Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, October 30, 2010

PIALA MALAYSIA!!! 2-1

Salam pembaca, tahniah diucapkan kepada Kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia musim ini untuk kali pertama dalam sejarah Kelantan. Walaupun aku tadi sokong Negeri Sembilan, tapi gol-gol kemenangan yang dihasilkan oleh Kelantan memang cukup stylu. Kelantan menjuarai Piala Malaysia dengan kemenangan 2-1.

Gol tunggal Negeri Sembilan adalah hasil daripada sepakan penalti akibat kekasaran yang dilakukan oleh pemain Kelantan di dalam kotak penalti. Separuh masa pertama menampakkan Negeri Sembilan mengawal permainan tetapi separuh masa kedua Kelantan menguasai padang.

Hasil daripada pemerhatian kawan-kawan aku, besar kemungkinan Kelantan menggunakan taktik best player out dengan cuba sedaya upaya mencederakan Aidil Zaquan iaitu kapten pasukan Negeri Sembilan. Ini kerana, sejurus selepas Aidil dikasari dan terpaksa diusung keluar, gol pertama Kelantan muncul dan seterusnya gol kedua 7 minit kemudian.

Bagi aku, jurulatih Negeri Sembilan meletakkan harapan penuh kepada Aidil dan apabila Aidil cedera, harapan hanya tinggal harapan. dapat dilihat moral pasukan Negeri Sembilan terus merosot.

Apa-apapun, aku nak tegur sikit kepada penyokong-penyokong agar berkelakuan baiklah di padang. Aku tengok start Kelantan gol, kawasan sekitar padang mula menjadi tempat pembuangan sampai dan tempat meraikan perayaan. Sebab apa aku cakap camtu sebab penyokong mula membaling botol dan mercun kearah padang. Harap-harap dah menang ni tak da la gaduh-gaduh ye.

Sekian sahaja Hakimy melaporkan daripada Blok D, KTHO, UKM. salam dan cheers.


CST PRODUCTION!!!!


Salam pembaca sekalian. Entry kali ni aku nak buat sedikit promotion untuk CST Production. Kalau sapa yang tak tahu, CST Production adalah sebuah syarikat videography yang menggunakan DSLR secara total/sepenuhnya.

CST Production telah ditubuhkan oleh En Rosli Mohamed dan krew. CST mula menempah nama dengan video-video yang kreatif dan juga video-video Save the date atau pre-wedding dan setiap satunya mempunyai kelainan tersendiri.

Antara artis-artis yang telah menggunakan khidmat CST production dalam majlis perkahwinan dan sebagainya adalah Datin Umie Aida dan pesonaliti TV3 Saiful & Aida Gadis Melayu. CST jugabanyak membuat video klip lagu seperti lagu Vince - Biarkan, Nashrin - Fobia Cinta dan banyak lagi la.

Ni aku sertakan sedikit gambar-gambar semasa krew CST Production melakukan shooting. Kalau nak tahu lebih lagi mengenai CST boleh pergi ke website mereka di:









 Sebab apa aku suka CST:
1. Kreativiti yang aku rasa tak semua orang ada.
2. Tak bosan kalau tengok video diorang ni walaupun banyak kali.
3. Cara editing yang sangat menarik dan selalu dengan fresh idea.
4. Your money is worth it with what you will get.

Aku sebenarnya cukup bangga sebab ada juga hasil-hasil daripada anak bangsa sendiri dalam bidang ni. Aku harap CST Production tidak mendabik dada atau sombong selepas ini sebab bukan apa Melayu Mudah Lupa. Apabila sudah maju kehadapan, mula hilang arah tuju. Apa-apa pun all the best for CST Production.

So sapa-sapa yang nak kawin tu, nak guna khidmat CST boleh le pergi ke laman sesawang http://www.cstproduction.com/ Aku kawin nanti insyallah hired CST Production.

p/s: Aku harap sangat dapat join diorang ni. Dah lama aku follow CST daripada website lama sehingga lah dah CST 2.0 sekarang ni. Kalau korang tengok video-video aku semua aku ambil ilham daripada CST.Tapi still tak boleh lawan CST lagi la.Beginner lagi. Credits & Thankz to CST.

gambar ihsan daripada: facebook CST Production




Friday, October 29, 2010

PERASAN KAYA, NI KOLEKSI BARANGAN AKU DARI EMAS.

Salam pembaca sekalian, malam ni aku nak kongsi dengan koleksi barangan aku daripada emas(perasan je aku ni). Korang tengok la bertapa kaya nya aku sampai benda bukan-bukan aku boleh salut dengan emas.

Basikal emas aku dan disalut juga dengan batu sworski.

Ni Wii yang aku bagi anak aku main. Salut dengan emas juga.

Aku taip belog aku semua guna keyboard emas ni la.

Kereta rasmi aku di Russia.

Anak aku yang 10 bulan aku letak dalam ni.

Biasanya aku makan ice krim dalam bekas ni.

Ni pill pain killer kalau aku sakit setelah penat ambil gambar. Biasa lah photographer.

Benda futuristik ni adalah PC punya casing. Yang warna silver untuk komputer MAC aku yang gold untuk PC biasa aku main game.

Aku kalau nak membuang mesti kat tandas ni. Kalau tak memang tak puas.

