Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Showing posts with label Joke. Show all posts
Showing posts with label Joke. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

JOM NAIK MOTOR MPV


Salam semua, okey tak tajuk post ni dengan gambar diatas tu. Tapi gambar diatas ni jangan pula korang buat atas jalan kat Malaysia ni. Tak pasal-pasal kena langgar dengan lori. Sekian , Cheers.


SERONOKNYA DAPAT 5A!!!!!


hehehe... Selamat Menjamu Selera semua. Cheers.


PAK CIK KAYO!!!! PAK CIK KAYO!!!!

Selamat pagi semua. Pagi-pagi bangun tidur mesti korang lapar. Bila korang lapar korang akan buka wallet atau beg duit untuk melihat duit tinggal brapa dan bajet untuk sarapan pagi. Macam mana kalau pagi-pagi korang bangun korang menjumpai note 1 trillion dalam beg duit anda. Apa korang akan buat dengan duit sebanyak itu?? Bagaimana pula note 1 trillion itu berbentuk sebegini (lihat dibawah)

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



Korang tahu tak brapa nilai sebenar 1 trillion zimbabwe ni dengan ringgit malaysia. 1trillion dollars zimbabwe = RM50 ja.
Kalau di Malaysia jika korang ada 100 billion ringgit, korang mungkin seorang pengusaha francais KFC. Tetapi di zimbabwe anda hanya boleh membeli 3 biji telur dengan 100 billion dollar Zimbabwe.

Kesimpulannya, kita harus bersyukur dengan negara kita yang kadar inflasinya masih berada ditahap tidak membimbangkan. Di negara lain terutamanya negara Africa, mereka mengalamai kadar inflasi yang sangat teruk sehinggakan mereka kaya dengan digit pada duit kertas sahaja. renung-renungkan dan selamat beramal. Cheers.


Friday, December 10, 2010

GAMBAR KREATIF: INVISIBLE MAN





Kreatif betul diorang ni. Sekali tengok macam biasa ja, bila dua kali tengok nampak la ada makhluk seakan-akan sesumpah. Jom kita try ramai-ramai, tengok jadi tak.

Wednesday, November 10, 2010

SIGNBOARD IKHLAS!!!!!



Salam pembaca-pembaca yang paling aku respek. Post aku kali ni tentang signboard dan signboard-signboard ni semua berada di Malaysia dan kalau tak silap di Kuantan, Pahang. Memang ikhlas dan jujur la signboard ni pekena pengguna jalanraya.hehehehe. Salam, Cheers.


JANGAN BIARKAN GAMBAR ANDA DINODAI!!!!!


Sorry la kalau kecik sangat. Tapi aku rasa still dapat tengokkan.Ni dah habis besar dah aku boleh buat. So korang kena ingat tau, tiap kali korang masukkan gambar korang korang kena berhati-hati takut dipergunakan oleh individu yang tak bertanggungjawab lain pulak jadi. Sekian sahaja dari aku, Salam, Cheers.



Tuesday, November 9, 2010

MONYET OH MONYET!!!!



Salam pembaca sekalian. Aku ada terbaca di salah satu akhbar arus perdana tentang Adun bergaduh kerana perkataan Monyet. Adun tu yang bergaduh. Kadang-kadang aku lihat politik di Malaysia ni macam tadika pun ada. Boleh pula seseorang bergelar YB mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Cuba jadi contoh terbaik untuk rakyat di Malaysia ni. Tapi kadang-kadang geli hati juga aku tengok diorang ni bertekak. Ni aku sertakan petikan daripada akhbar tu.

GEORGETOWN: Perkataan "monyet" hangat diperbahaskan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bila R S N Rayer (DAP-Seri Delima) menuduh mereka yang membuat demonstrasi depan bangunan DUN Selasa lalu menyerupai perangai haiwan berkenaan.
"Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan," katanya.

Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan video bagi membuktikan bahawa penyokong demonstrasi itu diketuai oleh UMNO dan bertindak seperti monyet.

Rayer menegaskan: "Kalau perbuatan menggoncang pagar itu bukan perbuatan seekor monyet, itu perbuatan siapa? Kera kah atau beruk?".
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan meminta dewan untuk melarang penggunaan perkataan monyet itu dalam DUN.

Tan Beng Huat (DAP-Jawi) mencelah bertanya mengapa perkataan monyet boleh digunakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya pernah terbaca sebuah artikel oleh Sharizat yang menyebut negeri-negeri yang diperintah pembangkang itu seperti cinta monyet, mengapa kita tidak boleh menggunakannya dalam dewan?," katanya.

Hayooo, Hallo YB apa la lu orang ni, mau gaduh guna monyet la kera la beruk la. Cuba guna perkataan ilmiah sedikit macam Macaca fascicularis. Ni nama saintifik untuk monyet, guna perkataan ni for sure tak gaduh macam budak-budak dah. Sekian dari aku, salam, Cheers.

 


THE BLOGGER LIFE!!!!

