Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, January 29, 2011

KOLEKSI GAMBAR AKU !!!






Salam bloggers, sekarang ni musim cuti raya Cina so aku tak sure boleh update atau tak aku punya belog ni. So ni adalah sedikit gambar perkahwinan yang aku akan kongsi kat korang. Dah kongsi pun. So sudi-sudilah singgah k. Salam Cheers.

Friday, January 28, 2011

MUSIM SUDAH TIBA !!!


Salam dan selamat hari jumaat untuk semua blogger tegar diluar sana. Korang jangan pelik pulak dengan tajuk post aku ni. Mesti korang ingat musim pilihanraya nak dekat, tak pun musim hujan dah kembali. Jangkaan korang meleset sama sekali. Musim yang dikatakan adalah musim DITINGGALKAN KEKASIH SUDAH TIBA!!! What the hell. Ada pula musim macam ni. Tapi aku akan beri korang 3 situasi sedih dimana LELAKI menjadi mangsa perasaan wanita.



Situasi 1: Perkenalan dengan wanita terbabit sejak dari Matrikulasi. Kawan lebih dari 5 tahun tu. Bagi aku lelaki tu ok la, baik orangnya, peramah. Walaupun sudah menjangkau 26 tahun, tapi ada la juga pikir masa depan sikit.Maybe dekat situ masalah timbul sebab pikir masa depan sikit sangat. Nak kata lelaki ni tak loaded tak juga sebab bekerjaya sebagai Field Engineer dan berpengalaman menjadi salah seorang jurutera yang membina litar lumba F1 di Abu Dhabi. Maybe disebabkan selalu berjauhan si wanita memilih untuk mencari seseorang yang lebih dekat dan boleh menjaga dia.

Situasi 2: Perkenalan dengan wanita terbabit sejak 2 tahun lepas melalui Friendster. Kawan agak lama dan memutuskan untuk berhubungan secara serious 11 bulan yang lalu. Tetapi bak kata pepatah disangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan lebat disusuli ribut taufan ditengahari. Lelaki ni boleh dikatakan berpelajaran tinggi sebab menuntut di salah sebuah pusat pengajian di ibu negara dan mengambil ijazah. Tapi mungkin disebabkan masih belajar, lelaki ni ditinggalkan kekasih kerana wanita terbabit tidak mahu menyusahkan diri untuk bersama-sama seorang STUDENT. Lupa nak bagi tahu wanita ini bekerja sebagai designer.

Situasi 3: Perkenalan dengan wanita terbabit melalui BBM (BlackBerry Messenger). Tak kawan lama sangat. Lelaki ni baik orangnya. Selalu menasihati wanita berkenaan kalau wanita itu bergaduh dengan balaknya.Oleh kerana merasakan lelaki ini caring, wanita itu memutuskan hubungan dengan balak dia. Tetapi, perkara sama berlaku keatas lelaki ini kerana wanita itu turut memutuskan hubungan dengan lelaki tu juga. Ni dah kira double trouble. Lelaki ni memang seorang yang berada bukan kerana harta mak bapak, tapi harta sendiri walaupun baru menjangkau 26 tahun. Oleh kerana berada dan selalu berada di luar negara sama seperti situasi 1, wanita ini yang baru couple 2 minggu dengan lelaki ni dengan mudah tinggalkan lelaki ni. WTH. Situasi 1 & 3 mempunyai persamaan tapi orang berbeza.

Pada pendapat aku:
Ketiga-tiga lelaki ni memang tidak sempurna, tetapi mereka ni mempunyai perasaan yang sama terhadap wanita yang pernah hadir dalam diri mereka iaitu MENCINTAI. Tapi malang sebab wanita-wanita tu tidak pernah langsung mengerti makna CINTA. Yang diorang tau kalau saya sedih nak awak selalu lapkan air mata saya. Kalau saya nak keluar nak awak selalu teman saya.Kalau saya nak tidur nak awak selalu dodoikan saya. Kalau banyak sangat kalau bila nak habis ini ceritakan.

