Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Monday, January 3, 2011

ALHAMDULILAH TERCAPAI JUGA HASRAT UNTUK BELI KAMERA UNTUK MAK AKU !!!!!

Salam semua bloggers, semalam aku ada cakap aku nak keluar beli hadiah. So aku pun gi la jalan-jalan dekat Low Yat. Aku bercadang nak belikan mak aku digital kamera kongsi duit dengan abang aku. Aku pergi la satu kedai ke satu kedai. Macam-macam kamera aku jumpa dari Lumix, Canon sehinggalah ke Nikon. Bila sampai dekat kedai Nikon, aku terjumpa satu kamera ni. Aku memang suka dengan function dia. Kamera Nikon S1000pj. Kamera Nikon ni bukan sahaja boleh tangkap gambar tapi boleh dijadikan portable projektor.

Nice really nice. Aku dok tanya promoter tu dan dia pun explain function kamera ni. Kamera ni mempunyai 12.1 megapixel dengan LCD screen seluas 2.7 inch. Kamera ini turut dilengkapi dengan smile detection function. Function ni berfungsi untuk menangkap gambar secara automatik jika sensor kamera mengesan senyuman. Menarik betul. Yang paling best, kamera ni mempunyai fungsi dimana boleh menjadi projektor berskala kecil. Aku try-try projektor ni memang best juga la. Gambar clear dan sharp dan juga boleh dibesarkan sehingga 40 inch. Besar TV LED tu.

Aku beli yang warna silver. Hitam nampak biasa sangat.

Clear macam ni la gambar projektor dia. Tapi syarat wajib mesti dalam keadaan gelap tanpa ada sebarang lampu.

Aku cuba main ayat lagi dengan promoter tu dan dia pun dengan baik hati memberi free gift yang sangat banyak. Apa yang aku dapat adalah seperti berikut:
  • Mini Tripod x3
  • Nikon towel x2
  • Memory card 4gb x2
  • Travel kit bag x1
  • Laptop sling bag x1
  • Camera case x1
  • Warranty kosong. Tak tulis tarikh punya. x1
 
Banyak tu aku tanpa berlengah lagi terus mengeluarkan duit yang tak berapa banyak beli kamera ni. memang layanan yang aku terima masa beli kamera ni adalah yang the best dari Nikon Promoter itself.Sebab aku ni pengguna Canon. Semua kamera aku dari dulu adalah Canon. Seronok sangat mak aku dapat hadiah dari aku dan abang aku ni. Lepas ni banyak la gambar yang mak aku tangkap. Sekian, Salam, Cheers.

BIGGEST LOSER!!!!

Salam semua bloggers, kita mulakan hari ni dengan posting yang menunjukkan kesabaran & ketabahan dalam menghadapi apa jua cabaran. Yup sebab tu la aku tulis tajuk entri aku Biggest Loser. Siapa yang pernah tengok rancangan Biggest Loser??? Siapa yang pernah tengok mesti tahu bertapa susahnya diorang ni berusaha untuk menjadi kurus. Aku sangat respek dengan diorang ni sebab tidak pernah putus asa untuk menurunkan berat badan mereka. Aku agak terpegun melihat gambar-gambar diorang sebelum masuk rancangan Biggest Loser dan selepas masuk.






Dulu aku minat giler tengok rancangan ni. Bukan apa coach diorang ni dah macam singa dah aku tengok. Kalau diorang tak larat buat maen paksa ja. Tapi tengok la hasil dia macam manakan. Bukan setakat jadi kurus, siap berotot lagi, baik lelaki atau perempuan. Teringat pulak dekat sorang member aku ni. Dulu dia bukan main gemok. Berat dalam 120++kg, sekarang dia tinggal 50++kg je. Tak tau la ubat apa dia makan tapi memang nampak perubahan. So moral of the story, kalau nak berjaya perlukan kesabaran, ketabahan dan ketahanan diri. Kalau tak jawabnya tersungkur tengah jalan la. Sekian, Salam, Cheers.

Sunday, January 2, 2011

BLOGGERS : KITA SERUPA

Hye semua. dah makan tengahari ke??? Mesti sekarang semua tengah dok relex depan komputer rehat-rehat. Aku nak bincang dengan korang berkenaan topik Bloggers:Kita Serupa. Eh betul ke kita ni serupa. Macam lain je. Sapa yang cakap lain, semua sama ja.


1st berkenaan nak upkan traffic belog, siapa yang ada belog & khususnya yang letak iklan Nuffnang tak nak traffic??? Bagitau sikit. Tak da la. Maybe ada yang jadi blogger just untuk personel dairi tapi kalau dah start belog walking, di tokok tambah pula dengan iklan itu dan ini, for sure nak up traffickan. Traffic atau jumlah readers adalah penting bagi menambah semangat untuk seseorang bloggers terus menulis. Bukan apa, aku cakap pasal ni sebab kebanyakan bloggers aku tengok dok kutuk sesama blogger kes nak up traffic ni. Come on man, jangan la noob sangat dalam dunia belog ni. Kalau orang yang kutuk tu sendiri tak nak up traffic belog, he or she wont be commenting on others belog. Right??? So biarlah orang tu nak guna cara apa pun untuk up traffic belog dia. Setiap benda yang Hot & Panas mesti korang tulis dekat belog untuk up traffic dan untuk orang baca. So kepada sesiapa yang anti terhadap bloggers yang nak upkan traffic, dinasihati tutup sahaja account belog korang, main je FaceBook Yahudi tu. ahhahaha. p/s:kita serupa je semua nak up traffic.

