Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, June 15, 2011

CARA-CARA MENGENALI BBNU !!!

BBNU?? Kepada yang tak tahu apa itu BBNU boleh klik ke link BBNU . Okey BBNU adalah singkatan kepada Budak Baru Nak Up. Apa tu budak baru nak up?? ha meh sini aku nak explain dekat korang apa itu BBNU. BBNU secara ringkasnya adalah budak-budak yang sedang meningkat usia remaja. Biasanya kita boleh tengok spesies BBNU ni dalam lingkungan usia 15-19 tahun. Purata mereka yang akan berkecimpung dalam dunia BBNU ni adalah pada usia 15 tahun bersamaan dengan tingkatan 3. Sebab apa aku cakap macam tu. Sebabnya Tingkatan 3 ni boleh dikira senior disekolah bagi menengah bawah. So time ni la start mempelajari ilmu menjadi seorang BBNU yang berjaya. Ada juga BBNU terlajak, tapi selalunya tak lebih umur 25 tahun.

Cara mengenali BBNU:

1. Cara pergaulan. BBNU biasanya akan datang dalam satu kumpulan kecil. Senang sangat nak cam sebab diorang ni kalau keluar gi memana akan pakai pakaian yang seragam. Maksudnya, dalam kumpulan 3-5 orang, fashion yang diorang pakai semua sama. Yang lain cumalah saiz dan warna. Kalau sorang pakai baju topshop fit besbol tu semua akan ikut.


2. Cara percakapan. Kalau dah nama pun BBNU, kalau diorang cakap pun mesti mau nak UP juga. Kalau pegi kedai nak beli apa-apa. Diorang tak cakap "Bang boleh bagi saiz XXS". Diorang akan cakap macam ni "Bro bagi aku saiz XXS". Cakap mesti mau up. Kerek tu penting yela bawak member ramaikan.

3. Cara pemakaian. BBNU ni suka trend fashion semasa. Tak kisah la trend K-Pop, J-Pop, Skinhead, Punk dan seangkatan dengannya akan diorang tiru. Yang paling tak boleh blah, kalau setakat tiru pakai ala kadar tak apa, ni nak tunjukkan yang diorang ni Punk atau K-Pop hardcore, sanggup diorang pakai baju kot hitam dengan sarung tangan bagai jalan dekat Bukit Bintang pukul 12 tengahari. Dah macam mamat Bangladesh melancong kat Malaysia. Satu lagi, tak kira BBNU lelaki atau perempuan, pakaian diorang mestilah pakaian yang paling kecil yang ada dipasaran. Kalau badan saiz XXL, diorang tetap akan cari baju saiz M habis besar pun.


4. Penggunaan gadjet. Gadjet yang wajib ada bagi BBNU adalah DSLR. Yang ni lawak. DSLR adalah gadjet serba guna bagi BBNU. Kegunaan pertama adalah sebagai perhiasan di leher. Benda alah berat sekilo camtu selamber je gantung kat leher satu hari suntuk. Dah macam tangkal azimat pun ada. Kegunaan kedua adalah sebagai cermin ajaib. Kalau korang perasan, BBNU (selalunya perempuan) akan amik gambar sendiri lepas tu tengok cantik ke tak, baju okey ke tak, rambut warna merah cun ke tak. Kegunaan ketiga adalah sebagai menandakan tahap keotaian. Kalau dalam satu kumpulan BBNU tu, paling ramai pun 2 orang je ada DSLR. So sapa yang ada DSLR ni boleh kira macam abang kawasan la.


5. Tempat BBNU melepak. BBNU ni lepak tempat yang UP je. Tak ada plak aku tengok BBNU lepak dekat Sogo atau Jalan TAR. Tempat utama BBNU adalah Bukit Bintang dan Times Square. Kat sini kalau korang nak tengok BBNU memang banyak. Satu lagi tempat BBNU mengadakan reunion adalah di Gig-gig. Kat sini tugas BBNU adalah sebagai tukang jerit. Memang suka sangat jerit sambil lompat-lompat. Sebab apa diorang ni melekat dekat gig sebab tak cukup umur nak masuk disco atau kelab malam.


6. Perkara BBNU suka buat. Oleh kerana BBNU ni kebanyakan tak cukup umur, diorang ni suka sangat tengok wayang yang 18 PL/SG/SX. Muka budak-budak ada hati nak tengok cerita dewasa. Pernah sekali masa nak masuk tengok Fast Five. Abang TGV menjerit "Siapa yang bawah umur tolong tukar tiket tengok cerita kartoon". Tergelak aku tengok sebilangan besar BBNU terpaksa hampa dan kebanyakannya refund duit tiket. Yang terakhir, BBNU ni akan ikut peredaran dunia semasa. Aku cerita pasal dunia tarian semasa. Kalau dulu breakdance semua BBNU wajib break sana break sini. Lepas abis breakdance pergi pulak ke shuffle. Sanggup pinjam video kamera ayah nak rakam shuffle.


Setelah berhujah panjang mengalahkan student LAW di UKM yang "ranchak" itu. Aku menamatkan penulisan aku ni dengan Sekian, Salam, Cheers. 

p/s: Banyak lagi nak tulis. Sebab BBNU ni ada lagi sub spesies die. Nanti aku sediakan satu post pasal Sub-Spesies BBNU.Insyallah.


BBNU tahun 90an






10 comments:

Wuucin said...

pagi2 dah bebel ;p

Hanis Manis said...

kalau yang bab gadjet tu, jgn lupa fixie kahkah. tggu ah nanti zaman long board ke, surf ke. habis ah semua pakai ala2 skaters pegi pavi.

trendy.


wei wei wei, ayat last sekali tu makan dalam wei. kihkihkih.

beloghakimy said...

hanis manis: ayat last tu ko kenal ke sape?? tu atas permintaan aran.. hahaha

wuucin: biar la nak bebel. jeles la tuh..

aRaN said...

mana ada aku mintak?? suka hati ja pakai nama aku

beloghakimy said...

aran: ko cakap semalam mintak backup.. aku backup la.. hahaha..

aRaN said...

macam celaka pya kawan. hahahaha

ariph™ said...

tiba2 gua tringen nak jadi bbnu. hahahaha

zuri amani said...

buat research ke hape? kelako but yet true.

+ Misz Anna D + said...

I can't help but agree with your opinion on BBNU. Like a bullet straight through the brain =D Keep on writing Bro & your writing inspires me.

Salam Ramadhan,
Diyana

faiz amir said...

terbaek dari ladang , haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...