Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, June 10, 2011

KL GANGSTER REVIEW & NGO??


KL Gangster menerjah pawagam anda. Aku terus straight to the point tentang filem ni dan malas nak meleret-leret seperti selalu. Secara keseluruhannya memang penuh panggung orang nak tengok filem ni sampaikan aku terpaksa bergerak dari WangsaWalk ke KLCC untuk beli tiket.
 
Kelebihan KL Gangster:
Genre aksi yang ditonjolkan oleh pengarah Shamsul Yusof kali ni lebih logik berbanding KL Drift. Jalan cerita seakan-akan Young & Dangerous digarap kedalam filem ini oleh Shamsul Yusof. Babak aksi yang banyak ditunjukkan didalam filem ini memang memberi kesan kepada mereka yang menontonya. Aksi pergaduhan sudah tidak seperti dulu lagi dimana 4 lawan 1, sorang-sorang masuk nak pukul. Sekarang ni upgrade sikit. Shot-shot kejar mengejar dan pergaduhan diambil dengan sangat baik. Teknik panning dalam aksi kejar-mengejar merupakan salah satu teknik yang baru ditonjolkan dalam filem Malaysia.


Aksi pergaduhan yang real dengan meja patah, kerusi beterbangan dan peluh yang menitis.
Jalan cerita yang turut menerapkan isu-isu kekeluargaan dan keinsafan menarik minat penonton untuk menonton sehingga tamat filem ini. Selain aksi-aksi ganas seperti meja beterbangan, tumbukan padu ke muka dan tembak menembak, Zizan muncul di dalam filem ini sebagai penyeri dengan lawak jenaka yang tidak bodoh. Lawak jenaka Zizan dalam filem ni boleh dikira hampir setaraf dengan lawak dalam filem serious hollywood. Gabungan karekter pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan memang sangat menjadi. Watak mereka seperti saling menghidupkan antara satu sama lain. Watak Aaron Aziz sebagai abang gangster yang telah insaf sangat menjadi. Pergaduhan antara Aaron Aziz dan sesiapa sahaja kelihatan sangat benar dan kukuh.


KL Gangster aku boleh katakan antara filem yang korang disunatkan untuk tonton. Sebab nampak kematangan dalam filem Malaysia dan tidak bodoh sangat dibandingkan dengan filem Kongsi.


Keburukan KL Gangster:
Dari tajuk lagi filem ini sepatutnya dilabelkan sebagai 18SG/PL. Tiada kanak-kanak boleh menonton. Aksi pergaduhan yang terlampau banyak dan unsur-unsur negatif dalam filem ini boleh meresap ke pemikiran kanak-kanak walaupun terdapat moral dalam filem ini. Bagi watak pula, kesemua watak boleh dikatakan serasi kecuali watak Shamsul Yusof yang kadang kala aku lihat tidak kena pada tempat. Asal Melayu dan berkawan dengan Melayu dan India tetapi bercakap slang cina. Macam sedikit tidak kena. Shamsul Yusof seperti biasa kelihatan macam baca skrip tetapi ok skit dari dulu. 


Babak tidak logik jalan tengah bandar tak pakai baju.
Aksi tembak menembak yang berlaku di Petaling Street sangat tidak logik. Boleh dikatakan Petaling Street dipenuhi Polis, kumpulan Gangster. Mana mungkin sesuka hati orang masuk buat pasal tanpa kena tangkap. Pada awal babak, Adi Putra dengan tidak berpakaian mengejar orang di Petaling Street. Ni satu lagi tak logik orang dekat Malaysia jalan tak pakai baju pegang besi. Mungkin lepas ni kena cari port baru untuk filem Melayu selain Petaling Street. 


Penghujung filem ini juga agak tidak logik. 2 kumpulan gangster terbesar di KL bergaduh tetapi aksi yang ditunjukkan hanyalah Aaron Aziz memukul 4 orang dan juga Shark dan Adi Putra. Tidak ke pelik apabila seorang ketua gangster cuma ada 5 orang pengikut. Sangat tak best ending sebegini rupa. Aku harapkan pergaduhan paling sikit 100 orang tetapi yang ada hanyalah 6 orang.


