Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, June 10, 2011

KL GANGSTER REVIEW & NGO??


KL Gangster menerjah pawagam anda. Aku terus straight to the point tentang filem ni dan malas nak meleret-leret seperti selalu. Secara keseluruhannya memang penuh panggung orang nak tengok filem ni sampaikan aku terpaksa bergerak dari WangsaWalk ke KLCC untuk beli tiket.
 
Kelebihan KL Gangster:
Genre aksi yang ditonjolkan oleh pengarah Shamsul Yusof kali ni lebih logik berbanding KL Drift. Jalan cerita seakan-akan Young & Dangerous digarap kedalam filem ini oleh Shamsul Yusof. Babak aksi yang banyak ditunjukkan didalam filem ini memang memberi kesan kepada mereka yang menontonya. Aksi pergaduhan sudah tidak seperti dulu lagi dimana 4 lawan 1, sorang-sorang masuk nak pukul. Sekarang ni upgrade sikit. Shot-shot kejar mengejar dan pergaduhan diambil dengan sangat baik. Teknik panning dalam aksi kejar-mengejar merupakan salah satu teknik yang baru ditonjolkan dalam filem Malaysia.


Aksi pergaduhan yang real dengan meja patah, kerusi beterbangan dan peluh yang menitis.
Jalan cerita yang turut menerapkan isu-isu kekeluargaan dan keinsafan menarik minat penonton untuk menonton sehingga tamat filem ini. Selain aksi-aksi ganas seperti meja beterbangan, tumbukan padu ke muka dan tembak menembak, Zizan muncul di dalam filem ini sebagai penyeri dengan lawak jenaka yang tidak bodoh. Lawak jenaka Zizan dalam filem ni boleh dikira hampir setaraf dengan lawak dalam filem serious hollywood. Gabungan karekter pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan memang sangat menjadi. Watak mereka seperti saling menghidupkan antara satu sama lain. Watak Aaron Aziz sebagai abang gangster yang telah insaf sangat menjadi. Pergaduhan antara Aaron Aziz dan sesiapa sahaja kelihatan sangat benar dan kukuh.


KL Gangster aku boleh katakan antara filem yang korang disunatkan untuk tonton. Sebab nampak kematangan dalam filem Malaysia dan tidak bodoh sangat dibandingkan dengan filem Kongsi.


Keburukan KL Gangster:
Dari tajuk lagi filem ini sepatutnya dilabelkan sebagai 18SG/PL. Tiada kanak-kanak boleh menonton. Aksi pergaduhan yang terlampau banyak dan unsur-unsur negatif dalam filem ini boleh meresap ke pemikiran kanak-kanak walaupun terdapat moral dalam filem ini. Bagi watak pula, kesemua watak boleh dikatakan serasi kecuali watak Shamsul Yusof yang kadang kala aku lihat tidak kena pada tempat. Asal Melayu dan berkawan dengan Melayu dan India tetapi bercakap slang cina. Macam sedikit tidak kena. Shamsul Yusof seperti biasa kelihatan macam baca skrip tetapi ok skit dari dulu. 


Babak tidak logik jalan tengah bandar tak pakai baju.
Aksi tembak menembak yang berlaku di Petaling Street sangat tidak logik. Boleh dikatakan Petaling Street dipenuhi Polis, kumpulan Gangster. Mana mungkin sesuka hati orang masuk buat pasal tanpa kena tangkap. Pada awal babak, Adi Putra dengan tidak berpakaian mengejar orang di Petaling Street. Ni satu lagi tak logik orang dekat Malaysia jalan tak pakai baju pegang besi. Mungkin lepas ni kena cari port baru untuk filem Melayu selain Petaling Street. 


Penghujung filem ini juga agak tidak logik. 2 kumpulan gangster terbesar di KL bergaduh tetapi aksi yang ditunjukkan hanyalah Aaron Aziz memukul 4 orang dan juga Shark dan Adi Putra. Tidak ke pelik apabila seorang ketua gangster cuma ada 5 orang pengikut. Sangat tak best ending sebegini rupa. Aku harapkan pergaduhan paling sikit 100 orang tetapi yang ada hanyalah 6 orang.


Keseluruhan:
Aku boleh bagi filem ni 6.5 bintang kerana dari segi mutu pembikinan dan jalan cerita sedikit memberangsangkan dan tidak kelihatan terlalu bodoh dan tidak logik. Mungkin skrip dan slang pelakon boleh diperbaiki dan diperkemaskan lagi untuk memantapkan filem sebegini. Penggunaan pelakon yang ramai dirasakan boleh untuk meningkatkan lagi mood Gangster didalam filem ini. Tapi aku paling suka dalam filem KL Gangster ni adalah watak Zizan yang slumber dan lawak yang membuatkan penonton ternanti-nanti kemunculannya dibabak seterusnya. Aaron Aziz sebagai pelakon utama juga dapat menarik mood penonton disebabkan wataknya yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan. So korang boleh la pergi panggung tonton filem ni.


Berkenaan NGO's:
Ada sebuah NGO mengatakan filem KL Gangster ini telah mencalarkan imej mereka. Bagi aku personally KL Gangster ni lebih kepada filem bercorak gangster cina dan bukan gangster melayu. Sebab dari gaya hidup, hierarki kumpulan sehinggalah percakapan semua menggunakan dialek Cina. NGO tersebut turut mengutuk filem KL Gangster kerana mempermainkan rahsia-rahsia mereka. Ni aku rasa kurang tepat sebab filem ni bergenre aksi/serious. Jika filem Kongsi aku pun naik meluat. Terlampau mempermainkan kedudukan NGO tersebut. Bagi NGO tersebut, diharap dapat teliti dan amik positif side dari filem di Malaysia. Di Jepun, Itali, Mexico ,ada sahaja orang membuat filem mengenai Yakuza, Mafia & Cartel. Tetapi mereka menerimanya kerana itu adalah realiti yang dapat menyedarkan masyarakat dengan moral berguna disebalik filem tersebut. 


Sekian dari aku, cakap banyak tak guna, baik korang tengok sendiri macam mana Aaron Aziz gaduh, Zizan buat lawak dan Sofi Jikan cakap bukan-bukan. Salam, Cheers.

2 comments:

Ocin Chee said...

Jika betul NGO tersebut byk m'gunakan konsep kerahsiaan... cmner org luar leh tahu? Apa motif NGO tersebut ditubuhkan? lalalala~

Tinta Lana said...

wahh..cam pakar filem lak bila baca komen kimy..hehe. lana tak sabar nk tunggu transformers 3 ni..oh robotku..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...