Caption diatas adalah angan-angan semata-mata. Hal ini kerana aku banyak makan buah berangan. Sekian, cheers.





12 DESIGN BILIK TERUNIK DI DUNIA!!!

Salam pembaca sekalian. Aku mohon maaf sebab tak dapat nak update secara kerap sekarang ni memandangkan exam aku on the process. Tapi aku akan tetap update tak kira apa yang berlaku. So kalau sebelum ni aku dah tunjukkan dekat korang benda comel untuk tandas kali ni aku tunjuk pula design bilik terunik yang ada kat dunia ni. Jom kita tengok.

Design bilik lebih kurang ice room untuk letak daging.

Comical city. Lawa bilik ni, mesti anak-anak aku suka kalau aku bagi bilik macam ni.

Macam dekat rumah urut je bilik ni.

Design macam stor kayu atau hut.

Siapa suka prison break boleh buat bilik macam ni.

Anda minat Tarzan, buat la bilik anda sebegini rupa.

Kalau anda sukakan seksaan, boleh design bilik macam ni.

Siapa rasa dia western dan nak jadi cowboy, boleh buat bilik macam ni. Siap ada bar lagi tu.

Bilik design macam wad orang gila. I like.

Ni macam konsep rumah dijalanan tapi yang ni bilik.

Siapa yang nak pening. Sila buat bilik macam ni. Ni boleh panggil bilik emoticon.

Ni design ikut keadaan bumbung rumah flat kat US. katil tu macam tangki air pun ada.

Sekian sahaja post aku untuk kali ni. Salam, Cheers.

credit: http://kerenahdunia.blogspot.com







15 BENDA UNIK UNTUK ANDA DALAM TANDAS.

Salam pembaca sekalian dan selamat pagi. Aku rasa rindu sangat dengan belog aku ni sebab tak posting apa-apa semalam. Masa aku mandi tadi aku dapat satu idea yang sangat menarik dan aku try search kat internet memang jumpa pun. Apa bendanya jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.


Bagi sesiapa yang minat menyanyi tu, span ni boleh menghilangkan ketagihan menyanyi korang.

Sapa nak misai dan janggut cam Harith Iskandar pakai benda ni.

Comel betul penutup sinki ni.

Kalau ada benda ni, tak rugi la Colgate aku lagi.

Asal masuk tandas nak mandi mesti cermin berkabus. Nasib baik ada benda ni.


Style betul tempat letak sabun ni.

Tempat letak ubat gigi. Tak la tercari-cari ubat gigi nanti.

Satu lagi tempat letak sabun dan shampoo.

Mesti anak aku suka gosok gigi sebab dapat jumpa benda comel ni.

Tempat simpan berus gigi untuk kebersihan maksima, teratur dan cute.

Yang ni aku kurang paham. Camna sabun tu ader magnet pulak.

Dapat kurangkan kadar kemalangan di dalam tandas.

Tempat pemegang berus gigi untuk bilik air anak aku. Aku pun nak satu.

Kat mana-mana korang boleh letak shower korang.

Semua benda-benda ni sesuai untuk mereka yang gemarkan kelainan di dalam tandas. Aku rasa nak cari ja semua benda ni dan letak dekat tandas bertaraf 5 bintang kat rumah aku tu. Sekian daripada aku. Salam & Cheers.



Thursday, October 28, 2010

IPHONE PUN BOLEH BUAT VIDEO KAWIN!!!

Salam pembaca-pembaca belog Hakimy. Aku kali ni just nak share sedikit info dekat korang.

Mana yang tak tahu aku nak bagi tau sekarang. Okey kalau korang perasan sekarang ni musim DSLR yang teramat banyak dijalanan.

Sekarang ni tumbuh bagai cendawan gak company-company yang buat video guna DSLR sebab sekarang kebanyakan DSLR terutamanya Canon boleh merakam video dalam format HD.

Kiranya tu tak heran lagi tapi yang aku nak bagitau ni lagi la pelik. Ada satu company videography yang aku sangat respek dan salute telah melakukan shooting perkahwinan menggunakan Ipod Touch dan Iphone 4.

Memang mantap video diorang ni. Nama company ni CST Production dan ni aku bagi sikit bukti rakaman video perkahwinan menggunakan Ipod dan Iphone.Kalau korang ingat, CST Production ni pernah masuk akhbar Kosmo sebab mereka adalah founder dalam dunia HDSLR video making.




Korang dah nampak sendiri buktinya kan.  Mereka ni profesional jangan korang buat benda yang sama pulak. Nanti marah orang tengok korang rakam video cam rakam video ehem-ehem pakai handphone.

Kalau korang nak tengok hasil dia, korang boleh pergi ke website di http://cstproduction.com/v3/ . Bagi aku hasil kerja CST memang tak da tandingan la dengan syarikat lain kerana kreativiti, ketelitian dan kesungguhan yang terbaik dari ladang.Aku bagi rating 4.5/5 bagi CST Production ni.

So kalau korang nak kawin, nak bertunang, nak buat video clip pape korang boleh check it out dekat website CST http://cstproduction.com/v3/ .

Akhirkata, aku dan group aku pun berharap kitorang boleh jadi kreatif macam CST ni kalau buat video. Ada satu video dalam proses pembikinan, kalau dah siap nanti aku upload k.Sekian. Cheers.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...