Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, October 23, 2010

TRIP TO BROGA HILL!!!

Salam reader dan pembaca sekalian.

Post kali ni aku nak share sikit hasil photography aku yang tak seberapa di Broga Hill.

Tujuan aku pergi sana untuk riki atau cari lokasi menarik untuk shoot pre-wedding nanti.

Aku pergi bersama Iznul pukul 6.45pagi dan sampai di kaki bukit Broga pada jam 7.00pagi.

Perjalanan mendaki mengambil masa 30minit. Ramai gila orang kat atas tu.

Kalau nak buat pre-wedding kena datang hari bekerja dan bukan weekends.

So korang tengok-tengok la gambar yang aku post ni. Ikut korang la nak komen ke kutuk ke.

Yang penting bagi aku, buang yang keruh ambil yang jernih. hehehehe. Cheers.

Aku tak suka tone kaler ni.

Yang ni bagi aku ok juga.

Yang ni terbaik sebab ada aku dalam gambar ni.

p/s: model bidan terjun semua. Warna gambar ni aku bereksperimentasi sahaja. Lawa tak lawa tu terpulang kepada setiap individu.hehe.. Cheers.



MANTERA- ROBOCOP KE IRONMAN NI???



Pengarah : Mohammad Aliyar
Syarikat Penerbit : Flare Studios Sdn.Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Sains, Aksi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2011
Durasi : 100 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
MANTERA merupakan filem terbaru yang dihasilkan atas kerjasama antara Flare Studios dan Malaysia Space Toon yang menelan kos RM18.5 juta (atas pelaburan tempatan dan asing).Agak tinggi kos pembikinan filem ni bagi filem produk tempatan.

Filem yang bergenrekan sci-fi ini dibintangi oleh Tomok Indrawan Shah selaku pelakon utama.Serius mantap!!! Tomok pelakon utama tu~ selain Tomok pelakon wanita utama filem ini dipegang oleh Kamaliya, iaitu penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008.


Pelakon-pelakon tempatan dan asing lain seperti Shiqin Kamal,Kamaliya,Wael Al Masri,Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin turut membintangi filem ini. Agak mencuit hati aku bila tengok muka Tomok yang agak nerd dalam treler filem ni hahahaha lol :)

Bagi aku, Mantera merupakan satu lagi produk yang boleh menaikkan nama Malaysia selain Hikayat Merong Mahawangsa. Beberapa pihak di Amerika Utara dan Jepun sudah menunjukkan minat untuk membeli filem itu bagi tayangan televisyen di negara terbabit. Lagi Famous la Tomok and the gang nanti ekk. Tahniah diucapkan.

Filem Mantera yang menggunakan teknik CGI ini bakal ditayangkan pada tahun 2011.

Komen Aku:Kalau korang nak tahu selanjutnya, korang boleh pergi ke belog AkuSerabut. Aku rasa filem ni boleh pergi jauh, tapi jangan nanti cerita macam cicakman sudah. Tiru sebijik-sebijik spiderman tak jadi. heheheh. Cheers

Sumber- akuserabut




KL 48HOUR FILM PROJECT

Ihsan dari Utusan Malaysia

Salam semua pembaca sekalian.

Tak lama lagi akan berlangsung satu acara yang paling menarik dalam industri perfileman negara iaitu KL 48hour Film Project.

KL 48Hour Film Project adalah satu acara untuk pembikin filem tempatan menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menghasilkan filem pendek (4 minit) dalam masa 48jam atau 2 hari.

Pemenang bagi acara ini akan dibawa ke Filmapalooza, Miami, Amerika Syarikat dan akan bertanding dengan filem-filem pendek antarabangsa yang lain.

Bukan itu sahaja filem pendek pemenang akan turut ditayangkan di sudut filem pendek Festival Filem Antarabangsa di Cannes, Perancis tahun depan.

Apa yang aku nak bagitau, acara ini akan berlangsung pada 29-31 Oktober ni. So korang jangan terperanjat pula tengok banyak sangat shooting filem dekat KL.

So tunggu hasil-hasil karya terbaik daripada 30 buah pasukan yang bertanding.

Sekian, Cheers.



KEMPEN BAIK PUNYA!!!!

Salam reader semua.

Aku nak share kat korang satu kempen yang aku tau daripada belog Ben Ashaari.

Kempen ni bukan kempen berhenti merokok ataupun kempen beli barangan buatan Malaysia.

