Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, November 6, 2010

PEREMPUAN TUDUNG VS PEREMPUAN FREE HAIR!!!!! PART 1

Salam semua pembaca-pembaca aku yang setia. Hari ni aku akan menulis mengenai kisah Perempuan Tudung Vs Perempuan Free Hair. Apa yang aku tulis adalah hasil temuramah aku dengan seorang lelaki dan aku cuba olah sikit-sikit. Untuk posting kali ni, responden menyokong perempuan free hair.

AMARAN KERAS: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BERWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.


VS



1. Apa beza perempuan tudung & perempuan free hair?
Perempuan tudung tutup kepala pakai kain perempuan free hair biar ja rambut diorang dilihat orang. 

2. Apa yang ko suka dengan perempuan tudung?
Aku suka kalau tetiba dia pakai tudung pastu bukak tudung nampak masa dia free hair. Aku nak tengok comel ke tak. Selalunya tak comel.

3. Apa yang ko suka dengan perempuan free hair?
Aku suka tengok rambut diorang yang macam-macam gaya. Lagi satu kalau perempuan tudung ni dia hipokrit tak macam perempuan free hair.

4. Kenapa ko cakap perempuan tudung hipokrit?
Ko nak tau sebab apa, ko pergi la tanya perempuan pakai tudung sebab apa diorang pakai tudung. Mesti ada yang jawab pakai tudung sebab dari kecil dah pakai,kalau tak pakai nanti mak bapak marah, tak biasa la kalau tak pakai tudung, kalau tak pakai tudung muka tak lawa, pakai tudung sebab rambut tak lawa. Macam-macam la. 

5. Kenapa ko cakap perempuan free hair tak hipokrit?
Sebab diorang tak pakai tudung. Diorang tak hipokrit untuk nampakkan diri diorang baik. Biar diorang ja yang tahu baik buruk diri sendiri. Nanti kalau diorang dah insaf mesti diorang pakai tudung dan lagi bagus daripada orang yang pakai tudung dari kecil sebab rasa terpaksa.

6. Kenapa aku tengok ko macam tak suka sangat dengan perempuan pakai tudung?
Okey, aku nak cerita kat ko kisah aku masa kapel dulu, aku pernah kapel dengan sorang perempuan tudung ni. Memang comel la tak perlu dikata, nampak sopan, baik. Tapi semua tu hanyalah kerana dia pakai tudung, aku nampak dia baik. 

Rupa-rupanya dia ni spesies yang playgirl, pantang ada lelaki tegur sikit je, mula la dia perasan dia lawa dan attractive sangat. Mula tergedik-gedik sana sini. Kadang-kadang depan aku pun dia camtu. Siap bagitau roomate lagi eh lelaki ni tengok dia, lelaki tu tengok dia. Aku tak tahu tapi roomate dia yang free hair bagitau aku perangai dia ni. Apa lagi, terus la aku belah dengan hati yang terluka sebab kena tipu dek tudung yang dia pakai atas kepala tu.

Lagi satu, perempuan tudung ni aku tengok  kalau dah ada boifren boleh pulak bukak tudung bagi boifren tengok. Sama ja tu kiranya dengan perempuan free hair. Bukan main lagi MMS gambar free hair posing camni dan camtu. 

7. Dah tu kenapa ko macam suka sangat dengan perempuan free hair? 
Aku suka diorang ni sebab diorang ni lagi baik daripada perempuan yang pakai tudung. Bagi aku, perempuan freehair ni lagi susah untuk didampingi daripada perempuan pakai tudung. Lagi satu, perempuan free hair ni kalau kita nak sembang-sembang diorang ni open minded & terus terang. Kira semuanya dia bagitau la tak main nak tapis-tapis. Kalau perempuan bertudung, kalau sembang banyak yang bajet cun, cakap pun baik-baik tapi pada hakikatnya lagi jahat daripada aku.

Aku pernah cuba ngorat perempuan pakai tudung, semua beri balasan positif padahal baru first time tegur. Kalau permpuan free hair ni, sampai aku dah habis sweet pun dia buat tak layan ja. Aku tengok member-member aku, kapel ngan perempuan pakai tudung, keluar jalan-jalan pegang tangan la pelok-pelok la. Tak malu ke dengan tudung atas kepala tu. Kalau perempuan free hair, jarang aku tengok yang sampai pelok-pelok. Habis-habis pun pakai sexy dan pegang-pegang tangan. Takpa la dah memang diorang free hair.

8. Apa nasihat ko kepada perempuan pakai tudung?
Kalau dah pakai tudung tu, buat cara pakai tudung. jangan pula nak pakai baju yang kadang-kadang lagi daring daripada perempuan freehair. Pakai tudung dengan ikhlas kerana Allah dan bukannya sebab adik beradik ke, mak bapak marah ke, tak cun kalau free hair ke. Jaga kelakuan jangan depan nampak baik belakang peluk-peluk dengan boifren, buat bukan-bukan siap kena rakam 3gp lagi.

