Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, September 30, 2010

MAFIA SICILY ITALY!! DALAM KERETA AKU!!

Hye reader Belog Hakimy. Hari ni aku ada story yang cukup best untuk diceritakan. First abang aku dah balik daripada India dengan berat berkurangan sebanyak 4kg dek keadaan di India yang teramat memuakkan. Apa yang best lagi, abang aku kali ni balik bawak mat salleh. Bukan calon bini tetapi kawan yang dia jumpa dekat Airport Mumbai, India.


Member abang aku tu berasal daripada Maluku Island, Sicily, Italy. Nama penuh dia Santo De Angelo yang membawa maksud holy angel(malaikat suci). Berumur 53tahun tetapi kalau betul-betul umur dia baru 49tahun mengikut surat beranak Italy dia.Tinggi lebih kurang aku juga dan yang paling penting memiliki superbike 1100cc macam aku minat.

Kalau korang tak tau dekat mana Sicily, Italy. Ni aku bagi korang map. Senang untuk buat rujukan.



Tujuan datang ke Malaysia sebab dia nak berahat di tempat yang bersih(tak macam kat India dimana tahi anjing, dan orang dimerata-rata tempat). Aku pun drive la X-Trail bapak aku dari KLIA dengan membawa makhluk mafia italy ni bersama abang dan mak aku. Sepanjang perjalanan, mamat Santo ni tak berhenti-henti bercerita mengenai pengalaman dia yang telah menjelajah ke German, Perancis, Indonesia, India, Malaysia, Norway, Australia dan banyak lagi aku tak ingat. Pengalaman mamat Santo ni memang luas la bak kata perpatah Melayu, Jauh Perjalanan Luas Pengalaman.


Aku amat tertarik dengan kisah yang dia cerita mengenai excident yang berlaku di negara-negara maju dibandingkan dengan negara-negara lain. Kalau di India/Pakistan, kalau korang terlanggar kereta orang, benda pertama yang akan berlaku adalah, korang akan dimarahi dan disulami dengan kata-kata kesat. Kemudian tangan akan naik ke muka korang diikuti kaki dan seterusnya. Hanya kerana berlanggar walaupun sedikit.


Lain pula yang berlaku di negara-negara maju seperti di German/Norway, benda pertama yang berlaku selepas korang excident adalah "Dude are you okey". Kemudian diorang akan tanya, "do you want to call the police or settle by insurance". Kalau dua-dua sepakat untuk claim insurans, diorang akan pergi macam tu jek. Tu la bezanya pemikiran kelas pertama. Yang lawaknya, dia cakap (aku translate dalam bahasa melayu) besi dengan besi berlanggar pun nak kecoh-kecoh. Relex je mamat ni.




Akhir kata dari aku, kalau korang excident tu, kalau tak teruk sangat bawak-bawak la bersabar ye. Settle la kat satu tempat yang tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas. Aku cukup bengang tadi apabila berlaku excident sikit ja dekat sungai besi tapi jam dia, masyallah tuhan sahaja yang tahu. Hampir 1 jam setengah aku teperangkap dek kerana excident bodoh. Drive Safely. Hargai Nyawa Anda. Tak perlu hargai kereta anda kerana ianya adalah sekeping besi yang dicantum-cantumkan.



Wednesday, September 29, 2010

TERJAH!! SIRI 1

Seperti yang aku janjikan kepada korang semua, aku akan mengadakan segmen Terjah untuk mengetahui barang-barang @ produk kecantikan yang digunakan. Siri satu adalah siri ulung segmen Terjah ni. So tadi aku baru lepas terjah locker/almari seorang kawan lelaki aku dan mengambil beberapa gambar produk kecantikan yang digunakan oleh beliau. Jom tengok dekat bawah ni:


Gatsby clay, loreal men expert, colgate plax, teeth floss, dettol hand sanitizer, nivea deo, nivea sunblock


Gatsby clay, loreal men expert, colgate plax, teeth floss, dettol hand sanitizer, nivea deo, nivea sunblock
Tu dia, banyak jugak barang member aku ni. Antara barangan yang digunakan adalah Gatsby Clay (untuk rambut/gel rambut), Loreal Men Expert face wash, Colgate Plax, nivea sunblock & deodorant dan last sekali dental floss. Ni baru budak lelaki aku terjah belum lagi budak perempuan. hehehehe.


