Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, November 6, 2010

25 BENDA MENGENAI DIRI SAYA!!! DITAG OLEH HONEYBEEANGELL

Salam readers, walaupun aku dah lama di tag, aku asyik terlupa ja nak buat entri mengenai 25 benda tentang diri aku. So disebabkan aku free jap, aku akan tulis sejujurnya pasal diri aku. Thankz to Honeybeeanjell sebab tag aku.

Mengenai diriku:
1) Nama penuh aku berkaitan Mahkamah/ institusi keadilan. Mohammad Hakimy Bin Jury.
2) Lahir pada 19 Disember 19**. (Segan la, dah tua)
3) Belajar di UKM, Bangi
4) Minat dalam Photography, Videography.
5) Cita-cita nak jadi jutawan.
6) Tak suka sangat-sangat apa yang aku belajar sekarang. (Environmental Science)
7) Suka kucing tapi alergy teruk dekat kucing.
8) Anak bongsu. Tak manja sangat ngan mak bapa tapi manja sikit tu ada la.
9) Suka cakap terus ja dan tak pandai berkias-kias.
10) Berat 71kg tinggi 178cm.
11) Kadang-kadang aku teringin nak jadi pelakon tapi tak cukup hensem.
12) Suka cari duitbanyak-banyak.
13) Suka pergi shopping dengan perempuan sebab ley singgah banyak kedai.
14) Suka budak kecik tapi kalau asyik merengek je terus reject.
15) Ada abang yang banyak duit. (paling aku suka, boleh pow)
16) Agak metroseksual(perasan je lebih)
17) Suka potong rambut kat saloon sebab environment dia best.
18) Suka menghabiskan duit untuk makanan.
19) Sweet juga la orangnya. (hahahah).
20) Teringin nak ada superbike sebab boleh nampak bergaya dan kaya.
21) Not Available (takda line).
22) Suka makan chicken chop.
23) Kalau bosan suka buat gila.
24) Tak suka susahkan diri.
25) Saya seorang yang romantik. (geli gila)

Sekian, salam, cheers.

SARANG CINTA HANA!!!!

Salam readers semua, mesti korang pelikkan dengan tajuk post aku kali ni. Okey post aku kali ni nak ceritakan 2 benda.

Benda pertama:
Belog aku telah menjadi belog pilihan Hana Love Nest. Sebab tu aku letak tajuk Sarang Cinta Hana. Aku suka belog ni sebab dia banyak buat homework untuk belog dia. Macam-macam la dari senarai orang yang komen sehingga terbaru ni senarai waktu orang paling ramai baca belog. So korang boleh la follow belog dia yang cute ni. Dia antara blogger yang telah lama berkecimpung dalam dunia belog ni. Thankz Anna Boleyn. Nanti i comment banyak-banyak dekat belog u lagi k.(Mr. DOM jangan marah ya) Ayat tak boleh blah.

Benda kedua:

Tajuk aku pelik semacam sebab aku akan senaraikan beberapa nama belog bahasa inggeris dan aku translatekan dalam bahasa Melayu. Kita sama-sama tengok macam mana bunyi dia nanti. hehehehe.

1) Hana Love Nest = Sarang Cinta Hana
2) Freedom Of Association = Kebebasan Berpersatuan
3) The Beauty In Ugly = Kecantikan Dalam Kehodohan
4) Bloggerboy = Budak Belog
5) Mizzapple = Cik Epal
6) Once Upon A Story:Attention = Cerita Suatu Masa:Perhatian
7) And The Story Goes Like This = Dan Ceritanya Bermula Begini
8) Banana Stories = Cerita Pisang
9) Less Is More = Kurang Itu Lebih
10) Life Is Sweet = Hidup Itu Manis

Ni antara belog-belog yang aku pilih untuk translatekan dalam bahasa Melayu. Ada yang bila translate jadi pelik dan lawak. Sorry kepada blogger-blogger yang aku pinjam nama. Bukan nak kutuk tapi nak promote. Kalau korang nak tau apa cerita disebalik tajuk diorang tu, boleh klik dan baca belog diorang. Sekian dari aku, salam, cheers.






KARANGAN BUDAK DARJAH 4!!!!

Salam readers semua, entri post aku kalu ni aku nak bagi korang sample karangan budak darjah 4 yang tulis. Apa yang aku paham tentang karangan ni adalah semua manusia akan mati suatu hari nanti. Jom kita baca sama-sama.

