Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, October 15, 2010

PENGUMUMAN

Assalamualaikum,
Ni aku nak bagitau sikit, belog ni akan senyap selama 3 hari bermula hari ini sehingga hari Ahad berikutan aku yang tiada masa untuk menulis. Untuk pengetahuan aku akan ke Cameron Highland untuk fieldwork. Jadi jangan rindu aku. hehehhehe. Maaf atas segala kesulitan. Cheers.

p/s: minggu depan nak exam pun kena gi fieldwork lagi. haih.


TYPICAL MALAYSIAN (NATIONAL CAR)

Proton Inspira
AMARAN KERAS: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BERWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian. Tajuk post dah sedap dah dalam bahasa penjajah, tapi aku ja rasa kurang dijajahi dan aku pun teruskan hasrat menulis dalam bahasa ibunda. Baiklah, berkenaan tajuk aku pada malam ni, Typical Malaysian (Nasional Car) aku nak komen sikit la pasal tabiat orang Malaysia ni apabila keluarnya model baru kereta tempatan. Seperti yang korang sedia maklum, Proton telah melancarkan kereta model terbarunya iaitu Proton Inspira. Kereta ini diilhamkan daripada kereta model Mitsubishi Lancer. Belum lagi dijual, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mambang pasal kereta ni.Persoalan yang mula timbul adalah:

"Proton pandai tiru je, buat kereta sendiri cam hampeh"
"Mahal gila harga kereta ni, padahal Proton je kot"
"Setakat tukar bumper depan dan belakang baik tak payah"
"Dah tak da idea la tu, tiru je tau"
"Dari beli kereta Proton, baik beli Vios ke, City ke, baru gah sikit beli kereta import"
"Nanti mesti banyak problem bila beli kereta Proton"

Ni antara persoalan-persoalan yang akan timbul. Mungkin banyak lagi persoalan yang bakal ditimbulkan oleh rakyat Malaysia yang sungguh budiman(sebahagian). Bila la pemikiran sebegini nak hilang daripada otak rakyat Malaysia. Kalau dulu, bila kereta Mitsubishi Lancer keluar di pasaran Malaysia, semua beria-ria puji, bagus terbaik la, kereta jepun best, body solid, mantap dan banyak lagi la. Bila syarikat Proton yang kontrovesi dengan Tony Fernandes(Pengerusi Air Asia) tu baik hati nak keluarkan model yang sama dengan pengubah suaian yang minima serta branding berbeza, mula la rakyat Malaysia ni gelabah tak tentu pasal kutuk kereta ni. Korang tau tak, dengan menggunakan jenama tempatan, harga dapat dikurangkan sehingga 30%. Banyak tu. Cuba korang kira, kalau dulu Mitsubishi Lancer harga dia sekitar RM120,000, sekarang korang boleh dapat benda yang sama dengan harga RM98,000. Jimat lebih kurang RM22,000 tu. Tu pun nak bising, pumpang-pumpang tak tentu pasal(bukan semua rakyat Malaysia begini).Dulu masa ada desas-desus mengatakan Inspira ni pengganti waja, berduyun-duyun sanggup berhabis wang untuk ubah suai bahagian hadapan waja jadi macam Lancer. Bagi aku la, bila diorang ni modified, dah nampak kereta waja tu jadi cam tapir & tenuk. Muncung punya la panjang padahal tetap waja juga.

Sample kereta waja yang diubahsuai. Sorry owner kereta ni.


Menurut sumber dalaman dari syarikat Proton, model keluaran terbaru ini hampir 80% adalah komponen asal Lancer dan selebihnya adalah pengubahsuaian daripada Proton. So kira beruntung la sape yang beli kereta Proton Inspira ni. Sumber lain pula turut menambah, 500 unit pertama adalah unit asal Mitsubishi Lancer. Wah beruntung sungguh sapa yang beli.