Bukan apa, lelaki juga ada perkara yang nak dibuat. Untuk pengetahuan kaum wanita, lelaki akan rasa down kalau tak da duit. Sebab tu terpaksa keluar mencari rezeki dan tak boleh sentiasa ada dengan awak. Lagi satu, lelaki tidak suka dikongkong, kalau mereka yang dikongkong dan mengikut je cakap wanita, lama-lama bila meletup terus kawin sampai 4. Sebab lelaki sebelum kawin need some space sebab tak nak nanti dah kawin akan jadi bosan. So please paham jugak hati lelaki jangan nak kitorang je fahami wanita. Satu lagi yang aku perasan, wanita tidak suka sesuatu perkara yang menyusahkan diri mereka. Sebab tu kalau rasa lelaki ni susah dump je tepi jalan habis cerita. Ketiga-tiga responden diatas adalah kawan, rakan, saudara baik aku. Aku kenal sangat diorang dan sekarang ni ketiga-tiga dilukai oleh wanita pada jangka masa yang sama.Semua wanita-wanita yang tinggalkan responden diatas adalah disebabkan ada lelaki lain atau dengan ayat lain CURANG. So watch out gadis-gadis diluar sana, kalau ada yang datang mengorat maybe ketiga-tiga makhluk ni la.


Akhir kata dari aku, kita tidak sempurna. Bekerjasama dan saling faham memahami perlu ada kalau ingin terus disayangi. Bagi lelaki yang ditinggalkan, jangan putus harapan. Korang bukan loser cuma sikit loser tu adalah. hahahahaha.So bagi yang sedang dilamun cinta, jaga hubungan korang baik-baik ya. Bagi yang rasa aku terlalu kasar, I'M SORRY. Penulisan ni adalah demand dari ketiga-tiga responden diatas. Sekian dari aku, Salam Cheers.

P/s: Ayat untuk mereka yang ditinggalkan:

"Kadang kala, orang yang kita SAYANG adalah orang yang paling susah untuk DISAYANGI"

MOTOR AKU SAKIT TERUK !!!

Salam bloggers semua, disebabkan aku dah tak da modal, aku pun tulis la pasal motor. Mana yang baru follow aku tau aku ni peminat motor berkuasa besar. Tapi hasrat untuk memiliki belum kesampaian. Tapi aku sekarang tengah dalam usaha untuk membaik pulih motor warisan iaitu motor bapak aku yang bapak aku bagi kat aku oleh kerana ketaksuban aku terhadap motor berkuasa besar. Ni gambar motor tu yang sangat uzur.

Ini bukan Jaguh Ini adalah Kawasaki Eliminator 250 tahun 1995
Dan misi aku adalah untuk modified motor aku ni. So aku pun buat la sikit drawing atas Photoshop dan ini hasilnya.

Nampak buruk sebab aku malas nak photoshop betul-betul
Okey dah dua gambar motor aku, so aku nak mintak tolong sesangat korang undi beberapa gambar motor dibawah ni sebab aku masih kekeliruan identiti untuk buat balik motor aku ni.

Calon No. 1

Calon No. 2

Calon No. 3

Calon No. 4

Calon No. 5

Okey sekarang kau beri penghormatan dekat blogger-blogger untuk memilih antara kelima-lima calon diatas yang mana lagi afdal untuk aku ikut dan buat kat motor aku ni. As a reward, bagi gambar yang korang pilih tepat, aku akan letak khas kotak link dekat sidebar aku ni. So pilih yang mana yang korang berkenan k. Sekian dari aku, Salma, Cheers.

KEIKHLASAN ITU PENTING!!!!

Salam dan selamat pagi blogger-bloggers sekalian. Hari ni topik aku adalah keikhlasan. Keikhlasan zaman sekarang ni memang dah kurang berlaku. Kalau ingin melakukan sesuatu perkara, keikhlasan untuk melakukan perkara itu mungkin sikit atau tiada langsung. Bukan apa, banyak dah aku tengok sekarang ni kalau buat kerja malahan kalau study pun semua study sebab nak dapat pointer tinggi so dah grad nanti senang dapat kerja. Kalau membantu orang pula hanya untuk mendapatkan nama dan tiada langsung keikhlasan.