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

So apa pendapat korang tentang karangan ni??? Komen sikit tentang karangan ni. Aku baca tergelak-gelak sampai nak mati dah. hehehehe. Sekian Cheers.

credit to: FB Saiful Azreen

LAGI GAMBAR TERLAMPAU KUCING AKU!!!

Salam  readers-readers sekalian. Kali ni aku akan tulis sedikit biodata tentang kucing aku. Maybe sebelum ni aku pernah cerita pasal kucing-kucing aku tapi tu kucing lain dan ni aku tambah kucing lain pula.
 
ChooChoo Menguap

ChooChoo merenung masa depan

1. ChooChoo Binti Tuyik
Umur: 3 tahun
Jantina: Betina
Jenis: Siam + Parsi
Warna: Kelabu asap

GerGer

1. GerGer Bin Tuyik
Umur: 4 tahun
Jantina: Jantan
Jenis: Unknown
Warna: Oren + Kuning

NingNing

1. NingNing Binti Tuyik
Umur: 2 tahun
Jantina: Betina
Jenis: Unknown
Warna: Kuning
Status: RIP



MoiMoi


1. MoiMoi Binti Tuyik
Umur: 3 1/2 tahun
Jantina: Betina
Jenis: Unknown
Warna: Putih + Kelabu

Okey, Mesti korang pelik napa kucing aku ada bin atau binti tuyik kan. Tuyik tu kiranya family name untuk kucing-kucing hasil jagaan family aku. Dari mana asal Tuyik tu?? Tuyik tu abang aku yang mulakan fenomena menuyik ni. Tuyik ni kalau korang ada kucing, cuba korang sondol-sondol tangan korang dekat hidung kucing korang mesti dia keluarkan bunyi tuyik tuyik tuyik. hahahaha. So dari situ la startnya perkataan Tuyik hasil nukilan abang aku.Tuyik pula adalah nama generasi pertama kucing aku. Dulu aku ada seekor kucing abang aku bagi nama KidTuyik.So demi menghormati KidTuyik, semua generasi seterusnya family aku letak la Tuyik juga. Kalau korang nak tanya apa-apa pasal kucing just komen kat aku. Insyallah kalau aku boleh tolong aku tolong. Salam. Cheers.

PEREMPUAN TUDUNG VS PEREMPUAN FREE HAIR!!!!! PART 1

Salam semua pembaca-pembaca aku yang setia. Hari ni aku akan menulis mengenai kisah Perempuan Tudung Vs Perempuan Free Hair. Apa yang aku tulis adalah hasil temuramah aku dengan seorang lelaki dan aku cuba olah sikit-sikit. Untuk posting kali ni, responden menyokong perempuan free hair.

AMARAN KERAS: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BERWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.


VS



1. Apa beza perempuan tudung & perempuan free hair?
Perempuan tudung tutup kepala pakai kain perempuan free hair biar ja rambut diorang dilihat orang. 

2. Apa yang ko suka dengan perempuan tudung?
Aku suka kalau tetiba dia pakai tudung pastu bukak tudung nampak masa dia free hair. Aku nak tengok comel ke tak. Selalunya tak comel.

3. Apa yang ko suka dengan perempuan free hair?
Aku suka tengok rambut diorang yang macam-macam gaya. Lagi satu kalau perempuan tudung ni dia hipokrit tak macam perempuan free hair.

4. Kenapa ko cakap perempuan tudung hipokrit?
Ko nak tau sebab apa, ko pergi la tanya perempuan pakai tudung sebab apa diorang pakai tudung. Mesti ada yang jawab pakai tudung sebab dari kecil dah pakai,kalau tak pakai nanti mak bapak marah, tak biasa la kalau tak pakai tudung, kalau tak pakai tudung muka tak lawa, pakai tudung sebab rambut tak lawa. Macam-macam la. 

5. Kenapa ko cakap perempuan free hair tak hipokrit?
Sebab diorang tak pakai tudung. Diorang tak hipokrit untuk nampakkan diri diorang baik. Biar diorang ja yang tahu baik buruk diri sendiri. Nanti kalau diorang dah insaf mesti diorang pakai tudung dan lagi bagus daripada orang yang pakai tudung dari kecil sebab rasa terpaksa.

6. Kenapa aku tengok ko macam tak suka sangat dengan perempuan pakai tudung?
Okey, aku nak cerita kat ko kisah aku masa kapel dulu, aku pernah kapel dengan sorang perempuan tudung ni. Memang comel la tak perlu dikata, nampak sopan, baik. Tapi semua tu hanyalah kerana dia pakai tudung, aku nampak dia baik. 

