Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Showing posts with label videography. Show all posts
Showing posts with label videography. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

SILA UNDI VIDEO PSA KAMI !!!-MUFORS




Akhirnya video projek Public Service Announcement(PSA) telah berjaya di'upload' untuk pertandingan MUFORS (Malaysian Unite For Road Safety). Video kami yang bertajuk


"Headgear the Saviour"


Tajuk video ini dicadangkan oleh membe blog kami yang bernama Ayap. Kami merasakan nama ini di sesuai untuk video kami. Tahniah Ayap. Nanti kami akan buat sedikit penghargaan kepada anda seperti yang dijanjikan. Ni link blog Ayap:



Video ini merupakan hasil titik peluh aku dan 2 lagi membe blog aku iaitu Aran dan Iznulmuazim. Ini link blog kami :
http://akuserabut.blogspot.com/
http://beloghakimy.blogspot.com/
http://iznulmuazim.blogspot.com/

Di sini, kami memerlukan jasa baik anda untuk mengundi Video PSA kami. Kami ucapkan ribuan terima kasih di atas semua undian anda.

Macam mana nak undi?
 
1.First,anda kena register satu akaun dulu sebelum nak undi video PSA kami. Ini link untuk register:



nanti dia akan keluar page macam ni. anda cuma perlu isi username dan password.


2.Second, jika sudah register atau mempunyai akaun. anda sudah boleh vote video PSA kami.
Sehari hanya boleh vote 1 kali untuk satu video.Vote untuk setiap hari digalakkan.Deadline sampai 30.11.2011 !Ni link untuk vote video PSA kami :




Nanti akan keluar page macam ni. Anda cuma perlu klik button vote :)

Ribuan Terima Kasih kepada sesiapa yang sudi vote kami :) Thank you very much !!!

Kepada blogger pula, kami memerlukan bantuan anda untuk mempromosikan/promte video kami. Buat satu entry di blog anda pasal video kami dan buat link ke blog kami dan link untuk vote video PSA kami.

Apa yang korang boleh dapat jika tolong kami promote video kami??

Untuk pengetahuna anda, bagi mana-mana video yang mendapat undian terbanyak akan mendapat anugerah PEOPLE'S CHOICE AWARD ! Video yang berjaya memenangi anugerah ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1000. Kami telah bercadang kalau kami menang award People's award choice. kami akan berkongsi sebahagian wang yang dimenangi untuk blogger-blogger yang membuat entry mempromosi video PSA kami. Sharing is Caring hehehehe :)


Sebagai contoh, kalau 10 blogger yang membuat entry pasal video PSA kami dan kami berjaya memenangi anugerah PEOPLE"S CHOICE AWARD .RM500 akan dikongsi kepada 10 blogger tersebut. Hadiah bergantung kepada bilangan blogger yang membuat entry pasal video kami. dan hadiahnya kami belum tentukan.


Kalau kami berjaya mendapat anugerah PEOPLE'S CHOICE AWARD, jangan risau, pasti ada habuan untuk anda. Tunjukkan POWER OF BLOGGER. Mampukah kuasa blogger-blogger mengalahkan video-video yang lain yang sudah mencecah undian beribu?? Mampukah??!!!

Perhatian!!! JIKA VIDEO KAMI MENANG ANUGERAH PEOPLE CHOICE AWARD JA OK :)
Kalau berminat untuk promte video kami. Kalau sudah post. cuma copy paste link post anda di ruang komen ini . Sekain,terima kasih.

 
Mampukah???

Dilaporkan oleh Aran
Hakimy ada kerja lapangan(fieldwork) :)

Wednesday, November 10, 2010

"THE UNKNOWN" VIDEO + CONTEST!!!!!!

 

Salam pembaca Belog Hakimy. Rasanya sudah seminggu seperti yang aku janjikan. So inilah video penuh hasil daripada titik peluh aku dan 2 lagi sahabat belog aku iaitu AkuSerabut(Aran) & IznulMuazim.

Disini juga kami bertiga dengan berbesar hati ingin memberi peluang kepada pembaca-pembaca belog kami untuk memberi TAJUK kepada video ini.Kalau korang perasan, "The Unknown" bukan tajuk video ni tapi diletakkan sebab kitorang tak letak TAJUK lagi. So aku letakkan sipnosis dan penerangan sedikit tentang video ni korang bolehlah bagi TAJUK untuk video ni. Kepada TAJUK yang terpilih, LINK belog korang akan berada di sidebar ketiga-tiga belog selama 1 minggu/ 7 hari iaitu di belog:

Sinopsis Video:
- Merupakan video berkonsepkan Public Service Announcement(PSA) atau dengan bahasa mudahnya iklan kempen keselamatan jalanraya.
- Mengisahkan perbezaan 2 orang yang mempunyai sikap yang berbeza iaitu seorang lebih mementingkan keselamatan diri walaupun berbasikal dan seorang lagi tidak mementingkan keselamatan diri walaupun menaiki motosikal.