Kempen ini adalah kempen untuk pengemar-pengemar Facebook untuk tidak menulis sebarang perkara negatif satu hari dalam setiap bulan.

Nama untuk kempen ni ialah:

"Zero Negativity Day - The 15th"

Kempen ini mengajak semua rakan-rakan facebook pada 15hb setiap bulan untuk tidak menulis sebarang perkara negatif seperti, i hate u, my life sucks, go away from me dan sebagainya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ni, korang boleh klik disini

Benda ni bagus untuk mengelakkan kita dari sentiasa berfikiran negatif. Jadi tolong sebarkan kepada rakan-rakan blogger korang yang lain. Sekian, Cheers. 


 

JUST GOT BACK FROM BROGA!!!!

Salam and hello readers.

I just got back from Broga Hill.

Tempat tu menarik juga untuk buat photoshoot but not on weekends.Ramai sangat orang kot.

Tadi jumpa juga la port buaian geng-geng Kukubesi buat photoshoot pre-wedding Sheikh Muzaffar.

Penat juga la mendaki 1.7km dalam 30minit dah sampai.

Tak sangka aku jumpa sorang akak ni dia kenal aku daripada Facebook company aku Matahati Picture. Terharu gak la aku. hehehehe.

So lepas ni mungkin pergi lagi untuk buat photoshoot the real one.

Gambar Broga Hill akan aku upload petang-petang sikit.

Sekarang masa untuk rest secukupnya. Cheers.


TYPICAL MALAYSIAN (MENARA WARISAN MERDEKA)

Salam dan selamat pagi pembaca-pembaca yang dihormati sekalian.

Berbicara tentang Menara Warisan Merdeka. Mesti ramai yang membenci dan membantah pembinaannya.

Sebab apa korang semua tak suka??

1. Sebab bonus kerajaan tak bagi.
2. Sebab yuran Universiti kena bayar.
3. Sebab minyak naik.
4. Sebab gaji aku tak naik.
5. Sebab semua orang tak suka, aku pun join tak suka.

Kita selalu pikir tentang diri sendiri dan jangka masa pendek, cuba korang pikir masa depan pula.

Kalau dulu:

1. Gaji kerja kerajaan untuk pangkat rendah baru RM700 sekarang RM1000 tu baru basic.
2. Gaji untuk pegawai dulu RM1500 sekarang start kerja dah cecah RM2000 atau lebih.
3. Dulu beli rumah sewakan baru RM200 sekarang beli rumah sewakan minima RM500.
4. Dulu nak buat bisnes susah, sekarang dalam belog je dah banyak orang buat bisnes banyak juga orang beli.

Signifikannya, kalau kita nak lebih maju (maju bermaksud $$$$$ bertambah) negara mesti maju. So kalau nak maju, benda-benda macam ni yang perlu kita buat. Sampai bila kita nak makan subsidi??

Tun Mahathir dulu kena kutuk, kena herdik kena maki sebab buat KLCC, Putrajaya, KLIA. Sekarang semua orang berterima kasih dengan dia.

Cakap banyak pun tak guna, korang pikir la sendiri ya. Aku bukan nak berpolitikus, aku nak sebuah kehidupan yang lebih bagus untuk masa depan anak-anak aku nanti. Cheers.

Lokasi cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka
Info:
-Menara 100 tingkat.
-Dibangunkan dikawasan seluas 9 hektar.
-Dijangka siap pada 2015.
-5 bilion duit PNB. (bukan kerajaan bukan pelabur)

Dekat Mekah, diorang buat hotel plus menara, tak da sapa nak marah. Sebab diorang nak kemajuan ($$$$)





PERUBAHAN BELOG HAKIMY!!!!

Salam readers,

Aku lepas ni tak nak tulis panjang-panjang. Setakat fakta sahaja.

Bukan apa Pumpang-pumpang lebih pun susahkan korang nak baca. betul tak??

So lepas ni belog aku lebih padat dan ringkas sesuai dengan citarasa semasa.

Kalau korang nak tahu, ni la cara terbaik untuk menarik pembaca kat belog korang. Tips lagi ni. Hahaha.

Okey la, pagi nanti lepas subuh aku nak pegi Broga Hill. Insyallah kalau aku bangun.

Akhir kata, selamat pagi and Cheers.

Friday, October 22, 2010

KHAS UNTUK BLOGGER BARU MACAM AKU!!!!

Salam dan hello kepada semua pembaca. Untuk post kali ni aku nak bgtau korang camna nak jadi sebuah belog yang mudah dibaca dan popular.