Rupa-rupanya dia ni spesies yang playgirl, pantang ada lelaki tegur sikit je, mula la dia perasan dia lawa dan attractive sangat. Mula tergedik-gedik sana sini. Kadang-kadang depan aku pun dia camtu. Siap bagitau roomate lagi eh lelaki ni tengok dia, lelaki tu tengok dia. Aku tak tahu tapi roomate dia yang free hair bagitau aku perangai dia ni. Apa lagi, terus la aku belah dengan hati yang terluka sebab kena tipu dek tudung yang dia pakai atas kepala tu.

Lagi satu, perempuan tudung ni aku tengok  kalau dah ada boifren boleh pulak bukak tudung bagi boifren tengok. Sama ja tu kiranya dengan perempuan free hair. Bukan main lagi MMS gambar free hair posing camni dan camtu. 

7. Dah tu kenapa ko macam suka sangat dengan perempuan free hair? 
Aku suka diorang ni sebab diorang ni lagi baik daripada perempuan yang pakai tudung. Bagi aku, perempuan freehair ni lagi susah untuk didampingi daripada perempuan pakai tudung. Lagi satu, perempuan free hair ni kalau kita nak sembang-sembang diorang ni open minded & terus terang. Kira semuanya dia bagitau la tak main nak tapis-tapis. Kalau perempuan bertudung, kalau sembang banyak yang bajet cun, cakap pun baik-baik tapi pada hakikatnya lagi jahat daripada aku.

Aku pernah cuba ngorat perempuan pakai tudung, semua beri balasan positif padahal baru first time tegur. Kalau permpuan free hair ni, sampai aku dah habis sweet pun dia buat tak layan ja. Aku tengok member-member aku, kapel ngan perempuan pakai tudung, keluar jalan-jalan pegang tangan la pelok-pelok la. Tak malu ke dengan tudung atas kepala tu. Kalau perempuan free hair, jarang aku tengok yang sampai pelok-pelok. Habis-habis pun pakai sexy dan pegang-pegang tangan. Takpa la dah memang diorang free hair.

8. Apa nasihat ko kepada perempuan pakai tudung?
Kalau dah pakai tudung tu, buat cara pakai tudung. jangan pula nak pakai baju yang kadang-kadang lagi daring daripada perempuan freehair. Pakai tudung dengan ikhlas kerana Allah dan bukannya sebab adik beradik ke, mak bapak marah ke, tak cun kalau free hair ke. Jaga kelakuan jangan depan nampak baik belakang peluk-peluk dengan boifren, buat bukan-bukan siap kena rakam 3gp lagi.

9. Nasihat ko kepada perempuan free hair?
Aku tau aku banyak support korang, tapi tak semua sebaik yang aku cakapkan. Yang penting korang jangan hipokrit dan terlampau keterlaluan. Jangan terlalu membangga diri dan merasakan diri tu hot. Padahal ramai lagi yang hot dari korang. Dan satu lagi, kalau korang nak pakai tudung pikir masak-masak sebab jangan bila dah pakai tudung perangai serupa masa korang freehair.

Komen aku: Macam-macam orang sekarang ni. Aku tak menyokong mana-mana pihak tapi aku akan cuba bawakan penyokong perempuan tudung untuk temuramah yang akan datang. Bagi aku tak kisah macam mana pun korang, bertudung atau tak pandai-pandai la korang jaga diri. Jangan terjebak ke dunia yang lain. Korang kena pandai menilai sesuatu tu. Dan jangan ikutkan hati je sebab kalau ikutkan hati mati nanti. Sekian daripada aku. Cheers.
Yang Melaporkan,
HakimyJury
 

Friday, November 5, 2010

EKSIDEN BAS LAGI!!!!

PEKAN 5 Nov. - Seorang maut, manakala dua cedera apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam di kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi itu apabila bas ekspres Transnasional dari Johor Bahru menuju ke Kuantan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian. – Utusan


Komen aku: Salam, aku tengok sekarang makin menjadi-jadi kemalangan melibatkan bas dan membawa maut. Aku agak kesal dengan perkara ni dan harap kerajaan dapat tangani kejadian ni dengan segera.

Thursday, November 4, 2010

HITLER MARAH KAT PROTON INSPIRA!!! WTF!!!



Salam readers, pagi ni aku sajikan korang dengan berita Hitler Marah Dekat Proton Inspira. Kalau korang tengok tak tergelak aku tak tau la. Salam, Cheers.