Keseluruhan:
Aku boleh bagi filem ni 6.5 bintang kerana dari segi mutu pembikinan dan jalan cerita sedikit memberangsangkan dan tidak kelihatan terlalu bodoh dan tidak logik. Mungkin skrip dan slang pelakon boleh diperbaiki dan diperkemaskan lagi untuk memantapkan filem sebegini. Penggunaan pelakon yang ramai dirasakan boleh untuk meningkatkan lagi mood Gangster didalam filem ini. Tapi aku paling suka dalam filem KL Gangster ni adalah watak Zizan yang slumber dan lawak yang membuatkan penonton ternanti-nanti kemunculannya dibabak seterusnya. Aaron Aziz sebagai pelakon utama juga dapat menarik mood penonton disebabkan wataknya yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan. So korang boleh la pergi panggung tonton filem ni.


Berkenaan NGO's:
Ada sebuah NGO mengatakan filem KL Gangster ini telah mencalarkan imej mereka. Bagi aku personally KL Gangster ni lebih kepada filem bercorak gangster cina dan bukan gangster melayu. Sebab dari gaya hidup, hierarki kumpulan sehinggalah percakapan semua menggunakan dialek Cina. NGO tersebut turut mengutuk filem KL Gangster kerana mempermainkan rahsia-rahsia mereka. Ni aku rasa kurang tepat sebab filem ni bergenre aksi/serious. Jika filem Kongsi aku pun naik meluat. Terlampau mempermainkan kedudukan NGO tersebut. Bagi NGO tersebut, diharap dapat teliti dan amik positif side dari filem di Malaysia. Di Jepun, Itali, Mexico ,ada sahaja orang membuat filem mengenai Yakuza, Mafia & Cartel. Tetapi mereka menerimanya kerana itu adalah realiti yang dapat menyedarkan masyarakat dengan moral berguna disebalik filem tersebut. 


Sekian dari aku, cakap banyak tak guna, baik korang tengok sendiri macam mana Aaron Aziz gaduh, Zizan buat lawak dan Sofi Jikan cakap bukan-bukan. Salam, Cheers.

Thursday, June 9, 2011

3 SPESIES MANUSIA YANG ADA KAMERA DSLR

Dekat KL ni, aku dok perhati ada 3 spesies manusia yang ada kamera DSLR. Satu spesies hobi diorang amik gambar, satu spesies ada DSLR buat cari makan, satu lagi spesies yang diberi nama BBNU. BBNU tu ape? BBNU tu maksudnya Budak Baru Nak Up.

Perbezaan ketara antara ketiga-tiga spesies ni adalah cara diorang pegang kamera. Bagi yang hobi diorang amik gambar, tali kamera tu mesti dekat bahu diorang. Sebab nanti senang nak ambil gambar kalau nampak benda pelik-pelik. Bagi spesies cari makan, korang tak akan nampak kamera diorang sebab selalunya diorang simpan dalam beg. Bagi spesies BBNU ni, korang senang nak perasan sebab tali DSLR tu tersangkut je dekat leher diorang.

Perbezaan kedua, dari segi kegunaan kamera DSLR tu sendiri. Bagi spesies hobi, diorang akan ambil gambar permandangan, benda-benda pelik dan jarang sekali mengambil gambar kawan-kawan diorang. Kalau BBNU, diorang guna kamera DSLR yang harga beribu-ribu tu hanya untuk posing camwhore di depan kamera. Untuk spesies cari makan, diorang ni saving nak guna kamera DSLR, sebab nanti cepat nak kne servis. Jadi diorang akan guna untuk ambil gambar client diorang je.

Perbezaan ketiga dan terakhir, adalah dari segi penjagaan kamera diorang. Bagi yang hobi dan cari makan, diorang akan jaga kamera diorang sehabis baik. Kalau tengah ambil gambar, tetiba hujan pulak, diorang akan terus simpan dalam beg. Tapi bagi BBNU pulak, biar ribut taufan mahupun tsunami melanda, diorang akan tetap mengantung kamera diorang di leher. Sebab kamera DSLR ni digunakan sebagai bahan perhiasan sama seperti rantai. Kalau pergi pulak rumah spesies hobi dan cari makan. Korang susah nak jumpa kamera DSLR dekat rumah diorang. Diorang akan simpan di dalam DryBox ataupun beg. Bagi rumah yang ada BBNU ni, DSLR boleh kira macam perhiasan diatas meja makan. Sentiasa disitu walaupun tengah makan.

Sekian sahajalah al-kisah 3 spesies manusia yang ada kamera DSLR. Jadi bagi sesiapa tak kisah la spesies mana pun, harap jaga elok-elok kamera DSLR korang. Sebab kalau sekali dah rosak, mau kena sampai 5 6 ratus untuk repair. Tak ke membazir tu. Kalau boleh pakai dengan berhemat. Bagi BBNU pulak, jaga-jaga dengan kamera korang. Jangan dok asyik tayang kat orang. Sebab sekarang ni banyak orang meragut kamera pulak sebab lagi berharga daripada beg tangan. Sekian, Salam, Cheers.

