Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, April 21, 2011

JANGAN IKUT AKU!!!

Dah malam-malam sebelum tidur, aku nak tulis entri pengalaman aku. Maybe bukan aku sorang je merasakan pengalaman ni, tapi semua orang penah rasa pengalaman ni. Pernah tak korang pergi kedai mana-mana kat shopping kompleks, ada promoter ikut belakang korang??

Aku rasa agak annoying kalau ada promoter ikut aku masa aku tengah pilih barang-barang. Kalau benda yang aku nak beli tu perlukan explanation ke tak pa la jugak kalau nak ikut, ni sampai aku nak tengok stokin pun dia ikut. Al maklum la aku masa tu gatal nak masuk butik Hugo Boss. Tapi bukan nak kata, kedai jual benda murah-murah pun nak ada promoter ikut. Yang aku tension, lepas aku pegang benda, promoter tu terus betul-betul cek-cek benda yang aku pegang. Macam la tangan aku ni ada api boleh rosakkan barang kalau pegang.

Korang sendiri pun akan rasa rimas kalau ada orang ikut belakang, betul tak.Satu benda yang aku tak berkenan kalau masuk kedai atau butik mahal-mahal, promoter diorang akan tengok atas bawah atas bawah. Macam la aku ni perompak. Taik lembu betul. Tapi kalau Mat Salleh masuk bukan main lagi cakap Welcome Sir can i help you sir. Fcuk betul. Kalau tak percaya cuba korang masuk butik LV, Burberry, Hugo Boss atau mana-mana butik barang branded di Malaysia. Semua sama ja.

Lain pula yang berlaku di oversea. Mak aku masuk butik LV dengan abang aku, promoter tu layan setiap tetamu dia equally. Tak ada Double Standard terhadap pelancong atau rakyat tempatan. Hospitality diorang masa mak dan abang aku ada dalam butik tu cukup marvelous. Tak ada pun yang ikut belakang, tapi diorang akan datang kalau kita nak tanya something.

Gambar cashier je ada. Gambar promoter tak jumpa so aku letak je la. Sekadar hiasan.
Bezakan Malaysia dengan Oversea.Mentality sangat berbeza. Tapi apa-apa pun, kepada promoter yang terbaca ni, jangan anggap orang selekeh-selekeh masuk butik mahal-mahal tak ada duit. Kadang-kadang yang pakai selekeh-selekeh ni yang keluarkan kad kredit Platinum. Sekian menutup tirai hari ni. Salam, Cheers.

6 comments:

~ i K i N ~ said...

muahahaha~ selalu ade promoter cani. aku kalau masuk kedai dorg ikut cani, mmg aku jadi bengang. terus xjd nak belek n beli. kadang2 aku sound je, "i need my privacy". blah terus promoter tuh..

next time cube ko try plak kimy~

beloghakimy said...

aku bukan setakat cakap i want privacy.. aku cakap nak bermesra dengan awek pun ssh.. terus dia chow.. hahaha

nub said...

dah la depa slalu kata muka aku x soft skin, x crystal clear bagai.. puihhh!

haha

beloghakimy said...

nub: ape kena mengena muka dengan promoter?? hahahaha.. ko pakai topeng mana nmpk muke..

Nur Diyana Mukhtar said...

selalu yana xkan masuk kedai2 cmni.. potong ghairah na membeli.. hahaha

beloghakimy said...

yana: bukan main lagi, nak beli barang pun kene ghairah ek.. ahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...