Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Tuesday, November 23, 2010

FIELDTRIP FRASER HILL 2010

Salam kepada semua. Okey setelah lama aku menjanjikan kenangan aku semasa aku di Fraser Hill 2 minggu lepas, posting kali ni aku akan tunaikan hajat tu. Aku akan share kat korang semua pengalaman aku untuk kali ke-5 berada di Fraser Hill bagi melakukan kajian untuk tesis aku. So aku huraikan pada gambar-gambar yang akan aku upload kat bawah ni.

Ini adalah kawasan Pusat Penyelidikan UKM di Bukit Fraser. Terdapat sebuah banglo (banglo la sangat) tandas dan yang paling penting ada Astro.

Ni adalah jalan masuk. Jalan masuk dari pintu utama lebih kurang 700meter mendaki. Sampai-sampai kawasan Pusat Penyelidikan akan nampak signboard ni.

Teratak dibelakang tu adalah tempat tinggal aku dan kawan-kawan kalau rumah banglo dihadapan fullhouse.

Baru ja 10 minit perjalanan didalam hutan kami terserempak dengan ular daun yang sangat gemar mematuk ni. menakutkan juga la. Nasib baik sempat mengelak, kalau tak .......

Lepas jumpa ular jumpa lipan berwarna hijau berkaki oren ni. Lipan ni boleh dikategori sebagai metroseksual sebab warna dia sangat menarik perhatian. First time jumpa. Memang teruja bangat.

Ni adalah aku. Hakimy Jury yang terjelepuk jatuh kecepes di kawasan lurah yang sangat curam dan licin. Dekat lurah ni 3 kali aku jatuh. tak pernah aku masuk hutan ni jatuh sebanyak ini.

Aku sedang beraksi mengira diameter pokok yang telah ditandakan. Macam nak bersilat pun ada. Yang pakai baju biru tu eddie kawan setesis aku.

Sapa yang tak kenal dengan Periuk Kera. Banyak periuk kera dalam hutan ni. untuk makluman korang, periuk kera juga digunakan dalam penyelidikan untuk mengurangkan hakisan tanah di cerun bukit.

Sand King(nama dalam game DOTA) Ni scorpion yang unik sebab warna dia hijau. Selalu kita tengok warna hitam tapi dekat hutan Bukit Fraser ni dia dah transform jadi warna hijau.

Ni la geng-geng penyelidik Bukit Fraser. dari kiri aku(Hakimy), Tze Tze(Aminah, nama di Fraser), Lukman(Askar Hutan), Kak Fiza(Research Officer) & Eddie(Daud, nama di Fraser).

Ni adalah antara pokok terbesar di Fraser Hill iaitu pokok Rhu Bukit. Diameter sekitar 5 pemeluk @ 500 cm. Tinggi pulak menyamai bangunan 6 tingkat.

Geng-geng Fraser dan juga pegawai-pegawai sains dari kiri, En. Rahim, Aminah, Abg Afiq, Daud, Pak Ali dan seperti biasa aku hujung sekali.

Setelah penat mendaki dan menuruni denai Jeriau, Bukit Fraser. Kitorang dihidangkan dengan lemang yang dimasak khas oleh Abg Lan dan Abg Zul. Diorang ni juga merangkap pemandu van kitorang yang sangat sporting. Tabik Spring satu.

Okey ni adalah antara gambar-gambar kenangan semasa aku di Fraser Hill. Lepas ni kalau korang nak pergi Fraser Hill boleh tanya aku apa-apa yang menarik dekat sana. Kira aku ni dah tahap bawah Pro skit kalau nak bercerita tentang Bukit Fraser. ehhehehe. So sekian dari aku, Salam, Cheers.

7 comments:

~ i K i N ~ said...

hahaha~ tuhh la suprise yg k.fizah ckp tuh?
hadoii3 siap bakar lemang kt atas bukit lg tuhh..

askar hutan?
pun bole. =.="

Aku Hakimy said...

ikin: tu la lomang diatas fraser hill.. memang sodap.. askar hutan la duduk dalam hutan...

anamizu said...

lemang special betol nih! hihi

~ i K i N ~ said...

hahahaha~ xpe, dress up pun da mcm askar. =.="
laki aku laki aku. haha.

org xraye g time tuhh korg da bakar lomang da,
plan bbq jd ke?
*nk ikut nk ikut nk ikut*

fyna said...

nak masuk hutan gak!!!!!!! wuuuuuu jeles ni..

Anna Boleyn said...

gile arh...takut den tngk semua haiwan yg kamu jumpa..

sherylelife said...

wow .. nie my 1st time actually nk pergi fraser hill .. nak pergi esok sbb buat field work for biology .

=)

(tersinggah di sini .. =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...