Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, April 30, 2011

AYAT MENGARUT UNIK KEPADA PELANGGAN !!!




p/s: cakap terus terang lagi senang. Tak payah nak simpan dalam sampai masam-masam muka. :)

PRISON BREAK JUNIOR!!!

Salam semua, dengar je orang cakap Prison Break mesti korang teringat lagi drama bersiri mat salleh. Watak utama dalam Prison Break ni adalah Micheal Scofield. Cerita dia tentang seorang adik nak lepaskan abang dia daripada penjara. Bagi sapa-sapa yang dah menonton, Micheal Scofield ni ada tattoo penuh satu badan yang merupakan pelan (blue print) penjara tersebut. Memang sangat genius boleh lukis tatto jadi blue print.


Aku search dalam internet pasal cerita ni terjumpa gambar MichealScofield Junior dekat bawah ni.


Sangat la comel budak ni. Sapa la pi rajin dok conteng badan budak ni. Tu je la yang aku nak cerita untuk hari ni. Sekian, Salam, Cheers.

p/s: aku dekat Sabah sekarang ni melancong lepas habis Exam. Nak kirim pape? Aku hanya menerima kiriman salam je k. ehhehehe.

Friday, April 29, 2011

ARRIVE AT KOTA KINABALU SABAH

Salam semua, aku just nak buat quick update kat korang semua. Aku sekarang ni dekat KK Sabah. Menarik gak Sabah yela aku baru first time sampai Sabah. Flight dari KLIA memakan masa lebih kurang 2 jam. Tapi naik Air Asia standard la delay. Patut bertolak 9.30 pagi tup-tup dekat kul 10 gak baru terbang.

Air Asia ni dh la delay, yang aku bengang sampai-sampai airport bagasi aku boleh ilang. Watthell. Abang akuboleh kelam kabut. Last-last tanya diorang cakap bagasi aku ada dekat flight seterusnya. Memang demm la. Yang lagi demm staf Air Asia tu cakap salah kitorang sebab check in lambat. Padahal sejam setengah sebelum family aku cek in. Harem sungguh la. Sejam lepas tu baru la nampak beg aku lalu kat mesin beg tu.

Nanti aku dh balik KL aku update full dengan gambar dan tips melancong ke Sabah. Sekian, salam, cheers.

p/s: tengah nak makan seafood dekat Ocean Seafood Village. Seronok pow abang aku as the banker.

update via : Acer Iconia Tab

DEMAM USOP HANTU KAK LIMAH!!!

Salam, korang semua mesti dah tengok Hantu Kak Limahkan. Cuma ada sorang blogger iaitu AkuSerabut, hanya bertahan menonton Hantu Kak Limah ni selama 10 minit. Lepas tu tidoq.Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita pasal demam Hantu Kak Limah yang dah melanda negara Malaysia tercinta ni. Ada 2 story yang nak aku tulis dan satu adalah dari pengalaman aku di UKM.


Story 1:
Sedang aku syok main dota, tiba-tiba ada la sorang mamat dekat kolej aku melalak nyanyi lagu rock kapak. Makin lama makin kuat, aku pun rasa agak bengang lalu menjerit kat tingkap. "Woi nak kena bako ke!!". Tiba-tiba ada suara menyahut, "Kite bako je kite bako je!!!". Tak berakhir disitu, menyahut lagi seorang cakap, "Sape setuju angkat tangan macam sayer". Mamat ni buat selamba badak dia terus menyanyi. Apa lagi, penghuni dua blok kolej aku pun melalak la marah budak ni sambil menjerit, "Keh Keh Keh Keh" & "Plawok Plawok Plawok Plawok". Bagi sapa yang tak tau, "Keh Keh" & "Plawok" adalah dialog bomoh dalam Hantu Kak Limah menghalau hantu. Kejadian ni berlarutan agak lama la dalam 15minit. Aku dah tergelak-gelak dalam bilik bersama kawan aku.


