Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, October 8, 2010

CERITA CINTA TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN!!!!

CINTA


Salam dan hello semua pembaca belog Hakimy. Hari ni aku nak menceritakan sedikit tentang filem cinta yang terhebat sepanjang zaman. Bukan Lagenda Budak Setan, Adamaya, Syurga Cinta & I'm Not Single tetapi filem CINTA. Ceritanya mudah, simple dan sangat berkesan kepada penonton semua. Kabir Bahtia seorang pengarah,penerbit, penyunting filem dan juga penulis. Dalam dunia perfileman tempatan, Kabir Bahtia telah mengarahkan beberapa filem seperti Cinta, Sepi, Setem dan yang terbaru Nur Kasih. Sentuhan pengarah kelahiran New Delhi, India ini cukup memberikan kesan yang mendalam dalam setiap filem arahan beliau.

Kabir Bhatia pengarah yang mempunyai sentuhan ajaib. Setiap filem mempunyai keunikan tersendiri.


Mengenai tajuk entry kali ni, Aku nak ceritakan mengenai filem yang aku boleh berikan 4.5/5 bintang. Filem tersebut adalah filem Cinta. Filem yang menggarapkan 5 kisah dalam satu filem adalah sesuatu yang baru dalam dunia perfileman di Malaysia. Walaupun filem ini telah di tayangkan pada tahun 2006, tetapi bagi aku seorang penonton filem tempatan, filem Cinta ini bukan seperti cerita cinta biasa di Malaysia. Cerita ini sarat dengan mesej-mesej cinta yang pelbagai. Cinematography yang baik di tambah pula dengan soundtrack yang mengasyikkan sungguh memberi impak kepada filem ini.

Bagi yang telah lupa mengenai filem ini, filem ini mengisahkan tentang cinta terhadap isteri, cinta terhadap kekasih, cinta terhadap adik beradik, cinta terhadap sahabat dan cinta pandang pertama. Kelima-lima kisah ini digarap dengan amat bagus kerana telah memasukkan elemen gembira, sedih dan berbagai lagi.

So, bagi yang rasa sedang dilamun cinta dan ingin dicinta atau mencari cinta, korang boleh la search dekat Youtube dan tonton cerita ini. Banyak yang kita sebagai manusia perlu tahu tentang CINTA. Cheers.






KORANG INGAT PEREMPUAN JE KE PAKAI BRA!!!!!

Salam pembaca setia, topik hari ni adalah berkenaan bra. Mungkin tajuk dia agak lucu, tapi ni aku nak bagi info dekat korang semua. Selain kaum hawa, terdapat juga benda lain yang turut memakai bra. Korang nak tau apa meh tengok ni.

Cantum dekat tank moto

Sesuai untuk motor berkuasa tinggi dan bukan motor kapcai.


Ha tu dia, tank motor pun pakai bra juga. Bra untuk tank ni ada beberapa tujuan dia. Tujuan dia adalah:
1) Sebagai cover or protect the tank area.
2) Menambahkan saiz pada tank supaya nampak lebih besar.
3) Satu lagi adalah untuk tambah style pada moto anda.

Tank bra ni boleh tahan la harga dia sama dengan bra wacoal, victoria secret dan lain-lain. Harga dia kalau paling murah RM150 dan paling mahal boleh mencecah RM500 mengikut saiz, kualiti dan fabrik yang digunakan. Senang cakap memang macam bra perempuan la. hahahaha. Bra ni ada yang jenis fiberglass yang kita cantumkan dengan tank dan spray sekali. hehehe.Macam bra perempuan juga, tank bra ni ada saiz 32,33,34,36 dan cup yang berlainan A,B,C(aku hentam je ni).

So tu la info yang aku nak bagi dekat korang. Hopefully berguna la boleh korang buat teka-teki ke. Last but not least, aku rindu dengan Kimy n' the geng. Lama dah tak lepak dengan ariph, iznul & hanis. Miss you all la. hehehe... Cheers.



Thursday, October 7, 2010

PELUMPA KEBANGSAAN HAKIMY JURY TERJATUH DI SELEKOH PERTAMA!!!!



Salam semua pembaca setia. Hopefully korang dalam keadaan baik. Post kali ni aku nak ceritakan malang yang menimpa aku baru-baru ni. Agak tragis tetapi lawak nak mampus.

Jam 8.30, aku melihat jam dan terus bergegas ke motosikal aku iaitu honda CBRWave100RR. Aku memang sudah agak terlewat untuk ke peperiksaan mid sem aku. Tanpa membuang masa aku menghidupkan enjin moto aku yang berkuasa tinggi itu. Aku mengenakan helmet dan terus memecut tanpa memandang kebelakang sebab kawan aku dah call aku banyak kali.