Korang nak jadi popular??? Start from becoming a bloggers. Kenapa aku cakap macam tu, sebab banyak dah blogger-blogger yang popular meletup-letup sana sini sebab tulis belog. Siapa yang tak nak popular kan??? Semua nak orang kenal. Aku paling benci blogger yang F**K blogger lain yang nak jadi popular. Biasa la tu, lumrah manusia ingin dikenali. Kalau dia tak suka kenapa tulis benda-benda kontrovesi ni. Betul tak??? Lepas tu salahkan blogger lain tumpang populariti artis. Eh lantak aku la nak tumpang artis ke, mak cik akunya populariti ke, macam la korang tak pernah langsung menumpang populariti diorang. What a stu*** big head la orang macam tu. So kita ni memang serupa. Kalau nama dah start dengan blogger, contoh: Blogger Hakimy B Jury, tetap korang tu bloggers macam yang lain. hahahaha. p/s: popular ke tak itu aku punya hal & kalau korang terasa tu korang punya hal.

Lastly, kalau dah traffic up dan popular bertambah, mula la adegan kutuk mengutuk. Bagi aku tu biasalah. Yang paling best, boleh mengaku orang kutuk dia sebab dia dah popular. Ting Tong la orang macam ni. Standard bloggers la kutuk mengutuk orang ni. Bukan apa, kadang-kadang terasa dalam hati ni panas je, so apa lagi kutuk je la. Cuma pendekatan berbeza kot. Ada blogger yang kutuk dengan berkias-kias, ada yang perli tipis-tipis, dan ada juga yang nah amik, ko ni memang macam B***, F***, ANJ*** dan bermacam-macam lagi. So kalau dah mengutuk, apa yang penting adalah untuk menerima balik kutukan. Bukan gelabah tak tentu pasal lepas tu mula melatah salahkan si A la si B la si G la. Lek sudah. Kalau kene balik pun just calmly defend your own property. Sebab kalau defend dengan cara ilmiah orang tu takkan kutuk dah. Lain la kalau defend dengan gelabah tak tentu arah, lepas tu cakap bukan-bukan, dan mula membabitkan agama bangsa dan negara tu yang lagi sedap attackers hentam balik.So kalau kena kutuk tu, ambil yang positif dan buang yang negatif dalam tangki kumbahan. p/s: walau macam mana pun, kita tetap serupa, aku pernah gak kena kutuk tapi aku kutuk je balik habis cerita.





Serupa tak gambar-gambar yang di compare tu?? So kalau kita ni bloggers, kita tetap serupa walau pusing macam mana pun. Betul tak?? Kalau tak betul ke betul ke komen je kat bawah ni. Sekian dari aku, aku nak keluar beli hadiah harijadi Mak aku, Salam & Cheers.

LAWAK BERKENAAN KAPEL!!!!

Salam, aku ada sketches lawak untuk dikongsikan bersama.






sumber: AkuSerabut

AYU RAUDAH KECEWA!!!!



Salam semua pembaca belog aku ni. Maybe korang agak tension sebab dua tiga hari ni aku asyik tulis pasal topik tuuuuu(pasal bola) je. Paham-paham la sendiri ok. Bukan apa aku dan Skuad Berani Mampus (SBM) aku setuju untuk bermain dengan entri ini sebab banyak sangat nak diceritakan.SBM agak tergelak bila baca satu artikel di Mstar Online mengenai Ayu Raudah ni. Jom kita baca sama-sama.


Ayu Raudhah Rasa Rugi Zaquan Tidak Bersama 'Harimau Malaya'
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah teringin melihat tunangnya, Zaquan Adha Abd. Radzak menyertai pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya, yang berjaya meraih gelaran juara buat kali pertama pada Piala AFF Suzuki yang diadakan do Jakarta, Indonesia, Rabu lalu.
Beritahu Ayu, walaupun Zaquan tidak dapat bersama pasukan tersebut untuk menumpaskan pasukan lawan kerana mengalami kecederaan, dia sekadar memberi sokongan dengan menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
"Memang terasa rugi pula bila Zaquan tiada dalam pasukan itu. Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki dia. Tambah pula dia perlu berehat lagi dua bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.

Hahahhaha, rugi sebab apa tu??? Maybe Ayu Raudah cemburu orang tak highlight dekat dia, ataupun dengki sebab fan atau follower belog dia tak naik sampai 5000++. Hahahhaha. Kurang la income nuffnang belog dia. Sabar ye Ayu Raudah, nanti bila dah kawin dengan Zaquan Adha, SBM akan tulis dan buat liputan bagi populariti u makin naik dengan mendadak.

p/s: bila nak keluar dalam filem ni, SBM nak jugak tengok u berlakon lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...