Meh aku cerita sikit tentang penggunaan antara barangan diatas. Untuk korang yang tak tau, Colgate Plax digunakan sebagai bahan kumur atau digunakan selepas korang gosok gigi bagi menghilangkan bakteria serta bau mulut.Kalau tak silap aku, member aku ni pakai Colgate Plax jenis Mint.


Next adalah Loreal Men Expert Pure&Matte. Ni adalah face wash atau pencuci muka. Harga dia boleh tahan la sebab face wash yang khas untuk lelaki direka khas untuk wajah @ muka yang lasak macam lelaki. Aku tengok muka member aku ni boleh tahan la hensem dan semakin putih bila pakai produk ni.Siapa-siapa yang minat boleh la pergi Guardian @ Watson untuk check this thing out.


Mesti korang kurang tau pasal kegunaan satu benda ni. Dental floss. Dental floss boleh disamakan macam tooth pick with floss. kegunaannya adalah untuk membersihkan bahagian-bahagian sukar pada gigi. Dental floss ni juga dapat mengeluarkan sisa makanan yang terselit dicelah-celah gigi. Nak cari mana benda ni?? Korang boleh la ke Guardian @ Watson @ yang seangkatan dengannya.


Barang-barang lain aku rasa korang tau kegunaannya seperti Gatsby Clay, Deo, Sunblock & Hand Sanitizer so tak perlulah aku bagitau korang. Apa yang aku dapat rumuskan dalam terjah siri 1 ni, lelaki juga menjaga kebersihan diri dan juga penampilan diri. So korang tunggu la Siri Terjah yang lain aku akan buat. Clean As You Go. Cheers...


AWAK BUSUK!!!

Post kali ni dah macam ayat yang Noh Hujan bagi dekat sorang perempuan kolej swasta ni. Memang aku nak cerita sedikit pasal perempuan yang tidak disukai lelaki. Ciri-ciri nya adalah busuk, selekeh tak tau jaga kebersihan diri. Bukan nak kata lelaki ni wangy, cuma bagi kaum perempuan diluar sana jaga la kebersihan diri tu. Jangan la sampai keluar jalan-jalan, bau badan tu menikam kalbu dan sanubari lelaki. Kalau bau perfume CK,Gucci, Bvlgari ke tak pe la, ni bau badan dengan bau tong sampah sama naik jek.


Pakai la deodorant, perfume atau lotion. Kalau deodorant tu beli la yang mahal sikit macam Rexona jangan pakai yang 3 ringgit dapat 5. Bukan apa, perempuan sebenarnya lagi rajin daripada lelaki, so tunjukkan kerajinan anda itu dengan penampilan yang menawan. Baru saham BSKL korang tu naik mendadak.Biar tak ada bau(neutral) daripada bau tengik.


Kalau pakai baju tu, gosok la sikit, jangan la sampai berkedut-kedut teruk sangat. Lain la kalau baju tu memang spesies kedut tak boleh gosok. Kalau malas sangat nak gosok korang sidai ja baju tu dengan hanger selesai masalah. memang kurang dan tak kedut la baju tu.Lepas tu kalau baju tu dah kotor, tak usah la korang nak pakai lagi. Campak je dalam mesin basuh atau baldi.






Lastly, kalau korang digelar wanita, anda perlu sentiasa kemas dan wangy sedangkan aku pun boleh pakai segala macam produk kecantikan tak kan perempuan tak boleh buat macam tu.Bukan semua perempuan busuk tapi ada juga sesetengah dan aku pun ada pengalaman berhadapan perempuan yang macam ni.Bagi perempuan-perempuan diluar sana yang dah wangi lagi menawan hati dan sanubari tu, teruskan la kerja anda. Lepas ni aku try buat segmen terjah loker@almari@beg dan aku tunjuk dekat korang apa yang ada dalam simpanan  lelaki/perempuan.So have a nice smell. Cheers.