Untuk apa video ini??Kena undi ke video ni??
  •  Video ini adalah untuk pertandingan MUFORS (Malaysian Unite For Road Safety).
  •  Yup, kami memohon jasa baik anda untuk support & undi video kami.
Dekat mana nak undi??
Tarikh tutup untuk beri TAJUK video ini bila??Dekat mana nak tulis TAJUK untuk video ni??
  • Tarikh tutup adalah pada 11/11/2010 jam 12.00 tengahari.
  • Korang boleh tulis dekat comments post ini dan comment section yang berada di 2 belog lain.

Okey aku rasa aku dah bagi maklumat yang jelas, so korang boleh la start pikirkan TAJUK yang sesuai. Kami akan upload video ni di website MUFORS selepas kami mendapat TAJUK yang sesuai bagi video ini.

So lepas tu korang boleh ramai-ramai serbu dan undi untuk kami. Jasa baik korang semua kami ucapkan jutaan terima kasih.Korang juga boleh komen jika korang rasa terdapat kekurangan dalam PSA kami ini. Sekian daripada aku Hakimy, Salam, Cheers.










Tuesday, November 9, 2010

PAKU & BELACAN!!!!

Salam semua, Paku & Belacan apa yang korang dapat bayangkan?? Mesti korang bayangkan sebatang paku sedang diketuk diatas kayu dan belacan sedang di masak oleh mak. Betul tak?? Ni aku nak bagi tau kat korang tentang dua mat salleh yang mengelarkan diri diorang ni Paku dan sorang lagi Belacan. Lawakkan, lawak lagi kalau korang tengok video ni.

 

Dah tengok?? memang lawak gila la. Banyak lagi hasil-hasil video diorang ni di Youtube. Diorang ni memang sangat fasih cakap bahasa Melayu. Jom serang Youtube dengan keyword Paku & Belacan. Salam, Cheers.


Sunday, November 7, 2010

"THE UNKNOWN" TRAILER

Salam reader semua, ini adalah latest project aku berkolaborasi dengan 2 blogger lain iaitu Akuserabut dan Esensi Implisit & Eksplisit.

Nantikan kemunculan full video bagi video ini. 

Berikan sedikit komen anda mengenai trailer video ini dan kami memerlukan sokongan anda semua. Sekian, Terima kasih, Cheers. :)
 



Tuesday, October 19, 2010

FILEM PENDEK 15 MINIT!!!!

Salam pembaca-pembaca sekalian, kali ni aku nak share sikit kat korang semua projek terbaru daripada VIP crew by Matahati Picture. Kali ni kitorang bercadang untuk menghasilkan filem pendek selama 15 minit. Idea sudah ada cuma perancangan belum dijalankan lagi. Just nak bagitau kat korang, kalau korang ada idea menarik tambahan untuk short filem ni, korang boleh la komen dan bagitau kat post ni idea menarik korang. Bagi idea yang terpilih, VIP crew akan credits kepada anda dan laman sesawang belog anda akan diselitkan sekali didalam video tersebut. Menarik bukan.

Tujuan kami untuk menghasilkan filem pendek adalah untuk melangkah setapak lagi dalam dunia videography. Dengan alatan yang terhad, kami cuba untuk menghasilkan yang terbaik untuk tatapan korang semua. Insyallah VIP crew akan memulakan pembikinan filem ini padaa 3-8 November 2010. So kalau korang tengok ada dalam 5 orang memakai DSLR membuat video, itu adalah kami.hehehe.Untuk makluman semua, VIP crew tidak langsung mempunyai asas dalam pembikinan short filem, kerana kami bukannya pelajar dalam bidang ini. Tetapi atas dasar passionate kami, kami ingin mencuba dan belajar sendiri bagaimana untuk membikin sebuah filem pendek.