Pemikiran sesetengah rakyat Malaysia yang begitu typical ini bukan untuk keluaran model ni ja, padahal boleh dikatakan semua model kereta Proton & Perodua tetap menerima nasib yang sama. Tapi apa yang korang dapat pada penghujungnya??? Apa yang korang dapat adalah melihat puluhan ribu malahan ratusan ribu kereta-kereta ini dijalanan. Sale tetap tinggi beb. hehehehe. Aku nak bagitau sikit, kalau komen tu boleh tapi jangan sampai nak menjatuhkan produk tempatan produk buatan Malaysia. Tak ada salah pun kereta ni buat kat korang. Setakat masalah tingkap, spring coil, signal tak hidup, biasa la tu. Pergi balik pusat servis mana-mana tukar ja kalau still under warranty. Kalau korang perasan, kalau jalan jem lama sangat, kereta mana yang akan tahan lama??? kereta buatan Malaysia. Aku tengok kereta nissan, toyota, malah mercedes pun tersadai ditepi jalan oleh kerana over heat. Kereta buatan tempatan memang dibuat untuk keadaan sekitaran tempatan.

Jom beli barangan Malaysia


Sebagai penutup tirai, bagi mereka yang kutuk produk tempatan ni, bawa-bawa la bersabar ya. Korang tu bukan mampu sangat nak beli kereta import ni. Kalau yang mampu, beli lah kereta import tak yah gaduh-gaduh mengutuk kereta buatan negara sendiri. Kita harus bangga la sikit Malaysia mampu mengeluarkan produk automobil sendiri dan tak perlu terus dijajah dengan produk asing. Aku dengan ini melabuhkan tirai untuk post kali ni. Cheers.



Thursday, October 14, 2010

SIGNBOARD LAWAK TAHAP 3!!!!!

Salam pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Gambar-gambar yang korang bakal tengok ini adalah gambar-gambar papan tanda di sekitar India. Memang sound direct la signboard ni. Ada juga signboard kedai yang korang akan gelak guling-guling kalau baca. Kalau korang tak gelak, ape aku kisah. hahahahah. So jom kita tengok. Cheers.

p/s: kalau la kat Malaysia ada signboard camni kan best.hehehehe..







ANGKASAWAN PRE-WEDDING (KUKUBESI VS SAIFUL NANG)

Salam readers semua, hari ni aku sajikan korang semua dengan gambar-gambar prewedding Angkasawan Negara kita iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Gambar-gambar ini telah dihasilkan oleh kolaborasi 2 photographer terkenal di Malaysia iaitu KUKUBESI dan SAIFUL NANG.Satu lagi lupa nak bagitau terdapat juga gambar daripada Candid Syndrome Team iaitu Kacuk. Bagi aku editing plus composition plus idea diorang ni memang menarik la.Fotografi mereka ni memang telah menaikkan nama Malaysia ke peringkat dunia. Kalau korang tak percaya, korang try la search nama tu. Mesti byk artikel pasal diorang ni. Walaubagaimana pun, aku nak bagi nasihat kepada yang mengkritik gambar diorang ni, korang boleh kritik tapi at least hargai lah sedikit hasil kerja mereka ni.Kalau korang boleh buat sesuatu yang lebih baik dari diorang berdua ni, especially Kukubesi, baru boleh korang kutuk gambar diorang ni tak lawa or what so ever.Apa-apa pun, aku bagi 9/10 bintang untuk koleksi gambar-gambar ni. Credit to Kukubesi , Saiful Nang & Candid Syndrome. Kepada sesiapa yang aku tak credit tu sory bebanyak la. hehehehe... Cheers.

p/s:bila la aku boleh jadi macam diorang ni. Gambar meletup-meletup.












20 CARA JADI ROOMATE GILE!!!!

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

sumber:Facebook


Wednesday, October 13, 2010

KEPADA PEMINAT FOTOGRAFI DIMALAYA!!!!

PERHATIAN: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BEWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.

