Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Showing posts with label mulut puaka. Show all posts
Showing posts with label mulut puaka. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

CARA-CARA MENGENALI BBNU !!!

BBNU?? Kepada yang tak tahu apa itu BBNU boleh klik ke link BBNU . Okey BBNU adalah singkatan kepada Budak Baru Nak Up. Apa tu budak baru nak up?? ha meh sini aku nak explain dekat korang apa itu BBNU. BBNU secara ringkasnya adalah budak-budak yang sedang meningkat usia remaja. Biasanya kita boleh tengok spesies BBNU ni dalam lingkungan usia 15-19 tahun. Purata mereka yang akan berkecimpung dalam dunia BBNU ni adalah pada usia 15 tahun bersamaan dengan tingkatan 3. Sebab apa aku cakap macam tu. Sebabnya Tingkatan 3 ni boleh dikira senior disekolah bagi menengah bawah. So time ni la start mempelajari ilmu menjadi seorang BBNU yang berjaya. Ada juga BBNU terlajak, tapi selalunya tak lebih umur 25 tahun.

Cara mengenali BBNU:

1. Cara pergaulan. BBNU biasanya akan datang dalam satu kumpulan kecil. Senang sangat nak cam sebab diorang ni kalau keluar gi memana akan pakai pakaian yang seragam. Maksudnya, dalam kumpulan 3-5 orang, fashion yang diorang pakai semua sama. Yang lain cumalah saiz dan warna. Kalau sorang pakai baju topshop fit besbol tu semua akan ikut.


2. Cara percakapan. Kalau dah nama pun BBNU, kalau diorang cakap pun mesti mau nak UP juga. Kalau pegi kedai nak beli apa-apa. Diorang tak cakap "Bang boleh bagi saiz XXS". Diorang akan cakap macam ni "Bro bagi aku saiz XXS". Cakap mesti mau up. Kerek tu penting yela bawak member ramaikan.

3. Cara pemakaian. BBNU ni suka trend fashion semasa. Tak kisah la trend K-Pop, J-Pop, Skinhead, Punk dan seangkatan dengannya akan diorang tiru. Yang paling tak boleh blah, kalau setakat tiru pakai ala kadar tak apa, ni nak tunjukkan yang diorang ni Punk atau K-Pop hardcore, sanggup diorang pakai baju kot hitam dengan sarung tangan bagai jalan dekat Bukit Bintang pukul 12 tengahari. Dah macam mamat Bangladesh melancong kat Malaysia. Satu lagi, tak kira BBNU lelaki atau perempuan, pakaian diorang mestilah pakaian yang paling kecil yang ada dipasaran. Kalau badan saiz XXL, diorang tetap akan cari baju saiz M habis besar pun.


4. Penggunaan gadjet. Gadjet yang wajib ada bagi BBNU adalah DSLR. Yang ni lawak. DSLR adalah gadjet serba guna bagi BBNU. Kegunaan pertama adalah sebagai perhiasan di leher. Benda alah berat sekilo camtu selamber je gantung kat leher satu hari suntuk. Dah macam tangkal azimat pun ada. Kegunaan kedua adalah sebagai cermin ajaib. Kalau korang perasan, BBNU (selalunya perempuan) akan amik gambar sendiri lepas tu tengok cantik ke tak, baju okey ke tak, rambut warna merah cun ke tak. Kegunaan ketiga adalah sebagai menandakan tahap keotaian. Kalau dalam satu kumpulan BBNU tu, paling ramai pun 2 orang je ada DSLR. So sapa yang ada DSLR ni boleh kira macam abang kawasan la.


5. Tempat BBNU melepak. BBNU ni lepak tempat yang UP je. Tak ada plak aku tengok BBNU lepak dekat Sogo atau Jalan TAR. Tempat utama BBNU adalah Bukit Bintang dan Times Square. Kat sini kalau korang nak tengok BBNU memang banyak. Satu lagi tempat BBNU mengadakan reunion adalah di Gig-gig. Kat sini tugas BBNU adalah sebagai tukang jerit. Memang suka sangat jerit sambil lompat-lompat. Sebab apa diorang ni melekat dekat gig sebab tak cukup umur nak masuk disco atau kelab malam.


6. Perkara BBNU suka buat. Oleh kerana BBNU ni kebanyakan tak cukup umur, diorang ni suka sangat tengok wayang yang 18 PL/SG/SX. Muka budak-budak ada hati nak tengok cerita dewasa. Pernah sekali masa nak masuk tengok Fast Five. Abang TGV menjerit "Siapa yang bawah umur tolong tukar tiket tengok cerita kartoon". Tergelak aku tengok sebilangan besar BBNU terpaksa hampa dan kebanyakannya refund duit tiket. Yang terakhir, BBNU ni akan ikut peredaran dunia semasa. Aku cerita pasal dunia tarian semasa. Kalau dulu breakdance semua BBNU wajib break sana break sini. Lepas abis breakdance pergi pulak ke shuffle. Sanggup pinjam video kamera ayah nak rakam shuffle.


Setelah berhujah panjang mengalahkan student LAW di UKM yang "ranchak" itu. Aku menamatkan penulisan aku ni dengan Sekian, Salam, Cheers. 

p/s: Banyak lagi nak tulis. Sebab BBNU ni ada lagi sub spesies die. Nanti aku sediakan satu post pasal Sub-Spesies BBNU.Insyallah.


BBNU tahun 90an






Tuesday, June 14, 2011

AZRI AF9 PIJAK PIANO FCUK!!!


Aku amat piss off kelmarin lepas tengok persembahan Azri AF9 masa konsert final. Tak pernah seumur hidup aku tengok orang pijak piano. Sangat dumbass la ini mamat. Aku tak sure dia meroyan apa sampai berdiri atas piano tu. Aku bukan apa, walaupun aku tak main piano, tapi aku still respect piano a music instrument. Pentas punyalah luas piano gak dia seronok berdiri sambil hentak-hentak kaki.

