Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Monday, April 11, 2011

JIMMY OH JIMMY

Salam semua. Aku tergerak hati untuk menulis tentang seorang artis yang merupakan pengacara sebuah rancangan popular di Astro Ria. Artis ni bolehlah aku katakan menjadi pujaan ramai gadis-gadis diluar sana sebab kulit putih muka Pan Asia. Sapa yang tak kenal dengan Jimmy Shanley yang kawin dengan anak orang kaya tuh.

Okey aku bukan nak introduce siapa Jimmy ni tapi aku nak share dekat korang berkenaan rumah tangga Jimmy ni.Apa yang aku nak share ni adalah hasil bacaan aku daripada beberapa sumber dan juga apa yang aku tengok dekat Melodi tengahari tadi. Seperti yang korang semua dah tau, Jimmy menfailkan nusyuz terhadap isteri dia. Bagi siapa yang tak tahu, nusyuz tu adalah meminta seorang isteri untuk kembali taat kepada suami.

Pasal isteri dia ni, aku dengar banyak bawak masalah. Katanya dari berjudi, minum arak sampai la banyak lagi benda-benda setan dia dah buat. Si Jimmy ni katanya pula bersetuju untuk berkahwin sebab isteri dia janji untuk insaf malah sampai nak buat taubat nasuha la. Tapi janji tinggal janji ja. Menurut Jimmy dalam Melodi, malam pertama lagi isteri dia dah buat hal, lari balik rumah teman sehidup semati katanya. Dan tak dapat nak confirm teman sehidup semati tu lelaki atau wanita. Ditanya pulak wartawan Melodi tu Jimmy ada sentuh isteri dia tak, Jimmy tergagap-gagap nak jawab masa part tu dan akhirnya mengakui dia ada sentuh. Sentuh macam mana tu tak dapat diketahui.


Banyak lagi yang dipersoalkan oleh wartawan kepada Jimmy. Tapi aku sangat tertarik dan terkejut dengan soalan wartawan tu. Adakah anak dalam kandungan isteri dia adalah anak dia. Jimmy dengan selamba menjawab lebih kurang la," Jangan dipertikaikan kalau anak yang lahir nanti kulit gelap sikit sebab tu tetap anak saya."Wow, statement tu buat aku rasa kesian gila dekat Jimmy ni. Dah macam pak turut pun ada aku tengok Jimmy ni apa la nasib dia.

Last sekali, part kemuncak masa Jimmy menangis. Dia menangis sambil keluarkan beberapa statement macam "ikut la cakap mak", "jangan la lawan cakap mak"." Jimmy, mak pun dah tak ada". "Jangan menyesal satu hari nanti". Aku pun turut sama begenang-genang air mata bila tengok Jimmy menangis.Aku respek satu ja dekat Jimmy ni, dia tak mengiakan langsung apa-apa yang wartawan cakap yang menghina isteri dia. Tabik sekali.

Pelik semacam Jimmy ni berjanggut. Nampak serabai giler.

Apa yang aku dapat lihat, pendapat peribadi aku la, perkara ni takkan jadi kalau si Jimmy memutuskan untuk tidak berkahwin dengan isteri dia. Tapi isteri dia pun kena la jadi bertanggungjawab, sebab dah jadi isteri tapi tak ikut cakap suami siap lari dengan teman sehidup semati lagi tu. Bab lain aku tak tau nak komen tapi apa yang aku boleh cakap last sekali, lelaki baik untuk perempuan baik dan lelaki jahat untuk perempuan jahat. Kalau tak ikut petua ni, memang melarat la hidup berumah tangga. Rugi je kawin dengan segala macam kereta lamborgini dan ferrari last-last bergelora macam ni. Nasihat untuk Jimmy bersabar je la, biar mahkamah syariah tentukan segalanya. Sekian, salam, cheers.

5 comments:

aRaN said...

eeeee hahahaha

missbby said...

tak dapat nengok melodi semalam tapi member2 semua kata sedih nengok jimmy..hai, tak taulah apa masalah sebenar, dah dapat laki baik, isteri pulak buat hal..

Fadzmie Mohamad said...

Aku memang respek kat Jimmy ni. Walaupun bergelar artis, dia masih mengambil berat hal-hal keagamaan dalam rumah tangga. Kira dia ni tak macam artis-artis lain kat luar sana tu, yang duk sebok minum arak, main perempuan. Hmmm, semoga Allah bersamanya.

Fadzmie's Latest Entry : RUPANYA BERAS TIRUAN PUN ADA

bLaCk | maWaR said...

alamak ai..kesiannya...janganla pertikaikan la pulak...mana la orang tak pelik, ko puteh, bini ko pon puteh..kuaq anak manis sikit (~.~")

meh la abg jimmy kita tawen hu7...

dulu dlm melodi jugak, dya penah cakap dya usaha nk selamatkan umahtangga dya sebab dya kesiankn ank tu nnty xda bapak.sebab dya penah merasa semua tu,so, dya xnk apa yg dya rasa turun kat anak tu...hmm...


mang respect la dya..sayang, manusia baik cenggini pon orang boley main2kan lagi jiwa raga dya..

semoga allah melindungi dya...amin.

pengembara jalanan said...

kcian ak tgk si jimmy 2... ak dh la mmg minat dia.. x pe... Allah sengaja jumpa kite dgn org yang salah untuk kita lebh kenal manusia... kekdg diaorg 2 b'lakon je... bertuah suhaila 2 dpt jimmy tp syg x tahu hargai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...