Hye semua yang sedang membaca belog hakimy. Lagi isu kontrovesi yang aku ingin ulas. Tapi kali ni aku yang akan membuat kontrovesi. Seperti yang korang semua sedia maklum, fotografi telah menjadi satu trend kepada remaja zaman sekarang. Perkara ni secara langsung menambah kekayaan syarikat pengeluar kamera seperti canon, nikon atau sebagainya. Aku ni seorang jurugambar juga tapi setakat nak buat HDR macam Kabir Malek, Kukubesi dan style cam Chot touch tu memang aku tak reti. Aku seorang jurugambar yang mencari duit menggunakan kamera. Tak kisah la untuk perkahwinan, majlis-majlis yang ilmiah/sekadar duniawi semata-mata pun aku tetap ambil.

Apa yang dapat aku lihat, penggunaan DSLR dah jadi satu trend dan juga budaya sekarang ni. Mana-mana sahaja anda boleh lihat manusia dan DSLR. Tiada lagi kamera kompak. Bagi aku, kalau keluar jalan-jalan, aku prefer bawak kamera kompak daripada DSLR yang besar gedabak dengan berat menyamai 2 kampit gula pasir yang naik harga tu. Kalau keluar jalan-jalan setakat nak ambil gambar awek korang yang tak lawa mana baik pakai kamera handphone. Bagi aku, geng-geng yang keluar jalan-jalan bawak DSLR tanpa sebab dan alasan kukuh ni macam terdesak nak tunjukkan kamera diorang. Ada juga yang mengatakan ingin membuat candid shot la tapi yang aku peliknya pakai lense pendek. Nak buat candid camna tu??? Aku tak berapa suka geng-geng yang ambil candid shot ni dan post kat Facebook or dalam belog. Semua candid shot aku tengok mempunyai tema yang hampir sama iaitu "awek cun barang baik" tak pun "minah salleh goyang-goyang". Sebagai jurugambar, bagi aku, kita mesti mempunyai etika semasa mengambil gambar dan menjaga privasi seseorang tu.Ni aku bagi sample sikit camner candid shot yang sangat tak beretika. Gambar sekadar hiasan sahaja.

Candid Shot tema: Awek cun barang baik

Candid shot tema:Minah salleh goyang-goyang


Cerita pasal forum fotografi pula, aku tengok bagus forum ni sebab kita boleh berkongsi idea dan belajar melalui kritikan dan komen orang. Tapi yang tak bagusnya apabila ada orang yang berasa diri mereka sangat bagus dengan mengutuk gambar seseorang secara keterlaluan. Daripada forum untuk belajar jadi forum untuk bergaduh, berpuak-puak dan benci membenci. Kalau tengok seorang photographer terkenal Saiful Nang satu masa dulu disanjung bagaikan raja dalam dunia fotografi kerana membuka forum fotografi berbahasa melayu, tapi lama kelamaan dibenci, dihina dan dicaci sebab salah dia juga mula merasakan dirinya amat bagus dan tinggi walaupun pendek. Tu la pemikiran kolot segelintir rakyat kat Malaya ni.

Ni aku nak bagi korang tips nak ambil gambar yang cliche. Korang keluar outing, cari model percuma atau sukarela atau awek korang sendiri pastu suruh pose seksi meksi dan camwhore sambil pegang belon atau payung. Kalau korang buat camni mesti orang yang kurang ilmu tu cakap,"abang punya gambar nice la, creative la, terbaik dari ladang". Tu ja la yang berlaku dekat Malaya ni. Sejak bila spesifikasi menjadi model perlukan anda pose seksi-seksi dan camwhore??? dan sejak bila kalau nak jadi jurugambar kena amik gambar model seksi-seksi.Kalau buka kat mana-mana pun gambar camni yang banyak. Apa kata korang keluar amik gambar nature, architectual, apa-apa yang lagi bagus la.

Lepas ni, aku nasihatkan la korang kalau nak beli DSLR mesti mempunyai sebab yang kukuh dan bukannya sekadar untuk menunjuk kekayaan korang. Kalau nak tunjuk kaya sangat baik beli Porsche sebiji. Use your camera wisely dan jaga etika anda sebagai seorang jurugambar. Fokus dalam apa yang anda ingin buat menggunakan kamera anda. Cheers.