Ni spesies hunter ni. Banyak betul kamera dengan lense dier.

MELAYU OH MELAYU!!!

Salam, mungkin agak kontrovesi apa yang aku akan tulis hari ni. Tapi aku tulis ada sebabnya dan sebabnya sangat signifikan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Melayu mudah dijajah?? betul ke?? betul tak betul kita baca sama-sama.

Dulu apabila British menjajah Tanah Melayu, siapa yang jadi tali barut British?? Melayu juga. Undang-undang sekarang ni yang ada dekat Malaysia, siapa yang kekalkan?? Melayu juga. Kenapa semua ni mesti melayu?? Mudah sangat ke pemikiran orang melayu ni dijajah berbanding bangsa lain??

Dekat Malaysia ni ada banyak parti politik. Tapi korang tengok sendiri parti politik mana yang selalu bergaduh dan menghiasi surat khabar kat Malaysia ni. Parti politik orang melayu juga. UMNO gaduh sama PKR dan PAS. Ada korang tengok MCA atau MIC gaduh besar-besaran dengan DAP?? tak ada semua tu. Melayu juga jadi mangsa.

Kalau dulu cuma ada satu pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya DUN & PARLIMEN. Sekarang ni ada pula pilihanraya ketua kampung dan pilihanraya masjid. Pilihanraya ni semua dilakukan dalam kawasan orang Melayu. Melayu lagi kena. Cuba korang fikirkan sejenak kenapa Melayu ni mudah sangat dijadikan bahan ujikaji atau tikus makmal??

Kalau dulu, Malaysia ada 3 parti politik Melayu yang aku boleh katakan cukup stabil. UMNO dengan matlamat bangunkan melayu, PKR dengan matlamat mambangunkan rakyat, PAS dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara islam. Aku tengok ketiga-tiga ni dah cukup stabil dalam mengimbangi struktur orang Melayu di Malaysia. Tup tup baru-baru ni, PAS tukar pulak ke arah negara kebajikan. Bukan ke kebajikan tu PKR dan UMNO dah buat. Dah jadi tak stabil balik. Ni semua sebab apa, sebab Melayu gila kuasa. Nak sangat berlari ke Putrajaya tu. 


Melayu tak bersyukur pulak dah. Pelajar Melayu diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke India boleh tak puas hati. Sebab apa, kenapa dia dapat 9A tak plus tak dapat pergi Ireland ke London ke. Ape punya orang da. Dah dapat biasiswa pun nak kecoh-kecoh lagi. Ada juga yang dah dapat masuk universiti dekat Malaysia ni tak puas hati juga sebab tak dapat pergi oversea. Salahkan kerajaan, salahkan JPA salahkan semua orang kenapa tak dapat pergi oversea. Kita kena ingat, kalau kita pandai, ada orang lagi pandai dari kita.

Mentaliti kebanyakan orang melayu. Jangan kawan dengan bangsa lain nanti sesat macam diorang. Cuba bagitau, Professor mana yang cakap macam tu?? Aku rasa kalau berkawan dengan bangsa lain lagi bagus. Sebab kita dapat belajar macam-macam dari diorang. Bila dah belajar, senang untuk kita jalankan kehidupan seharian. Soft skills pun akan bertambah. Sedangkan Rasullulah SAW bersahabat dengan mereka yang bukan beragama Islam. Jadi tiada masalah untuk kita bergaul tetapi kena tau batasannya. 

Satu lagi mentaliti orang Melayu yang tak pernah berubah. Kalau nampak orang Melayu lain maju kerja nak cantas je. Cuba jadi macam orang Cina berniaga. Kalau nampak orang Cina lain maju, diorang kan cuba lawan sampai maju macam tu. Tak perlu bomoh atau tangkal. Tak perlu jatuhkan orang untuk naik. Lagi bagus kalau sama-sama naik. Yang penting bisnes plan untuk maju macam orang lain.


Aku pun bukan seorang Melayu yang sempurna. Apa yang aku tulis pun berdasarkan pengalaman aku dan sedikit sebanyak ada juga dalam diri aku ni. Tapi walau macam mana pun, Melayu perlu berubah. Berubah kearah kebaikan. Aku pun ondaway nak berubah. Kalau tak, sampai bila nak tengok bangsa sendiri bercakaran. Sekian dari aku, Salam, Cheers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...