Bukan aku nak kata aku ni ikhlas kalau buat sesuatu, tetapi apa yang aku nampak dalam diri aku ni kalau tak dapat apa-apa ganjaran memang tak da la nak buat kerja. Ganjaran tu penting sekarang ni, kalau tak memang tak jalan kerja. Sebab itu kes rasuah menular di serata pelosok dunia. Yang paling tak best sekali bila tengok seseorang membantu orang lain hanya kerana nak bodek. Nak dapat naik pangkat, nak dapat nama, nak naik gaji.

Pasangan pengantin baru, Wawa & Kadir

Okey, sebenarnya aku tulis mengenai isu ini adalah kerana aku terbaca satu artikel disurat khabar hari ni mengenai perkahwinan seorang pengacara TV3Azwalina Azman (Wawa) dengan suaminya Kadir. Oleh kerana ikhlas dalam percintaan dan perkahwinan mereka, keluarga Wawa langsung tidak meletakkan sebarang harga untuk hantaran kerana keikhlasan mereka untuk menyatukan anak mereka. Wow terkejut gila aku baca. Biar betul, macam tipu ja. hahahaha. Tapi itulah realiti sebenarnya. Demi mengenangkan keikhlasan pihak keluarga Wawa, Kadir menghadiahkan mas kahwin bejumlah RM20,000 dan wang hantaran RM50,000 Banyak dah aku dengar cerita sebegini. -artikel sebenar boleh dibaca di Utusan Malaysia

Satu lagi cerita mengenai seorang Jurutera di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Sebelum mengahwini isterinya, dia duduk semeja berbincang bersama-sama keluarga isterinya mengenai wang hantaran. Bapa kepada isterinya hanya berkata, "Ikut kamulah, itu semua tidak penting asalkan kamu dan isteri dapat bahagia bersama". Oleh kerana terharu dengan kata-kata bapa bakal isterinya, keesokan hari dia memberikan sekeping cek kosong yang hanya terpapar tandatangannya sahaja. Berani Gila!!!! Selepas diberikan kepada bapa bakal isterinya, bapa isterinya menulis di cek tersebut RM3000 sahaja. Bukan RM30000 tapi RM3000 sahaja. Mana dapat nak kawin sekarang bagi hantaran RM3000, minimum bagi kelulusan degree pun RM10000. Hahahaha. Just Joking. Oleh kerana itu, pihak lelaki memberi sebuah kereta sebagai hantaran kepada bakal isterinya.

Dua cerita diatas sudah cukup menunjukkan sebuah keikhlasan yang amat besar. Jangan difikirkan mengenai ganjaran kerana dengan keikhlasan, ganjaran akan diterima akan lebih besar dari apa yang difikirkan. Sebab itu kalau nak buat sesuatu perkara, pentingkan keikhlasan. Bukan kata kalau tak ikhlas tak perlu buat, tapi cuba la selitkan sedikit keikhlasan. Aku pun masih belajar lagi bab ni. Memang tak lulus-lulus lagi. hahaha. Hopefully boleh la berubah kearah lebih baik lagi. Sekian dari aku, Salam, Cheers.

Thursday, January 27, 2011

PERASAAN KE PERASAN NI!!!!



Salam dan selamat pagi too all blooger di luar sana. Setelah sekian lama aku tak menulis hari ni aku gagahi jua diri ini untuk menulis sebuah artikel bertajuk PERASAAN KE PERASAN!!!!

Well well well, apa maksud perasaan?? Perasaan adalah sesuatu yang kita sebagai manusia rasa didalam hati ni terhadap sesuatu. Mencintai Tuhan, ibu bapa, malah kekasih juga adalah sebuah perasaan yang automatik hadir dalam diri kita. Apa pulak perasan??? Perasan adalah keinginan kita untuk sesuatu yang bukan hak kita.

Aku bukan nak jiwang tapi aku nak share dekat korang tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup aku. Antara lelaki dan perempuan mana lagi punya perasaan??? dan mana yang perasan??? Tak aku nafikan wanita perasaannya lembut dan lelaki hanya perasan tak sudah je. Jadi secara mudahnya, perasaan lelaki ni lagi mendalam oleh kerana ego yang tinggi.