Aku serius setuju dengan Datuk Hj Ramli MS. Terus tegur Azri tu. Bagi aku, sebagai penghibur, kita kena tau batas-batas untuk membuat persembahan. Pernah tak korang terfikir untuk berdiri diatas set drum, violin, gitar atau benda-benda seangkatan dengannya? For sure la tak. Bagi seorang pemuzik, mereka sangat respek alatan yang diorang mainkan. Dan malam tadi kalau aku jadi band pengiring mau aku berhenti main untuk Azri ni. Aku try cari kat Google pasal orang pijak piano. Satu pun tak keluar. Memang nampak sangat yang tak pernah orang buat pijak piano.

Artis Malaysia ni dah melampau dah. Kalau dulu Faizal Tahir buka baju kena ban. Azri ni pijak piano pun wajib di ban. Aku memang dari awal tak suka Azri ni. First playboy habis la. Sikit-sikit pompuan. Lepas tu macam over acting. Hope pihak Astro ambil tindakan kepada Azri ni. Kalau tak pun pihak berwajib ambil tindakan dekat Astro dan Azri sekali. Senang cite. Sekian.Cheers.

Tuesday, May 24, 2011

POLITIK NAJEEES SEMASA KEJADIAN TANAH RUNTUH !!!

Salam, cukup sedih mendengar berita berlakunya tanah runtuh di Rumah Anak Yatim di Hulu Langat. Sangat tragis kejadian tersebut yang meragut nyawa 16 orang yang tidak berdosa. Dalam hal ini, aku memohon semua blogger Islam yang membaca post ni untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kejadian. "Al-Fatihah".

Okey berbalik kepada tajuk entri ni. Aku dah la sedih dengar kejadian ni bertambah sebak hati aku bila dengar tentang perkara ni. Belum apa-apa lagi, pihak pentadbiran Rumah Anak Yatim telah dipersalahkan oleh kerajaan negeri Selangor keatas kejadian tanah runtuh. Katanya, rumah tersebut dibina tanpa kelulusan Majlis Pembandaran. Kenapa sekarang harus menunding jari. Sebelum kejadian berlaku tak ada pula apa-apa notis mengatakan tidak boleh buat rumah dekat kawasan tu. Ni semua politik. Politik najis aku boleh katakan. Sebab apa, selepas kejadian, ramai yang mempersoalkan pentadbiran kerajaan Selangor, untuk lepaskan diri, salahkan pentadbiran rumah anak yatim pula. Sepatutnya bersyukur ada lagi insan didunia ni yang sanggup membina sebuah rumah tempat anak yatim berteduh. Korang pun panas sebab isu ni. Kejadian dekat Bukit Antarabangsa dulu, tak pulak salahkan orang yang buat rumah kat tepi bukit tu.

Sepatutnya, kerajaan mana-mana serta majlis perbandaran hendaklah selalu memantau projek pembinaan. Kalau pemantauan berterusan tak adalah berlaku semua ni. Rakyat perlukan kerajaan, jadi kerajaan tolong memahami rakyat. Jangan bila dah berlaku sesuatu baru nak tolong. Menghindari lebih baik daripada mengubati.

Tu satu kes, ni kes nombor dua. Perlukah sesuatu parti politik yang membantu mangsa mencanang dia tolong banyak yang belah sana tak tolong langsung? Bila dah jadi macam ni, pahala menolong dah kurang sebab tak ikhlas. Kalau dah tolong sekalipun tak perlu la nak membanding-banding. Sebab apa, kalau kita buat baik rakyat/orang akan hargai pertolongan kita dan balas balik jasa kita. Itu sudah tanggungjawab sebab kalau ada orang susah kita hendaklah tolong lagi-lagi parti politik tu adalah Kerajaan Persekutuan sekarang ni. Kalau tak tolong tak tau la nak cakap apa. 

Aku sangat respek dekat NGO-NGO yang membantu mangsa kejadian tanah runtuh ini. Mereka tidak pun mencanangkan nama mereka kesana kemari sebab bantu mangsa tersebut. Tetapi mereka lebih suka lay low ataupun merendah diri. Sebab tiada kepentingan samaada menarik undi ke, mendapatkan kontrak kerajaan atau pun macam-macam lagi. Sikap begini yang kita patut pupuk dalam kalangan rakyat di Malaysia. Aku turut respek kaum-kaum lain seperti cina dan india yang turut membantu dalam operasi ini walaupun mereka bukan sebangsa dan agama. 

Aku rasa dah cukup panjang lebar aku jelaskan mengenai politik yang berlaku setiap kali bencana alam berlaku di Malaysia. Tsunami, tanah runtuh hatta banjir sekalipun, politik sebegini sering dimainkan. Kalau boleh kurangkan berpolitik tingkatkan bantuan ikhlas menolong mereka yang kurang bernasib baik. Sekian, Salam, Cheers.


p/s:sekadar pandangan aku yang hanya dapat bersimpati.

Monday, May 23, 2011

AKU ANTI RACISM!!!


Hate & Fcuk Racism. Aku memang sangat membenci racism. Maybe korang ada baca dekat blog AkuSerabut tentang sebab apa dia benci racism. Sekarang ni aku pulak nak tulis kenapa aku membenci sangat rasicm. Kalau korang perasan, kita semua sama. Semua sayang bangsa dan agama masing-masing.

Kisah 1:
Minggu lepas ondaway aku balik KL dari Bangi, ada satu kereta kancil ni sangat langsi. Mula-mula himpit aku lepas tu potong aku sambil tunjuk Fcuk kat aku. Yang paling aku marah sebab, dia dah dekat depan kereta aku boleh saja je tarik handbrake nak langgar aku. Memang wathell betul. Orang yang bawak kereta tu orang berbangsa cina. Aku masa tu bengang jugak la.

