Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, June 9, 2011

3 SPESIES MANUSIA YANG ADA KAMERA DSLR

Dekat KL ni, aku dok perhati ada 3 spesies manusia yang ada kamera DSLR. Satu spesies hobi diorang amik gambar, satu spesies ada DSLR buat cari makan, satu lagi spesies yang diberi nama BBNU. BBNU tu ape? BBNU tu maksudnya Budak Baru Nak Up.

Perbezaan ketara antara ketiga-tiga spesies ni adalah cara diorang pegang kamera. Bagi yang hobi diorang amik gambar, tali kamera tu mesti dekat bahu diorang. Sebab nanti senang nak ambil gambar kalau nampak benda pelik-pelik. Bagi spesies cari makan, korang tak akan nampak kamera diorang sebab selalunya diorang simpan dalam beg. Bagi spesies BBNU ni, korang senang nak perasan sebab tali DSLR tu tersangkut je dekat leher diorang.

Perbezaan kedua, dari segi kegunaan kamera DSLR tu sendiri. Bagi spesies hobi, diorang akan ambil gambar permandangan, benda-benda pelik dan jarang sekali mengambil gambar kawan-kawan diorang. Kalau BBNU, diorang guna kamera DSLR yang harga beribu-ribu tu hanya untuk posing camwhore di depan kamera. Untuk spesies cari makan, diorang ni saving nak guna kamera DSLR, sebab nanti cepat nak kne servis. Jadi diorang akan guna untuk ambil gambar client diorang je.

Perbezaan ketiga dan terakhir, adalah dari segi penjagaan kamera diorang. Bagi yang hobi dan cari makan, diorang akan jaga kamera diorang sehabis baik. Kalau tengah ambil gambar, tetiba hujan pulak, diorang akan terus simpan dalam beg. Tapi bagi BBNU pulak, biar ribut taufan mahupun tsunami melanda, diorang akan tetap mengantung kamera diorang di leher. Sebab kamera DSLR ni digunakan sebagai bahan perhiasan sama seperti rantai. Kalau pergi pulak rumah spesies hobi dan cari makan. Korang susah nak jumpa kamera DSLR dekat rumah diorang. Diorang akan simpan di dalam DryBox ataupun beg. Bagi rumah yang ada BBNU ni, DSLR boleh kira macam perhiasan diatas meja makan. Sentiasa disitu walaupun tengah makan.

Sekian sahajalah al-kisah 3 spesies manusia yang ada kamera DSLR. Jadi bagi sesiapa tak kisah la spesies mana pun, harap jaga elok-elok kamera DSLR korang. Sebab kalau sekali dah rosak, mau kena sampai 5 6 ratus untuk repair. Tak ke membazir tu. Kalau boleh pakai dengan berhemat. Bagi BBNU pulak, jaga-jaga dengan kamera korang. Jangan dok asyik tayang kat orang. Sebab sekarang ni banyak orang meragut kamera pulak sebab lagi berharga daripada beg tangan. Sekian, Salam, Cheers.

Ni spesies hunter ni. Banyak betul kamera dengan lense dier.

10 comments:

syrupmasin said...

haha..sangat setuju :D

beloghakimy said...

syrupmasin : bagus kerana bersetuju... heheheh :))

adwafarahin said...

gamba last x tahan..hahah

Wuucin said...

akimy sgt memahami.. TQVM lah!
hee~~

belogkiter said...

sangat setuju. serius.. tapi bf saya ada satu lagi spesies pelik. kedekut. asyik simpan je kat rumah. takut rosak. masa memula dulu.. penat suh saya posing sana sini. hihi

aRaN said...

hang spesis main tinggal.tak tau letak mana. pastu serabut tanya orang. cam celaka perangai haahahaha

bedpet said...

haha. yg BBNU tu mmg betul. duk gantung ke hulur ke hilir camera tu kat leher. ragut dek org, putus kapla. hoho

cik husna said...

eh2..bile dpikir2an blik, betulla beza abtra 3 spesies pemilik DSLR neyh..nice entry :)

Hanis Manis said...

haha. yang aran cakap tu lawak. tapi betol. i notice this. mmg obvious gila.

TRENDY kot. bahahaha.

RNS said...

zaman sekarang ni memang ramai yang nak DSLR. dah memang trend sekarang..
ada sesetengah guna DSLR tapi cara guna macam digital biasa je. baik x payah kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...