Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Showing posts with label Merapu Fakta. Show all posts
Showing posts with label Merapu Fakta. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

3 SPESIES MANUSIA YANG ADA KAMERA DSLR

Dekat KL ni, aku dok perhati ada 3 spesies manusia yang ada kamera DSLR. Satu spesies hobi diorang amik gambar, satu spesies ada DSLR buat cari makan, satu lagi spesies yang diberi nama BBNU. BBNU tu ape? BBNU tu maksudnya Budak Baru Nak Up.

Perbezaan ketara antara ketiga-tiga spesies ni adalah cara diorang pegang kamera. Bagi yang hobi diorang amik gambar, tali kamera tu mesti dekat bahu diorang. Sebab nanti senang nak ambil gambar kalau nampak benda pelik-pelik. Bagi spesies cari makan, korang tak akan nampak kamera diorang sebab selalunya diorang simpan dalam beg. Bagi spesies BBNU ni, korang senang nak perasan sebab tali DSLR tu tersangkut je dekat leher diorang.

Perbezaan kedua, dari segi kegunaan kamera DSLR tu sendiri. Bagi spesies hobi, diorang akan ambil gambar permandangan, benda-benda pelik dan jarang sekali mengambil gambar kawan-kawan diorang. Kalau BBNU, diorang guna kamera DSLR yang harga beribu-ribu tu hanya untuk posing camwhore di depan kamera. Untuk spesies cari makan, diorang ni saving nak guna kamera DSLR, sebab nanti cepat nak kne servis. Jadi diorang akan guna untuk ambil gambar client diorang je.

Perbezaan ketiga dan terakhir, adalah dari segi penjagaan kamera diorang. Bagi yang hobi dan cari makan, diorang akan jaga kamera diorang sehabis baik. Kalau tengah ambil gambar, tetiba hujan pulak, diorang akan terus simpan dalam beg. Tapi bagi BBNU pulak, biar ribut taufan mahupun tsunami melanda, diorang akan tetap mengantung kamera diorang di leher. Sebab kamera DSLR ni digunakan sebagai bahan perhiasan sama seperti rantai. Kalau pergi pulak rumah spesies hobi dan cari makan. Korang susah nak jumpa kamera DSLR dekat rumah diorang. Diorang akan simpan di dalam DryBox ataupun beg. Bagi rumah yang ada BBNU ni, DSLR boleh kira macam perhiasan diatas meja makan. Sentiasa disitu walaupun tengah makan.

Sekian sahajalah al-kisah 3 spesies manusia yang ada kamera DSLR. Jadi bagi sesiapa tak kisah la spesies mana pun, harap jaga elok-elok kamera DSLR korang. Sebab kalau sekali dah rosak, mau kena sampai 5 6 ratus untuk repair. Tak ke membazir tu. Kalau boleh pakai dengan berhemat. Bagi BBNU pulak, jaga-jaga dengan kamera korang. Jangan dok asyik tayang kat orang. Sebab sekarang ni banyak orang meragut kamera pulak sebab lagi berharga daripada beg tangan. Sekian, Salam, Cheers.

Ni spesies hunter ni. Banyak betul kamera dengan lense dier.

MELAYU OH MELAYU!!!

Salam, mungkin agak kontrovesi apa yang aku akan tulis hari ni. Tapi aku tulis ada sebabnya dan sebabnya sangat signifikan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Melayu mudah dijajah?? betul ke?? betul tak betul kita baca sama-sama.

Dulu apabila British menjajah Tanah Melayu, siapa yang jadi tali barut British?? Melayu juga. Undang-undang sekarang ni yang ada dekat Malaysia, siapa yang kekalkan?? Melayu juga. Kenapa semua ni mesti melayu?? Mudah sangat ke pemikiran orang melayu ni dijajah berbanding bangsa lain??

Dekat Malaysia ni ada banyak parti politik. Tapi korang tengok sendiri parti politik mana yang selalu bergaduh dan menghiasi surat khabar kat Malaysia ni. Parti politik orang melayu juga. UMNO gaduh sama PKR dan PAS. Ada korang tengok MCA atau MIC gaduh besar-besaran dengan DAP?? tak ada semua tu. Melayu juga jadi mangsa.