Story 2:
Dalam banyak-banyak watak cerita Hantu Kak Limah. Kenapa watak Usop paling meletup. Padahal cerita tu mengisahkan Kak Limah ni. Pelakon utama dia pun bukan Usop tu. Tapi sebab cara Usop ni bercerita dengan loghat Perak yang pure dan pekat. Sebab tu popular gila sekarang ni. Kalau dulu aku dengar semua nak cakap kelantan, sekarang semua orang pulak nak cakap Perak. Aku surf la internet cari pasal Usop ni, keluarlah gambar di bawah ni.


Memang demam Usop abis la orang dekat Malaysia ni. Dari Hantu Kak Limah, ke ABPBH sampailah ke Maharajalawak pun watak si usop ni hidup. Rupa-rupanya, Usop ni pekerjaan sebenar dia adalah salah seorang berjawatan manager dalam syarikat Tanjong OffShore. Tanjung OffShore ni adalah syarikat cari gali minyak kalau tak silap aku.


Apa-apapun, kalau kita tengok sekarang ni, setiap dialog Usop Hantu Kak Limah ni akan menjadi percakapan. Tak kisah la mereka yang veteran, remaja mahupun kanak-kanak. Apa-apa pun, social critic cerita Hantu Kak Limah ni sampai kepada penonton dan sangat berguna. Sekian sahaja membebel. Salam, Cheers.

APAKAH ITU BERSANDING???

Salam semua, aku ada satu persoalan. Apakah itu bersanding?? Mesti ramai yang cakap ala yang duduk atas pelamin tu la. Yes, betul sekali. Tapi persoalan lagi, adakah duduk diatas pelamin mengambil gambar bersama keluarga turut dipanggil bersanding??


Credit to: matahatipicture
Apa-apa perbuatan yang menyebabkan kita duduk diatas pelamin adalah bersanding. Maybe akan ada yang cakap tu bukan bersanding tu ambil gambar je. Tapi memang aku dah cek dekat mana-mana pun kalau kita duduk dengan pasangan kita diatas pelamin tu dah dikira bersanding. Yang lain adalah adat semasa diatas pelamin. Antaranya berenjis, suap-suap dan banyak lagilah.


So lepas ni tak adalah orang confius tentang bersanding ni. Sebab ramai photographer perkahwinan yang pelik sebab kata tak bersanding tiba-tiba dah duduk atas pelamin. Bagi bakal pengantin, jangan takut nak cakap ada bersanding kepada jurugambar sebab bukan bayar lebih atau kurang. Harga tetap sama. Tapi kalau ada jurugambar perkahwinan yang cakap kalau bersanding kena tambah harga tu memang nampak sangat la nak kaut untung.


Bukan apa, bersanding ni sekadar adat dan tiada termaktub samaada wajib sunat atau harus dalam agama. Kita orang Melayu mempunyai adat yang amat sukar untuk dipisahkan. Kalau tak nak bersanding, lepas nikah buat kenduri kecil-kecilan sahaja.


So sekian sahaja dari aku. Salam, Cheers.



Wednesday, April 27, 2011

RED RIDING HOOD REVIEW !!!

Kalau dekat Malaysia cerita mitos lagenda ada macam-macam termasuklah  kancil dan buaya, si arnab dan kura-kura dan banyak lagi. Tapi di negara barat, antara famous fairy tales adalah Red Riding Hood. Kebanyakan kita masa kecil dah baca pasal Red Riding Hood (RRH) ni. Cerita mengenai serigala yang nak makan anak kambing tu.