Setibanya aku di selekoh pertama, aku terus mengambil corner dengan lap yang sungguh baik seakan-akan Velentino Rossi dan Pedrosa. Lap yang ku sangkakan baik itu hilang dalan sekelip mata apabila segerombolan butiran pasir dihadapan aku telah membuatkan tayar motosikal berkuasa tinggi aku tanpa segan silu meluncur diatas pasir itu.

Tanpa kusedari aku sudah berpusing beberapa kali di atas litar lumba UKM. Keheningan malam itu tiba-tiba menjadi gegak gempita dengan bunyi geseran motor berkuasa tinggi aku itu. Tanpa ada sebarang halangan seperti pelumba-pelumba motosikal lain, aku rebah kebumi dalam keadaan yang sungguh dramatik.

Seperti mana-mana pelumba profesional lain, aku terus meninggalkan motor berkuasa tinggi aku itu diatas litar. Mujur tiada kenderaan lain di atas litar tersebut dan tiada juga penyokong-penyokong aku dikawasan itu. Aku dengan muka yang teramat malu bangkit dan mengangkat motor aku lalu pulang ke pit stop.

Kejadian sebegini rupa adalah kejadian kedua dimana aku terlibat dalam kemalangan keseorangan. Jatuh tanpa alasan yang kukuh. Aku gagahi diri ini untuk berehat didalam bilik. Menurut paramedik yang merawat aku, kecederaan yang menimpa aku ditahap sederhana kerana hanya bahagian bahu aku terseliuh.

Jadi sebelum aku teruskan berehat, aku ingin pesan kepada rakan-rakan sekalian, walaupun lambat tidak perlulah anda membawa motor dalam kelajuan tinggi. Jangan jadi seperti aku sudahlah terjatuh, sorang-sorang pulak tu. hehehehehe... Sekian, Cheers..

PERISTIWA JAM 3!!!!

Salam semua, ni aku ada cerita yang baru aku terima.
Kisahnya berbunyi begini, Jam 3 adalah waktu yang paling afdal bagi aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke kuliah aku. Sampai-sampai aku di bibir pintu dewan kuliah aku terlihat kelibat 3 makhluk yang agak puaka mulutnya iaitu Cik Piah, Shima Dangdut, & anak Nik Aziz. Diorang bertiga ni kalau jumpa aku mesti panggil aku SANYU BERBAJU. Natang apa ntah tu. Tak cukup dengan tu, diorang ni melakukan gosip terlarang didalam kuliah tanpa rasa segan silu.

Setengah jam berikutnya,  sayup-sayup kedengaran suara dari bawah menjerit. Rupa-rupanya pensyarah aku marah dekat bebudak tiga orang ni sebab bercakap tak henti-henti macam ayam berak kapur. Pensyarah aku terus dengan muka yang bengis sambil ketawa kecil mengajak kami tidur dengan ayat ini "kamu semua tolong jangan bercakap masa saya mengajar, lebih baik kamu tidur daripada bercakap".

Lalu tanpa ku sedari mata ku terkatup rapat sehinggalah tamat kuliah tu. So moral of the story, dont talk, its better to sleep then talking because talking is tiring. That all for my post. Cheers.

FLASHYHEADPIECE IN DA HOUSE!!!!

Salam readers semua. Kali ni aku nak tolong promotekan belog shawl. Aku tengok sekarang ni ramai yang berminat untuk pakai shawl (utk perempuan shj). So aku lawati la satu belog member aku ni dan dia jual jugak shawl. Memang lawa-lawa la shawl dia. Kalau aku perempuan aku dah beli dah. heheheh. Betul ke lawa??? tak percaya tengok contoh-contoh shawl yang aku minat dari belog dia ni.

Harga dia RM28
Harga dia RM25
Memang semua shawl dia menarik perhatian aku ni. Korang boleh la layari belog die iaitu http://flashyheadpiece.blogspot.com/ . Makna Flashyheadpiece dalam bahasa melayu aku sendiri ialah kilauankepalakepingan. hehehehehe. Kalau ada yang berminat boleh order cepat sebab barang sangat limited.Nama member aku ni Faatin dan dia antara member usahawan yang aku kenal.

Sebelum aku tamatkan penulisan aku kali ni, aku nak letak gambar member aku ni yang aku tangkap masa photoshoot satu masa dahulu.hehehehe

Member aku ni belum kawin lagi tapi dah merasa pakai baju pengantin dan makeup dari butik makcik aku Andaman Adreen.