ANGKASAWAN KE TAK... AKU TETAP BANGGA!!!

Salam pembaca semua, mungkin korang semua sudah terpegun dengan perkahwinan Angkasawan Negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Perkahwinan yang sungguh meriah dan juga dihadiri oleh 65 orang angkasawan dari seluruh dunia. Kehadiran angkasawan luar negara berpakaian baju Melayu sungguh menarik perhatian media-media tempatan. Tapi untuk entry kali ni, aku nak mengulas sedikit mengenai beberapa berita sumbang mengenai Dr. SMS ni. Ada yang katakan Dr. SMS bukan angkasawan, perabis duit rakyat dan lain-lain lagi. Aku agak kecewa bila mendengar berita ni. Ramai yang mempertikaikan Dr. SMS bukan angkasawan kerana tak menerima pengiktirafan menjadi angkasawan kerana beliau hanya spaceflight participant. Korang tengok gambar kat bawah ni.


Bagi sesiapa yang cakap Dr. SMS bukan angkasawan sememangnya anda sangat la kurang berpelajaran. Mari sini aku bagi tau maksud angkasawan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat - Angkasawan bermaksud: orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas.
Menurut Wikipedia - Angkasawan bermaksud: seseorang yang dilatih untuk mengarah, memandu, berkhidmat sebagai krew penerbangan kapal angkasa lepas. Secara umumnya mereka adalah pengembara profesional pergi ke angkasa lepas. Ini termasuklah saintis, ahli politik, wartawan dan pelancong.

So memang tidak dinafikan Dr. SMS memang seorang angkasawan. Kalau korang semua nak tahu, program angkasawan ini adalah perjanjian dua hala antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Russia dalam pembelian Sukhoi Su-30MKM sebanyak 18 buah. Jadi program angkasawan ini telah ditaja oleh kerajaan Russia melalui perjanjian tersebut. Untuk menjadi angkasawan bukanlah sesuatu yang mudah. Seseorang itu perlulah memenuhi kriteria tertentu dan latihan yang sangat sukar. Latihan antara spaceflight participant dan astronaut adalah sama cuma yang membezakan bagi astronaut mereka perlu mengetahui pengendalian kapal angkasa dan beberapa perkara lain.Tak banyak beza pun.

Jadi bagi aku, aku harap rakyat Malaysia tidak mempertikaikan status Angkasawan yang dimiliki Dr. SMS kerana beliau sememangnya layak menerima gelaran itu atas usahanya selama ini. Aku bangga melihat anak kelahiran Malaysia berada di angkasa lepas.Apa yang kita boleh harapkan sekarang adalah, akan ada lagi program sebegini rupa atau mempunyai kemahiran secukupnya untuk pergi ke angkasa. Jadi bagi sesiapa yang tak puas hati dengan statement aku ni, sila lah bawa cursor anda ke penjuru kanan skrin dan tekan pangkah. Sebelum aku akhiri penulisan aku ni aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr. SMS dan Dr. Halina.Cheers..



AZUAN & FARIZAN PRE-WEDDING!!!! PLAYING WITH LOMO!!!


Salam semua. Lagi entry pasal gambar. Gambar yang ni pula adalah kesinambungan daripada video yang aku buat tempoh hari. Gambar nie diambil guna kamera DSLR tapi aku dah edit bagi nampak kearah lomografi. Aku tau mesti ada yang komen pasal skin tone la, tone gambar yang over la. Tapi yang penting aku suka buat camni dan client aku pun suka bila gambar diorang ditransformasikan. Jadi hayati la gambar-gambar ni. Lupa pulak nak bagitau, kredit kepada Ariff Iskanadar & Iznul Muazim yang telah menjadi flash stand bergerak... heehehehe... Cheers..




Tuesday, October 12, 2010

MATAHATI LATEST PROJECT!!!!



