Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, September 29, 2010

TERJAH!! SIRI 1

Seperti yang aku janjikan kepada korang semua, aku akan mengadakan segmen Terjah untuk mengetahui barang-barang @ produk kecantikan yang digunakan. Siri satu adalah siri ulung segmen Terjah ni. So tadi aku baru lepas terjah locker/almari seorang kawan lelaki aku dan mengambil beberapa gambar produk kecantikan yang digunakan oleh beliau. Jom tengok dekat bawah ni:


Gatsby clay, loreal men expert, colgate plax, teeth floss, dettol hand sanitizer, nivea deo, nivea sunblock


Gatsby clay, loreal men expert, colgate plax, teeth floss, dettol hand sanitizer, nivea deo, nivea sunblock
Tu dia, banyak jugak barang member aku ni. Antara barangan yang digunakan adalah Gatsby Clay (untuk rambut/gel rambut), Loreal Men Expert face wash, Colgate Plax, nivea sunblock & deodorant dan last sekali dental floss. Ni baru budak lelaki aku terjah belum lagi budak perempuan. hehehehe.


Meh aku cerita sikit tentang penggunaan antara barangan diatas. Untuk korang yang tak tau, Colgate Plax digunakan sebagai bahan kumur atau digunakan selepas korang gosok gigi bagi menghilangkan bakteria serta bau mulut.Kalau tak silap aku, member aku ni pakai Colgate Plax jenis Mint.


Next adalah Loreal Men Expert Pure&Matte. Ni adalah face wash atau pencuci muka. Harga dia boleh tahan la sebab face wash yang khas untuk lelaki direka khas untuk wajah @ muka yang lasak macam lelaki. Aku tengok muka member aku ni boleh tahan la hensem dan semakin putih bila pakai produk ni.Siapa-siapa yang minat boleh la pergi Guardian @ Watson untuk check this thing out.


Mesti korang kurang tau pasal kegunaan satu benda ni. Dental floss. Dental floss boleh disamakan macam tooth pick with floss. kegunaannya adalah untuk membersihkan bahagian-bahagian sukar pada gigi. Dental floss ni juga dapat mengeluarkan sisa makanan yang terselit dicelah-celah gigi. Nak cari mana benda ni?? Korang boleh la ke Guardian @ Watson @ yang seangkatan dengannya.


Barang-barang lain aku rasa korang tau kegunaannya seperti Gatsby Clay, Deo, Sunblock & Hand Sanitizer so tak perlulah aku bagitau korang. Apa yang aku dapat rumuskan dalam terjah siri 1 ni, lelaki juga menjaga kebersihan diri dan juga penampilan diri. So korang tunggu la Siri Terjah yang lain aku akan buat. Clean As You Go. Cheers...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...