Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, January 28, 2011

KEIKHLASAN ITU PENTING!!!!

Salam dan selamat pagi blogger-bloggers sekalian. Hari ni topik aku adalah keikhlasan. Keikhlasan zaman sekarang ni memang dah kurang berlaku. Kalau ingin melakukan sesuatu perkara, keikhlasan untuk melakukan perkara itu mungkin sikit atau tiada langsung. Bukan apa, banyak dah aku tengok sekarang ni kalau buat kerja malahan kalau study pun semua study sebab nak dapat pointer tinggi so dah grad nanti senang dapat kerja. Kalau membantu orang pula hanya untuk mendapatkan nama dan tiada langsung keikhlasan.

Bukan aku nak kata aku ni ikhlas kalau buat sesuatu, tetapi apa yang aku nampak dalam diri aku ni kalau tak dapat apa-apa ganjaran memang tak da la nak buat kerja. Ganjaran tu penting sekarang ni, kalau tak memang tak jalan kerja. Sebab itu kes rasuah menular di serata pelosok dunia. Yang paling tak best sekali bila tengok seseorang membantu orang lain hanya kerana nak bodek. Nak dapat naik pangkat, nak dapat nama, nak naik gaji.

Pasangan pengantin baru, Wawa & Kadir

Okey, sebenarnya aku tulis mengenai isu ini adalah kerana aku terbaca satu artikel disurat khabar hari ni mengenai perkahwinan seorang pengacara TV3Azwalina Azman (Wawa) dengan suaminya Kadir. Oleh kerana ikhlas dalam percintaan dan perkahwinan mereka, keluarga Wawa langsung tidak meletakkan sebarang harga untuk hantaran kerana keikhlasan mereka untuk menyatukan anak mereka. Wow terkejut gila aku baca. Biar betul, macam tipu ja. hahahaha. Tapi itulah realiti sebenarnya. Demi mengenangkan keikhlasan pihak keluarga Wawa, Kadir menghadiahkan mas kahwin bejumlah RM20,000 dan wang hantaran RM50,000 Banyak dah aku dengar cerita sebegini. -artikel sebenar boleh dibaca di Utusan Malaysia

Satu lagi cerita mengenai seorang Jurutera di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Sebelum mengahwini isterinya, dia duduk semeja berbincang bersama-sama keluarga isterinya mengenai wang hantaran. Bapa kepada isterinya hanya berkata, "Ikut kamulah, itu semua tidak penting asalkan kamu dan isteri dapat bahagia bersama". Oleh kerana terharu dengan kata-kata bapa bakal isterinya, keesokan hari dia memberikan sekeping cek kosong yang hanya terpapar tandatangannya sahaja. Berani Gila!!!! Selepas diberikan kepada bapa bakal isterinya, bapa isterinya menulis di cek tersebut RM3000 sahaja. Bukan RM30000 tapi RM3000 sahaja. Mana dapat nak kawin sekarang bagi hantaran RM3000, minimum bagi kelulusan degree pun RM10000. Hahahaha. Just Joking. Oleh kerana itu, pihak lelaki memberi sebuah kereta sebagai hantaran kepada bakal isterinya.

Dua cerita diatas sudah cukup menunjukkan sebuah keikhlasan yang amat besar. Jangan difikirkan mengenai ganjaran kerana dengan keikhlasan, ganjaran akan diterima akan lebih besar dari apa yang difikirkan. Sebab itu kalau nak buat sesuatu perkara, pentingkan keikhlasan. Bukan kata kalau tak ikhlas tak perlu buat, tapi cuba la selitkan sedikit keikhlasan. Aku pun masih belajar lagi bab ni. Memang tak lulus-lulus lagi. hahaha. Hopefully boleh la berubah kearah lebih baik lagi. Sekian dari aku, Salam, Cheers.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...