Salam readers, aku ada sedikit info untuk dikongsi bersama korang semua.
Kemeriahan pertandingan Gatsby Styling Dance yang dicetuskan oleh Gatsby kini kembali dengan lebih hebat dan menggemparkan.
Dimulakan buat julung kalinya pada tahun 2008, pertandingan tahun ini bakal menyaksikan usaha giat Gatsby dalam mencari juara pertandingan Gatsby Styling Dance negara ini yang seterusnya.
Menurut Presiden Mandom (M) Sdn Bhd, Encik Daniel Chin, syarikat mereka begitu teruja dalam menyokong aktiviti-aktiviti kreatif di kalangan para pelajar muda dengan menyediakan platform bagi interaksi antara budaya di kalangan sesama mereka.
“Sebagai peneraju jenama kosmetik lelaki untuk golongan muda, kami menganggap aktiviti sebegini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami untuk menyemai gaya hidup positif bagi generasi muda.
“Pertandingan Gatsby Styling Dance dicipta secara eksklusif untuk para pelajar muda Malaysia bagi menyalurkan daya kreativiti dan kesungguhan mereka kepada aktiviti yang mereka suka dan berbangga,”katanya ketika majlis pelancaran Pertandingan Gatsby Styling Dance 2010-2011 di The Royale Bintang, Damansara baru-baru ini.
Juara Gatsby Styling Dance Malaysia 2009-2010, Alex atau Poppin Rex membuat kemunculan pada petang itu dengan menghiburkan para tetamu dengan pergerakan-pergerakan baru tariannya.
Ketika ditemui, Alex turut melahirkan harapannya agar pemenang baru peringkat Malaysia akan dapat mengulangi kejayaannya di Gatsby Styling Dance peringkat Asia di Jepun pada tahun hadapan.
“Ini satu peluang yang besar untuk anda. Apa yang perlu anda buat ialah percaya pada diri sendiri, berseronok, jadi diri sendiri dan buat yang terbaik,”katanya yang muncul sebagai pemenang The Greatest Gatsby Award pada peringkat akhir Asia tahun lepas.
Pertandingan serantau yang dianjurkan oleh Gatsby ini terbuka secara eksklusif kepada para pelajar daripada tujuh buah negara iaitu Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Jepun.
Di peringkat tempatan pada tahun ini, Gatsby akan menganjurkan kunjungan di kolej dan universiti di sekitar Lembah Klang untuk membuka peluang penyertaan kepada lebih ramai pelajar. Para pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut serta cenderahati.
Selain itu, satu siri jelajah akan turut diadakan di One Borneo, Kota Kinabalu pada 2 dan 3 Oktober, Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 9 Oktober dan di City Square Mall, Johor Bahru pada 23 Oktober 2010.
Mereka yang berminat boleh melayari laman web Gatsby untuk memuat turun runut tarian mengikut pilihan mereka. Seterusnya, mereka perlulah merakam dan memuat naik klip tarian masing-masing.
Para peserta akan disenarai pendek di peringkat awal oleh para pengadil tempatan. Sistem pengundian secara online akan memilih para finalis yang akan bertarung menunjukkan kemampuan masing-masing di Pertandingan Akhir Malaysia yang akan diadakan pada 14 Januari 2011.
Juara Malaysia akan menerima hadiah perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk memperlihatkan kehebatannya bersaing dengan para pemenang dari enam buah negara lain dalam Pertandingan Akhir Asia pada 19 Februari 2011.
sumber- guamuzik.com
Komen dari aku: Kepada sesiapa yang berbakat menari boleh la join. Aku memang suka tengok cerita menari-menari sebab aku pun suka menari. hahahha.Aku bukan suka menari macam perempuan tapi aku suka menari macho-macho macam dalam filem zorro dan You Can Dance tu. Tapi sampai sekarang tak pandai-pandai lagi. hehehehe. Okey la, cheers.
No comments:
Post a Comment