Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Tuesday, October 19, 2010

FILEM PENDEK 15 MINIT!!!!

Salam pembaca-pembaca sekalian, kali ni aku nak share sikit kat korang semua projek terbaru daripada VIP crew by Matahati Picture. Kali ni kitorang bercadang untuk menghasilkan filem pendek selama 15 minit. Idea sudah ada cuma perancangan belum dijalankan lagi. Just nak bagitau kat korang, kalau korang ada idea menarik tambahan untuk short filem ni, korang boleh la komen dan bagitau kat post ni idea menarik korang. Bagi idea yang terpilih, VIP crew akan credits kepada anda dan laman sesawang belog anda akan diselitkan sekali didalam video tersebut. Menarik bukan.

Tujuan kami untuk menghasilkan filem pendek adalah untuk melangkah setapak lagi dalam dunia videography. Dengan alatan yang terhad, kami cuba untuk menghasilkan yang terbaik untuk tatapan korang semua. Insyallah VIP crew akan memulakan pembikinan filem ini padaa 3-8 November 2010. So kalau korang tengok ada dalam 5 orang memakai DSLR membuat video, itu adalah kami.hehehe.Untuk makluman semua, VIP crew tidak langsung mempunyai asas dalam pembikinan short filem, kerana kami bukannya pelajar dalam bidang ini. Tetapi atas dasar passionate kami, kami ingin mencuba dan belajar sendiri bagaimana untuk membikin sebuah filem pendek.

Aku dari VIP crew ingin mengajak korang semua untuk mencurahkan idea kreatif korang. Aku tahu banyak idea yang korang ingin jadikan sebagai filem pendek. Do support us. Aku akan update dari semasa ke semasa tentang pembikinan filem pendek ini. Hope korang semua boleh join. Kalau sapa-sapa yang berminat nak volunteer jadi skrip writer, pelakon, cinematographer, dan sebagainya, korang boleh drop by korang punya nama. Kami sangat berbangga kalau dapat bekerja dengan blogger-blogger diluar sana. So as always, Cheers.

p/s:untuk melihat video-video kami sebelum ini, korang boleh pergi ke facebook aku. :))

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...