Langkah-langkah adalah seperti berikut:

1. Belog anda mestilah simple, menarik dan berinfomasi. Apa yang perlu simple adalah layout belog anda mestilah simple. Tak perlu meletakkan sebarang widget yang pelik-pelik dan akan menyebabkan pembaca dan blogger lain menunggu hampir sejam nak masuk belog anda.Maklumat-maklumat juga perlulah ilmiah. Kalau nak tulis pasal peribadi anda boleh tapi cuba selitkan gambar-gambar, tips, berita terkini, dan sensasi, quote/ayat yang menarik atau sketches. Barulah anda mempunyai peminat yang ramai nanti.

2. Gunakan post option. Post option boleh didapati semasa korang nak tulis post baru. Kegunaannya adalah untuk korang set kan bila post yang korang tulis tu akan keluar. Masa-masa yang sesuai untuk sesebuah belog dibaca adalah semasa rehat tengahari (12tghari-2petang), waktu tamat kerja (4petang-5petang) dan juga waktu perdana (8malam hingga 10malam).Satu lagi kalau korang banyak sangat idea sampai boleh tulis 2-3 post, korang boleh gunakan post option ni untuk jadualkan semua post anda.

3. Banyakkan belog walking sambil meninggalkan tapak dan kesan. Apabila anda melawat belog orang lain, pastikan anda meninggalkan kesan samaada di chat box, comments ataupun menjadi follower. Ini sedikit sebanyak akan membantu anda memperkenalkan belog anda kepada semua.

4. Letakan ruangan follower ditempat yang mudah untuk dilihat. Korang letak ruangan follower tu kat tempat yang senang blogger lain lihat sebab senang untuk diorang follow korang. Jangan menggatai letak kat bawah sekali menyusahkkan blogger lain untuk cari.

5. Tidak perlu membebankan belog anda dengan lagu-lagu ataupun slideshow gambar. Kalau nak letak boleh tak salah, tapi kalau korang letak lagu, ia sedikit sebanyak akan memberatkan belog dan juga mengganggu blogger lain yang ingin membaca belog anda.

6. Join kelab-kelab belog di facebook untuk mempromosi belog anda. Setiap kali anda mempunyai post baru, korang boleh attach link dekat Facebook kelab belog tersebut. Ni aku bagi korang link untuk kelab belog di Facebook. Kelab Blogger Ben Ashaari , Kelab Blogger Tegar Malaya, UKM Blogger(khas untuk UKM'ers).

Aku rasa ni sahaja tips yang aku boleh bagi untuk blogger-blogger baru macam aku yang nak menjadi popular dalam dunia belog ni. Yang mana korang suka korang boleh gunapakai, yang mana korang tak suka korang boleh ignore dan buat-buat tak nampak. Selamat mencuba. Cheers.




LAGI GAMBAR KAHWIN AKU!!!!

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca. Sejurus selepas aku menyiapkan segala assignment aku dan juga segala macam kerja aku, aku pun main bukak-bukak folder dalm komputer aku. Tetiba aku terjumpa koleksi gambar-gambar kahwin yang pernah aku tangkap masa zaman muda-muda dulu. Kadang-kadang tergelak juga aku tengok gambar aku dulu-dulu. memang skema habis la. Baru aku perasan yang sebenarnya dah lama juga aku buat kerja ambil-ambil gambar ni. Rasa macam baru semalam ja. So aku nak share kat korang la gambar kawin yang aku ambil dulu. Pengantin dalam gambar ni dari Klang, Selangor. Tahun gambar ni diambil adalah pada tahun 2009. Kalau tak silap aku la. Gambar antara terawal hasil karya dari aku. So saksikan lah.







Kalau suka dengan gambar aku ni, sila-sila la komen. Kalau tak suka nak kritik pun takpa. Tapi jangan over sebab aku dah bagitaukan gambar ni gambar dulu masa aku first berkecimpung dalam bidang ni. hehehehe. Cheers.


KUCING KE HARIMAU???

