penyokong Indonesia dah memenuhi tempat duduk diorang dan aku ingat penyokong Malaysia tak ramai. Tapi jam 7 malam keseluruhan stadium penuh dengan penyokong Malaysia.

Penjajahan tempat duduk pun berlaku sebab tak cukup tempat duduk. Semua tempat duduk Indonesia yang kosong penyokong Malaysia jajah. Padan muka. hahahahaha. Apapun tahniah Malaysia sebab menunjukkan permainan yang sangat menarik dan tidak menghampakan kami semua. Sedikit info mengenai perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Indonesia:


Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.
Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.
Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Tahniah sekali lagi buat Malaysia. Untuk pengetahuan korang juga, kemungkinan pusingan akhir kedua tidak akan diadakan di Indonesia kerana penyokong Indonesia merusuh semasa membeli tiket di Indonesia dan mengakibatkan beberapa kemudahan di stadium rosak. Untuk berita selanjutnya lihat di Berita Harian.

Next post aku aku akan cerita mengenai Typical Malaysian bila tengok bola. tunggu. Sekian, Salam, Cheers.

Wednesday, December 22, 2010

'NGANGKUNG' PECAH PANGGUNG, KUTIP 8 JUTA

PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth (MiG) sekali lagi melakar sejarah dalam pencapaian kutipan pecah panggung filem Malaysia apabila Ngangkung berjaya mengutip sebanyak RM8 juta selepas empat minggu ditayangkan.
Kutipan tersebut sekali gus menjadikan Ngangkung sebagai filem Melayu yang mencatat kutipan pecah panggung tertinggi setakat ini.
Filem komedi seram yang mula ditayangkan pada 25 November lalu itu turut mengatasi rekod filem Adnan Sempit yang mengutip sebanyak RM7.8 juta.
Lebih membanggakan, jumlah ini berjaya dikutip dalam tempoh sebulan berbanding tempoh 6 minggu bagi filem Adnan Sempit. Jumlah tersebut termasuk kutipan daripada pawagam bebas.
Selepas empat minggu di pawagam, Ngangkung masih menerima sokongan berterusan daripada penonton. Sokongan ini amat dialu-alukan bagi mencapai sasaran 1 juta penonton yang disarankan oleh pihak kerajaan.
Terdahulu, filem arahan Ismail Hasim atau Bob ini melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan minggu pertama tertinggi dalam sejarah filem Melayu iaitu RM3.7 juta.
Dalam kerancakan filem Malaysia ditayangkan setiap minggu sempena musim cuti sekolah, Ngangkung dilihat konsisten menguasai pawagam bersaing pula dengan filem-filem besar dari Hollywood.
Filem terbitan MiG ke-42 ini dijayakan oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira, Farisya Fatin, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet dan ramai lagi.
Tahun 2011 akan menyaksikan lebih banyak filem terbitan MiG menjengah pawagam termasuk Kembar Siang (2 Feb 2011), Kongsi, 3 2 1 Cinta, Sekali Lagi, Senario Ops Pocot dan Keramat.

Sumber: Mstar Online

Tahniah Ngangkung sebab telah menaikkan industri perfileman Malaysia. Kita tunggu pula brapa jumlah kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sekian, Cheers.


Monday, December 20, 2010

GOLONGAN UNIK DI UNIVERSITI PART 2 !!!! -By Obefiend

Bahagian kedua Golongan Unik Di Universiti. Jom Baca Jom. Best ni.

minah datin

Minah Datin ialah Mak Datin in training. Semua Minah Datin yang anda nampak sebelah Dato’ dan Pak Menteri memulakan evolusi kedatinan mereka dari spesis ini. Minah Datin seperti Mat Jiwang boleh dijumpai dari minggu suai kenal lagi. Awek lain pakai baju kurung dan kasut flats, dia akan pakai kebaya jarang dan high heels keletuk keletak. Mekapnya juga tebal lagi dari buku Harry Potter. Minah Datin masa minggu suai kenal suka berjalan seorang diri. That way dia akan nampak lagi meyerlah. Minah Datin juga adalah orang pertama yang akan dilihat naik motor abang senior merangkap fascilitator minggu aluan siswa. By the time dia masuk tahun ketiga 70% abang-abang yang famous dalam uni dah dia date. Kalau uni kamu ada local area network jangan terkejut kalau Minah Datin dapat jadi SOP MIRC atau Admin secara fast track. Ini adalah kerana abang admin dah jatun cintan dengan minah datin. Pada tahun ketiga sebelum praktikal minah datin akan mengeluarkan statement macam bagus seperti;