CREATIVE LIGHT SYSTEM (CLS)




Salam readers semua, ini adalah gambar yang aku tangkap satu masa dulu bersama-sama geng-geng photog UKM. Aku menggunakan CLS iaitu off camera flash dengan menggunakan dua flash dari kiri dan kanan. Basic editing sikit aku apply kat gambar-gambar ni.

Harap korang boleh la comment skit. Cheers.

Wednesday, October 6, 2010

OSH (KESIHATAN, KESELAMATAN & PEKERJAAN)


Hello readers, aku ada benda menarik yang korang perlu hayati tentang keselamatan dan pekerjaan atau apa sahaja yang kita buat. renung-renungkan dan selamat beramal.
 
This is a story about four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.

There was an important job to be done, and Everybody was sure that Somebody would do it. 

Anybody could have done it, but nobody did it.

Somebody got angry about it because it was Everybody’s job. 

Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody would not do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done!.







Tuesday, October 5, 2010

PINGAT KEDUA MALAYSIA!!!

Salam pembaca-pembaca setia.
Pingat kedua Malaysia dalam Sukan Komanwel diraih dalam acara 1 kilometer ujian masa berbasikal. Rizal Tisin menambah koleksi kedua pingat negara dengan kilauan pingat perak dalam acara ini selepas Amirul hamizan menyumbang pingat emas pertama negara. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana aksi yang diberikan Rizal Tisin dalam acara 1 kilometer ujian masa cukup bersemangat. Walaupun sasaran pemuda berkelahiran Terengganu ini untuk meraih pingat emas tidak kesampaian, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan cukup membanggakan.


Komanwel kali ini cukup panas dengan kehadiran jaguh dunia daripada Malaysia iaitu Nicol David dan Chong Wei. Mereka diberi perhatian diluar jangkaan oleh media massa dari seluruh negara komanwel yang bertanding. Diharapan agar mereka berdua dapat menyumbang pingat emas bagi menaikkan lagi nama negara dalam arena sukan antarabangsa.


Last but not least, support our athlete and pray for the best. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Salam..


HASIL KARYA AKU DALAM WEDDING YANG TERBAIK!!!!






Hello semua. Alang-alang aku dah menceritakan pasal album yang baru aku buat. Ni aku tambah sikit koleksi-koleksi gambar perkahwinan yang aku ambil di beberapa lokasi di Malaysia ni. Maybe gambar ni tak sehebat chot touch atau kukubesi. Tapi dengan gambar-gambar ni la aku berada dalam dunia fotografi perkahwinan ni. 


So kalau korang terasa nak komen atau kritik pedas gambar aku ni, silakan, aku tak marah tapi korang berpada-pada la juga. hehehe. So nak tengok koleksi gambar lagi korang boleh la layari http://matahatipicture.blogspot.com. Dalam belog ni ada koleksi gambar aku dan juga rakan sekerja aku ariph dan ares. Cheers.

ALBUM DAH SIAP!!!

Salam readers, kalau korang mengikuti perkembangan aku korang mesti tahu aku ni photographer dan mempunyai syarikat sendiri. Ok kali ni aku nak tunjuk korang semua hasil custom album yang company aku design dan siap sepenuhnya. Sebelum aku tunjuk gambar aku nak bagi sedikit maklumat tambahan. Bagi mereka yang menginginkan saya design custom album siap sekali print saya charge hanya RM300 untuk saiz 8x12 manakala RM350 untuk saiz 10x12. Harga ni untuk jenis leather dan wrapping custom album sahaja. Mahal sikit untuk custom album crystal cover iaitu RM400 untuk 8x12 dan RM450 untuk 10x12. Harga boleh nego lagi kalau korang berminat dengan perkhidmatan aku ni.


Okey ni aku masukkan sample custom album yang baru aku ambil dari kedai tadi. Kedai kat mana, tu tak dapat la aku nak bagitau. hehehehhe.


Crystal Cover Custom Album(Cover dia guna crystal)
Kemasan border hitam dan silver clip

11 helai dan 22 muka surat


Ni la hasil custom album aku buat. Kalau korang nak tau, aku dah buat custom album ni lebih daripada 20 buah untuk tahun ni sahaja. So design aku selalunya berubah-ubah mengikut citarasa client dan idea yang aku dapat masa buat album ni. So kalau nak tempah custom album atau nak dapatkan perkhidmatan fotografi daripada aku dan company aku Matahati Picture, korang boleh la call aku di nombor telefon ni 017-9143429. Kalau ada orang angkat, korang tanya la "Matahati Picture ke??", then aku akan bagi special discount dekat korang dan free gift macam frame ke. So apa lagi kalau berminat just call the number above.Kalau korang nak tengok hasil kerja aku dan geng-geng Matahati Picture korang boleh klik disini. Korang boleh add Facebook Matahati picture disini.