Aku ingat tadi tu dah cukup marah. Ni ada pulak mamat moto langgar side mirror kereta apek depan aku. Dah langgar boleh usha slack kat apek tu sambil angkat tangan tunjuk Fcuk pulak. Kali ni mamat moto tu orang melayu. Bila dicongak balik melayu ke cina ke india ke bila marah semua sama je. Bukan Cina je langsi, Melayu pun sama jugak. Sebab tu aku sangat benci kepada orang yang rasis ni. Bagi diorang bangsa diorang paling bagus padahal dua-dua sama ja. Kalau diorang tak pikir "Haram betul Melayu/Cina ni" takkan jadilah semua benda tadi.

Kisah 2:
Yang ni bab politik. Kenapa perlu mainkan sentimen bangsa/kaum kalau nak berpolitik. DAP , Perkasa, Umno, Hindraf sama je. Semua nak cakap bangsa diorang hebat. Dah 53 tahun merdeka duduk sekali. Takkan nak rasis lagi. Aku sangat tak paham. Padahal kalau bekerjasama lagi untung negara ni. Nak kata Malaysia orang melayu punya tak jugak. Nak kata cina atau india tak jugak. Malaysia ni adalah negara hasil semua bangsa.

Penduduk sebenar Malaysia ni kalau dicongak balik sebenarnya hanyalah orang asli.Sebab diorang memang dari zaman batu ada dekat Malaysia ni. Melayu asal dari mana?? ada asal jawa, sumatra, kalimantan, siam, minang. So kiranya orang Melayu pun adalah asal dari luar. Tak payah nak bangga sangat. Bagi cina dan india memang for sure la dari China dan India. Kita sama je. Semua menumpang atas tanah yang pada asalnya bukan milik kita. So tak perlu la nak rasis.

Pasal politik ni, tak ada siapa yang bagus. Pasal kes video, semua bangsa ada seperti skandal seks Chua Jui Meng, melayu pun ada skandal seks Anwar Ibrahim, india pulak dengan skandal video VK Lingam. So siapa bagus. Semua tak bagus la macam ni.

Aku bukan apa, aku tengok sekarang ni rasicm ni dah melarat sangat dekat negara kita. Aku dulu masa sekolah kawan je dengan semua orang. Ada kawan melayu, ada kawan cina ada kawan india malah singh pun aku kawan. Aku tak suka hidup dalam berpuak-puak. Sebab apa aku baik dengan AkuSerabut sebab dia orang siam dan berfikiran sama dengan aku. Iaitu anti racism. 

Mungkin penulisan aku ni ada yang macam tak ada kena mengena tapi disebalik semua tu aku nak tekankan yang KITA SERUPA. Yang berbeza cuma dalam diri kita. So tak perlulah bergaduh sana sini cakap bangsa aku bagus, bangsa ko tak bagus. Dan tak molek kalau kita mengutuk bangsa orang lain sebab bukan dia yang pilih bangsa dia, tapi memang lahir-lahir dah macam tu. Korang renung-renungkan lah. Siapa yang terasa buat-buat je la tak paham. Sekian, Cheers.


Sunday, January 2, 2011

BLOGGERS : KITA SERUPA

Hye semua. dah makan tengahari ke??? Mesti sekarang semua tengah dok relex depan komputer rehat-rehat. Aku nak bincang dengan korang berkenaan topik Bloggers:Kita Serupa. Eh betul ke kita ni serupa. Macam lain je. Sapa yang cakap lain, semua sama ja.


1st berkenaan nak upkan traffic belog, siapa yang ada belog & khususnya yang letak iklan Nuffnang tak nak traffic??? Bagitau sikit. Tak da la. Maybe ada yang jadi blogger just untuk personel dairi tapi kalau dah start belog walking, di tokok tambah pula dengan iklan itu dan ini, for sure nak up traffickan. Traffic atau jumlah readers adalah penting bagi menambah semangat untuk seseorang bloggers terus menulis. Bukan apa, aku cakap pasal ni sebab kebanyakan bloggers aku tengok dok kutuk sesama blogger kes nak up traffic ni. Come on man, jangan la noob sangat dalam dunia belog ni. Kalau orang yang kutuk tu sendiri tak nak up traffic belog, he or she wont be commenting on others belog. Right??? So biarlah orang tu nak guna cara apa pun untuk up traffic belog dia. Setiap benda yang Hot & Panas mesti korang tulis dekat belog untuk up traffic dan untuk orang baca. So kepada sesiapa yang anti terhadap bloggers yang nak upkan traffic, dinasihati tutup sahaja account belog korang, main je FaceBook Yahudi tu. ahhahaha. p/s:kita serupa je semua nak up traffic.

Korang nak jadi popular??? Start from becoming a bloggers. Kenapa aku cakap macam tu, sebab banyak dah blogger-blogger yang popular meletup-letup sana sini sebab tulis belog. Siapa yang tak nak popular kan??? Semua nak orang kenal. Aku paling benci blogger yang F**K blogger lain yang nak jadi popular. Biasa la tu, lumrah manusia ingin dikenali. Kalau dia tak suka kenapa tulis benda-benda kontrovesi ni. Betul tak??? Lepas tu salahkan blogger lain tumpang populariti artis. Eh lantak aku la nak tumpang artis ke, mak cik akunya populariti ke, macam la korang tak pernah langsung menumpang populariti diorang. What a stu*** big head la orang macam tu. So kita ni memang serupa. Kalau nama dah start dengan blogger, contoh: Blogger Hakimy B Jury, tetap korang tu bloggers macam yang lain. hahahaha. p/s: popular ke tak itu aku punya hal & kalau korang terasa tu korang punya hal.

