Kantin PFS masa aku belajar dulu berkonsepkan food court. Bukan senang nak cari food court dekat sekolah. Adalah dalam 8 - 10 kedai kalau tak silap aku. Cakap ja nak apa semua ada. Nak nasi kandaq lauk telur dadar kerang pun ada, nak char kuey teow pun ada jugak. Tak adalah aku kena makan nasi lemak je hari-hari. Kantin aku ni betul-betul 1Malaysia sebab ada ruangan peniaga Melayu, Cina dan India. Semua di bawah satu bumbung. Tapi sekarang aku tak sure macam mana keadaan kantin PFS sebab dah 6 tahun tak melawat.
![]() |
Ni la kantin dekat PFS, cafe ni memanjang sampai la ke hujung tu. Banyak kedai dan pilihan makanan. Credit: famouschris.com |
Tapi cafe jahanam ni akan tetiba jadi macam restoran first class bila Jabatan Kesihatan datang nak buat pemeriksaan. Masa tulah kalau korang nak makan steak, chicken chop, mix salad ke semua ada. Dia punya bersih jangan cakap la, nak cari lalat terbang memang jauh sekali, lantai macam baru tukar tiles, dapur berkilat ja. Ni la masalah peniaga di Malaysia. Bila dah nak kena rush dengan Jabatan Kesihatan baru la semuanya tip top.Serius perangai macam HELL.
Aku dah taknak tulis lagi, sebab makin panjang aku tulis makin banyak caci-maki dan dosa aku buat. Kepada peniaga kantin atau cafe, lebih-lebih lagi di sekolah, matrik atau universiti, jagalah tahap cafe korang, bagi makanan yang berkhasiat dekat student-student sebab kami ni student bukan stupid. Keuntungan berniaga cafe dan kantin ni memang sentiasa ada sebab dah korang monopoli kawasan tu. So apa bagi la yang terbaik. Utamakan kebersihan sebab kitorang tak nak makan nasi lemak 50 sen berlaukkan lalat masak sambal. Sekian sahaja, salam, Cheers.