Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, September 30, 2010

MAFIA SICILY ITALY!! DALAM KERETA AKU!!

Hye reader Belog Hakimy. Hari ni aku ada story yang cukup best untuk diceritakan. First abang aku dah balik daripada India dengan berat berkurangan sebanyak 4kg dek keadaan di India yang teramat memuakkan. Apa yang best lagi, abang aku kali ni balik bawak mat salleh. Bukan calon bini tetapi kawan yang dia jumpa dekat Airport Mumbai, India.


Member abang aku tu berasal daripada Maluku Island, Sicily, Italy. Nama penuh dia Santo De Angelo yang membawa maksud holy angel(malaikat suci). Berumur 53tahun tetapi kalau betul-betul umur dia baru 49tahun mengikut surat beranak Italy dia.Tinggi lebih kurang aku juga dan yang paling penting memiliki superbike 1100cc macam aku minat.

Kalau korang tak tau dekat mana Sicily, Italy. Ni aku bagi korang map. Senang untuk buat rujukan.



Tujuan datang ke Malaysia sebab dia nak berahat di tempat yang bersih(tak macam kat India dimana tahi anjing, dan orang dimerata-rata tempat). Aku pun drive la X-Trail bapak aku dari KLIA dengan membawa makhluk mafia italy ni bersama abang dan mak aku. Sepanjang perjalanan, mamat Santo ni tak berhenti-henti bercerita mengenai pengalaman dia yang telah menjelajah ke German, Perancis, Indonesia, India, Malaysia, Norway, Australia dan banyak lagi aku tak ingat. Pengalaman mamat Santo ni memang luas la bak kata perpatah Melayu, Jauh Perjalanan Luas Pengalaman.


Aku amat tertarik dengan kisah yang dia cerita mengenai excident yang berlaku di negara-negara maju dibandingkan dengan negara-negara lain. Kalau di India/Pakistan, kalau korang terlanggar kereta orang, benda pertama yang akan berlaku adalah, korang akan dimarahi dan disulami dengan kata-kata kesat. Kemudian tangan akan naik ke muka korang diikuti kaki dan seterusnya. Hanya kerana berlanggar walaupun sedikit.


Lain pula yang berlaku di negara-negara maju seperti di German/Norway, benda pertama yang berlaku selepas korang excident adalah "Dude are you okey". Kemudian diorang akan tanya, "do you want to call the police or settle by insurance". Kalau dua-dua sepakat untuk claim insurans, diorang akan pergi macam tu jek. Tu la bezanya pemikiran kelas pertama. Yang lawaknya, dia cakap (aku translate dalam bahasa melayu) besi dengan besi berlanggar pun nak kecoh-kecoh. Relex je mamat ni.




Akhir kata dari aku, kalau korang excident tu, kalau tak teruk sangat bawak-bawak la bersabar ye. Settle la kat satu tempat yang tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas. Aku cukup bengang tadi apabila berlaku excident sikit ja dekat sungai besi tapi jam dia, masyallah tuhan sahaja yang tahu. Hampir 1 jam setengah aku teperangkap dek kerana excident bodoh. Drive Safely. Hargai Nyawa Anda. Tak perlu hargai kereta anda kerana ianya adalah sekeping besi yang dicantum-cantumkan.



2 comments:

ariph™ said...

mamat tu x cakap melayu mcm ni kan "Pengalaman mamat Santo ni memang luas la bak kata perpatah Melayu, Jauh Perjalanan Luas Pengalaman" lu saja ja tipu

iznulmuazim said...

menda lu mengarut..gua rasa lu ting tong la brader..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...