"Aku tak date budak satu batch pasal tak matang"
"Apa kelas date budak sama batch? Balak aku grad ,dah kerja dan boleh support aku"

Untuk tiga tahun pertama Minah Datin akan menjadi the hot stuff di uni. Semua orang kenal dan boleh dikatakan cerita tentang dia jarang yang enak didengar. Masuk tahun akhir saham Minah Datin akan jatuh macam saham Bernie Madoff kerana ada junior baru yang take over sebagai Minah Datin Alpha. Masuk fifth year bila dah lemau baru la sedar abang dia yang dah grad tu bukan tunggu dia pun. Semua dah kahwin budak setempat kerja. Jadi la Minah Datin ni single and tak laku-able. Believe it or not sebelum grad Minah Datin akan end up berkapel dengan budak satu batch jugak akhirnya. Most of the time it's the same dumb ass yang dah mendamba Minah Datin sejak first sem lagi tapi kena reject masa first year. HAW HAW HAW!

MACAM MANA NAK KENAL MINAH DATIN?

Mekap tebal, budak all girl school yang feymes , badan montok dan dress up kalahkan Gossip Girl. Later bila dah tak laku dia akan tone down tapi akan jadi manusia pertama yang tak puas hati kalau ada awek junior yang seksi. Dia juga lah yang akan mulakan cerita busuk pasal awek junior hot terkini tersebut.

mat gaming

Mat Gaming ialah manusia no life yang asik main game di uni. Pukul 2 petang dia akan main Counter Strike dekat 1000 kali. Pukul 3 pagi dia still akan menjerit “babi babi fire in the hole lancau” untuk kesekian kalinya. Mat Gaming yang paling dewa akan menjadi idola Mat-mat Gaming yang lain. Setiap skill beliau akan menjadi bualan macam orang bercerita tentang hikayat pengembaraan Illiad.

“Semalam Nam3L355 PWNS 6 CT sekali round pakai DE dekat DDUST. Aku try HE dia ikut bomb site A tapi dia HS aku pakai AK dari belakang CT spawn ”

If you can understand what I just wrote above, then you are a Mat Gaming yourself. Jangan malu. Penulis juga seorang Mat Gaming dimasa mudanya dulu. Mat Gaming juga ada masalah menahan emo . Katakan ada teammate silap sikit dia akan jerit sampai satu blok dengar. Kalau teammate dia tutup pintu dia akan sepak pintu tu sampai puas hati;

“Sial la Ajil.. aku dah kata jaga radar pack sebelah kiri dengan Panzer. Apasal engkau respawn jadi medic. Tau la Soldier skill dah +4 tapi jangan la abandon sial. Next time spawn aku MG semua!”

Ini Mat Gaming spesis gila multi player. Ada jugak Mat Gaming yang muka tak malu. Mat Gaming yang suka main game tapi takde PC sendiri. Dia akan pergi PC orang pastu install game sesuka hati. Lepas tu melekat kat PC orang sampai kerusi yang dia duduk ada kesan peluh berbentuk bontot. Mouse pulak ada daki tebal.

But wait there's more! Spesis ketiga Mat Gaming ialah Mat Gaming peninggal taik. Dia akan main game kat PC orang lepas tu tinggalkan high score dia untuk tunjukkan dia power. Ini boleh dilihat dalam game macam Guitar Hero , Rock Band atau 3D Pinball Space Cadet.

MACAM MANA NAK KENAL MAT GAMING?