Back to the topic, aku nak review sikit pasal RRH ni. Baru lepas tonton dekat TGV Sunway dan masih fresh dalam ingatan. Sinopsis Red Riding Hood mengisahkan seorang perempuan bernama Valerie (Amanda Seyfried) yang paling lawa dikampungdan terperangkap antara cinta tiga segi 2 jejaka. Dia telah bercinta dengan seorang tukang kayu bernama Peter (Shiloh Fernandez), akan tetapi, keluarganya telah memutuskan supaya Valerie berkahwin dengan Henry (Max Irons) anak orang kaya di kampung tersebut. 
Valerie. Watak utama Red Riding Hood
Kiri Henry kanan Peter. Scene masa ni nak selamatkan Valerie. Diorang saling berjanji untuk membunuh kalau salah sorang dari mereka adalah serigala jadian.
Cerita bermula apabila Valerie dan Peter bercadang untuk lari dari kampung tu untuk berkahwin. Tetapi tindakan mereka terbantut disebabkan kakak kepada Valerie telah dibunuh oleh serigala jadian. Kampung yang berlatar masa medieval terletak di kawasan pinggir hutan dan sejak bergenerasi dihantui oleh serigala jadian. Setiap kali bulan mengambang, penduduk kampung akan memberikan sesuatu seperti haiwan ternakan kepada serigala jadian itu supaya tidak menganggu mereka.

Valerie berjumpa neneknya. Valeria berpakaian merah putih.
Akan tetapi, pada bulan mengambang penuh merah (Blood Red Moon), serigala jadian akan mengambil nyawa manusia. Blood Red Moon berlaku 13 tahun sekali dan bulan akan kelihatan merah dalam masa 1 minggu. Dalam jangka masa seminggu, serigala jadian akan mengamuk dan mencari mangsa untuk dibunuh. Bagi membunuh serigala tersebut, paderi kampung tersebut telah meminta bantuan Father Solomon (Gary Oldman) iaitu pemburu serigala jadian terkemuka. Kehadiran beliau mendapat kecaman penduduk kampung kerana penghulu kampung tersebut dikatakan baru sahaja membunuh serigala tersebut.


Father Solomon dan pengawalnya semasa tiba di kampung tersebut.
Father Solomon telah memberi amaran bahawa serigala jadian bukanlah haiwan biasa dan sukar untuk dibunuh. Serigala jadian juga mungkin salah seorang daripada penduduk kampung tersebut kerana pada siang hari, serigala akan berbentuk manusia.Father Solomon mengarahkan sesiapa yang suka menyendiri ditangkap kerana takut mereka adalah serigala jadian tersebut. Antara mereka yang tinggal berasingan daripada penduduk kampung adalah nenek Valerie.

Valerie berjumpa Henry untuk memutuskan pertunangan dan menyampaikan takziah diatas kematian bapa Henry semasa dalam misi untuk membunuh serigala jadian tersebut.
Mereka ingkar dengan amaran Father Solomon, dan pada malam meraikan kejayaan mereka yang dikatakan telah membunuh serigala jadian tersebut, serigala jadian telah menyerang kampung mereka dan berlakunya pertumpahan darah.Serigala tersebut telah mencari Valerie dan tanpa disangka, Valerie memahami kata-kata serigala tersebut. Beberapa penduduk kampung mati termasuk pengawal Father Solomon. Salah seorang pengawal Father Solomon telah digigit oleh serigala jadian tersebut. Petikan kata-kata Father Solomon " The person biten, are the person curse". Jadi Father Solomon tanpa belas kasihan membunuh pengawal tersebut. Dikatakan sesiapa yang digigit serigala jadian akan menjadi serigala jadian juga.


Bapa, nenek dan ibu Valerie dari kiri.
Semakin hari semakin terancam penduduk kampung tersebut. Setiap malam serigala jadian akan menganas dan mencari mangsa. Father Solomon telah mendapat tahu Valerie boleh bercakap dengan serigala tersebut dan menjadikannya umpan untuk membunuh serigala jadian itu. Persoalan timbul apabila serigala tersebut mengajak Valerie lari dari kampung tersebut. Adakah serigala tersebut Peter (Kekasih Hati Valerie), Nenek Valerie (Kerana gemar menyendiri),atau Henry (Tunang Valerie atas pilihan keluarga & sakit hati melihat Peter bersama Valerie). Persoalan ini akan terjawab dengan menonton sendiri di panggung wayang.


Bukan aku saja taknak cerita sampai habis, cuma penghabisan dia penuh dengan tanda tanya dan tidak disangka. Tadi tu sipnosis kali ni aku akan review overall.