Assalamualaikum semua. Okey sedang aku serabut-serabut tadi aku terasa nak mengedit 2 gambar yang aku rasa my best shot masa pernikahan Harun & Farah pada ahad lepas. Job kali ni aku pergi bersama-sama rakan baik aku iaitu Iznul Muazim. Upacara yang serba ringkas tetapi sangat sweet. Harap korang boleh bagi sedikit komen untuk aku memperbaiki gambar-gambar aku selepas ini.Lupa nak bagitau, job kali ni diberikan oleh Andaman Adreen dimana Matahati Picture bernaung dibawahnya. Thankz to pengantin and also to Kak Reen cause giving me this job. Love you all.

Sekian sahaja disini. kita berjumpa lagi di next post. Cheers.



BERITA BAIK!!!! SIAPA NAK JADI ANGKASAWAN???

Salam pembaca-pembaca yang aku sayangi sekalian. Lagi post dari aku. Kali ni aku ada berita baik untuk semua rakyat jelata di Malaysia ni. Siapa yang nak jadi angkasawan angkat tangan?? Siapa yang nak jalan-jalan dekat angkasa angkat tangan??

Ha mesti korang nak tau kenapa aku suruh angkat tangan. Sebab lepas ni, kalau korang rasa dah cukup kaya dan dah mengidam sangat untuk pergi ke angkasa lepas, aku ada berita baik. Kapal angkasa komersil pertama telah siap diuji di Mojave, Carlifornia. Nak tengok macam mana kapal angkasa ni, korang tengok kat bawah ni.


Kapal angkasa ni di cipta oleh syarikat Virgin Air yang dimiliki oleh Sir Richard Branson. Kelajuan maksimum kapal angkasa ni adalah 4,152 km/j. Laju tu. Apa yang lebih menyeronokkan lagi, kapal angkasa ini boleh terbang di altitud paling tinggi di dunia. Iaitu di bahagian atmosfera paling atas.

Jadi, bagi yang kaya yang teramat sangat, korang boleh la tempah tikit dekat Virgin Air. Harga tiket mesti mahal terbaik punya. So lepas ni korang boleh la kawin dekat PICC, Putrajaya dengan bertemakan angkasa lepas macam Dato' Dr. SMS. Cheers.




NAH AMIK KO!!!!

Salam reader semua, harini selepas aku post tutorial adobe aku nak post pasal berita terbaru yang menghiasi ruangan luar negara di surat khabar tempatan. Ni satu lagi kes baling menbaling yang berlaku terhadap Presiden Amerika, Barrack Obama. Kalau dulu kita dapat saksikan Presiden Bush dibaling dengan kasut, tapi kali ni Presiden Obama pula dibaling tetapi bukan dengan kasut dengan buku.

Presiden Obama dibaling buku. -gambar ihsan daripada kosmo.

Ex Presiden Bush di baling kasut.


Aku tulis post ni sebab nak bezakan benda yang dibaling kearah Presiden Amerika dulu dan sekarang. Kalau dulu, Presiden Bush dibaling dengan kasut oleh wartawan Mesir. Bukan main hina lagi Bush ni sebab kena baling dengan kasut. Sekarang ni Obama dibaling juga tetapi dengan buku. Kedua-dua perkara ini menunjukkan status sebenar kedua-dua presiden terbabit. Obama boleh la di kategorikan sebagai seorang yang ilmiah sebab itu hanya dibaling dengan buku. Lain pula dengan bush, kasta bagi Presiden Bush sangat rendah dan boleh diibaratkan seperti kasut ja. Tapi yang peliknya, walaupun Obama dibaling dengan buku, tetapi beliau langsung tidak perasan buku yang dibaling dan tidak mengelak mahupun mengenai beliau.Memang agak sukar untuk menjadi Presiden Amerika ni. Ada ja benda yang akan dibaling kearah mereka. Kita tengok la Presiden lepas ni kena baling apa pula.

So apa-apa pun, bagi aku aku tetap support Obama daripada BusHIT tu. At least Obama tetap mempunyai sedikit pendirian terhadap masyarakat Islam di Amerika. Hopefully Presiden Obama can bring peace to this world and not war. Cheers.