DSLR MELETUP!!!!

Okey semua blogger terutama yang minat dan still mencari DSLR. Aku akan review DSLR terbaru daripada Canon iaitu Canon 60D. Kamera ini dilengkapi pelbagai fungsi yang canggih yang menepati citarasa dan keperluan pengguna DSLR zaman sekarang.

Canon 60D




Canon 60D
Okey ini adalah kamera terbaru keluaran Canon dan dijangkakan ada dipasaran pada awal atau pertengahan Oktober. Kamera ini dikatakan versi upgrade daripada 550D dan 50D. Bagi yang pernah mengetahui mengenai Canon 50D, body kamera diperbuat daripada magnesium alloy manakala kamera Canon 60D diperbuat daripada polycarbonate resin with glass fibre on aluminum chassis.Senang cerita body kamera ini diperbuat daripada plastik. Detail mengenai kamera ini adalah seperti dibawah:
  • 18MP APS-C CMOS sensor
  • ISO 100-3200 (expandable to 12,800)
  • 5.3 fps continuous shooting
  • 1080p HD video recording with manual controls
  • SD / SDHC / SDXC storage
  • In-camera raw development
  • Subject modes with 'Ambience Selection' (Standard, Vivid, Soft, Warm, Intense, Cool, Brighter, Darker and Monochrome)
  • In-camera Creative Filters (special effects)
  • Fully articulated 3.0" screen (3:2)
Harga yang dijangkakan bagi kamera Canon 60D ini adalah sekitar RM3300-3800.Harga yang diberikan Canon Malaysia baru-baru ni adalah RM3338. Untuk yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia DSLR, aku rasa kamera ini dah cukup lengkap untuk korang pakai dan tidak perlu upgrade lagi sebab pixel tinggi 18MP, frame per second (fps) boley tahan 5.3fps,mempunyai video berkualiti HD 1080p, button untuk menukar function yang mudah dan friendly user, dan macam-macam fungsi menarik lagi la. Apa yang lebih menarik lagi ialah kamera ini dilengkapi dengan skrin boleh putar bersaiz 3.0" lebih kurang kamera Nikon D5000.Bagi aku yang pernah memiliki kamera Canon 1000D dan 40D, aku rasa kamera ini adalah diperingkat high-end entry level(lebih kurang D90).Kamera ni bagi aku sesuai untuk semua keadaan daripada terang sehingga ke keadaan yang gelap sebab ISO dia boleh ditukar daripada 100-3200 (extandable to 12,800). Memang mantap la kamera ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut review tentang kamera ni, korang boleh la pergi ke dpreview atau ke website canon sendiri. Bagi aku peminat kamera, walaupun agak menghampakan bagi aku, tapi bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak atau yang nak upgrade dari entry level DSLR(1000D-550D) tu memang sangat sesuai.  So apa lagi cukup je bulan sepuluh korang check out dekat kedai pasal kamera ni.

Pandangan Keseluruhan

Pandangan Belakang

Pandangan Atas




TERIMA KASIH!! CALON SUAMI!!

Salam.. Aku nak ucap terima kasih dekat satu blogger ni. Blogger yang dikenali sebagai Calon Suami untuk blogger-blogger wanita yang masih solo molo.heheheh. Baru-baru ni dia telah terjah belog aku dan review sikit pasal belog aku. Thank You Very Much Iznul Muazim. Sebabkan dia review aku alhamdullilah rating aku meningkat hari demi hari.hehehe. So kepada korang yang terjah or singgah belog aku sudi-sudi la follow aku k.dan jangun lupa untuk singgah ke blog Esensi Implisit & Eksplisit sebab dia selalu update belog tanpa mengira masa dan ketika.