Latar masa: Medieval Age (Zaman Medieval)
Latar tempat: Kawasan perkampungan pinggir hutan.
Latar waktu: Musim sejuk semasa Blood red Moon.
Cinematography: Ringkas tetapi padat. Dimasukkan unsur-unsur alam yang sangat indah. Detik suspen kehadiran serigala jadian dapat dirasai dengan shot-shot yang mendatangkan debaran.
Skrip: Bahasa mudah dan tidak menggunakan terlalu banyak bahasa zaman Medieval. Subtitle dalam bahasa Melayu yang senang untuk difahami.

Jalan penceritaan: Pada 10-20 minit pertama jalan cerita agak kaburdan bosan. Kemudian watak Valerie sebagai Red Riding Hood hadir selepas neneknya memberikan baju sejuk berwarna merah(penceritaan kabur). Serangan pertama serigala hadir selepas minit ke 20. Seorang mati. Tak best sangat. Serangan kedua terhadap penduduk kampung hadir selepas 45 minit. Yang ni best sebab semua panik dan ramai yang mati. Anti climax, serigala menyerang kampung dan mengigit Father Solomon di 2 hari terakhir Blood Red Moon. Ending, menarik sebab tidak disangka dan akan muncul serigala jadian baru pula.

Fakta menarik:
-Gigitan serigala jadian akan menjadikan seseorang itu serigala.
-Untuk membunuh serigala jadian perlu menggunakan perak antaranya pedang perak, panah perak dan kuku perak.
-Red Riding Hood adalah nama pakaian yang dipakai Valerie dan hanya hiasan kepada cerita.
-Father Solomon memiliki mesin penyeksaan berbentuk Gajah yang diperbuat daripada besi.
-Kakak Valerie bukan anak hasil ibu dan ayah Valerie tetapi hasil hubungan sulit ibu Valerie dengan bapa Henry.
-Serigala jadian ni macam saka sebab dia datang daripada keturunan.
-Father Solomon digelar pemburu serigala jadian kerana telah membunuh banyak serigala jadian termasuk isterinya yang merupakan serigala jadian juga.
-Peter kekasih Valerie sejak kecil sebab hanya Peter yang dapat menyebabkan Valerie melanggar perintah ibunya.
-Valerie pernah sembelih arnab masa zaman kecil.


Produksi:
Distributor:Warner Bros.
Directed By: Catherine Hardwicke
Writer: David Johnson
Running Time: 1 hours 40 minute.


Keseluruhan daripada 5 bintang aku bagi 3.5 bintang sahaja. Cerita ni aku rasa berbaloi untuk ditonton. Tak rugi kalau korang tengok kat wayang sebab serigala tu style dan besar gila. Lagi tinggi dari Valerie. So apa lagi, jom terjah panggung wayang. Sekian, salam, cheers.


p/s: jangan tengok dekat TGV kecuali TGV Wangsa Walk. Kerusi dekat TGV tak selesa langsung, pendek takda tempat letak kepala.

Monday, April 25, 2011

RAJA LAWAK VS MAHARAJALAWAK!!

Siapa yang tak tahu tentang rancangan MAHARAJA LAWAK?? Mesti ramai yang tau pasal rancangan terbitan Astro ni. Dia iras-iras Raja Lawak tapi kali ni rancangan ni disertai top 3 dari setiap musim Raja Lawak. Okey bukan tu sebenarnya yang aku nak cakapkan, aku nak share dekat korang perbezaan antara Raja Lawak dan Maharajalawak dari my point of veiw.


1. Peserta Raja Lawak adalah pelawak-pelawak yang raw dibandingkan dengan Maharaja Lawak. So boleh dikira dengan jari la kumpulan mana yang lawak. Tapi Maharaja Lawak ni boleh dikatakan hampir semua boleh buat lawak dan lawak-lawak diorang bukan lawak kampung tetapi lawak yang menguji minda jugak la. Antara peserta Maharajalawak yang aku tengok berpotensi untuk menang adalah Nabil, Sepah, Jozan, dan Jambu. Bukan peserta lain tak bagus, cuma lawak diorang agak biasa dibandingkan dengan lawak kumpulan yang aku pilih.