PHOTOSHOPS TIPS:DREAMY EFFECTS

Salam dan hello semua, harini saya akan tunjuk cara-cara membuat dreamy effects atau effect berkabus bagi gambar anda didalam Adobe Photoshop. Bagi saya, saya gunakan Adobe Photoshop CS3 / CS4. Okey jom kita start tutorial mudah kita ni.

1. Pilih gambar. Saya sarankan kepada yang ingin menbuat dreamy effect ni, anda pilih la gambar alam sekitar atau nature kerana impact yang akan dihasilkan kelak lagi menawan. Saya pilih gambar ini.

2. Seterusnya, pergi ke IMAGE>ADJUSMENT>LEVELS (CTRL-L) dan terangkan sedikit atau anda juga boleh pergi ke IMAGE>ADJUSMENT>BRIGHTNESS/CONTRAST.Hasilnya seperti dibawah.
3. Tekan butang "D" untuk reset warna foreground dan background pada tool bar dan kemudian tekan butang "X" bagi menukar warna foreground menjadi putih. Kemudian pergi ke FILTER>DISTORT>DIFFUSE GLOW dan ikut setting seperti dibawah.

Anda akan dapat sesuatu seperti ini.
4. Diatas layer yang sama, masukkan Quick Mask dengan menekan butang 'Q'. Kemudian pergi ke FILTER>RENDER>DIFFERENCE CLOUDS dan kemudian tekan 'Q' balik untuk keluar dari mode Quick Mask. Anda akan memperolehi gambar seakan-akan kabur dengan kelihatan putih diatasnya dan dalam keadaan select. Anda teruskan dengan memilih BRUSH dalam saiz yang besar kemudian kurangkan opacity kepada 90% dan brush keseluruhan gambar. Anda akan memperoleh hasil seperti ini. (untuk deselect tekan butang CTRL D).
5. Anda perlu duplicate layer ini dengan menekan butang 'CTRL J'. Anda kemudian perlu pergi ke FILTER>BLUR>GAUSSIAN BLUR.Anda perlu buat langkah ini di layer baru yang anda duplicate tadi. Setting bagi langkah ini adalah seperti berikut.
Aha, sudah hampir siap. Anda akan dapat sesuatu kelihatan seperti ini.
6. Masih menggunakan layer paling atas, anda pergi ke bahagian atas sebelah kiri kotak layer, dan tukar blending mode daripada normal kepada linear burn. Anda akan memperolehi hasil akhir seperti dibawah.
7. Bagi gambar yang berbeza, hasil berbeza akan anda perolehi. Anda boleh bermain dengan setting di langkah ke-3 dan ke-5 untuk mendapatkan hasil seperti anda inginkan. Sampai disini sahaja, terima kasih kerana sudi membaca. Cheers.



NEW LAYOUT, NEW BANNER & NEW SEGMENT!!!!

Assalamualaikum semua pembaca-pembaca setia,
Hari ni aku nak mengumumkan bahawa belog aku sudah berubah wajah. Perubahan-perubahan yang telah dilakukan adalah seperti berikut:

1) Layout
Layout yang baru telah aku update dan lebih sesuai untuk aku. Masih mengekalkan warna asas oren, tapi ditambah dengan texture coklat dan gold serta kekuningan. Aku tukar sebab aku nak menimbulkan rasa tenang dan elegant pada belog aku ni.

2) Belog Banner
Belog banner ni aku rasa sudah sampai masanya aku ubah suai sedikit. Aku rasa tak sedikit mana la, macam dah totally ubah segala-galanya.  Aku menonjolkan warna seakan-akan keemasan sebab aku rasa lebih kaya pakai warna emas ni dan kelihatan lebih maskulin bagi aku la. Dan aku selitkan beberapa draft banner aku sebelum banner yang aku gunakan sekarang.

Warna basic banner (Step 1)
Warna yang telah diubahsuai sedikit. (Step 2)
Final product.