Lastly, kalau dah traffic up dan popular bertambah, mula la adegan kutuk mengutuk. Bagi aku tu biasalah. Yang paling best, boleh mengaku orang kutuk dia sebab dia dah popular. Ting Tong la orang macam ni. Standard bloggers la kutuk mengutuk orang ni. Bukan apa, kadang-kadang terasa dalam hati ni panas je, so apa lagi kutuk je la. Cuma pendekatan berbeza kot. Ada blogger yang kutuk dengan berkias-kias, ada yang perli tipis-tipis, dan ada juga yang nah amik, ko ni memang macam B***, F***, ANJ*** dan bermacam-macam lagi. So kalau dah mengutuk, apa yang penting adalah untuk menerima balik kutukan. Bukan gelabah tak tentu pasal lepas tu mula melatah salahkan si A la si B la si G la. Lek sudah. Kalau kene balik pun just calmly defend your own property. Sebab kalau defend dengan cara ilmiah orang tu takkan kutuk dah. Lain la kalau defend dengan gelabah tak tentu arah, lepas tu cakap bukan-bukan, dan mula membabitkan agama bangsa dan negara tu yang lagi sedap attackers hentam balik.So kalau kena kutuk tu, ambil yang positif dan buang yang negatif dalam tangki kumbahan. p/s: walau macam mana pun, kita tetap serupa, aku pernah gak kena kutuk tapi aku kutuk je balik habis cerita.





Serupa tak gambar-gambar yang di compare tu?? So kalau kita ni bloggers, kita tetap serupa walau pusing macam mana pun. Betul tak?? Kalau tak betul ke betul ke komen je kat bawah ni. Sekian dari aku, aku nak keluar beli hadiah harijadi Mak aku, Salam & Cheers.

Saturday, January 1, 2011

RAJA GOBAL PELUK AWEK CUN !!!!

Salam dan selamat petang. Lepas satu-satu isu berkenaan skuad bola Malaysia. Dengan isu kawin lari, girlfriend yang taksub dengan balak, sekarang ni pulak isu peluk-peluk yang menimpa jurulatih kebangsaan Raja Gobal. Agak terkejut juga la aku tengok mula-mula. Gambar menunjukkan Raja Gobal sedang memeluk seorang cewek Indonesia. Hot beb cewek tu. Kalau tak percaya jom tengok kat bawah ni.

 "
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Amacam hot tak cewek ni??? Cewek ni adalah Rahma Azhari iaitu seorang artis di Indonesia kalau tak silap aku la. Apa yang lebih sensasi, kenyataan di Twitter Rahma Azhari berkenaan Raja Gobal membuatkan isu ini lebih hangat.


Isu mengenai ini sangat sensasi di internet dan sedang disebarkan secara meluas. Pada aku seorang photographer yang tahu serba sedikit mengenai gambar superimpose, aku dengan bangganya mengatakan gambar ini palsu. Nampak sangat kaedah superimpose yang digunakan. Jom tengok gambar dekat bawah ni.


Meh aku terangkan satu-satu. Bahagian muka, gambar Raja Gobal lebih sharp dari gambar cewek tu. dah kantoi dah. Kedua lighting pada kulit dimana warna kulit cewek tu hasil daripada direct flash manakala warna kulit Raja Gobal daripada cahaya flash yang dipantulkan dari atas.

Tangan Raja Gobal pulak aku tengok paling lawak. Dari gelap tetiba je muncul tangan dia yang memakai cincin berbagai. Sah-sah tipu dan tak masuk langsung dengan gambar. Kalau korang tengok latarbelakang gambar, bahagian sebelah Raja Gobal berwarna hitam manakala dibahagian cewek hot tu terdapat cahaya-cahaya orange dan putih. Kantoi lagi disitu. Untuk CHECKMATE kan gambar ni kita tengok lagi satu gambar dibawah.


Ini adalah gambar sebenar. cewek ini bersama jurulatih Filipina Simon Mcmeneny. Jadi dah sah-sahlah gambar dengan Raja Gobal tu seperimpose yang paling noob yang pernah aku tengok. Gambar superimpose ini dihasilkan oleh penyokong Sang Garuda yang baru lepas tersembam ketanah. Dah kalah tu kalah la, tak payah nak menfitnah sana-sini. Banyak lagi sebenarnya gambar sumperimpose yang dikeluarkan berkaitan Raja Gobal seperti yang ni pulak.

Muka macam monyet ada hati nak bergambar dengan Raja Gobal. hahahahaha. Orang yang buat ni langsung tak da taste.Hahahhaha.


Sampai disini sahaja laporan aku,Sekian , Salam, Cheers.

Saturday, November 6, 2010

PEREMPUAN TUDUNG VS PEREMPUAN FREE HAIR!!!!! PART 1

Salam semua pembaca-pembaca aku yang setia. Hari ni aku akan menulis mengenai kisah Perempuan Tudung Vs Perempuan Free Hair. Apa yang aku tulis adalah hasil temuramah aku dengan seorang lelaki dan aku cuba olah sikit-sikit. Untuk posting kali ni, responden menyokong perempuan free hair.

AMARAN KERAS: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BERWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.


VS



1. Apa beza perempuan tudung & perempuan free hair?
Perempuan tudung tutup kepala pakai kain perempuan free hair biar ja rambut diorang dilihat orang. 

2. Apa yang ko suka dengan perempuan tudung?
Aku suka kalau tetiba dia pakai tudung pastu bukak tudung nampak masa dia free hair. Aku nak tengok comel ke tak. Selalunya tak comel.

3. Apa yang ko suka dengan perempuan free hair?
Aku suka tengok rambut diorang yang macam-macam gaya. Lagi satu kalau perempuan tudung ni dia hipokrit tak macam perempuan free hair.