2. Penggunaan props dan lighting yang berkesan. Jika kita lihat, sebelum-sebelum ni. Peserta Raja Lawak hanya membuat stage show sahaja dengan dialog dan sebagainya. Tapi sekarang ni, Maharaja Lawak telah mengetengahkan konsep baru dengan penggunaan lighting yang amat menarik. Kalau tengok persembahan Jozan minggu ke 4 memang sangat berkesan dengan adanya lighting sebegitu.

Gambar credit to : http://intanberlian87.blogspot.com

Penggunaan lighting menambah impak penceritaan. Macam tengok teater pun ada.
3. Raja Lawak lebih kepada persaingan untuk menjadi juara semata-mata. Tapi Maharaja Lawak pula lebih kepada persahabatan. Boleh tengok sendiri macam mana peserta-peserta lain yang bagi support dekat Amir walaupun lawak Amir tak berapa menjadi. Idea-idea Amir pun aku tengok dapat dari peserta-peserta lain je?? Tapi yang penting mereka banyak membantu antara satu sama lain.

Konklusinya, bagi peserta-peserta yang agak kurang best termasuk Amir, banyakkan membaca dan belajar. Sebab nak buat lawak ni bukannya senang. Bagi Jozan, Sepah, Nabil & Jambu kita jumpa di final. 4 team ni aku rasa yang akan ke final sebab persembahan diorang sangat konsisten kalau ada kurang pun maybe tak ketara sangat.

WATTHELL: SI DAJAL SATHYA SAI BABA MATI !!!


Sai Baba adalah seorang manusia biasa macam kita yang telah dikatakan Dajal oleh sesetengah pihak disebabkan kebolehan dia untuk merawat sakit, menghidupkan orang yang dah mati serta membuat beberapa benda magik. Siapa yang masih tak tahu pasal hal ni boleh search di internet dengan key word Sai Baba.


Aku explain sikit pasal Sai Baba ni. Sai baba dilahirkan di India dan mula dikatakan mempunyai kuasa luar biasa apabila dia di sengat oleh kala jengking. Beberapa bomoh india yang merawatnya mengatakan yang Sathya Sai Baba dilahirkan semula dari jelmaan Sai Baba yang lepas iaitu Shirdi Sai Baba. Kata-kata itu dibuktikan dengan kebolehan Sathya Sai Baba untuk menyusun nama Shirdi Sai Baba menggunakan bunga jasmin tanpa memegangnya. Dari situ dia mula menjelajah sekitar pelusuk India untuk mengumpulkan pengikut.

Korang tengok la sendiri berapa ramai yang dia tipu. Sekali dengan raja-raja dan menteri-menteri dia tipu.

Okey cukup-cukup dengan sejarah tak masuk akal dia ni. Sai Baba ni boleh dikatakan mempunyai pengikut seramai 2 juta lebih seluruh dunia. Semua orang bodoh yang menjadi pengikut dan menganggap dia tuhan ni sebab tertipu dengan beberapa magic show yang Sai Baba buat. Sai Baba ni dikatakan boleh sembuhkan penyakit, bagi petunjuk masa depan dan banyak lagi. Sebab tu ramai yang anti-Sai Baba ni mengatakan dia jelmaan Dajal.


Sai Baba ni juga telah menilik yang dia akan mati pada 2020. Kata tuhan, mana boleh mati. Kalau dajal awal betul mati? Tapi tilikan dia silap sebab dia telah meninggal dunia kelmarin 23/4/2011 disebabkan kegagalan organ dalaman. Si Dajal Sai Baba ni telah memperlihatkan dunia bertapa bodoh dan bangangnya mereka yang mendewa-dewakan dia. Sebab dia bukannya dajal ataupun tuhan. Tapi tak tau la lepas ni ada pula orang mengaku dia jelmaan Sai Baba pulak.


Kalau korang rajin search dekat youtube, mengenai beberapa penipuan atau magik Sai Baba dan bagaimana Sai Baba terkantoi, korang mesti gelak habis. Sebab dah sah-sah menipu tapi ramai juga yang menyembah dan ikut dia. Aku tak paham betul. Sai Baba ni boleh dikirakan macam Ayah Pin tapi tahap Moyang Ayah Pin sebab lagi pandai tipu orang.