Pergelangan tangan sebelah kanan dia ada a patch of skin that is smoother than the rest. Kesan jangka panjang berjam-jam seret mouse atas meja. Sampai jadi kematu pun ada. Rig dalam bilik pulak mesti dah moded dan kalau anda roommate dia, pasti anda perasan akan ada orang melawat sekadar nak tengok dia main game. 50% dari Mat Gaming mesti at least extend satu sem. Most of the time orang tak tahu pun nama betul dia. Kalau jumpa kat luar bertegur sapa dengan nickname in game seperti Winters , Fatal1ty, Ayob_Skod , Craxtor, Vivre , Sta88er dan Nam3L355. Lame shit sial! Macam aku.

Mat Extend

Mat Extend menjengkelkan pasal diorang ni tua kutuk tak sedar diri. Kalau extend satu sem takpe, ni extend 7 -8 sem. Orang lain dah habis masters dia still tak abis lagi degree. Diorang selalunya dah sediakan alasan kalau kena tanya kenapa tak abis-abis belajar;

“Aku saja je malas abis awal pasal kat luar tu bukan ada kerja pun skang”
“Aku tukar course pasal aku nak belajar semua benda..aku boleh je double major”

Padahal semua orang yang kenal tahu dia ni pemalas, kaki mendak, main game, layan TV series, layan hentai dan uselessjunk! Not surprisingly walaupun dia warga emas dekat uni, dia still antara orang yang paling famous dan banyak kawan. Cakap je nama dia semua orang kenal. Orang lain pergi kelas dia duduk merempat dekat MIRC layan chat.Tak pun sentiasa kelihatan di forum-forum internet sepanjang masa kumpul postcount. Mat Exend jugak orang yang paling banyak cerita negative pasal lecturer-lecturer yang ada dalam uni kamu.

“Engkau ambik Fluid Mech dengan Ir Matori eh? Habis la engkau. Mamat tu ngajar macam lakhanat! Tak paham aku”

Tapi bila kamu ambik kelas yang sama kamu rasa ok je dia ngajar. Paham je segala benda yang dia tulis dalam notes dan white board. Apa Mat Extend ni bebel sial? Tapi walaupun diorang ni jengkel dan nampak busuk korang berkawan jugak dengan diorang. Nak tahu kenapa? Pasal Mat Extend warga emas ni la yang jaga network korang, troubleshoot PC korang kalau rosak , ajak maple malam buta, organize gathering komuniti , tokan ganja , tokan udang galah jepang dan mesra talak sombong. Segala hal takde masalah dengan Mat Extend. Diorang ni ada aje masa terluang untuk layan kerenah korang.

MACAM MANA NAK KENAL MAT EXTEND?
  • Muka dekat kad matrik tak sama dengan muka diorang sekarang pasal gamba tu ambik 7 tahun lepas
  • Saiz pinggang tak kurang dari 34 inci
  • Admin dan SOP dalam kolej. Kemungkinan besar network server DC++ uni kamu dia yang punya
  • Mat Extend ialah brader paling awal dating dengan Minah Datin. Fucking ass sungguh!
  • Bila dia hilang one fine day dari kolej korang terfikir. Dia tu dah grad ke kena tendang? HAHAHAHHA

So amacam best tak. Semua artikel ni aku dapat di blog Obefiend bulan Ogos tahun 2008. Jadi paham-paham je la. Sorry obefiend cilok ko punya artikel lagi. Sekian Salam.


Credits: Obefiend

GOLONGAN UNIK DI UNIVERSITI PART 1!!!! -By Obefiend

Salam, mood meniru sudah tiba so jom baca artikel yang sangat menarik tertarik kau memang daboom daripada Obefiend.

Let's talk about university shall we? I bet some of you oldfags are missing your good old uni days kan? Sekarang ni musim konvokesyen di universiti-universiti tempatan. Selalunya konvo ialah hari terkhir korang menjejakkan kaki di universiti “tersayang”. Ia juga kali terkahir untuk melihat muka musuh dan orang yang selalu buat korang menyirap. Lepas tu harapannya takkan jumpa lagi mamat atau minah cam bangsat ni. Tapi because the world is such an unfair place you would probably end up with them as office mates. Sempena minggu Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas , mari kita melihat jenis-jenis orang yang kita benci semasa di uni.