4. Kenapa ko cakap perempuan tudung hipokrit?
Ko nak tau sebab apa, ko pergi la tanya perempuan pakai tudung sebab apa diorang pakai tudung. Mesti ada yang jawab pakai tudung sebab dari kecil dah pakai,kalau tak pakai nanti mak bapak marah, tak biasa la kalau tak pakai tudung, kalau tak pakai tudung muka tak lawa, pakai tudung sebab rambut tak lawa. Macam-macam la. 

5. Kenapa ko cakap perempuan free hair tak hipokrit?
Sebab diorang tak pakai tudung. Diorang tak hipokrit untuk nampakkan diri diorang baik. Biar diorang ja yang tahu baik buruk diri sendiri. Nanti kalau diorang dah insaf mesti diorang pakai tudung dan lagi bagus daripada orang yang pakai tudung dari kecil sebab rasa terpaksa.

6. Kenapa aku tengok ko macam tak suka sangat dengan perempuan pakai tudung?
Okey, aku nak cerita kat ko kisah aku masa kapel dulu, aku pernah kapel dengan sorang perempuan tudung ni. Memang comel la tak perlu dikata, nampak sopan, baik. Tapi semua tu hanyalah kerana dia pakai tudung, aku nampak dia baik. 

Rupa-rupanya dia ni spesies yang playgirl, pantang ada lelaki tegur sikit je, mula la dia perasan dia lawa dan attractive sangat. Mula tergedik-gedik sana sini. Kadang-kadang depan aku pun dia camtu. Siap bagitau roomate lagi eh lelaki ni tengok dia, lelaki tu tengok dia. Aku tak tahu tapi roomate dia yang free hair bagitau aku perangai dia ni. Apa lagi, terus la aku belah dengan hati yang terluka sebab kena tipu dek tudung yang dia pakai atas kepala tu.

Lagi satu, perempuan tudung ni aku tengok  kalau dah ada boifren boleh pulak bukak tudung bagi boifren tengok. Sama ja tu kiranya dengan perempuan free hair. Bukan main lagi MMS gambar free hair posing camni dan camtu. 

7. Dah tu kenapa ko macam suka sangat dengan perempuan free hair? 
Aku suka diorang ni sebab diorang ni lagi baik daripada perempuan yang pakai tudung. Bagi aku, perempuan freehair ni lagi susah untuk didampingi daripada perempuan pakai tudung. Lagi satu, perempuan free hair ni kalau kita nak sembang-sembang diorang ni open minded & terus terang. Kira semuanya dia bagitau la tak main nak tapis-tapis. Kalau perempuan bertudung, kalau sembang banyak yang bajet cun, cakap pun baik-baik tapi pada hakikatnya lagi jahat daripada aku.

Aku pernah cuba ngorat perempuan pakai tudung, semua beri balasan positif padahal baru first time tegur. Kalau permpuan free hair ni, sampai aku dah habis sweet pun dia buat tak layan ja. Aku tengok member-member aku, kapel ngan perempuan pakai tudung, keluar jalan-jalan pegang tangan la pelok-pelok la. Tak malu ke dengan tudung atas kepala tu. Kalau perempuan free hair, jarang aku tengok yang sampai pelok-pelok. Habis-habis pun pakai sexy dan pegang-pegang tangan. Takpa la dah memang diorang free hair.

8. Apa nasihat ko kepada perempuan pakai tudung?
Kalau dah pakai tudung tu, buat cara pakai tudung. jangan pula nak pakai baju yang kadang-kadang lagi daring daripada perempuan freehair. Pakai tudung dengan ikhlas kerana Allah dan bukannya sebab adik beradik ke, mak bapak marah ke, tak cun kalau free hair ke. Jaga kelakuan jangan depan nampak baik belakang peluk-peluk dengan boifren, buat bukan-bukan siap kena rakam 3gp lagi.

9. Nasihat ko kepada perempuan free hair?
Aku tau aku banyak support korang, tapi tak semua sebaik yang aku cakapkan. Yang penting korang jangan hipokrit dan terlampau keterlaluan. Jangan terlalu membangga diri dan merasakan diri tu hot. Padahal ramai lagi yang hot dari korang. Dan satu lagi, kalau korang nak pakai tudung pikir masak-masak sebab jangan bila dah pakai tudung perangai serupa masa korang freehair.

Komen aku: Macam-macam orang sekarang ni. Aku tak menyokong mana-mana pihak tapi aku akan cuba bawakan penyokong perempuan tudung untuk temuramah yang akan datang. Bagi aku tak kisah macam mana pun korang, bertudung atau tak pandai-pandai la korang jaga diri. Jangan terjebak ke dunia yang lain. Korang kena pandai menilai sesuatu tu. Dan jangan ikutkan hati je sebab kalau ikutkan hati mati nanti. Sekian daripada aku. Cheers.
Yang Melaporkan,
HakimyJury
 

Tuesday, October 26, 2010

MATI KERNA TERSALAH PILIH!!!!!

Salam readers semua. Hari ni sungguh menyayat hati kerana apa yang telah berlaku di Sumatera Barat dimana bumi sumatera digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami setinggi 3 meter. Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam.

Okey ni satu lagi cerita sedih yang aku nak kongsi dengan pembaca belog aku. Mati Kerna Tersalah Pilih itu adalah tajuk entry aku kali ni. Siapa yang mati dan bagaimana dia mati akan ku beritahu sebentar sahaja lagi.

Siapa yang tak kenal sotong bernama Paul. Sotong ini didapati mati di akuarium tempat dia tinggal. Mengikut pakar forensik yang aku temubual ditempat kejadian, Paul mati akibat serangan jantung selepas melakukan satu lagi tilikan mengenai permainan bola. Serangan jantung ini adalah akibat tersilap tilik untuk perlawanan Kedah vs Kelantan baru-baru ini.(tak percaya tengok gambar kat bawah). Perlawanan itu dimenangi Kelantan.