Ni aku selitkan sekali gambar dan Facebook blogger ni. Kejap lagi aku buat entry post review untuk tatapan korang pula k. Cheers.



DETK BERSAMA HANDYCAM, ASTRO RIA!! FOBIA CINTA!!

 


Hi semua, hari ni aku nak story sikit kat korang semua pasal satu program reality yang tak berapa realiti sangat akan muncul di kaca TV. Program itu adalah program Detik Bersama Handycam yang akan disiarkan di Astro Ria tak lama lagi. Program ini berkonsepkan realiti TV mencari bakat muda bagi bidang pengarahan.


Enam peserta telah dipilih dan akan membuat pengambaran disekitar Malaysia. Kalau korang nak tau, setiap peserta tadi diberi tugasan iaitu membuat short story selama 2 minit di keempat-empat lokasi pengambaraan dalam masa 8 jam sahaja. Mencabar tu!!. 


Apa yang menarik tentang program ni, ianya dihoskan oleh pengacara yang agak terkenal iaitu Awal Ashaari. Lokasi yang akan disinggahi oleh Awal dan peserta-peserta adalah, Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Melaka, & Seremban. Untuk pusingan akhir pula, hanya 2 peserta akan terpilih dan mengikuti Awal untuk ke Turki. Huyooo best tu. Peserta-peserta akan membuat video di Turki. Lupa aku nak bagitau, peserta akan membuat short story menggunakan Sony Handycam dan juga Sony Vaio dengan menggunakan perisian Sony Vegas Pro.

Peserta-peserta dan kawan-kawan aku juga ni.



Untuk pengakhiran, korang kena tengok rancangan ni sebab banyak bakat-bakat muda yang sangat talented dalam dunia perfileman. Aku pun masuk rancangan ni tapi setakat Top 25 je, lepas tu tersingkir sebab tak cukup hensem. Walaupun aku agak kecewa tapi apa boleh buat ada lagi yang hebat daripada aku untuk buat short story. Disini aku sertakan video yang aku buat untuk pertandingan ni satu masa dahulu.AHAHAHHA. Support la industri filem tempatan. Cheers...

 Tajuk: Fobia Cinta  (must watch video)








PEREMPUAN SHAWL, KERETA PERDANA!!! BAWAK MACAM????

Hi all bloggers, malam ni aku nak story sikit pengalaman aku membawa kereta dan di ajak berlumba oleh seorang perempuan pakai shawl ni. Untuk makluman korang aku menaiki sebuah Gen-2 1.6 skirting tak cat yang standart. Setibanya aku dekat traffic light, aku pun membuka tingkap. Dalam 5 saat kemudian seorang perempuan memakai shawl RM28 didalam kereta perdana silver yang sarat muatan berat memekik kearah aku dan ajak aku berlumba. Ada ke patut nak ajak Gen-2 berlumba dengan Perdana. bla bla bla bla bla. lepas beberapa minit aku berjaya memotong kereta perdana silver tu. Aku pun blah begitu sahaja dengan mengangkat sebelah kening aku kearah perempuan shawl itu. hahahahahaha.


Aku ingat dah habis cerita, entah macam mana bila aku masuk satu simpang ni aku jumpa perempuan shawl kereta perdana silver tu balik. Simpang tu sempit jadi aku jalan belakang dia. kali ni perempuan shawl tadi bawak macam *&^&^(%$!@#. Bukan main romantika de amour lagi. Sikit-sikit terbrek-brek. Aku tengok dah macam siput sedut dah minah tu bawak. Tetiba dengan tidak semena-mena, boleh perempuan shawl tu brek mengejut. Memang terkejut la aku nasib baik tak comolot dengan bumper kereta dia. Aku memotong kereta perdana silver tu yang aku hanginnya boleh di gelakkan aku secara berjemaah dengan kawan-kawan dia.


Haih. Apa nak jadi la dengan perempuan shawl kereta perdana silver zaman sekarang. Untuk penghabisannya, aku nasihatkan jangan berlumba di jalanraya dan bawak kereta tu berhati-hati. Berhati-hati bukan bermakna perlahan kerana ini boleh mengundang kecelakaan dan bisa menambah jumlah kemalangan dalam Ops Sikap 2010. Salam.


