Salam guys and girls. Sorry for the late update. Sebenarnya aku baru balik daripada fieldwork atau nama lainnya kerja lapangan. Kerja lapangan aku berlangsung di Fraser Hill. Ini kali ketiga aku pergi fieldwork dekat Fraser Hill. Alhamdullilah aku berjaya mengharungi onak dan duri dari pohon-pohon berduri didalam hutan dekat fraser hill tu. Penat memang penat dan meletihkan. Aku dah rasa tak ingin pergi lagi sebab penat kot.
Cuba korang bayangkan, perlu berjalan selama 1 jam 30minit didalam hutan, kemudian aku kena belai pokok-pokok dalam hutan tu untuk mendapatkan diameter dia. Tak cukup dengan tu, aku kena bagi nama dekat pokok-pokok dalam hutan tu dan memakaikan nama tag dekat pokok-pokok tu. Dah la penat buat tu, ditambah lagi dengan mengambil tanah di kawasan kajian aku tu sebanyak lebih kurang 20kg dan berjalan semula keluar daripada hutan tu. Memang macam tutttt la.
Tapi fieldwork kali ni sedikit menarik sebab aku terjumpa makhluk baru iaitu isteri shrek. Tinggi dan paras wajah dia memang lebih kurang isteri shrek. hahahaha. macam-macam ada dekat Fraser Hill ni rupanya. Isteri shrek tu sebenarnya kawan satu group masa presentation aku.hahahah. Aku dekat sana mengelarkan member aku tu Orge dalam bahasa melayunya gergasi.ehhe. Aku tak da masa nak upload gambar sebab aku baru sampai dalam 20minit yang lalu.
So korang tunggu la koleksi gambar aku semasa di Fraser Hill k. Need a break, penat sangat macam nak terbang jek. Wasalam.. Cheers.
No comments:
Post a Comment