Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Tuesday, November 2, 2010

MINYAK NAIK LAGI!!!



Salam pembaca-pembaca yang budiman.Aku nak berbicara mengenai minyak pada pagi ini. Seperti biasa bila harga minyak naik, memang gerenti semua akan mengeluh termasuk aku. Tapi harga minyak yang naik bukan RON 95, RON 97 yang naik kepada RM2.15 sen seliter.

Mengenai isu minyak, majoriti sekarang menggunakan minyak RON 95 dan aku rasa hanya kereta-kereta imported & kereta luar negara yang menggunakan minyak RON 97. Bukan apa, ni komen peribadi akulah kita tak perlu kutuk tindakan ni sebab kita lihat dari sudut positif. Apabila minyak naik, ramai yang akan lebih cenderung untuk membeli kereta yang sesuai menggunakan minyak RON 95 terutamanya kereta nasional seperti PERODUA & PROTON. Ini dapat meningkatkan penggunaan barangan buatan Malaysia. RON 97 biasanya digunakan oleh pelancong dari luar contohnya Singapura dan Thailand, jadi dengan meningkatnya harga minyak jenis ni, banyak lagi la income negara yang boleh digunakan untuk kegunaan lain.


Aku yang pernah duduk selama 2 tahun di Singapura, aku tahu bagaimana harga minyak kalau langsung tiada subsidi. Kalau di Singapura, harga minyak dalam keadaan tak menentu dan setiap hari ada kenaikan dan kurang aku lihat penurunan. Tapi rakyat disana tidak cepat melatah kerana mereka boleh menggunakan alternatif lain seperti menaiki perkhidmatan awam yang lebih murah dan menjimatkan. Kalau nak dibandingkan harga minyak di Malaysia dan di negara lain memang begitu berbeza kerana harga minyak di Malaysia tetap diparas rendah & murah.

Memang betul Malaysia negara pengeluar minyak, tapi tahukah anda minyak diMalaysia hanya sesuai digunakan untuk kapal terbang dan seangkatan dengannya. Malaysia bukan negara pengeluar minyak automotif seperti di negara timur tengah. Jadi kita tetap perlu mengimport minyak dari luar.

Persoalan yang aku cuba timbulkan, mana lagi penting samaada subsidi minyak atau subsidi untuk menbuat sekolah, membantu golongan miskin, beri korang biasiswa dan juga yang seangkatan dengan nya?? Aku tengok di Malaysia semua orang nak pakai kereta, sampaikan kawan aku dari Italy agak terkejut sebab orang yang belum ada kerja boleh pakai kereta macam aku. Dinegara luar mereka lebih cenderung menggunakan public transport kerana selain minyak, kos hidup mereka tinggi dan tidak mampu untuk membeli kereta.

Cuma satu yang aku ingin nyatakan kepada kerajaan, aku harap dengan naiknya harga minyak, kerajaan boleh memperbaiki sistem perkhidmatan awam supaya lebih selesa dan efisyen. Korang mesti anggap aku ni penyokong kerajaan yang setia, biarlah korang pikir papepun. Aku walaupun berumur 20 tahun tapi pengalaman aku terseksa semasa berada diluar negara memang sungguh mengajar aku erti cintakan tanah air. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Dan aku memilih untuk tinggal di Malaysia. Bersyukur dengan kemewahan dan segala nikmat yang ada di Malaysia. Always try to think positive. Insyallah kalau semua sentiasa fikirkan positif, Wawasan 2020 akan kita kecapi tidak lama lagi.

Sekian, wasalam, Cheers.

p/s: aku bukan nak cari gaduh, aku just nak bagi pendapat aku. Kalau tak suka tak susah senang ja, tengok kat bahagian atas belah kiri(untuk pengguna MAC) belah kanan(untuk pengguna Windows) ada warna merahkan, tekan je pangkah abis cerita.






5 comments:

My Little Diary said...

ish3x... naik lagi...


entry terbaru "mencari identiti blogger yang hilang"

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠ said...

lo naik lg ke?
aku ank malaysia...(ceh2 nyanyi la plak)

ashraf said...

even naik pun, aku tak kesah.sebab aku takde kereta mahupun motor.heheh

Aku Hakimy said...

ehehhehe...
ladyzul: haah naek untuk ron 97
ashraf: buat pe nak kisah kan.. hahahha

eiela said...

dah agak dah minyak akan naik setiap kali lepas belanjawan dibuat setiap tahun. biasalah, win-win situation kan, diberi yang nih dan ditarik yang lain pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...