Akibat malu Paul mula tidak keruan.Simptom awal yang ditunjukkan Paul adalah kemurungan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir hari ini akibat serangan jantung bertubi-tubi.hehehehe. Kehilangan Paul amat dirasai oleh kaki judi bola.

So kesimpulannya, bagus juga Paul ni mati tak da dah la orang nak berjudi bola sebab takut kalah. hehehe. Sekian, hakimy melaporkan untuk Belog Hakimy. Peace No War. Cheers.

Gambar ihsan daripada AkuSerabut




Monday, October 25, 2010

TOLONG JANGAN JADI MACAM NI!!!!

Salam Readers semua. Hari ni aku ada satu situasi untuk korang judge elok atau buruk. Tapi bagi aku memang buruk sangat la perangai dia.Ni aku sertakan kronologi buruk minah 2 orang ni.

1. Seorang perempuan dengan begitu slumber badak buka pintu kereta dan membuang segugusan sampah ke dalam longkang.

2. Buat muka tak tahu berlalu pergi bersama seorang lagi minah(pemandu kereta).

3. Kawan aku usha slack dekat dia.

4. Dengan rasa bangga lagi bongkak serta angkuhnya mengHON kawan aku dan aku sekali yang berada ditempat kejadian.

5. Kemudian kedua-dua minah yang harap ja muka lawa tapi perangai macam hampeh ni memecut kereta dia dihadapan kami.

Okey tu kronologi dia, so apa pendapat korang?? Bagi aku la, dah la buat salah buang sampah dalam longkang lepas tu boleh pulak buat perangai macam sampah. Aku pun tak tau nak cakap camna. Kalau nak kategorikan muka lawa diorang tu aku boleh bagi 2/5 bintang. Tapi perangai diorang tu aku bagi -10/5 bintang.

Aku harap tiadalah rakan-rakan blogger aku diluar sana mengulangi perangai buruk kedua-dua minah ni. Dengan ini, aku dengan rasa bangga ingin menghadiahkan minah sampah 2 orang ni sehelai tshirt seperti dibawah.





Sekian, Wasalam. Cheers.



Friday, October 22, 2010

CERITA LUCAH AKAN DATANG DI MALAYSIA!!!!!


PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.

Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.
Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?
Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.
Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.
“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya.
Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.
“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama. “Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.
Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.“Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini,” katanya.

Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam menjadi filem murahanDalam masa yang sama gandingan pelakon baru Royadi Madada dan Suhaillah Salam gagal memperlihatkan filem tersebut berkualiti.Lebih ketara katanya, adegan seks murahan telah menyimpang dari konsep filem yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi lebih insaf.“Filem ini seolah-olah mengaburi mata masyarakat dengan menampilkan adegan dan teknik “flash back” mengenai seks yang keterlaluan,” katanya.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.
mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.

2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.“Wanita” berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

sumber-MStar

Komen Aku:Adoyai, ni satu hal lagi, pumpang-pumpang filem sendiri macam buat filem Harry Potter dan Transformer, tengok-tengok buat filem banyak adegan ranjang dan lucah. Dr Rozmey ni dari segi promotion memang bagus tapi buat filem merepak. Filem macam ni aku tau ada moral value tapi kalau remaja zaman sekarang yang tengok, diorang bukan pandang moral value, tapi diorang pandang bab tuttttt tu yang lebih. Tak boleh ke buat cerita tak ada benda-benda camtu?? Jangan la nak disamakan Malaysia dengan negara barat. Bagi aku, i will not go to the cinema to watch this movie. Better for me to wait for the next hari Raya to watch this film. Sad to hear about this pumpang-pumpang 2 Alam movie.Aku pun mengikut kata wartawan bahawa cerita ini tidak sesuai untuk ditonton diwayang kerana hanya bertaraf drama. So, jom ramai-ramai kita tak payah pergi tengok wayang. hehehehe. Cheers.




Friday, October 15, 2010

TYPICAL MALAYSIAN (NATIONAL CAR)

Proton Inspira
AMARAN KERAS: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BERWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian. Tajuk post dah sedap dah dalam bahasa penjajah, tapi aku ja rasa kurang dijajahi dan aku pun teruskan hasrat menulis dalam bahasa ibunda. Baiklah, berkenaan tajuk aku pada malam ni, Typical Malaysian (Nasional Car) aku nak komen sikit la pasal tabiat orang Malaysia ni apabila keluarnya model baru kereta tempatan. Seperti yang korang sedia maklum, Proton telah melancarkan kereta model terbarunya iaitu Proton Inspira. Kereta ini diilhamkan daripada kereta model Mitsubishi Lancer. Belum lagi dijual, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mambang pasal kereta ni.Persoalan yang mula timbul adalah:

"Proton pandai tiru je, buat kereta sendiri cam hampeh"
"Mahal gila harga kereta ni, padahal Proton je kot"
"Setakat tukar bumper depan dan belakang baik tak payah"
"Dah tak da idea la tu, tiru je tau"
"Dari beli kereta Proton, baik beli Vios ke, City ke, baru gah sikit beli kereta import"
"Nanti mesti banyak problem bila beli kereta Proton"