Wednesday, November 3, 2010

GOOD JOB & LUCK SUPERMAN !!!!

Salam pembaca sekalian, sapa yang tak kenal Faizal Tahir, Superman Malaysia tu. Aku nak ucapkan tahniah kepada FT sebab tercalon dalam separuh akhir muzik-muzik. Bukan satu pencalonan tapi 3 pencalonan FT dapat.

Gambar ihsan daripada Gua.com.my


Lagu-lagu yang tercalon adalah Hanyut, Selamat Malam, & Adrenalin. Mantop tu semua lagu yang dicalonkan. Tapi melalui sumber yang aku terima, Faizal Tahir tidak begitu yakin untuk melangkah ke peringkat akhir sebab katanya banyak lagi pencalonan-pencalonan yang gempak-gempak.

Faizal Tahir juga sedikit kecewa sebab giliran untuk FT menyanyikan lagu di peringkat separuh akhir semuanya last. Ni aku sertakan senarai lagu dan giliran separuh akhir muzik-muzik.

Acara siaran langsung ini akan dipancarkan terus dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

8 November 2010, 10mlm – 11.30mlm, Konsep 80an
Artis Jemputan – Ramlah Ram
1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter (Band)
2. Inikah Cinta - Akim (Solo)
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir (Solo)
4. Mencari Konklusi – Hujan (Band)
5. Cinta – Mohd (Solo)
6. Noktah Cinta – Hafiz (Solo)
7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur – Anna Raffali (Band)
8. Nadiku – Sabhi Sadhi (Solo)
9. Cinta Sempurna – Yuna (Band)
10. Oh Juwita – Nubhan (Solo)
11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor (Solo)
12. Hanyut – Faizal Tahir (Band)


15 November 2010, 10mlm – 11.30mlm, Konsep 90an
Artis jemputan: Rahmat Mega
1. Tika Masanya – Hujan & Mirwana (Band)
2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana (Solo)
3. Kau Harus Ada – Hujan (Band)
4. Drama King – Meet Uncle Hussain (Band)
5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy (Solo)
6. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali (Band)
7. Jahat – Stacy (Solo) 8. Susun Silang Kata – Aizat (Band)
9. Cinta Kosmik – Fabulous Cats (Solo)
10. Ku Ada Kamu– Adira (Solo)
11. Sofea Jane – Black (Solo)
12. Adrenalin – Faizal Tahir (Band)


22 November 2010, 10mlm – 11.30mlm, Konsep Millenium Baru
Artis Jemputan: Spider
1. Realiti Dewi – Alyah (Solo)
2. Pelita – A.P.I (Band)
3. Berlari – Tomok (Solo)
4. Extravaganza – Bunkface (Band)
5. Bersamamu – Joe Flizzow ( Solo)
6. Selamat Malam – Faizal Tahir (Band)


Sumber: Gua.com.my
Last but not least,  aku nak ucapkan good luck kepada Faizal Tahir dan semua yang masuk ke peringkat separuh akhir. Salam. Cheers.






LU PIKIR LA SENDIRI KALAU PUTUS CINTA!!!


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.
Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.

"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.

"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.
"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.

"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.

"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.

"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.

Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil:
"Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.

"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil.

Sumber:MStar online

Komen dari aku: Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Sebab aku ni kira rapat juga dengan Nabil(perasan). Selalu aku nampak Nabil masa aku kerja kat The Curve dulu. Bukan main romantika de amour betul Nabil dan Irma ni. Tapi aku ada satu konklusi kenapa Nabil putus cinta. Sebab dia dah ada cinta hati baru. Nak tahu siapa. Tengok dekat bawah ni.


Ni la cinta hati Nabil yang baru.
Ni la yang dikatakan awek baru Nabil (Myra Padme namanya)

Comel jugak.

Apa-apa pun Nabil, aku wish ko best off luck dalam hidup dan dalam kerjaya ko. Aku still minat ko baik punya. So pesanan aku buat Nabil. LU PIKIR LA SENDIRI. CHEERS.




KUCING AKU SELEPAS & SEBELUM MAKEOVER!!!!

Salam pembaca-pembaca belog aku. Nie post aku untuk tengahari so sapa-sapa yang tengah makan tengahari tu selamat menjamu selera. Siapa yang ondaway nak masuk kerja tu selamat bekerja.


Okey post aku kali ni aku nak tunjuk kat korang gambar kucing aku yang bernama Chumi. Chumi ni sejarah dia bukan kucing aku. Satu pagi tu mak aku tengah mengemas tetiba dengar bunyi kucing depan pintu. mak aku bukak pintu jumpa si Chumi ni.