Nama Penuh: Tiger Nama Manja: Gerger
Salam semua reader belog Hakimy. Okey ni seekor lagi kucing aku yang aku bela kat rumah. Nama dia Tiger tapi nama yang aku dan family aku panggil gerger. Kucing ni antara kucing yang hiperaktif dan yang paking sengal. Kalau korang nak tau, Tiger ni gemar dengan acara freefall. Boleh katakan 2 3 kali jugak la tiger ni sudah terjun dari tingkat 3 rumah aku tu. Tapi yang peliknya, Tiger tidak pernah mengalami kecederaan serius. Paling serius pun dia mengalami konkusi dan pening-pening lalat sikit. hehehe. Untuk makluman korang, kucing aku yang ni adalah kucing aku yang paling berat. Setelah pergi ke klinik veterinar di Cheras minggu lalu, berat kucing aku ni dah menjangkaui 8kg dan doktor telah mengesahkan yang tiger ni menghidapi obesiti. hahahaha. Masa aku dengar tegelak gak aku, aku ingat manusia ja kena obesiti tapi kucing pun boleh kena. Lupa nak bagitau umur dia 4 tahun dah. Agak tua la kucing ni. Moga dia sentiasa sihat. heheheh. Sampai disini sahaja post aku kali ni. Cheers.



BENDA APA NI!!!!!

Salam semua pembaca-pembaca. Harap korang semua sihat hendaknya. Okey cuba korang teka gambar apakah diatas tu. Mesti korang pelik kan dan aku tau mesti ada yang jawab gambar pen, note pad, pembaris dan sebagainya. Anda semua salah, ini adalah sebuah laptop. Laptop ini diberi nama MacBook Air 2011. Ini adalah laptop terbaru keluaran Mac/Apple. Memang cun la laptop ni.Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit.Boleh tahan juga la harga MacBook Air ni. Ketua Pegawai eksekutif Apple berkata bahawa idea Macbook Air terbaru ni adalah hasil gabungan Ipad dengan Macbook. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laptop ni, boleh klik disini.



 So bagi korang yang mencari laptop dan berminat dengan laptop koleksi daripada Apple, korang boleh la start mencari laptop ni dekat Apple Store yang berhampiran. So cheers.


CERITA LUCAH AKAN DATANG DI MALAYSIA!!!!!


PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.

Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.
Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?
Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.
Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.
“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya.
Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.
“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama. “Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.
Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.“Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini,” katanya.

Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam menjadi filem murahanDalam masa yang sama gandingan pelakon baru Royadi Madada dan Suhaillah Salam gagal memperlihatkan filem tersebut berkualiti.Lebih ketara katanya, adegan seks murahan telah menyimpang dari konsep filem yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi lebih insaf.“Filem ini seolah-olah mengaburi mata masyarakat dengan menampilkan adegan dan teknik “flash back” mengenai seks yang keterlaluan,” katanya.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.
mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.

2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.“Wanita” berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

sumber-MStar

Komen Aku:Adoyai, ni satu hal lagi, pumpang-pumpang filem sendiri macam buat filem Harry Potter dan Transformer, tengok-tengok buat filem banyak adegan ranjang dan lucah. Dr Rozmey ni dari segi promotion memang bagus tapi buat filem merepak. Filem macam ni aku tau ada moral value tapi kalau remaja zaman sekarang yang tengok, diorang bukan pandang moral value, tapi diorang pandang bab tuttttt tu yang lebih. Tak boleh ke buat cerita tak ada benda-benda camtu?? Jangan la nak disamakan Malaysia dengan negara barat. Bagi aku, i will not go to the cinema to watch this movie. Better for me to wait for the next hari Raya to watch this film. Sad to hear about this pumpang-pumpang 2 Alam movie.Aku pun mengikut kata wartawan bahawa cerita ini tidak sesuai untuk ditonton diwayang kerana hanya bertaraf drama. So, jom ramai-ramai kita tak payah pergi tengok wayang. hehehehe. Cheers.




HAPPY BIRTHDAY PENANG FREE SCHOOL!!!!




Salam kepada semua pembaca-pembaca yang setia dengan Belog Hakimy. Post kali ni saya dedicate kepada Penang Free School(PFS). Hari ini adalah hari ulang tahun Penang Free School yang ke 194 tahun. Dah sangat tua dah PFS ni. Kalau korang nak tau la, PFS adalah sekolah menengah aku yang pertama dan yang amat aku kagumi. PFS mula ditubuhkan pada Oktober 21, 1816 dan mempunyai motto yang sangat unik iaitu Fortis, Atque, Fidelis. Maksud motto dalam bahasa latin ini adalah Strong & Faithful. Aku bersekolah disana pada tahun 2002 sehingga 2004. PFS adalah sebuah sekolah yang sangat mengekalkan adat tak kira dari segi apa pun. Adat yang aku maksudkan adalah adat sekolah. Kalau korang nak tau, lencana sekolah ni bukan jenis lekat guna iron kat baju, tapi jenis ada pin. Lencana pula ada berbagai jenis antaranya untuk pelajar biasa, pengawas, atlet dan sebagainya. Disiplin di sekolah ni memang tip top. Sebab tu sapa-sapa yang keluar dari sekolah ni pasti akan berjaya dalam apa bidang sekali pun.