Ni antara persoalan-persoalan yang akan timbul. Mungkin banyak lagi persoalan yang bakal ditimbulkan oleh rakyat Malaysia yang sungguh budiman(sebahagian). Bila la pemikiran sebegini nak hilang daripada otak rakyat Malaysia. Kalau dulu, bila kereta Mitsubishi Lancer keluar di pasaran Malaysia, semua beria-ria puji, bagus terbaik la, kereta jepun best, body solid, mantap dan banyak lagi la. Bila syarikat Proton yang kontrovesi dengan Tony Fernandes(Pengerusi Air Asia) tu baik hati nak keluarkan model yang sama dengan pengubah suaian yang minima serta branding berbeza, mula la rakyat Malaysia ni gelabah tak tentu pasal kutuk kereta ni. Korang tau tak, dengan menggunakan jenama tempatan, harga dapat dikurangkan sehingga 30%. Banyak tu. Cuba korang kira, kalau dulu Mitsubishi Lancer harga dia sekitar RM120,000, sekarang korang boleh dapat benda yang sama dengan harga RM98,000. Jimat lebih kurang RM22,000 tu. Tu pun nak bising, pumpang-pumpang tak tentu pasal(bukan semua rakyat Malaysia begini).Dulu masa ada desas-desus mengatakan Inspira ni pengganti waja, berduyun-duyun sanggup berhabis wang untuk ubah suai bahagian hadapan waja jadi macam Lancer. Bagi aku la, bila diorang ni modified, dah nampak kereta waja tu jadi cam tapir & tenuk. Muncung punya la panjang padahal tetap waja juga.

Sample kereta waja yang diubahsuai. Sorry owner kereta ni.


Menurut sumber dalaman dari syarikat Proton, model keluaran terbaru ini hampir 80% adalah komponen asal Lancer dan selebihnya adalah pengubahsuaian daripada Proton. So kira beruntung la sape yang beli kereta Proton Inspira ni. Sumber lain pula turut menambah, 500 unit pertama adalah unit asal Mitsubishi Lancer. Wah beruntung sungguh sapa yang beli.

Pemikiran sesetengah rakyat Malaysia yang begitu typical ini bukan untuk keluaran model ni ja, padahal boleh dikatakan semua model kereta Proton & Perodua tetap menerima nasib yang sama. Tapi apa yang korang dapat pada penghujungnya??? Apa yang korang dapat adalah melihat puluhan ribu malahan ratusan ribu kereta-kereta ini dijalanan. Sale tetap tinggi beb. hehehehe. Aku nak bagitau sikit, kalau komen tu boleh tapi jangan sampai nak menjatuhkan produk tempatan produk buatan Malaysia. Tak ada salah pun kereta ni buat kat korang. Setakat masalah tingkap, spring coil, signal tak hidup, biasa la tu. Pergi balik pusat servis mana-mana tukar ja kalau still under warranty. Kalau korang perasan, kalau jalan jem lama sangat, kereta mana yang akan tahan lama??? kereta buatan Malaysia. Aku tengok kereta nissan, toyota, malah mercedes pun tersadai ditepi jalan oleh kerana over heat. Kereta buatan tempatan memang dibuat untuk keadaan sekitaran tempatan.

Jom beli barangan Malaysia


Sebagai penutup tirai, bagi mereka yang kutuk produk tempatan ni, bawa-bawa la bersabar ya. Korang tu bukan mampu sangat nak beli kereta import ni. Kalau yang mampu, beli lah kereta import tak yah gaduh-gaduh mengutuk kereta buatan negara sendiri. Kita harus bangga la sikit Malaysia mampu mengeluarkan produk automobil sendiri dan tak perlu terus dijajah dengan produk asing. Aku dengan ini melabuhkan tirai untuk post kali ni. Cheers.



Wednesday, October 13, 2010

KEPADA PEMINAT FOTOGRAFI DIMALAYA!!!!

PERHATIAN: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BEWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.

Hye semua yang sedang membaca belog hakimy. Lagi isu kontrovesi yang aku ingin ulas. Tapi kali ni aku yang akan membuat kontrovesi. Seperti yang korang semua sedia maklum, fotografi telah menjadi satu trend kepada remaja zaman sekarang. Perkara ni secara langsung menambah kekayaan syarikat pengeluar kamera seperti canon, nikon atau sebagainya. Aku ni seorang jurugambar juga tapi setakat nak buat HDR macam Kabir Malek, Kukubesi dan style cam Chot touch tu memang aku tak reti. Aku seorang jurugambar yang mencari duit menggunakan kamera. Tak kisah la untuk perkahwinan, majlis-majlis yang ilmiah/sekadar duniawi semata-mata pun aku tetap ambil.

Apa yang dapat aku lihat, penggunaan DSLR dah jadi satu trend dan juga budaya sekarang ni. Mana-mana sahaja anda boleh lihat manusia dan DSLR. Tiada lagi kamera kompak. Bagi aku, kalau keluar jalan-jalan, aku prefer bawak kamera kompak daripada DSLR yang besar gedabak dengan berat menyamai 2 kampit gula pasir yang naik harga tu. Kalau keluar jalan-jalan setakat nak ambil gambar awek korang yang tak lawa mana baik pakai kamera handphone. Bagi aku, geng-geng yang keluar jalan-jalan bawak DSLR tanpa sebab dan alasan kukuh ni macam terdesak nak tunjukkan kamera diorang. Ada juga yang mengatakan ingin membuat candid shot la tapi yang aku peliknya pakai lense pendek. Nak buat candid camna tu??? Aku tak berapa suka geng-geng yang ambil candid shot ni dan post kat Facebook or dalam belog. Semua candid shot aku tengok mempunyai tema yang hampir sama iaitu "awek cun barang baik" tak pun "minah salleh goyang-goyang". Sebagai jurugambar, bagi aku, kita mesti mempunyai etika semasa mengambil gambar dan menjaga privasi seseorang tu.Ni aku bagi sample sikit camner candid shot yang sangat tak beretika. Gambar sekadar hiasan sahaja.