mat pau

Mat Pau ialah manusia yang bijak dan manipulatif. Dari mingu orientasi lagi otak dia dah mula mecari-cari mangsa yang senang dipau. Diorang tahu masa first weeklah kita nak buat baik dengan semua orang. Bila Mat Pau datang mintak rokok sebatang atau meggi sebungkus kita pun bagi la pasal nak beramah mesra. Mat Pau mengepau dari pelbagai sumber dan selalu make sure yang dia tak pau dari area yang sama. Kalau hari ni dia pau dari tingkat 3 Block A , esok dia pau dari tingkat 2 Block D. Mat Pau ada attack plan yang dirancang rapi. Hari ni pau meggi esok pau rokok tulat pau Milo 3 in 1. You got to admire their ability to hide their tracks. Mat Pau hanya akan kantol kalau mangsa kebetulan ter-mention aktiviti mengepau diorang.

“Mana Amat? Engkau tak ajak dia makan sekali ke?”
“Aku dah bagi dia meggi sepeket tadi.”
“Aik.. baru semalam aku bagi dia Mee Cintan”
“Makan free sial”

Tiba-tiba member “C” mencelah;

“Amat? Dua malam lepas dia mintak aku rokok sebatang”

Member “D” pulak tiba-tiba nak join sekali;

“Aku dengar engkau mention Amat.. last week dia pau ganja aku 2 ketul”

Camtu la baru korang tahu perangai dan aktiviti mengepau diorang. Lepas dah kantol semua boikot tak nak bagi dia barang lagi. Paling best sekali ialah Mat Pau ni selalunya ada je alasan bila kita nak pau dia balik. Mintak pandai tapi nak share balik tak reti. Hamjad punya manusia!

MACAM MANA NAK KENAL MAT PAU?

Mulut manis dan ramah orangnya. Satu batch dia kenal. Selalu claim takde duit tapi bila outing bandar dia belanja sakan. Most of the time pegi bandar pun solo pasal tak nak orang tahu dia berduit!

mat jiwang

Mat Jiwang ialah kasanova legenda di universiti kamu. Dia terkenal dari tahun pertama sampai la tahun akhir sebagai kaki betina. Mat Jiwang yang paling super duper ialah Mat Jiwang yang dari minggu suai kenal dah dapat tackle sorang awek. Gila babi la skill dia. Kelas belum start lagi dah dapat awek teman lepak dekat kafe. Mat Jiwang selalunya ialah lelaki kacak yang kaya dan 70% of the time ada “Chinese Look”. Rambutpun stylo pasal orang perempuan senang benar tertarik dengan rambut yang unik. Aku sendiri tak paham tarikan seksual yang ada pada rambut? Apa yang cute sangat rambut pacak macam Aidil Zaquan tu?Apa yang buat kamu merembek bila tengok lelaki melayu yang “Chinese look” ? Apa malay look tak cukup hensem ke? Adakah ini kesan negative selepas awek melayu tengok filem Sepet? Semuanya dreaming nak balak muka macam Jason? Mat Jiwang jugak jarang campur dengan budak lelaki satu batch. Most of the time lepak dengan awek dia 24 jam. Kalau awek dia satu fakulti , buat assignment pun dalam satu group. Ada alasan stay up dekat kafe sampai pagi nuta. Bila kena tegur dengan pak gad boleh kata nak buat group discussion. Sial lah! Benda yang paling korang suka terjadi pada Mat Jiwang ialah bila dia clash dengan awek dia masa internship. Lepas balik internship baru la terhegeh-hegeh nak buat baik dengan jantan satu batch. Sebelum tu 6 semester bertegur pun tidak padahal housemate! Padan muka kau anjing. Jadilah dia kera sumbang takde member. HAHAHAH AH AH HA!!

MACAM MANA NAK KENAL MAT JIWANG?