Kalau dulu cuma ada satu pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya DUN & PARLIMEN. Sekarang ni ada pula pilihanraya ketua kampung dan pilihanraya masjid. Pilihanraya ni semua dilakukan dalam kawasan orang Melayu. Melayu lagi kena. Cuba korang fikirkan sejenak kenapa Melayu ni mudah sangat dijadikan bahan ujikaji atau tikus makmal??

Kalau dulu, Malaysia ada 3 parti politik Melayu yang aku boleh katakan cukup stabil. UMNO dengan matlamat bangunkan melayu, PKR dengan matlamat mambangunkan rakyat, PAS dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara islam. Aku tengok ketiga-tiga ni dah cukup stabil dalam mengimbangi struktur orang Melayu di Malaysia. Tup tup baru-baru ni, PAS tukar pulak ke arah negara kebajikan. Bukan ke kebajikan tu PKR dan UMNO dah buat. Dah jadi tak stabil balik. Ni semua sebab apa, sebab Melayu gila kuasa. Nak sangat berlari ke Putrajaya tu. 


Melayu tak bersyukur pulak dah. Pelajar Melayu diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke India boleh tak puas hati. Sebab apa, kenapa dia dapat 9A tak plus tak dapat pergi Ireland ke London ke. Ape punya orang da. Dah dapat biasiswa pun nak kecoh-kecoh lagi. Ada juga yang dah dapat masuk universiti dekat Malaysia ni tak puas hati juga sebab tak dapat pergi oversea. Salahkan kerajaan, salahkan JPA salahkan semua orang kenapa tak dapat pergi oversea. Kita kena ingat, kalau kita pandai, ada orang lagi pandai dari kita.

Mentaliti kebanyakan orang melayu. Jangan kawan dengan bangsa lain nanti sesat macam diorang. Cuba bagitau, Professor mana yang cakap macam tu?? Aku rasa kalau berkawan dengan bangsa lain lagi bagus. Sebab kita dapat belajar macam-macam dari diorang. Bila dah belajar, senang untuk kita jalankan kehidupan seharian. Soft skills pun akan bertambah. Sedangkan Rasullulah SAW bersahabat dengan mereka yang bukan beragama Islam. Jadi tiada masalah untuk kita bergaul tetapi kena tau batasannya. 

Satu lagi mentaliti orang Melayu yang tak pernah berubah. Kalau nampak orang Melayu lain maju kerja nak cantas je. Cuba jadi macam orang Cina berniaga. Kalau nampak orang Cina lain maju, diorang kan cuba lawan sampai maju macam tu. Tak perlu bomoh atau tangkal. Tak perlu jatuhkan orang untuk naik. Lagi bagus kalau sama-sama naik. Yang penting bisnes plan untuk maju macam orang lain.


Aku pun bukan seorang Melayu yang sempurna. Apa yang aku tulis pun berdasarkan pengalaman aku dan sedikit sebanyak ada juga dalam diri aku ni. Tapi walau macam mana pun, Melayu perlu berubah. Berubah kearah kebaikan. Aku pun ondaway nak berubah. Kalau tak, sampai bila nak tengok bangsa sendiri bercakaran. Sekian dari aku, Salam, Cheers.

Wednesday, May 18, 2011

AKU SUKA BLOGGER TAK POPULAR !!!


Hello selamat pagi semua. Aku memang suka sangat blogger tak popular. Tu adalah apa yang aku rasa. Sebab apa aku cakap macam ni. Sebabnya seperti dibawah.