Kenapa tajuk ni makeover sebab aku nak tunjuk kat korang warna kucing aku ni lepas mak aku makeover. Warna asal dia kuning pudar tapi lepas makeover jadi warna........

Si Chumi sebelum makeover

Si Chumi sebelum makeover 2

Si Chumi lepas tukar warna
Ha korang tengok sendiri hasil kerja mak aku. Dia geram sangat tengok kucing dia sekor ni comot dia letak inai kan dah bertukar jadi warna oren. Banyak lagi gambar dia lepas make over. Setiap kali warna dia pudar mak aku tanbah inai bagi oren balik. Kesian kucing aku ni.

Satu yang aku kurang gemar about si Chumi ni adalah dia memang suka membuang najis muhalazzah dalam bilik aku atas katil. Dah 2 kali dia buat camtu. Kalau aku marah nanti dia buat bukan sepuluh sen setengah dia tu.

Okey la aku ada kerja nak buat ni, nanti kita sambung lagi cerita k. Salam and cheers.



AKU & ADIK KU

Salam semua, hari ni first time aku akan tunjukkan dekat korang gambar aku bersama adik aku yang gebu lagi comel. mesti bagi sesiapa yang mengenali aku agak pelik dengan statement aku. Sebab aku ni anak bongsu cam mana pula aku ada adik. Bila masa Antie Anna(mak aku) mengandungkan adik aku ni. Siapa adik aku ni. Adakah adik tu?? atau adik ni??

Mari aku jelaskan, aku ada seorang adik angkat bernama Grace dan berbangsa Iban. Adik aku ni sebenarnya anak jiran aku iaitu anak auntie Sunny. Grace ni selalu datang rumah aku dan parents aku jaga dia macam anak sendiri. Comel kot adik aku ni, kalau tak percaya tengok gambar ni.


Ni dia adik aku bernama Grace tu. Gemok dan berat gila. Tapi dia suka aku baling-baling dia. Bukan baling ke lantai atau ke tanah tapi baling ke atas. umur adik aku ni baru ja masuk 3 tahun. sangat lasak budak ni dan selalu membuli kucing-kucing aku. Kalau dia geram dekat kucing aku, dia akan tarik ekor kucing aku tu sampai dia puas. Meraung-raung jugak la kucing aku.

Dari adik aku ni juga aku belajar sedikit bahasa Iban iaitu ngai(jangan), apai(bapa) dan banyak lagi yang aku ingat-ingat lupa. Rindu kat adik aku ni. Walaupun dia berbangsa Iban dan parents dia beragama Kristian, tapi bila datang rumah aku mesti menyibuk sembahyang sebalah mak aku pastu suka sangat main tasbih dan pakai kopiah bapak aku.

Sebelum aku mengakhiri entri aku kali ni aku letak satu lagi gambar adik aku ni dengan aku.

Sama tak muka aku dengan adik aku ni??
Sorry la gambar kurang berkualiti sebab aku ambil guna kamera handfon aku yang tak secanggih DSLR aku. Sekian, Salam, Cheers.


SKYLINE MOVIE SCREENING!!!


Salam dan selamat pagi kepada semua. Sorry sebab belog aku sekarang tak banyak post disebabkan aku lately sangat busy menyiapkan sesuatu yang akan aku bagitau nanti. Untuk post aku kali ni, aku memang gumbira habis la sebab dapat free ticket from Nuffnang.Yahoooo!!!

Tiket ni aku dapat dalam contest Nuffnang about Skyline. Contest ni simple je, Nuffnang suruh kita tulis caption dalam 15 perkataan berkenaan bagaimana nak membanteras alien yang datang ke bumi. korang nak tau apa aku tulis??

"I will use my soft hearted and my nice smile to attract the alien."
Lebih kurang macamtu la ayat aku. Aku pun tak berapa ingat. Heheheh. So sapa rakan-rakan bloggers yang sama-sama dapat tiket untuk screening ni, do leave your comments on my post. Boleh kita jumpa nanti.

Okey sekarang ni tiba masa untuk aku letak sikit details berkenaan movie ni.



Filem ni mengisahkan alien yang datang ke bumi. Alien tersebut akan mengeluarkan cahaya dan cahaya itu akan menyedut semua orang berhampiran cahaya tu ke atas. kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut boleh masuk ke official website dia.

website: http://www.iamrogue.com/skyline

Aku akan buat full review selepas Premier Screening pada 10 haribulan ni. sekian dari aku, cheers.