Salam pembaca sekalian, aku ada terjumpa gambar kartun ni dan aku tertarik sebab mengisahkan kehidupan seorang blogger.


Aku rasa macam betul la kehidupan seorang blogger macam ni. Salam, Cheers.

PAKU & BELACAN!!!!

Salam semua, Paku & Belacan apa yang korang dapat bayangkan?? Mesti korang bayangkan sebatang paku sedang diketuk diatas kayu dan belacan sedang di masak oleh mak. Betul tak?? Ni aku nak bagi tau kat korang tentang dua mat salleh yang mengelarkan diri diorang ni Paku dan sorang lagi Belacan. Lawakkan, lawak lagi kalau korang tengok video ni.

 

Dah tengok?? memang lawak gila la. Banyak lagi hasil-hasil video diorang ni di Youtube. Diorang ni memang sangat fasih cakap bahasa Melayu. Jom serang Youtube dengan keyword Paku & Belacan. Salam, Cheers.


Saturday, November 6, 2010

KARANGAN BUDAK DARJAH 4!!!!

Salam readers semua, entri post aku kalu ni aku nak bagi korang sample karangan budak darjah 4 yang tulis. Apa yang aku paham tentang karangan ni adalah semua manusia akan mati suatu hari nanti. Jom kita baca sama-sama.

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

So apa pendapat korang tentang karangan ni??? Komen sikit tentang karangan ni. Aku baca tergelak-gelak sampai nak mati dah. hehehehe. Sekian Cheers.

credit to: FB Saiful Azreen

Tuesday, October 26, 2010

MATI KERNA TERSALAH PILIH!!!!!

Salam readers semua. Hari ni sungguh menyayat hati kerana apa yang telah berlaku di Sumatera Barat dimana bumi sumatera digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami setinggi 3 meter. Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam.

Okey ni satu lagi cerita sedih yang aku nak kongsi dengan pembaca belog aku. Mati Kerna Tersalah Pilih itu adalah tajuk entry aku kali ni. Siapa yang mati dan bagaimana dia mati akan ku beritahu sebentar sahaja lagi.

Siapa yang tak kenal sotong bernama Paul. Sotong ini didapati mati di akuarium tempat dia tinggal. Mengikut pakar forensik yang aku temubual ditempat kejadian, Paul mati akibat serangan jantung selepas melakukan satu lagi tilikan mengenai permainan bola. Serangan jantung ini adalah akibat tersilap tilik untuk perlawanan Kedah vs Kelantan baru-baru ini.(tak percaya tengok gambar kat bawah). Perlawanan itu dimenangi Kelantan.


Akibat malu Paul mula tidak keruan.Simptom awal yang ditunjukkan Paul adalah kemurungan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir hari ini akibat serangan jantung bertubi-tubi.hehehehe. Kehilangan Paul amat dirasai oleh kaki judi bola.

So kesimpulannya, bagus juga Paul ni mati tak da dah la orang nak berjudi bola sebab takut kalah. hehehe. Sekian, hakimy melaporkan untuk Belog Hakimy. Peace No War. Cheers.

Gambar ihsan daripada AkuSerabut




GAGAL LA DIORANG NI!!!

Salam readers dan selamat petang semua. Oleh kerana aku ni seorang peminat gadjet kamera, aku nak share sikit kat korang semua gambar-gambar mereka yang gagal dalam menggunakan kamera dengan betul. Lawak jugak gambar-gambar ni, so korang tengok la camna. hehehe.

Ni ambil gambar tapi lens cap tak buka. Aku biasa juga camni sebab tergesa-gesa nak ambil gambar.

Yang ni lagi tak boleh belah. Ingat gune teropong boleh zoom la kamera tu. Takdapat nyer jack.

Ni betul-betul gagal la, korang rasa mana dipasang dulu, CCTV atau Signboard.

Someone please help this old lady. Kecian pun ada aku tengok nenek ni, anak dia tak ajar ke camna nak guna kamera. hehhe
Sampai disini sahaja, salam dan cheers.


Monday, October 25, 2010

FACEBOOK ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA!!!!

Salam readers semua. Aku tak nak cakap apa, korang baca la gambar kat bawah ni. Mesti tergelak sampai pecah perut. Cheers.

Sumber daripada Akuserabut.


Thursday, October 14, 2010

SIGNBOARD LAWAK TAHAP 3!!!!!

Salam pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Gambar-gambar yang korang bakal tengok ini adalah gambar-gambar papan tanda di sekitar India. Memang sound direct la signboard ni. Ada juga signboard kedai yang korang akan gelak guling-guling kalau baca. Kalau korang tak gelak, ape aku kisah. hahahahah. So jom kita tengok. Cheers.

p/s: kalau la kat Malaysia ada signboard camni kan best.hehehehe..







20 CARA JADI ROOMATE GILE!!!!

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

sumber:Facebook


Tuesday, September 28, 2010

Katak Oh Katak

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.




Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.



Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran.


p/s: aku bukan main tergelak-gelak baca pasal katak dan saintis ni.. macam harem ja.. adoyai... ape la nasib ko katak.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...