Tuesday, September 28, 2010

KISAH BUDAK PENDEK!!! MAHER ZAIN???

Selamat petang semua. Hari ni agak mencabar dan menduga aku apabila dua budak pendek(sorang pendek bulu sorang pendek gemuk) sudah attack aku sebab satu isu ni. Korang nak tau isu apa?? Isu dia adalah isu Maher Zain. Siap tulis kat belog diorang lagi tu. Harem sungguh.AAK(Ada Aku kisah) Obses betol budak pendek sorang ni dengan Maher Zain, siap mengeluh sebab tak dapat tiket nak tengok Maher Zain. Geli gila aku tengok.To be frank memang aku tak kenal manusia yang bernama Maher Zain. Bukan sebab aku tak cakna pasal kedatangan Maher Zain ke Malaysia, tapi aku tak pernah nak ambil tahu pasal artis luar negara ni. Banyak lagi artis Malaysia yang boleh aku support daripada support artis luar.Kalau nak cakap pasal nasyid, budak-budak pendek dua orang ni bukan nya kenal artis nasyid Malaysia. Dengar lagu nasyid pun susah. Kalau buka lagu yang aku dengar "Senyum","Dan Bila Esok". Alahai jiwang juga budak pendek 2 orang ni. AAK. heheheheh.

Ooo... ni la Maher Zain.. Produk apa di guna nak buat muka licin macam tu. heheheh...


So, konklusinya adalah berilah sokongan terhadap artis tempatan dan segala produk tempatan. Sebab kita kena merdekakan diri kita daripada jajahan artis luar atau segala anasir luar. hehehe. Apa apa pun korang jangan la gelak pasal aku tak kenal Maher Zain, sebab lebih baik aku kenal Rabbani, Raihan, dan Anuar Zain, diorang artis tempatan yang dikenali nusantara.. hehehe.






YUSRI DAH NAK KAWIN???

Salam semua, entry kali ni aku nak cerita pasal Yusri yang dah nak kawin.Korang jangan tertipu plak, bukan yusri KRU tu tapi yusri kawan abang aku aka client aku photoshoot untuk pre-wedding dia haritu dekat purtajaya. Insyallah dia bakal kawin pada 2/10/2010 di johor. So hasrat aku sebenarnya disini sebab nak tunjuk hasil karya aku masa shoot pre-wedding bro yusri dan tunang dia myeda.



Untuk makluman korang, photoshoot ini dibuat bulan puasa lepas ditengah-tengah matahati terik. Photoshoot ni dibuat oleh Matahati Picture yang disertai oleh krew-krew Matahati Picture iaitu aku sendiri, Ariff Iskandar dan Iznul Muazim. Photoshoot ini dijalankan sekitar Masjid Tuanku Mizan dan Taman Botani Putrajaya.



Finally, korang bolehlah komen ke kritik gambar aku ni. Tapi pastikan komen dan kritik tu membina. hehehe. Nanti aku upload lagi gambar-gambar koleksi aku.Dikesempatan ni juga aku nak ucapkan kepada Yusri & Myeda Selamat Pengantin Baru. Hope korang suka la dengan gambar-gambar aku ni. Cheers...

KO INGAT JADI LELAKI SENANG!!

Hellow semua, tajuk hangat aku untuk hari ni "KO INGAT JADI LELAKI SENANG". Kenapa aku buat tajuk ni?? mesti korang nak tau kan. Disebalik kegagahan, kemachoan dan kehemseman seorang lelaki korang tau tak apa yang diorang pakai untuk jadi macam tu. Post ni aku khas tujukan kepada perempuan-perempuan yang anggap lelaki ni selekeh.


Lelaki macam aku ni walaupun kadang-kadang selekeh tapi aku tetap mengekalkan pemakaianproduk-produk kecantikan seperti face wash, lotion, day & night cream, toner scrub dan mask. Kalau korang tak percaya cuba tengok kat bawah ni.