Tuesday, November 2, 2010

MINYAK NAIK LAGI!!!



Salam pembaca-pembaca yang budiman.Aku nak berbicara mengenai minyak pada pagi ini. Seperti biasa bila harga minyak naik, memang gerenti semua akan mengeluh termasuk aku. Tapi harga minyak yang naik bukan RON 95, RON 97 yang naik kepada RM2.15 sen seliter.

Mengenai isu minyak, majoriti sekarang menggunakan minyak RON 95 dan aku rasa hanya kereta-kereta imported & kereta luar negara yang menggunakan minyak RON 97. Bukan apa, ni komen peribadi akulah kita tak perlu kutuk tindakan ni sebab kita lihat dari sudut positif. Apabila minyak naik, ramai yang akan lebih cenderung untuk membeli kereta yang sesuai menggunakan minyak RON 95 terutamanya kereta nasional seperti PERODUA & PROTON. Ini dapat meningkatkan penggunaan barangan buatan Malaysia. RON 97 biasanya digunakan oleh pelancong dari luar contohnya Singapura dan Thailand, jadi dengan meningkatnya harga minyak jenis ni, banyak lagi la income negara yang boleh digunakan untuk kegunaan lain.


Aku yang pernah duduk selama 2 tahun di Singapura, aku tahu bagaimana harga minyak kalau langsung tiada subsidi. Kalau di Singapura, harga minyak dalam keadaan tak menentu dan setiap hari ada kenaikan dan kurang aku lihat penurunan. Tapi rakyat disana tidak cepat melatah kerana mereka boleh menggunakan alternatif lain seperti menaiki perkhidmatan awam yang lebih murah dan menjimatkan. Kalau nak dibandingkan harga minyak di Malaysia dan di negara lain memang begitu berbeza kerana harga minyak di Malaysia tetap diparas rendah & murah.

Memang betul Malaysia negara pengeluar minyak, tapi tahukah anda minyak diMalaysia hanya sesuai digunakan untuk kapal terbang dan seangkatan dengannya. Malaysia bukan negara pengeluar minyak automotif seperti di negara timur tengah. Jadi kita tetap perlu mengimport minyak dari luar.

Persoalan yang aku cuba timbulkan, mana lagi penting samaada subsidi minyak atau subsidi untuk menbuat sekolah, membantu golongan miskin, beri korang biasiswa dan juga yang seangkatan dengan nya?? Aku tengok di Malaysia semua orang nak pakai kereta, sampaikan kawan aku dari Italy agak terkejut sebab orang yang belum ada kerja boleh pakai kereta macam aku. Dinegara luar mereka lebih cenderung menggunakan public transport kerana selain minyak, kos hidup mereka tinggi dan tidak mampu untuk membeli kereta.

Cuma satu yang aku ingin nyatakan kepada kerajaan, aku harap dengan naiknya harga minyak, kerajaan boleh memperbaiki sistem perkhidmatan awam supaya lebih selesa dan efisyen. Korang mesti anggap aku ni penyokong kerajaan yang setia, biarlah korang pikir papepun. Aku walaupun berumur 20 tahun tapi pengalaman aku terseksa semasa berada diluar negara memang sungguh mengajar aku erti cintakan tanah air. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Dan aku memilih untuk tinggal di Malaysia. Bersyukur dengan kemewahan dan segala nikmat yang ada di Malaysia. Always try to think positive. Insyallah kalau semua sentiasa fikirkan positif, Wawasan 2020 akan kita kecapi tidak lama lagi.

Sekian, wasalam, Cheers.

p/s: aku bukan nak cari gaduh, aku just nak bagi pendapat aku. Kalau tak suka tak susah senang ja, tengok kat bahagian atas belah kiri(untuk pengguna MAC) belah kanan(untuk pengguna Windows) ada warna merahkan, tekan je pangkah abis cerita.






HYE SEMUA!!!!

Salam readers semua, sorry aku tak update dah 2 hari. Aku balik rumah so tak dapat la den nak update. Bukan apa, rumah aku tak da internet. Rumah aku ni dari segi perhiasan memang up to date tapi pasal internet ni aku rasa kalau KL dah ada free wifi seluruh KL baru ada internet kot rumah aku.

Pagi-pagi ni aku tak da idea lagi nak post pasal apa tapi aku akan selitkan sikit koleksi gambar-gambar aku pagi ni. Hope korang suka la. Dan tunggu post-post menarik aku lepas ni.



Sekian, wasalam, cheers.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...