Aku memang sangat rindu kat sekolah ni walaupun aku hanya sempat bersama sekolah ni selama 2 tahun. Best of luck PFS. Hope PFS can be the most excellent school. Last but not least, Happy 194 Birthday to Penang Free School.

"Once a Frees, Always a Frees, Not an X-Frees but an Old Frees"



Thursday, October 21, 2010

KFC KAT INDIA!!!!

MUMBAI (India) 21 Okt. – KFC Holdings (Malaysia) Bhd menjangka membuka 17 restoran makanan segera KFC di India pada akhir tahun 2011, bermula dengan restoran di Mumbai dan Pune.
"Bandar raya utama Mumbai dan Pune adalah tempat pelancaran perniagaan yang menarik kerana ia menawarkan asas pelanggan yang besar, dengan kumpulan pendapatan sederhana yang semakin meningkat,” kata Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim di pelancaran restoran ketiga syarikat itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada akhir tahun, syarikat itu akan mempunyai sembilan restoran yang beroperasi dengan empat lagi restoran baharu dan dua restoran sedia ada di Pune dibeli daripada Kernel Foods Pvt Ltd, francais sedia ada KFC di India.

"Pelaburan berjumlah lebih daripada AS$9 juta (RM36 juta) telah dibuat bagi sembilan restoran itu pada akhir tahun,” katanya.

Pengembangan ke India menandakan perniagaan pertama syarikat itu di luar rantau Asia Tenggara.
Sumber– Bernama

Komen aku: Alhamdulilah, kiranya lepas ni pekerja-pekerja Malaysia di India seperti abang aku dapat makan makanan yang bermutu dan lebih berkhasiat la di India. Great work KFC Holding. Aku tengok sekarang banyak syarikat Malaysia dalam bidang permakanan telah tumbuh bagai cendawan di negara luar. Terbaru, bertempat di University Loborough United Kindom, restoran Malaysia iaitu Restoran Jom Makan telah membuka cawangannya. So sekarang makin senang untuk kita mendapatkan makanan halal dan bercitarasa Malaysia di luar negara. Satu perkembangan yang membanggakan. Cheers. 






AKU SUKA GAMBAR NI!!!!!

ChooChoo namanya
Salam sekalian readers semua, okey ni adalah gambar yang paling aku sayang. Ini adalah gambar kucing aku bernama ChooChoo. Gambar ni aku ambil masa kucing aku tengah bermain dalam bakul. Comel kot. Gambar ni adalah gambar first aku dapat pujian daripada pakcik kedai gambar. Dia cakap gambar kau lawa.hehehehehe. Suke Suke Suke. Ok la, sebelum aku syok sendiri, baik aku tamat kan post aku ni. Cheers.

JOM MASUK UNIVERSITI FREE!!!!

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan kerajaan memansuhkan yuran pengajian di kesemua 22 universiti awam di negara ini bagi mengelakkan pelajar dibebani hutang sejurus menamatkan pengajian .

Ketua nya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pemansuhan itu bagi mengelakkan mereka mengambil pelbagai pinjaman sehingga menanggung hutang bernilai ribuan ringgit apabila bekerja kelak .

Beliau berkata, yuran pengajian yang diperoleh universiti awam di seluruh negara sebenar nya terlalu kecil berbanding peruntukan yang diberi kerajaan setiap tahun .

"Puteri mencadangkan yuran pengajian para pelajar universiti ditampung oleh kerajaan melalui penambahan peruntukan kepada universiti .

"Dalam erti kata lain, pelajar tidak perlu membayar yuran dan universiti tidak kehilangan pendapatan hasil daripada pungutan yuran," kata nya semasa menyampaikan ucapan dasar pada persidangan pergerakan itu di sini semalam .

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan memberitahu, jika cadangan itu dilaksanakan, pendidikan di Malaysia akan menjadi percuma sepenuhnya dari tadika sehingga ke menara gading .

Pada masa yang sama, Puteri UMNO turut menyarankan bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 dikecualikan daripada cukai pendapatan memandangkan taraf hidup semasa yang semakin tinggi .