Muka charming, rambut kemas, takde misai , Chinese look dan kontrol hensem. Dalam Facebook,MySpace dan Friendster Mat Jiwang korang akan perasan banyak ambik gambar sorang-sorang. Dekat picture description pulak dia letak ayat jiwang pujangga macam “alangkah indahnya jika aku ditemani insan bernama hawa” or “ kan best kalau dipantai ini ada awek teman” . Rasa macam nak lempang lak tahap kejiwangan diorang ni. Kalau check wall dia pulak, korang mesti perasan 95% message ditinggalkan datang dari awek. Pundek!

mat pondan

Mat Pondan ialah spesis yang korang geli nak ngaku satu batch. Mat Pondan takkan tunjukkan kegay-an dia masa minggu suai kenal. Masa tu nampak jantan abis. Lepas dah satu sem baru dia berani tunjukkan kepondanan diorang secara berperingkat-peringkat. Bila lalu depan bilik Mat Pondan masa malam jumaat korang akan terbau haruman semerbak. Kalau tak tahu itu bilik Mat Pondan mesti jantung rasa nak tercabut pasal ingatkan ada Pontianak tengah melintas! Kuat gila bau bai. Bilik Mat Pondan pulak wajib ada teddy bear, poster Zach Efron (zaman aku dulu poster Joey Lawrence tak pun New Kids on The Block) , bed sheet merah jambu dan minyak urut. Bilik Mat Pondan selalu didatangi Mat Jiwang. Mat Jiwang buat baik dengan Mat Pondan pasal Mat Pondan baik dengan perempuan. Mat Pondan akan ceritakan segala kebaikkan Mat Jiwang kepada perempuan satu batch. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan simbiosis. Mat Jiwang dapat free propaganda dari pihak Mat Pondan ke pihak perempuan . Mat Pondan pulak dapat sentuh dan urut badan Mat Jiwang. Sometimes I wonder if Mat Jiwang is just a closeted gay.

MACAM MANA NAK KENAL MAT PONDAN?

Korang takkan jumpa diorang mandi satu time dengan korang. Kalau korang mandi pagi pukul 8 diorang mandi pukul 7. Kalau terserempak dalam communal toilet korang akannampak diorang berkemban tutup tetek siap dengan shower cap kalahkan betina. Lepas tu dalam tangan ada ada 7 jenis sabun dan losyen.


Lepas aku baca semua ni memang aku gelak guling-guling sampai patah katil aku. hahahahaha. Memang betul apa yang Obefiend cakapkan ni. Credits to Obefiend. Sorry ciplak ko punya artikel sebab best sangat.Salam, Cheers.

Credit : Obefiend

HANIS ZALIKHA @ METRO

Salam, di kalangan blogger siapa yang tidak kenal antara blogger paling popular iaitu Hanis Zalikha. Menurut laporan Harian Metro hari ini, nama Hanis Zalikha ditangga ke 6 carian google mengatasi artis no 1 negara Siti Nurhaliza. Ni aku turut sertakan artikel dari Harian Metro.




SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai ‘misteri’ hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

“Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia adalah disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,” kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha berpendapat maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.

Katanya, mungkin enjin carian Internet itu adalah salah satu medium daripada pelbagai saluran yang digunakan peminat penyanyi berkenaan untuk mengetahui perkembangannya.

“Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,” katanya yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya.

Bercerita mengenai dirinya, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Kedua-dua bidang yang penuh glamor itu juga bukan impian sebenar saya kerana cita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan berjaya pada suatu hari nanti,” katanya yang pernah mendapat tempat kedua pertandingan Malaysian Dreamgirl dua tahun lalu.

Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat.

Dia yang mendapat tajaan pengajian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam turut berkongsi kecemerlangannya dalam pelajaran dengan memberi tips berguna.


>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

Tu dia blogger lagi popular dari artis. Mantap sungguh. Untuk pengetahuan korang, aku tau pasal Hanis Zalikha ni pun dari abang aku. Dia minat Hanis Zalikha dan kitorang penah terserempak dengan Hanis Zalikha di Tasik Titiwangsa satu ketika dahulu. Aku ingat lagi masa tu aku yang tak kenal sapa Hanis Zalikha tu disuruh untuk ambil gambar dia. Aku dengan berbesar hati menolak pelawaan abang aku. So abang aku la ambil gambar Hanis secara curi-curi dan untuk mencover perbuatan itu, kawan abang aku erman menjadi mangsa coverline dengan posing dihadapan kamera. Ni muka diorang masa ambil gambar tu.