9. Nasihat ko kepada perempuan free hair?
Aku tau aku banyak support korang, tapi tak semua sebaik yang aku cakapkan. Yang penting korang jangan hipokrit dan terlampau keterlaluan. Jangan terlalu membangga diri dan merasakan diri tu hot. Padahal ramai lagi yang hot dari korang. Dan satu lagi, kalau korang nak pakai tudung pikir masak-masak sebab jangan bila dah pakai tudung perangai serupa masa korang freehair.

Komen aku: Macam-macam orang sekarang ni. Aku tak menyokong mana-mana pihak tapi aku akan cuba bawakan penyokong perempuan tudung untuk temuramah yang akan datang. Bagi aku tak kisah macam mana pun korang, bertudung atau tak pandai-pandai la korang jaga diri. Jangan terjebak ke dunia yang lain. Korang kena pandai menilai sesuatu tu. Dan jangan ikutkan hati je sebab kalau ikutkan hati mati nanti. Sekian daripada aku. Cheers.
Yang Melaporkan,
HakimyJury
 

21 comments:

Mimi Saidi said...

aku suke yg no 8 tu je..

beloghakimy said...

hehehehe... aku pun suka part tu...

ashraf said...

budak mana ko interview ni? rasa mcm kurg ilmu agama je

beloghakimy said...

tu la... aku cari bebudak tepi jalan yang aku rasa boleh bersembang aku interview... banyak juga la dalam 4 orang aku interview...

~ i K i N ~ said...

haha! akhir nye kuar jugak post nih.
yg kesah silam ko tuh mcm aku tauuu..
yg jd kn ko fobia ngan org pki tudung..
kihkih!

Mel said...

peribahasa lama - dont judge a book by its cover, bebeh! XP

Hanis Manis said...

jawapan no 6 tu macam familiar je? errrr?

beloghakimy said...

ikin: ni aku interview orang.. kisah silam aku belum kuarkan lagi.. hehehe

anjell: memang la... dont judge the book by its cover..

hanis: hahahahah.. yang tu aku tak tau.. no comment...

atyn said...

mmg krg ilmu agama klu bab pakai tudung sbb mak ayah suh..
tp agk krg setuju gan ayt ni
"Dan satu lagi, kalau korang nak pakai tudung pikir masak-masak sebab jangan bila dah pakai tudung perangai serupa masa korang freehair."
spatutnye hakimy kne la galakkn drg pakai tudung.."pikir masak2" tu mmg x sesuai la
sbb mmg tuntutan islam suh tutup aurat..
n jgn la tlalu m'hina org pakai tudung ni..
bg saya la ayt hakym cm lbh m'galakkn freehair..
maaf la yea ni pdpt saya sndiri..papepn saya setuju gk bbrpa pdpt hakimy tu ^_^v

beloghakimy said...

saya pun tak bersetuju, sebab tu nanti ada part 2 saya interview sorang lagi yang membangkang keras responden yang pertama ni.

Ini berdasarkan kisah sebenar dari responden yang berbeza.

p/s: saya hanya wartawan yang menanyakan soalan, orang lain yang jawab jadi saya tulis je la.hehehe

atyn said...

oh ok..;)

Anonymous said...

sebab ko tak jumpa perempuan yang pakai tudung yang betul-betul baik n aku tak setuju kebanyakan yang dinyatakan.

beloghakimy said...

ni hanya interview... seperti yang aku cakap sebelum-sebelum ni.... hehehehe.... siap dah letak warning tu... kalau boleh letak nama k.... hehehe..

Buin said...

ini interview seorang lelaki jew kan?cuba la buat 2 3 interview dengan lelaki yang lain pulak..nak taw pendapat diorang yang lain..xboleh la nak direct terus yang perempuan free hair tu lagi baik dari yang bertudung.

beloghakimy said...

ada interview untuk part seterusya... sabar ye buin.. hehehe

zey said...

aq rasa cam nak bangkang je...tp aq open, aq suka dengar perspektif org.
perempuan...
sebab tulah perempuan perlu seorang lelaki untu guide dia...apa ada hal kalau perangai teruk pon, lepas kawin elok la tu perangai....

cekidoud mine : http://hanyfly.blogspot.com/2011/01/girls-versus.html

mamaMIM said...

hmmm.
aku cume nk perbetulkan pemikiran org ISLAM kite.
bertudung adalah HUKUM ALLAH.
die pkai tudung tp hati die busuk or mulut die cm longkang pon, yg penting HUKUM ALLAH yg pertama die dh ikot.
so kite ni sape nk pertikaikan org.

ereading said...

pakai tudung tp speder sll jer tertangal...

Unknown said...

Abis yang dlu free hair then pakai tudung . Hipokrit ke ?

Joe Zainol said...

Yang tak pakai tudung sebab bimbang boss bagi bonus sikit, gaji kecik pun adaaa.. mulut kata takut tuhan, ini jenis sembang parpu kari..

Ada yang pakai tudung kat rumah, buka tudung kat luar.. ini jenis binatang dua alam..

Ada yang pakai tudung siang malam pagi petang tak kira masa..ini jenis boleh nampak malaikat maut dok cabut nyawa.. 😆

Unknown said...

Biar freehair tpi dalaman tu bersih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...