Ni adalah beberapa produk kecantikan yang aku pakai. Aku bukan pondan atau mak nyah tapi ini adalah realiti lelaki zaman sekarang. Kami sebagai lelaki ingin menyaingi perempuan dalam kecantikan. Kalau korang tengok ada 2 produk utama iaitu loreal & garnier. Aku suka pakai face wash loreal sebab effect kat muka aku lepas pakai akan terus menjadi. Blackhead makin kurang, kulit akan rasa segar dan tidak berminyak-minyak. Korang mesti pelik kenapa aku pakai yang perempuan punya tak pakai yang lelaki punya produk. Sebab aku rasa effect kalau pakai yang lelaki punya produk, effect dia tidak terlalu ketara dan harga pulak mahal gila. Baik beli yang perempuan punya, murah dan hasil dia boleh menawan.


Okey ni aku ada tips untuk lelaki yang nak pakai produk-produk ni untuk kelihatan lebih hensem dari aku. Korang boleh start dengan beli face wash dan pakai setiap kali korang mandi kalau boleh sekali pagi (untuk hilangkan kotoran mase korang tidur), sekali petang/malam(masa korang mandi malam untuk menghilangkan segala kotoran yang hinggap dimuka korang sepanjang hari, dan sebelum korang tidur bagi memastikan muka korang sentiasa dalam keadaan bersih. Selain tu kalau korang nak advance sikit, korang boleh menggunakan toner untuk menghilangkan kotoran yang masih terdapat kat muka korang lepas korang basuh muka. Day & night cream pula adalah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka korang dan juga memastikan kulit korang licin selicin kalbu. hahaha...


Penghujungnya, aku rasa cukup sampai disini review dan tips untuk pemakaian produk kecantikan untuk lelaki. Perempuan yang masih belum menggunakan apa-apa produk tu, boleh la ikut tips aku yang x seberapa indah ni. Jom jadi lagi hensem. hahahahha...




Katak Oh Katak

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.




Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.



Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran.


p/s: aku bukan main tergelak-gelak baca pasal katak dan saintis ni.. macam harem ja.. adoyai... ape la nasib ko katak.. 

MAGIKA SERABUT???LAWAK???PARODI???

Genre:
Musical
Status:
In Cinemas 23rd Sept 2010
Director:
Edry Abdul Halim
Language:
Bahasa Malaysia

Cast:

Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle,
Fimie Don, M. Nasir, Mawi,
Maya Karin, Nabil, Ning Baizura,
Sharifah Aleya, Sharifah Amani,
Vanidah Imran, Ziana Zain

Salam semua, post aku kali ni adalah berkenaan MAGIKA sebuah filem terbaru keluaran KRU studio. Persoalan yang timbul bagi penonton yang tengok cerita ni kat wayang adalah serabut,lawak,parodi.. Meh aku terangkan satu per satu tentang cerita ni.  Jalan cerita yang segar telah ditonjolkan oleh Edry KRU. Tapi aku ada beberapa kritikan yang boleh aku kritik untuk filem ni.

Aku explain kat korang dulu pasal jalan cerita MAGIKA. MAGIKA adalah cerita mengenai seorang kakak (diana danielle) mencari adik dia yang sesat di alam MAGIKA. Dalam proses pencarian, Diana Danielle bertemu dengan beberapa watak lagenda cerita Melayu seperti:
1) Puteri Bunian
2) Pak Pandir
3) Mahsuri
4) Awang (dari cerita lembing awang pulang ke dayang)
5) Hang Tuah and the geng.
6) Badang
7) Orang Minyak
8) Nenek Kebayan
9) Penunggu Tasik Chini.