Kata Tuhan/Dajal. Mana ada sakit. Ni nak potong riben pun mintak orang potongkan. Sah-sah penipu.


Yang penting bagi aku, sudah mati seorang lagi PENIPU BESAR di dunia ni. Dan harap takkan ada lagi penipuan sebegini. Mereka yang menipu dan menggangap diri mereka tuhan boleh digelar sebagai orang kurang kasih sayang. Diorang ni tak layak hidup di dunia ni sebenarnya. So sebagai manusia kita kena sentiasa berjaga-jaga supaya tak mudah ditipu sebegini. Sekian. Salam, Cheers.


Sumber: http://www.telegraph.co.uk/news/obituaries/religion-obituaries/8471342/Sathya-Sai-Baba.html

Sunday, April 24, 2011

AKADEMI FANTASIA HANYA SATU FANTASI WATTHELL !!!

Malam dah menjelma, teringat aku kisah malam semalam start jam 9. Ini merupakan satu mimpi ngeri buat aku. Aku telah dipaksa mak aku untuk tengok Akademi Fantasia (AF) 9. Mula-mula aku tengok macam biasa je lama-lama aku tengok naik menyampah. Haram jadah kenapa perlu ada lagi AF9. Cukup-cukup la sampai 8.


Komen aku tentang AF 9 kali ni:


1. Pemilihan lagu diorang totally out. Kenapa perlu pilih lagu tak popular. Dan kebanyakan lagu aku tak sure asal dari mana. Kebanyakan lagu memang aku tak pernah dengar. Kalau kata Rock Kapak pun rock kapak yang jarang kita dengar. Memang jadi makin bosan la AF 9 kali ni.


2. Peserta AF 9 ni macam tangkap muat dan masuk sekadar untuk popular je. Bila naik pentas dah nampak bergaya tapi bila bukak mulut sorang-sorang nyanyi sumbang. Kalau sumbang tak nampak sangat takpa, ni memang sumbang mambang dan kelaut china selatan mana ntah.


3. Adlin Aman Ramli, aku rasa dia sesuai jadi pengkritik sebab bila dia jadi pengajar macam terlalu manjakan peserta AF9 ni. Peserta-peserta AF9 nyanyi takda feel and soul langsung. Aku rasa kalau nyanyi tak ada soul baik pergi nyanyi kat Karoake Jamban lagi elok.


4. Aku kurang bersetuju dengan tempat belajar diorang. Memang nampak style sebab orang boleh tengok. Tapi disebabkan terlalu public aku tengok pelajar AF9 ni macam tak boleh tumpukan perhatian dan banyak main-main. Kejap-kejap tengok luar. Macam popular sangat orang nak tengok. Kalau aku jumpa diorang jalan sebelah aku pun,aku rasa tak perasan langsung.


5. Pasal kes pengguguran peserta semalam, aku rasa memang patut ada. Kalau boleh gugurkan banyak lagi sebab patut digantikan untuk menaikkan AF ni. Kalau tak bosan je aku nak tengok. Nasib baik ada Aznil yang pandai bawak drama ke atas pentas. Kalau tak lame je.

Ni la gambar peserta-peserta AF9 yang tak best langsung. Tapi adalah sorang atau dua orang je yang aku tengok boleh pergi jauh.

Tu je la antara komen aku. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku rasa yang lain-lain tu korang boleh perasan sendiri. Sorry kepada peminat AF9 sebab bagi aku AF9 ni tak menarik dan juga out terus.Kemasukan Hazama semalam aku rasa boleh bawak perubahan sikit dan kemungkinan besar dia boleh menang AF kali ni. Ye la dulu kalah kali ni kalau nasib dia baik boleh la menang. Kalau nak dibandingkan dengan AF dulu-dulu atleast AF dulu ada banyak juga yang menarik serta pemilihan diorang memang bertepatan. Sekian dari aku, salam, Cheers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...