Candid Shot tema: Awek cun barang baik

Candid shot tema:Minah salleh goyang-goyang


Cerita pasal forum fotografi pula, aku tengok bagus forum ni sebab kita boleh berkongsi idea dan belajar melalui kritikan dan komen orang. Tapi yang tak bagusnya apabila ada orang yang berasa diri mereka sangat bagus dengan mengutuk gambar seseorang secara keterlaluan. Daripada forum untuk belajar jadi forum untuk bergaduh, berpuak-puak dan benci membenci. Kalau tengok seorang photographer terkenal Saiful Nang satu masa dulu disanjung bagaikan raja dalam dunia fotografi kerana membuka forum fotografi berbahasa melayu, tapi lama kelamaan dibenci, dihina dan dicaci sebab salah dia juga mula merasakan dirinya amat bagus dan tinggi walaupun pendek. Tu la pemikiran kolot segelintir rakyat kat Malaya ni.

Ni aku nak bagi korang tips nak ambil gambar yang cliche. Korang keluar outing, cari model percuma atau sukarela atau awek korang sendiri pastu suruh pose seksi meksi dan camwhore sambil pegang belon atau payung. Kalau korang buat camni mesti orang yang kurang ilmu tu cakap,"abang punya gambar nice la, creative la, terbaik dari ladang". Tu ja la yang berlaku dekat Malaya ni. Sejak bila spesifikasi menjadi model perlukan anda pose seksi-seksi dan camwhore??? dan sejak bila kalau nak jadi jurugambar kena amik gambar model seksi-seksi.Kalau buka kat mana-mana pun gambar camni yang banyak. Apa kata korang keluar amik gambar nature, architectual, apa-apa yang lagi bagus la.

Lepas ni, aku nasihatkan la korang kalau nak beli DSLR mesti mempunyai sebab yang kukuh dan bukannya sekadar untuk menunjuk kekayaan korang. Kalau nak tunjuk kaya sangat baik beli Porsche sebiji. Use your camera wisely dan jaga etika anda sebagai seorang jurugambar. Fokus dalam apa yang anda ingin buat menggunakan kamera anda. Cheers.




Wednesday, September 29, 2010

AWAK BUSUK!!!

Post kali ni dah macam ayat yang Noh Hujan bagi dekat sorang perempuan kolej swasta ni. Memang aku nak cerita sedikit pasal perempuan yang tidak disukai lelaki. Ciri-ciri nya adalah busuk, selekeh tak tau jaga kebersihan diri. Bukan nak kata lelaki ni wangy, cuma bagi kaum perempuan diluar sana jaga la kebersihan diri tu. Jangan la sampai keluar jalan-jalan, bau badan tu menikam kalbu dan sanubari lelaki. Kalau bau perfume CK,Gucci, Bvlgari ke tak pe la, ni bau badan dengan bau tong sampah sama naik jek.


Pakai la deodorant, perfume atau lotion. Kalau deodorant tu beli la yang mahal sikit macam Rexona jangan pakai yang 3 ringgit dapat 5. Bukan apa, perempuan sebenarnya lagi rajin daripada lelaki, so tunjukkan kerajinan anda itu dengan penampilan yang menawan. Baru saham BSKL korang tu naik mendadak.Biar tak ada bau(neutral) daripada bau tengik.


Kalau pakai baju tu, gosok la sikit, jangan la sampai berkedut-kedut teruk sangat. Lain la kalau baju tu memang spesies kedut tak boleh gosok. Kalau malas sangat nak gosok korang sidai ja baju tu dengan hanger selesai masalah. memang kurang dan tak kedut la baju tu.Lepas tu kalau baju tu dah kotor, tak usah la korang nak pakai lagi. Campak je dalam mesin basuh atau baldi.






Lastly, kalau korang digelar wanita, anda perlu sentiasa kemas dan wangy sedangkan aku pun boleh pakai segala macam produk kecantikan tak kan perempuan tak boleh buat macam tu.Bukan semua perempuan busuk tapi ada juga sesetengah dan aku pun ada pengalaman berhadapan perempuan yang macam ni.Bagi perempuan-perempuan diluar sana yang dah wangi lagi menawan hati dan sanubari tu, teruskan la kerja anda. Lepas ni aku try buat segmen terjah loker@almari@beg dan aku tunjuk dekat korang apa yang ada dalam simpanan  lelaki/perempuan.So have a nice smell. Cheers.



Tuesday, September 28, 2010

KISAH BUDAK PENDEK!!! MAHER ZAIN???

Selamat petang semua. Hari ni agak mencabar dan menduga aku apabila dua budak pendek(sorang pendek bulu sorang pendek gemuk) sudah attack aku sebab satu isu ni. Korang nak tau isu apa?? Isu dia adalah isu Maher Zain. Siap tulis kat belog diorang lagi tu. Harem sungguh.AAK(Ada Aku kisah) Obses betol budak pendek sorang ni dengan Maher Zain, siap mengeluh sebab tak dapat tiket nak tengok Maher Zain. Geli gila aku tengok.To be frank memang aku tak kenal manusia yang bernama Maher Zain. Bukan sebab aku tak cakna pasal kedatangan Maher Zain ke Malaysia, tapi aku tak pernah nak ambil tahu pasal artis luar negara ni. Banyak lagi artis Malaysia yang boleh aku support daripada support artis luar.Kalau nak cakap pasal nasyid, budak-budak pendek dua orang ni bukan nya kenal artis nasyid Malaysia. Dengar lagu nasyid pun susah. Kalau buka lagu yang aku dengar "Senyum","Dan Bila Esok". Alahai jiwang juga budak pendek 2 orang ni. AAK. heheheheh.

Ooo... ni la Maher Zain.. Produk apa di guna nak buat muka licin macam tu. heheheh...


So, konklusinya adalah berilah sokongan terhadap artis tempatan dan segala produk tempatan. Sebab kita kena merdekakan diri kita daripada jajahan artis luar atau segala anasir luar. hehehe. Apa apa pun korang jangan la gelak pasal aku tak kenal Maher Zain, sebab lebih baik aku kenal Rabbani, Raihan, dan Anuar Zain, diorang artis tempatan yang dikenali nusantara.. hehehe.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...