Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, October 8, 2010

CERITA CINTA TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN!!!!

CINTA


Salam dan hello semua pembaca belog Hakimy. Hari ni aku nak menceritakan sedikit tentang filem cinta yang terhebat sepanjang zaman. Bukan Lagenda Budak Setan, Adamaya, Syurga Cinta & I'm Not Single tetapi filem CINTA. Ceritanya mudah, simple dan sangat berkesan kepada penonton semua. Kabir Bahtia seorang pengarah,penerbit, penyunting filem dan juga penulis. Dalam dunia perfileman tempatan, Kabir Bahtia telah mengarahkan beberapa filem seperti Cinta, Sepi, Setem dan yang terbaru Nur Kasih. Sentuhan pengarah kelahiran New Delhi, India ini cukup memberikan kesan yang mendalam dalam setiap filem arahan beliau.

Kabir Bhatia pengarah yang mempunyai sentuhan ajaib. Setiap filem mempunyai keunikan tersendiri.


Mengenai tajuk entry kali ni, Aku nak ceritakan mengenai filem yang aku boleh berikan 4.5/5 bintang. Filem tersebut adalah filem Cinta. Filem yang menggarapkan 5 kisah dalam satu filem adalah sesuatu yang baru dalam dunia perfileman di Malaysia. Walaupun filem ini telah di tayangkan pada tahun 2006, tetapi bagi aku seorang penonton filem tempatan, filem Cinta ini bukan seperti cerita cinta biasa di Malaysia. Cerita ini sarat dengan mesej-mesej cinta yang pelbagai. Cinematography yang baik di tambah pula dengan soundtrack yang mengasyikkan sungguh memberi impak kepada filem ini.

Bagi yang telah lupa mengenai filem ini, filem ini mengisahkan tentang cinta terhadap isteri, cinta terhadap kekasih, cinta terhadap adik beradik, cinta terhadap sahabat dan cinta pandang pertama. Kelima-lima kisah ini digarap dengan amat bagus kerana telah memasukkan elemen gembira, sedih dan berbagai lagi.

So, bagi yang rasa sedang dilamun cinta dan ingin dicinta atau mencari cinta, korang boleh la search dekat Youtube dan tonton cerita ini. Banyak yang kita sebagai manusia perlu tahu tentang CINTA. Cheers.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...