Kebanyakan bahagian dalam filem ini mempunyai selingan muzikal atau nyanyian (sesuatu yang segar dalam filem Melayu).Apabila Diana danielle bertemu dengan Badang (Mawi) dan Badang menolong Diana mencari adiknya. Adiknya ditemui di rumah nenek kebayan kerana nenek kebayan telah menculik adiknya untuk mengambil air mata kanak-kanak untuk dibuat ramuan untuk jamu awet muda. Selepas adiknya diselamatkan, Badan menolong Diana Danielle dan adik dia untuk keluar dari alam MAGIKA melalui batu belah batu bertangkup.

Okey mengenai keserabutan cerita ini pula, elemen-elemen CGI yang terlalu banyak telah menyebabkan penonton berasa serabut sebab elemen CGI yang tidak diperlukan juga dimasukkan bersama-sama. Apa yang lebih serabut adalah, kehadiran watak yang terlalu banyak didalam cerita ini yang kadang-kala hanya keluar dalam beberapa saat tetapi mempunyai cerita tersendiri. Ini membuatkan penonton lagi-lagi aku tak puas sebab aku ank tengok lagi kehadiran watak tu dalam cerita ni. Watak yang dimaksudkan adalah watak orang minyak(Nabil), Belalang (Haziq Tom Tom Bak), dan Pak Belalang (Zaibo). Mungkin pendekatan Edry untuk memasukkan semua unsur-unsur lagenda Melayu yang terkenal didalam filem ini telah membuatkan ianya kelihatan serabut.

Hang Tuah mengatakan Awang(Norman Hakim) berkhalwat dengan Diana Danielle(Ayu)

Hang Tuah and The Gang bertutur dalam dialek utara.

Parodi?? mesti korang nak tau apa itu Parodi. Parodi adalah sebuah filem yang dibuat untuk mengenakan sesuatu cerita lain. Parodi yang dilakukan didalam filem ini cukup menjadi apabila pendekatan Edry yang menjadikan cerita legenda Melayu sebagai parodi berhasil. Ni terjadi sebab kebanyakan penonton di Malaysia rata-rata tahu mengenai cerita lagenda Melayu. Antara bahagian-bahagian lawak parodi adalah:

1)Pertemuan dengan Pak Pandir(Aznil) yang gatal dan suka kepada perempuan muda.
2)Pertemuan Diana danielle dengan Mahsuri yang langsung tidak reti berbahasa Melayu.(Mahsuri cakap bahasa Siam)
3)Hang Tuah and the geng bertutur mengunakan dialek Utara walaupun dari Melaka.
4)Rumah Badang busuk sebab Badang minum muntah.
5)Puteri Gunung Ledang menjadi tua dan gemuk.
Effect CGI yang telah mengabungkan lebih daripada 6 Puteri Bunian(Maya Karin) didalam satu frame.

Banyak lagi sebenarnya unsur-unsur lawak parodi didalam cerita ini yang begitu menghiburkan. Bagi aku yang memang gemar menonton wayang, cerita MAGIKA ni aku bagi rating 3/5 bintang. 3/5 ini dah cukup bagus untuk filem bergenrekan komedi muzikal. Bagi aku cerita ini adalah salah satu cerita Melayu yang korang boleh tengok diwayang. Sebab effect CGI yang digunakan aku rasa hanya sesuai untuk ditonton diwayang. So apa lagi, start enjin kereta & pergi lah ke wayang berdekatan anda. 

Penghabisannya,Aku bagi satu tabik spring dekat KRU kerana mempunyai effort untuk membangunkan dunia perfileman negara. Sekian review tentang MAGIKA dari aku.




PROJECT H, RELEVANKAH???

Salam, kali ni aku akan memuatkan beberapa gambar untuk project photography aku. Aku sedang menjalankan satu projek iaitu Project H. Projek ni adalah projek dimana aku akan lekatkan semua gambar-gambar aku di dinding bilik aku sehingga penuh. Aku just nak pendapat korang adakah gambar-gambar ni adalah karya yang terbaik atau setakat tangkap muat untuk projek aku ni. Aku ni pun bukan reti sangat ambil gambar. Setakat sedap mata aku memandang dan adalah satu dua komen tu. Aku tak sehebat chot touch, kukubesi, kabir malek atau mukriz latif. Tapi bagi aku cantek itu subjektif dan gambar aku semua aku perasan cantek-cantek belaka. So korang tolong la komen gambar-gambar aku ni. 