Bila la dapat jadi popular macam dia ni. hehehe. Sekian Salam, Cheers.

THANKZ CHIAKI SAKIYURAI!!!!

Salam semua. Berita gumbira aku terima hari ni selepas kesibukan duniawi aku. Belog aku telah direview oleh kawan aku iaitu Chiaki Sakiyurai atau nama timangan Ikin. Mula-mula baca sejuk hati aku sebab dia ucap happy birthday kat aku dalam belog dia tapi sekali baca sampai habis makan dalam jugak la sebab ngumpat aku.

Chiaki ni untuk pengetahuan korang adalah classmate aku di UKM. Dia teramat banyak tolong aku cuma satu je dia tak tolong iaitu sign attendance aku dalam klas. hahahaha. Chiaki ni sifat dia macam mak mak sikit. Sebab tu banyak volunteer tolong aku. Umur lebih kurang aku gak si Chiaki ni tapi bajet akak sangat. Maybe sebab sifat yang aku cakap tadi tu dia perasan dia akak. hahahah.yang paling penting statement dia ialah         "budak ni baik" hahahaha. TQ bebanyak. bodek la tu.

Apa yang korang kena tau pasal dia ni adalah seperti berikut:
- lahir tahun 1990
- kelahiran Negeri Sembilan
- dah ada Boipren nama ....... (dirahsiakan kerana berkait rapat dengan pasukan pertahanan negara)
- tinggi dia kurang 3 inci dari aku.
- suka pow aku (belanja dia makan)

So untuk lebih mengenali Chiaki ni sila lihat dibawah.
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

chiakisakiyurai.blogspot.com

nie dia review pasal aku. Thankz Ikin. jasa mu ku kenang.

Gambar zaman muda-muda aku ambil dari belog chiaki. Tahun 2008

Akhir kata dari aku, singgah la belog chiaki ni dan follow la dia. hehehehehe. Sekian, salam, cheers.


Sunday, December 19, 2010

GEMBIRA, DAN BERSYUKUR SESANGAT!!!!

Salam readers semua, segan la aku nak cakap tapi aku cakap jugak la. Hari ni bufday aku, so Selamat Hari Jadi kepada diri aku sendiri. hehehehe. Sebenarnya aku baru lepas celebrate bufday aku yang diacarakan oleh Sheryll Samad di NZ Garden dekat dengan KLCC tu. Okey statement tu betul tapi ada sikit kelentong la. Sebenarnya aku baru balik daripada Honda Dream Nights dan memang dreams aku la. Honda Dream Nights adalah malam pelancaran motor terbaru keluaran Honda iaitu CBR 250R.

Antara acara dalam majlis tu adalah pelancaran motor, best couple of the night, lucky draw dan ada persembahan daripada Michael Jackson yang boleh cakap melayu.hehehehe. Apa yang bestnya, selain aku dapat tengok pelancaran motor tu, aku dan my dearest girlfriend dapat dicalonkan antara top 4 best dress couple of the night. Thankz Honda. Tapi tu tak best lagi, apa yang lagi best adalah aku dapat lucky draw iaitu sehelai t-shirt yang yang ditandatangani oleh Andrea Dovizioso iaitu racer untuk team Repsol Honda dan yang paling best dapat riding GLOVE yang ada tandatangan juga.

Pergh sekali dua aku dapat hadiah untuk harijadi aku. Tapi aku amik gloves ja yang t-shirt siap frame tu aku bagi girlfriend aku simpan. So memang meriah la kira sambutan birthday aku. Tapi sedikit kecewa sebab tak dapat grand lucky draw iaitu full face helmet Arai. Tapi kira bersyukur la dapat glove dengan tshirt ni. ni aku letak sikit gambar aku masa pergi honda dreams night tu. Salam, cheers.

Ni la finalist untuk best couple of the night.

Im with Sheryll Samad. Ignore my idiot face.

Looks so macho sitting on this new CBR250R. Insyallah kalau ada rezeki lebih akan ku beli. Korang tolong la doa-doakan ye.