Contoh 1: Aku pernah tengok sendiri kawan aku yang tough, hensem, macho, sekali putus cinta macam hilang arah tuju. Yang si perempuan pulak buat muka tak da perasaan. Si lelaki ni tak sudah-sudah perasan yang dia masih punya harapan untuk dirinya kembali dicintai. Tapi sorry la ko hanya perasan je beb.Apa yang boleh aku tolong adalah menaburkan kata-kata hasutan memburukkan perempuan berkenaan untuk menenangkan hati dia. Benda ni jarang aku nampak tapi sangat-sangat la unik. Betul kadang-kadang orang cakap, orang yang paling kita cinta adalah orang yang paling susah untuk dicintai.Ego lelaki selalunya boleh mudah tercalar oleh kerana seorang wanita @ perempuan. Benda ni pun turut berlaku kepada wanita. So bagi aku, kalau dah saling mencintai, jaga hubungan tu sebaik mungkin. Mungkin ada kekurangan dia tapi kita apa kurangnya juga. Betul tak???

Contoh 2: Sedih untuk aku tulis tapi macam mana perasaan korang kalau seseorang yang korang jaga dari kecil sampai dah besar membuat keputusan untuk membelakangi korang. This thing happen in real life, banyak sangat aku rasa berlaku. Oleh kerana cinta & sayang, jasa dilupakan. One old man have cry badly for a week long because of her only child choose his/her way to be married with someone that he(old man) didn't even know. Apa yang korang boleh rasa??? Jangan rasa sebab memang pedih sesangat perasaan korang nanti. Tapi semuanya terjadi kerana ada hikmah. Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditangan tuhan. Betulkan. In this case, jangan terlalu perasan yang korang betul dan semua yang diorang buat salah. So tak boleh salahkan siapa-siapa, apa yang boleh dibuat adalah kembali kepada yang Maha Pencipta. Tuhan tahu segala-galanya.

Penulisan aku ni maybe agak kasar dan semuanya bukan fakta dan hanya penulisan seorang manusia. Segala yang baik korang ambil, mana yang korang rasa cam hampeh buang jauh-jauh. Tak perlu mengata aku just minta tolong korang baca (itupun kalau sudilah). Akhir kata dari aku, Dunia Belum Berakhir. Masih ada masa untuk kembali. Sekian, Salam, Cheers.

Wednesday, January 26, 2011

GEMILANG!!!



Salam blogger semua, sudah hampir 2 minggu aku tak update ini belog. Oleh kerana bebanan kerja yang terlalu banyak, hari ni baru aku rasa free sikit untuk update belog aku ni. So entri aku untuk hari ni adalah berkenaan sebuah drama terbaru di TV3 bertajuk Gemilang.

Gemilang merupakan sebuah kisah mengenai perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.
 
GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi. 

Gemilang merupakan satu lagi hasil karya pengarah tersohor iaitu Khabir Bahtia. Pendapat aku untuk episod pertama drama ni adalah seperti berikut:
1) Pengolahan cerita yang begitu jelas dan penuh unsur-unsur tanda tanya. Memang menarik sekali.
2) Penggunaan latar masa 1970-an yang menarik tanpa menampakkan sebarang kecatatan seperti contoh tiada kereta baru, tiada kelihatan signboard baru semuanya memang kelihatan old skool.
3) Walaupun unsur cinta diterapkan dalam kisah ini, tetapi cinta yang di reka Khabir Bahtia amat berbeza dan tidak cliche. Cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru dan baru la ada sikit scene cinta orang muda-muda.
4) Tone warna yang digunakan memang menepati latar masa. Walaupun tone warna lebih kepada kekuningan dan juga fade colour, tapi mood yang dibawa dapat dirasai tanpa sebarang ketidakselesaan semasa menonton.
Aku dah tak sabar nak tunggu episod-episod akan datang. Sebab drama ni aku yakin boleh meletup macam drama Nur Kasih arahan Khabir Bahtia jugak. So jom ramai-ramai kita tengok. Ni aku bagi link dekat korang satu belog yang boleh korang tengok dengan mudah drama ni.


Sekian dari aku, salam, Cheers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...