 Kosong

 The Guitar 

 Fantasy Swan

 Tua

Yatim

Ni adalah top 5 gambar-gambar aku yang aku rasa berkualiti dan sedap mata memandang. So aku mintak pandangan ikhlas korang untuk memberi komen yang sewajarnya tentang gambar-gambar ni.

Pengakhiran, aku pun baru belajar pegang kamera, setakat tekan butang preview gambar aku tau la. Yang lain tu coming soon. hehehehe... Satu lagi nak tambah, kalau korang nampak tanda nama Matahati tu, Matahati tu adalah company aku dan nama penuh dia Matahati Picture. Nak tengok hasil gambar-gambar aku yang lain, just click here.





KIMY N' THE GANG, TEKA-TEKI, POMPUAN PERASAN

Huyooo... tajuk macam budak sastera, padahal aku nie budak pokok-pokok hijau.... hehehehe... okey malam nie aku sangat kosong tapi kekosongan aku nie telah terisi 1ml dengan gelak tawa daripada teka-teki bodoh member2(kimy n' the gang) aku buat. Lepas meeting aku lepak jap ngan diorang mengeteh a.k.a lepak mamak minum. Kitorang sembang-sembang la pasal mcm2... tup-tup si hanis manis buat OKU plak. Si Iznul muazim cakap die nak beli domain untuk belog die, si hanis manis nie pulak dengar iznul nak beli indo mee... haih... tergelak beso aku ngan arip... Lepas tu yang aku sangat tak tahan pabila si hanis nie keluarkan fakta enfagrow die. "Korang tau tak, gajah boleh bernafas melalui bontot die." Harem ape, kitorang punya la tergelak beso lagi sekali... Mane die tau fakta tu pun aku x tau... Macam-macam lagi la kitorang cite dari perempuan perasan sampai la ke teka-teki mengarut. Nie beberapa teka-teki yang aku nak bagi kat korang:


1- Kangkang kiri, kangkang kanan, masuk lega. Jawapan:spek mata -sumber iznul
2- Masuk tegang, keluar lembik. Jawapan: stokin - aku punya teka-teki


Teka-teki ni maybe agak 18sx tapi jawapan die amat logik dek akal yang masih waras... Aku memang suka lepak ngan member-member aku nie, arip,hanis n iznul... Bukan apa kitorang kalau lepak sangat enjoy dan x byk pkir pasal benda-benda yang serabut... And kitorang ketepikan segala masalah, awek @ boifren.. Memang sangat best... Lagipun aku dah dekat sebulan x lepak dgn diorang nie... Sampai otak pun dah jadi biul...


Masuk pulak bab gosip - adalah seorang budak pompuan kat kolej aku nie, die sangat bajet perasan... Aku mula-mula knal die aku ingat aku yang perasan tup tup die lagi perasan dari aku... Kalau ada budak laki2 tgk mesti die cakap budak tu tgk die... HAWT sangat la tuh!!! Budak tu x dinafikan la muka sesuci lebaran, tapi disebalik muka yang suci tu perasan jugak rupanya... Yang aku dan iznul x puas hati adalah bila kitorg dapat tau die layan sorang mamat pervert nie. Masalahnye, budak pompuan tu tau mamat nie pervert gilos... Kacau pompuan la, mulut puaka cam neraka dan lain-lain lagi... Haih nie la pompuan akhir zaman, x dapat kenal mana intan mana kaca... &*(@*#&*&*#!@%!.... Biarkan cite tu berlalu.....


Ending... Aku release tension aku malam nie dengan beberapa lawak jenaka dari kawan-kawan aku yang otak die masuk air sikit... dan aku still rase idup aku nie kosong... bak kate iznul," x cukup ibadat la tu"... harem punya iznul depan muka die bagi aku... hahahaha... Sekian, selamat malam.
-sumber Hakimy :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...