TShirts yang gf aku menang.

Ladies biker of the night. Semua bawak motor atas 650cc tu. ada yang bawak Z1000.
Glove yang aku menang. Nampak tak sign tu. Tu yang buat lagi mahal. hehehe. Lepas ni boleh beli motor ni.

Saturday, December 18, 2010

SELAMAT HARI SABTU

Salam dan selamat hari sabtu. Apa benda yang best nak buat hari ni ek?? rasa agak kebuhsanan pun ada jugak. Kerja banyak tapi tak larat nak buat dah ni. So apa kata kita main tengok-tengok gambar je la.
Aku rasa aku nak bawak kambing aku jalan-jalan la hari ni
Lepas bawak kambing jalan-jalan kita makan nasi lemak 50sen pulak.

Lepas tu balik rumah sambung buat kerja... hehehe.. sekian, cheers.

Thursday, December 16, 2010

SORRY LAMA TAK UPDATE

Salam semua. sorry sesangat sebab aku jarang update sekarang ni. Ni adalah disebabkan aku tengah update belog company aku Matahati Picture. So lepas ni belog tu tak la muram ja dan ni aku share dekat korang semua hasil aku update belog tu. Tapi belum sempurna lagi.



Okey bagi yang baru mengikuti belog aku, Matahati Picture adalah sebuah syarikat fotografi yang telah hampir 2 tahun beroperasi. Aku adalah one of the owner untuk syarikat ni. So kalau ada yang nak perkhidmatan fotografi boleh la contact aku. Sekian, salam cheers.

Wednesday, December 15, 2010

PHOTOGRAPHER TIDAK BERETIKA


Korang tengok la sendiri photographer2 zaman sekarang. lain yang disuruh lain yang dibuat. Kepada photographer diluar sana, pastikan anda mengikut etika, jangan la mengambil gambar seseorang sesuka hati dan dimasukkan ke website. Memang betul gambar tu gambar candid tetapi jika ianya memalukan serta mengaibkan seseorang itu, pikir-pikirkan lah. Sekian. cheers.

Monday, December 13, 2010

HAKIMY DE NAILIS PLACE!!!!

Nailis Place Front Door

Salam dan selamat pagi semua. Maybe ramai yang dah tau tempat makan yang agak happening di KL ni iaitu Nailis Place. Malam tadi mak cik aku blanja aku makan dekat Nailis Place Sentul. First time aku pegi tempat tu memang sangat jakun la. hahaha. Masuk-masuk ja konsep ala-ala kampung ditambah dengan kemodenan ditonjolkan. Tempat ni memang sangat sesuai untuk adakan birthday party dan seangkatan dengannya. Walaupun dah pukul 11, masih ramai lagi orang datang ke Nailis Place. Konsep serta environment dia aku bagi 8/10 bintang. Tapi ada satu yang kurang memuaskan iaitu makanan dia. Makanan dia rasa kurang ummmm. Presentation diatas pinggan memang manerik tetapi rasa dia kurang ummm. Bagi aku yang remaja ni, aku akan pergi semula ke Nailis ni duduk lepak-lepak sambil hisap shisha , minum float root beer dan juga makan cucur ikan bilis dia. Sebab 3 benda tu ja yang aku rasa best kat sini. Apa-apapun aku selitkan gambar-gambar dan korang boleh la cari tempat ni. Kalau nak buat candle light dinner tu aku rasa sangat sesuai. Sekian Jom tengok gambar.


Satu lagi pintu masuk Nailis.
Kaunter bayaran Nailis.

Tempat DJ dan dance floor.

Sorry sebab gambar tak brapa clear. Nanti aku pergi sana sekali lagi insyallah aku akan bawak kamera gedabak aku untuk ambil gambar. Tempat ni rating untuk stylo + happening aku boleh bagi 4.5/5 bintang dan dari segi makanan aku just boleh bagi 2.5/5 bintang. Sekian Cheers.