Sebab 1: Kebanyakan blogger tak popular ni tulis dengan penuh slumber dan benda-benda yang fresh. Kalau nak kutuk diorang akan kutuk je orang tu. Dia tak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak mahupun menjaga reputasi belog sendiri. Golongan ni kira macam nothing to lose la. Cuba belog kalau dah popular, nak kutuk orang or something bukan main berkias sampai boleh jadi ayat kutukan tu baik je dibaca. Aku bagi contoh blog baru kutuk orang.
"Cik Durian tu asyik tunjuk muka je, kalau ada artis mula la amik gambar tergedik sana tergedik sini."
Sebab 2: Kebanyakan hasil penulisan blogger baru ni tak melibatkan langsung kepentingan diri ataupun duit blog. Senang cerita diorang tak menanti balasan hasil penulisan mereka. Jadi dari sini kita tahu diorang ni jujur dalam menulis.Sesetengah blog yang popular ni tulis sebab nak balasan seperti nak orang lagi ramai follow, nak orang lagi ramai komen, nak jadi popular. Contoh blog popular nak minta balasan macam ni.
"Siapa dapat sponsor Durian untuk party bufday saya, saya akan promote syarikat Durian awak dalam belog saya yang ada 20 juta follower ni."
Okey sebab apa aku tulis artikel ni, bukan untuk sindir sapa-sapa tapi nak bagitau korang semua yang aku ni memang hobi baca belog tak popular. Ada jugak belog popular yang aku baca tapi tak lah aku blog walking selalu sangat. Kalau blog tu follower kurang 500 tu boleh aku katakan belog tak popular. Antara belog yang aku suka adalah belog ini:
Belog-belog kat atas ni ada kelebihan dan kekurangan diorang. Tapi aku lebih suka lihat kepada kelebihan. Mana yang berani, unik dan fresh akan aku walking je selalu.Saranan aku kepada blogger sekian, teruskan berbelog jangan nak cover-cover bila tulis Sebenarnya aku tulis pasal entri ni sebab aku tak sangka dah 400 follower aku. So hopefully aku tak lupa diri bila makin banyak follower. Tu sahaja coretan dan contengan mengarut dari aku. Sekian, Salam Cheers.


Saturday, April 30, 2011

PRISON BREAK JUNIOR!!!

Salam semua, dengar je orang cakap Prison Break mesti korang teringat lagi drama bersiri mat salleh. Watak utama dalam Prison Break ni adalah Micheal Scofield. Cerita dia tentang seorang adik nak lepaskan abang dia daripada penjara. Bagi sapa-sapa yang dah menonton, Micheal Scofield ni ada tattoo penuh satu badan yang merupakan pelan (blue print) penjara tersebut. Memang sangat genius boleh lukis tatto jadi blue print.


Aku search dalam internet pasal cerita ni terjumpa gambar MichealScofield Junior dekat bawah ni.


Sangat la comel budak ni. Sapa la pi rajin dok conteng badan budak ni. Tu je la yang aku nak cerita untuk hari ni. Sekian, Salam, Cheers.

p/s: aku dekat Sabah sekarang ni melancong lepas habis Exam. Nak kirim pape? Aku hanya menerima kiriman salam je k. ehhehehe.

Wednesday, April 6, 2011

BLOG UNDER SURVEILLANCE OF SPRM !!!

Wow what the hell. SPRM have been the most scariest government sector to malaysian. Scarier than the Police or pencegah maksiat. There must be some uniqueness about SPRM to malaysian. Back to malay. Aku rasa bagi sesetengah orang berjumpa dengan pegawai SPRM bagai berjumpa dengan malaikat maut. Sebab SPRM juga Suruhanjaya Diraja start to be famous as Famous Amos.

Sesiapa yang terkorban dekat bangunan SPRM tidak lagi akan dibicara dimahkamah atas tuduhan rasuah walaupun tuduhan itu bernilai more than billion ringgit. Tapi akan dibicarakan with this Suruhanjaya Diraja. Fair right.

What can i say to SPRM, they need to find better fengshui building to make as their headquarters. Dan lebih baik kalau bangunan itu adalah rumah teres satu tingkat sahaja. Because there will be no more place for people with all the billion stress to release their stress by free falling.


SPRM perlu bertaubat. Bak kata Karpal Singh kepada DSAI suatu masa dulu. About DSAI ni pula, banyak yang dok memekik sana sini supaya tubuhkan this Suruhanjaya Diraja. Apa susah, just libatkan SPRM for sure Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan.

Lastly, first apabila ada orang yang terbunuh kita kena ucapkan takziah walaupun cara kematian mereka berlainan dan mengejutkan. Tak perlulah dipersalahkan sesiapa dan biarkan sahaja polis melaksanakan siasatan. Dan tidak akan ada kesimpulan dapat dibuat jika perkara itu baru sahaja berlaku. Kertas siasatan pun maybe baru tulis 2 3 ayat. So all the best for SPRM untuk tangkap orang yang suka sangat makan rasuah and good luck PDRM untuk pastikan kes ini selesai dengan aman.

p/s: terbaca disebuah blog, tanda akhir zaman adalah akan ada sekumpulan manusia yang mengagungkan orang yang telah meninggal dunia.

untuk fakta kes diatas boleh layari blog ini http://dinturtle.blogspot.com

Peace no war, Sekian, Salam, Cheers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...