Akhir kata, suport la aku dan crew-crew Matahati Picture. We will always wait for your call. Thanks and have a nice day.

Monday, October 4, 2010

JIWA KACAU!!!

Hello readers semua...
Hari ni aku rasa sangat jiwa kacau. 

Aku ada soalan kat korang ni. Korang rasa kalau kita buat bisness ni betul ke menyusahkan??? atau ada yang baik disebaliknya.


Hopefully korang boleh leave some comments. Sorry for such a short post. Cheers..

Sunday, October 3, 2010

ALHAMDULLILAH!! 3 HARI MELETIHKAN!! BERTEMU ISTERI SHREK!!

Salam guys and girls. Sorry for the late update. Sebenarnya aku baru balik daripada fieldwork atau nama lainnya kerja lapangan. Kerja lapangan aku berlangsung di Fraser Hill. Ini kali ketiga aku pergi fieldwork dekat Fraser Hill. Alhamdullilah aku berjaya mengharungi onak dan duri dari pohon-pohon berduri didalam hutan dekat fraser hill tu. Penat memang penat dan meletihkan. Aku dah rasa tak ingin pergi lagi sebab penat kot.


Cuba korang bayangkan, perlu berjalan selama 1 jam 30minit didalam hutan, kemudian aku kena belai pokok-pokok dalam hutan tu untuk mendapatkan diameter dia. Tak cukup dengan tu, aku kena bagi nama dekat pokok-pokok dalam hutan tu dan memakaikan nama tag dekat pokok-pokok tu. Dah la penat buat tu, ditambah lagi dengan mengambil tanah di kawasan kajian aku tu sebanyak lebih kurang 20kg dan berjalan semula keluar daripada hutan tu. Memang macam tutttt la.


Tapi fieldwork kali ni sedikit menarik sebab aku terjumpa makhluk baru iaitu isteri shrek. Tinggi dan paras wajah dia memang lebih kurang isteri shrek. hahahaha. macam-macam ada dekat Fraser Hill ni rupanya. Isteri shrek tu sebenarnya kawan satu group masa presentation aku.hahahah. Aku dekat sana mengelarkan member aku tu Orge dalam bahasa melayunya gergasi.ehhe. Aku tak da masa nak upload gambar sebab aku baru sampai dalam 20minit yang lalu.


So korang tunggu la koleksi gambar aku semasa di Fraser Hill k. Need a break, penat sangat macam nak terbang jek. Wasalam.. Cheers.


SELAMAT TINGGAL DUNIA PONDAN!!!


Salam readers yang diberkati allah sekalian. Moga korang dalam keadaan sihat-sihat belaka dan di rahmati tuhan. Tajuk post aku kali ni agak kontrovesi sikit. Tapi ada yang aku nak ceritakan disebalik tajuk post aku ni.


Aku mula tertarik dengan dunia belog ni sekitar tahun 2008. Masa tu aku start dengan photo belog dan bukan jenis reading blog. So belog tu hanya bertahan selama satu tahun. Bulan September 2010 aku start balik berbelog ni dan inspirasi aku untuk berbelog adalah belog Silaserazwanali(1) dan belog EsensiImplisit&Eksplisit(tak ada kena mengena dalam cerita ni). Mesti ada diantara korang benci dengan bekas pondan (AzwanAli katanya) ni. Tapi apa yang aku tengok mengenai belog dia, dia ikhlas dalam menulis sehinggakan memaki hamun orang tanpa rasa bersalah dan disedari dan propa lebih.ehehehehe. Tapi sekarang dia dah insaf dan sudah tidak berbelog lagi. Tak dapat dah la aku nak baca isu-isu panas yang dia tulis.Adey.







 


Ni la hamba allah yang sudah insaf selepas 2 kali mengerjakan umrah. Hopefully dia berubah dan tak jadi pondan lagi. Selamat Tinggal Dunia Pondan!!


Aku start baca belog dia since tahun 2009 masa aku berhenti berbelog dulu. So kalau korang tengok tajuk-tajuk belog aku ni semuanya propa lebih. Tapi bagi aku itu yang menarik sebab dapat tarik perhatian korang. Aku ni jenis yang suka mengejek yang agak kasar. So macam tu la isi kandungan dalam belog aku ni selain daripada review or tips yang aku bagi.


Kesimpulannya, tajuk tu sebenarnya tidak mengambarkan isi kandungan. Tapi apa yang menarik korang kena baca dulu baru korang tahu apa sebenarnya.Korang salah anggap, aku ni straight dan bukan bengkang-bengkok.So sapa yang berminat kat aku sila ambil nombor ek.hahahahaha. So sudi-sudi la melawat belog aku yang tidak seberapa ini.Cheers.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...