Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, January 26, 2011

GEMILANG!!!



Salam blogger semua, sudah hampir 2 minggu aku tak update ini belog. Oleh kerana bebanan kerja yang terlalu banyak, hari ni baru aku rasa free sikit untuk update belog aku ni. So entri aku untuk hari ni adalah berkenaan sebuah drama terbaru di TV3 bertajuk Gemilang.

Gemilang merupakan sebuah kisah mengenai perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.
 
GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi. 

Gemilang merupakan satu lagi hasil karya pengarah tersohor iaitu Khabir Bahtia. Pendapat aku untuk episod pertama drama ni adalah seperti berikut:
1) Pengolahan cerita yang begitu jelas dan penuh unsur-unsur tanda tanya. Memang menarik sekali.
2) Penggunaan latar masa 1970-an yang menarik tanpa menampakkan sebarang kecatatan seperti contoh tiada kereta baru, tiada kelihatan signboard baru semuanya memang kelihatan old skool.
3) Walaupun unsur cinta diterapkan dalam kisah ini, tetapi cinta yang di reka Khabir Bahtia amat berbeza dan tidak cliche. Cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru dan baru la ada sikit scene cinta orang muda-muda.
4) Tone warna yang digunakan memang menepati latar masa. Walaupun tone warna lebih kepada kekuningan dan juga fade colour, tapi mood yang dibawa dapat dirasai tanpa sebarang ketidakselesaan semasa menonton.
Aku dah tak sabar nak tunggu episod-episod akan datang. Sebab drama ni aku yakin boleh meletup macam drama Nur Kasih arahan Khabir Bahtia jugak. So jom ramai-ramai kita tengok. Ni aku bagi link dekat korang satu belog yang boleh korang tengok dengan mudah drama ni.


Sekian dari aku, salam, Cheers.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...