3) Segmen baru
Okey selepas habis dengan banner dan layout, aku mula terpikir untuk memasukkan satu segmen baru didalam belog aku ni. Segmen tu korang boleh cari kat sidebar. Segmen ni aku berikan nama Romantika De Amour. Kenapa aku bagi nama tu sebab segmen baru aku ni aku akan letak beberapa love quote atau ayat-ayat cinta dalam seminggu. So bagi yang ingin bercinta dan mencurahkan kasih sayang anda kepada seseorang, korang boleh la guna ayat-ayat ni. Tak da la power sangat ayat-ayat aku ni, tapi boleh la sebagai perisa tambahan dalam percintaan korang ibarat ajinamoto didalam masakan la.

Dipenghujungnya, aku harap dengan ada penambahbaikan kepada belog aku ni, korang semua lebih suka melawat belog aku. Kalau ada sebarang idea kreatif atau sebagainya, korang boleh drop by dekat chat box aku. Sekian. Cheers.


Monday, October 11, 2010

Save D' Date : Azuan & Farizan (Video)

Salam semua readers hope korang semua sihat-sihat belaka.
Ok entry aku kali ni aku nak cerita sikit pasal pembikinan short pre wedding clip yang aku buat bersama-sama crew VIP. Video ni aku buat untuk client aku iaitu Faizee. Tapi dalam video ni bukan Faizee tapi kakak dan bakal abang ipar dia Farizan & Azuan. Video ni aku namakan Save D' Date sebab video ni akan diletakkan di facebook untuk menjemput orang datang ke Majlis Perkahwinan mereka.

Bercerita pula tentang VIP, VIP adalah anak syarikat Matahati Picture dimana VIP lebih khusus dalam pembikinan video. Crew-crew VIP adalah Ariff Iskandar, Iznul Muazim dan aku sendiri Hakimy Jury. Aku bahagi company aku kepada dua sebab nak mempermudahkan urusan nanti. VIP sedang menyiapkan diri untuk ke tahap yang lebih tinggi iaitu untuk menjadi videographer perkahwinan. Untuk makluman korang, pembikinan video dari VIP 100% menggunakan HDSLR Canon. Sebab memilih HDSLR kerana ianya mudah untuk digunakan serta kemampuan hampir serupa dengan videocam.

Okey sekarang ni aku nak cerita sikit pasal clip video yang aku dan crew VIP buat semalam. Storyline dia berkisahkan kerinduan antara dua kekasih yang berjauhan. Kerana terlampau rindu, kekasih kepada lelaki tersebut telah mengirimkan surat melalui botol yang dicampakkan ke laut. Kerinduan mereka diselangi dengan saat-saat manis mereka bersama. Aku masukkan sekali video dekat sini tapi video yang aku masukkan ni bukan full video tapi kalau korang nak tengok full video aku masukkan dekat Facebook aku dan company aku. Korang boleh check it out dekat situ.

Hope korang boleh komen video amatur dari aku and crew aku. Video kat bawah ni full version punya.






JUSTIN BIEBER ORANG TUA KE???



Salam readers semua, malam ni aku ada post yang agak pelik. Menurut sumber yang agak tidak meyakinkan ONN (Onion News Network) , polis telah menahan seorang lelaki yang dikatakan sebagai Justin Bieber. Menurut laporan ONN lagi, lelaki berusia 51 tahun itu menyamar menjadi Justin Bieber untuk mencabul kehormatan gadis bawah umur. Selain itu, lelaki itu turut dikatakan mempunyai topeng serta rambut palsu seperti Justin Bieber.

Kalau korang nak percaya korang percaya la, kalau korang tak berapa paham sangat, korang boleh la tengok video yang aku muatkan dalam entry kali ni. Apa yang penting, kalau Justin Bieber ni memang berusia 51 tahun pun, ada aku kisah. Buat pe nak sokong artis luar. Artis kita pun banyak yang muda-muda lagi. ok sampai disini sahaja, cheers.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...