Aku dari VIP crew ingin mengajak korang semua untuk mencurahkan idea kreatif korang. Aku tahu banyak idea yang korang ingin jadikan sebagai filem pendek. Do support us. Aku akan update dari semasa ke semasa tentang pembikinan filem pendek ini. Hope korang semua boleh join. Kalau sapa-sapa yang berminat nak volunteer jadi skrip writer, pelakon, cinematographer, dan sebagainya, korang boleh drop by korang punya nama. Kami sangat berbangga kalau dapat bekerja dengan blogger-blogger diluar sana. So as always, Cheers.

p/s:untuk melihat video-video kami sebelum ini, korang boleh pergi ke facebook aku. :))

Monday, October 11, 2010

Save D' Date : Azuan & Farizan (Video)

Salam semua readers hope korang semua sihat-sihat belaka.
Ok entry aku kali ni aku nak cerita sikit pasal pembikinan short pre wedding clip yang aku buat bersama-sama crew VIP. Video ni aku buat untuk client aku iaitu Faizee. Tapi dalam video ni bukan Faizee tapi kakak dan bakal abang ipar dia Farizan & Azuan. Video ni aku namakan Save D' Date sebab video ni akan diletakkan di facebook untuk menjemput orang datang ke Majlis Perkahwinan mereka.

Bercerita pula tentang VIP, VIP adalah anak syarikat Matahati Picture dimana VIP lebih khusus dalam pembikinan video. Crew-crew VIP adalah Ariff Iskandar, Iznul Muazim dan aku sendiri Hakimy Jury. Aku bahagi company aku kepada dua sebab nak mempermudahkan urusan nanti. VIP sedang menyiapkan diri untuk ke tahap yang lebih tinggi iaitu untuk menjadi videographer perkahwinan. Untuk makluman korang, pembikinan video dari VIP 100% menggunakan HDSLR Canon. Sebab memilih HDSLR kerana ianya mudah untuk digunakan serta kemampuan hampir serupa dengan videocam.

Okey sekarang ni aku nak cerita sikit pasal clip video yang aku dan crew VIP buat semalam. Storyline dia berkisahkan kerinduan antara dua kekasih yang berjauhan. Kerana terlampau rindu, kekasih kepada lelaki tersebut telah mengirimkan surat melalui botol yang dicampakkan ke laut. Kerinduan mereka diselangi dengan saat-saat manis mereka bersama. Aku masukkan sekali video dekat sini tapi video yang aku masukkan ni bukan full video tapi kalau korang nak tengok full video aku masukkan dekat Facebook aku dan company aku. Korang boleh check it out dekat situ.

Hope korang boleh komen video amatur dari aku and crew aku. Video kat bawah ni full version punya.






Wednesday, September 29, 2010

DETK BERSAMA HANDYCAM, ASTRO RIA!! FOBIA CINTA!!

 


Hi semua, hari ni aku nak story sikit kat korang semua pasal satu program reality yang tak berapa realiti sangat akan muncul di kaca TV. Program itu adalah program Detik Bersama Handycam yang akan disiarkan di Astro Ria tak lama lagi. Program ini berkonsepkan realiti TV mencari bakat muda bagi bidang pengarahan.


Enam peserta telah dipilih dan akan membuat pengambaran disekitar Malaysia. Kalau korang nak tau, setiap peserta tadi diberi tugasan iaitu membuat short story selama 2 minit di keempat-empat lokasi pengambaraan dalam masa 8 jam sahaja. Mencabar tu!!. 


Apa yang menarik tentang program ni, ianya dihoskan oleh pengacara yang agak terkenal iaitu Awal Ashaari. Lokasi yang akan disinggahi oleh Awal dan peserta-peserta adalah, Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Melaka, & Seremban. Untuk pusingan akhir pula, hanya 2 peserta akan terpilih dan mengikuti Awal untuk ke Turki. Huyooo best tu. Peserta-peserta akan membuat video di Turki. Lupa aku nak bagitau, peserta akan membuat short story menggunakan Sony Handycam dan juga Sony Vaio dengan menggunakan perisian Sony Vegas Pro.

Peserta-peserta dan kawan-kawan aku juga ni.



Untuk pengakhiran, korang kena tengok rancangan ni sebab banyak bakat-bakat muda yang sangat talented dalam dunia perfileman. Aku pun masuk rancangan ni tapi setakat Top 25 je, lepas tu tersingkir sebab tak cukup hensem. Walaupun aku agak kecewa tapi apa boleh buat ada lagi yang hebat daripada aku untuk buat short story. Disini aku sertakan video yang aku buat untuk pertandingan ni satu masa dahulu.AHAHAHHA. Support la industri filem tempatan. Cheers...

 Tajuk: Fobia Cinta  (must watch video)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...