Saturday, December 11, 2010

JOM NAIK MOTOR MPV


Salam semua, okey tak tajuk post ni dengan gambar diatas tu. Tapi gambar diatas ni jangan pula korang buat atas jalan kat Malaysia ni. Tak pasal-pasal kena langgar dengan lori. Sekian , Cheers.


NI BARU GANGSTER NAMANYA!!!!


Amacam gangster tak diorang ni. ini adalah gambar di ambil dikawasan angola sebuah negara Afrika. Dekat Malaysia gangster-gangster pun bela kucing, hamster, paling gempak pun anjing bulldog ja. Cheers.

KEDUDUKAN TANGAN DAN MAKSUDNYA!!!!

Sumber ini dipetik daripada BlogSerius dan blog serius pula memetik gambar ini daripada Ozawa Zone. Ala dari tweet Maria Ozawa. Bagi yang tak kenal Maria Ozawa ni eden bagitau sikit. Maria Ozawa adalah seorang pelakon porn yang terkenal di Jepun. Okey jom tengok gambar pulok.


SERONOKNYA DAPAT 5A!!!!!


hehehe... Selamat Menjamu Selera semua. Cheers.


PAK CIK KAYO!!!! PAK CIK KAYO!!!!

Selamat pagi semua. Pagi-pagi bangun tidur mesti korang lapar. Bila korang lapar korang akan buka wallet atau beg duit untuk melihat duit tinggal brapa dan bajet untuk sarapan pagi. Macam mana kalau pagi-pagi korang bangun korang menjumpai note 1 trillion dalam beg duit anda. Apa korang akan buat dengan duit sebanyak itu?? Bagaimana pula note 1 trillion itu berbentuk sebegini (lihat dibawah)

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



Korang tahu tak brapa nilai sebenar 1 trillion zimbabwe ni dengan ringgit malaysia. 1trillion dollars zimbabwe = RM50 ja.
Kalau di Malaysia jika korang ada 100 billion ringgit, korang mungkin seorang pengusaha francais KFC. Tetapi di zimbabwe anda hanya boleh membeli 3 biji telur dengan 100 billion dollar Zimbabwe.

Kesimpulannya, kita harus bersyukur dengan negara kita yang kadar inflasinya masih berada ditahap tidak membimbangkan. Di negara lain terutamanya negara Africa, mereka mengalamai kadar inflasi yang sangat teruk sehinggakan mereka kaya dengan digit pada duit kertas sahaja. renung-renungkan dan selamat beramal. Cheers.


Friday, December 10, 2010

Transformers 3 Official Movie Trailer Teaser [Full HD] Dark of the Moon




Transformers: Dark of the Moon (2011)
Action | Adventure | Sci-Fi - 1 July 2011 (USA)

The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons...

Director: Michael Bay
Writer: Ehren Kruger
Stars: Shia LaBeouf, Rosie Huntington-Whiteley and Tyrese Gibson

Link Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=xpUO1eReMyA&feature=player_embedded

CastCredited cast:
Shia LaBeouf ... Sam Witwicky
Josh Duhamel ... Major William Lennox
Rosie Huntington-Whiteley ... Carly
John Malkovich ... Sam's Boss
Hugo Weaving ... Megatron (voice)
Patrick Dempsey ... Dylan
Ken Jeong John Turturro ... Simmons
Frances McDormand ... Marissa Faireborn
Alan Tudyk ... Dutch
Tyrese Gibson ... Robert Epps
Frank Welker ... Soundwave (voice)
Peter Cullen ... Optimus Prime (voice)
Keiko Agena ... Mearing's Aide
Kevin Dunn ... Ron Witwicky

Berita yang baru diterima, pengarah terkemuka Michael Bay telah melancarkan trailer untuk Transformer 3: Dark Of The Moon. Filem ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan iaitu pada 1 July 2011. Sama-samalah kita tunggu untuk menonton filem yang cukup mantap ini. Sekian, Cheers.

Link Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=xpUO1eReMyA&feature=player_embedded





GAMBAR KREATIF: INVISIBLE MAN





Kreatif betul diorang ni. Sekali tengok macam biasa ja, bila dua kali tengok nampak la ada makhluk seakan-akan sesumpah. Jom kita try ramai-ramai, tengok jadi tak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...