Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, October 22, 2010

KHAS UNTUK BLOGGER BARU MACAM AKU!!!!

Salam dan hello kepada semua pembaca. Untuk post kali ni aku nak bgtau korang camna nak jadi sebuah belog yang mudah dibaca dan popular.

Langkah-langkah adalah seperti berikut:

1. Belog anda mestilah simple, menarik dan berinfomasi. Apa yang perlu simple adalah layout belog anda mestilah simple. Tak perlu meletakkan sebarang widget yang pelik-pelik dan akan menyebabkan pembaca dan blogger lain menunggu hampir sejam nak masuk belog anda.Maklumat-maklumat juga perlulah ilmiah. Kalau nak tulis pasal peribadi anda boleh tapi cuba selitkan gambar-gambar, tips, berita terkini, dan sensasi, quote/ayat yang menarik atau sketches. Barulah anda mempunyai peminat yang ramai nanti.

2. Gunakan post option. Post option boleh didapati semasa korang nak tulis post baru. Kegunaannya adalah untuk korang set kan bila post yang korang tulis tu akan keluar. Masa-masa yang sesuai untuk sesebuah belog dibaca adalah semasa rehat tengahari (12tghari-2petang), waktu tamat kerja (4petang-5petang) dan juga waktu perdana (8malam hingga 10malam).Satu lagi kalau korang banyak sangat idea sampai boleh tulis 2-3 post, korang boleh gunakan post option ni untuk jadualkan semua post anda.

3. Banyakkan belog walking sambil meninggalkan tapak dan kesan. Apabila anda melawat belog orang lain, pastikan anda meninggalkan kesan samaada di chat box, comments ataupun menjadi follower. Ini sedikit sebanyak akan membantu anda memperkenalkan belog anda kepada semua.

4. Letakan ruangan follower ditempat yang mudah untuk dilihat. Korang letak ruangan follower tu kat tempat yang senang blogger lain lihat sebab senang untuk diorang follow korang. Jangan menggatai letak kat bawah sekali menyusahkkan blogger lain untuk cari.

5. Tidak perlu membebankan belog anda dengan lagu-lagu ataupun slideshow gambar. Kalau nak letak boleh tak salah, tapi kalau korang letak lagu, ia sedikit sebanyak akan memberatkan belog dan juga mengganggu blogger lain yang ingin membaca belog anda.

6. