Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, October 7, 2010

PELUMPA KEBANGSAAN HAKIMY JURY TERJATUH DI SELEKOH PERTAMA!!!!



Salam semua pembaca setia. Hopefully korang dalam keadaan baik. Post kali ni aku nak ceritakan malang yang menimpa aku baru-baru ni. Agak tragis tetapi lawak nak mampus.

Jam 8.30, aku melihat jam dan terus bergegas ke motosikal aku iaitu honda CBRWave100RR. Aku memang sudah agak terlewat untuk ke peperiksaan mid sem aku. Tanpa membuang masa aku menghidupkan enjin moto aku yang berkuasa tinggi itu. Aku mengenakan helmet dan terus memecut tanpa memandang kebelakang sebab kawan aku dah call aku banyak kali.

Setibanya aku di selekoh pertama, aku terus mengambil corner dengan lap yang sungguh baik seakan-akan Velentino Rossi dan Pedrosa. Lap yang ku sangkakan baik itu hilang dalan sekelip mata apabila segerombolan butiran pasir dihadapan aku telah membuatkan tayar motosikal berkuasa tinggi aku tanpa segan silu meluncur diatas pasir itu.

Tanpa kusedari aku sudah berpusing beberapa kali di atas litar lumba UKM. Keheningan malam itu tiba-tiba menjadi gegak gempita dengan bunyi geseran motor berkuasa tinggi aku itu. Tanpa ada sebarang halangan seperti pelumba-pelumba motosikal lain, aku rebah kebumi dalam keadaan yang sungguh dramatik.

Seperti mana-mana pelumba profesional lain, aku terus meninggalkan motor berkuasa tinggi aku itu diatas litar. Mujur tiada kenderaan lain di atas litar tersebut dan tiada juga penyokong-penyokong aku dikawasan itu. Aku dengan muka yang teramat malu bangkit dan mengangkat motor aku lalu pulang ke pit stop.

Kejadian sebegini rupa adalah kejadian kedua dimana aku terlibat dalam kemalangan keseorangan. Jatuh tanpa alasan yang kukuh. Aku gagahi diri ini untuk berehat didalam bilik. Menurut paramedik yang merawat aku, kecederaan yang menimpa aku ditahap sederhana kerana hanya bahagian bahu aku terseliuh.

Jadi sebelum aku teruskan berehat, aku ingin pesan kepada rakan-rakan sekalian, walaupun lambat tidak perlulah anda membawa motor dalam kelajuan tinggi. Jangan jadi seperti aku sudahlah terjatuh, sorang-sorang pulak tu. hehehehehe... Sekian, Cheers..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...