Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, November 3, 2010

AKU & ADIK KU

Salam semua, hari ni first time aku akan tunjukkan dekat korang gambar aku bersama adik aku yang gebu lagi comel. mesti bagi sesiapa yang mengenali aku agak pelik dengan statement aku. Sebab aku ni anak bongsu cam mana pula aku ada adik. Bila masa Antie Anna(mak aku) mengandungkan adik aku ni. Siapa adik aku ni. Adakah adik tu?? atau adik ni??

Mari aku jelaskan, aku ada seorang adik angkat bernama Grace dan berbangsa Iban. Adik aku ni sebenarnya anak jiran aku iaitu anak auntie Sunny. Grace ni selalu datang rumah aku dan parents aku jaga dia macam anak sendiri. Comel kot adik aku ni, kalau tak percaya tengok gambar ni.


Ni dia adik aku bernama Grace tu. Gemok dan berat gila. Tapi dia suka aku baling-baling dia. Bukan baling ke lantai atau ke tanah tapi baling ke atas. umur adik aku ni baru ja masuk 3 tahun. sangat lasak budak ni dan selalu membuli kucing-kucing aku. Kalau dia geram dekat kucing aku, dia akan tarik ekor kucing aku tu sampai dia puas. Meraung-raung jugak la kucing aku.

Dari adik aku ni juga aku belajar sedikit bahasa Iban iaitu ngai(jangan), apai(bapa) dan banyak lagi yang aku ingat-ingat lupa. Rindu kat adik aku ni. Walaupun dia berbangsa Iban dan parents dia beragama Kristian, tapi bila datang rumah aku mesti menyibuk sembahyang sebalah mak aku pastu suka sangat main tasbih dan pakai kopiah bapak aku.

Sebelum aku mengakhiri entri aku kali ni aku letak satu lagi gambar adik aku ni dengan aku.

Sama tak muka aku dengan adik aku ni??
Sorry la gambar kurang berkualiti sebab aku ambil guna kamera handfon aku yang tak secanggih DSLR aku. Sekian, Salam, Cheers.


3 comments:

Anna Boleyn said...

tembamnya! and comel! ehem ehem gambar last tu..budak baju biru tu pon comel gak arh. sape ek? hehe ;p

Aku Hakimy said...

hahahaha... memang budak tu comel.. dan hanya dia yang comel.. hehehe

QLANtanese AQURius said...

hahahhahah..ngek la ko ni kimi!

hahaha! nk tergelak aku bce statmnt 2~~hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...