"Kerajaan perlu mengkaji semula perlepasan cukai untuk rakyat yang berpendapatan di bawah RM4,000 termasuk perlepasan kos sara diri, kos perubatan, kos insurans dan lain-lain yang dapat mengimbangi kos sara hidup kini dikaji semula mengikut keperluan semasa," ujar nya.

sumber-kosmo

Komen dari aku: Aku rasa yuran tidak perlu dimansuhkan, sebaliknya diselaraskan seperti mana UiTM. Diorang hanya perlu membayar sejumlah RM500++ sahaja untuk yuran pengajian mereka. Jikalau yuran ni dimansuhkan, banyak side effectnya. Cuba korang bayangkan kalau korang belajar secara percuma, korang kalau kene buang dari Universiti pun korang tak kisah. Bukan kena bayar pape pun. Rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling kurang menghargai sesuatu sehingga lah mereka perlu membayar untuk mendapatkan nya. Aku pun camtu juga kadang-kadang. Jadi renung-renungkan lah. Cheers.





SIAPA KATA AKU TAK TAHU AMBIL GAMBAR!!!!

Salam pembaca-pembaca sekalian, post kali ni aku nak bagitau pasal terdapat suara-suara sumbang yang mengutuk aku tidak tahu mengambil gambar. Aku bukanlah tak tahu ambil gambar, tapi gambar aku ni tak la sehebat mana. Kalau setakat nak ada moments tu memang la ada.Pengalaman tu ada juga la. Aku lebih kepada wedding photography. Nanti aku akan muatkan lagi gambar-gambar kahwin dalam belog aku ni. Aku tau aku perlu kena praktis nak dapatkan moment secara kreatif. Ok ni aku sertakan beberapa gambar perkahwinan yang aku first buat dulu sorang-sorang. Gambar Navy kawin. Jom saksikan dan komen sikit-sikit. hehehehe.






Untuk makluman, gambar ini diambil awal tahun 2009 kalau tak silap dalam bulan 3. Kiranya aku dah berkecimpung dalam bidang fotografi perkahwinan ni adalah dalam 1 tahun 7 bulan secara rasmi la. Secara tak rasmi lebih 2 tahun.Sekian sahaja. Cheers.



SANTO DE ANGELO

Aku, Abangku Aydel, & Santo

Santo buat muka idiot

Santo terpegun melihat handphone aku
Salam pembaca-pembaca yang aku hormati sekalian. Maybe korang pernah baca tentang Santo ni dalam post aku sebelum ni. Kalau nak tau klik sini. Okey seperti yang aku janjikan, ini adalah gambar aku bersama-sama Santo dan abang aku Aydel. Masa ni abang aku nak hantar si Santo ni pergi Penang. So kitorang sinngah kejap makan-makan kat Old Town White Coffee.

Santo ni kuat bercerita orangnya. Cerita yang paling aku minat adalah cerita bagaimana dia dapat first sportbike dia, Yamaha African Twin. Dia ni masa tu kerja sebagai pegawai keselamatan aka body guard seorang orang kaya dekat German ni. Satu hari orang kaya tu jemput dia untuk melihat stor orang kaya tu. Mula-mula dia ingat dia kene kemas stor tu tapi lain pula jadinya. Si Santo ni tergamam apabila melihat lebih 50 buah motor berkuasa tinggi dalam stor tu. Dia masuk dan tertarik dengan motor Yamaha African Twin tu. Kemudian bos die cakap,

"Santo ambil la motor tu, saya hadiahkan kat kamu"(dalam bahasa german)

Apa yang Santo reply adalah,

"Tak, saya tak boleh ambil, saya bekerja dengan tuan dan saya tidak boleh menerima hadiah daripada tuan saya".

Gila la, orang nak bagi free boleh pulak dia tak nak. Tapi akhirnya, bos dia bertanya berapa duit yang ada dalam beg duit dia. Duit yang dia ada dalam sekitar 1000 euro. So dia bagi kat bos dia dan bos dia pun bagi motor tu. Kalau korang nak tau harga motor tu lebih kurang 10000 euro tau. hahaha.

Moral of the story, kita jangan mudah menerima hadiah daripada orang lain. Sekurang-kurangnya bayar sikit pun tak pa. Sebab kalau kita tengok rahsuah yang berlaku kat Malaysia ni, semua berpunca daripada tangan-tangan yang mudah menerima hadiah daripada orang. Last-last terima hadiah juga iaitu gari di tangan. Renung-renungkan lah. Sekian wasalam. Cheers.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...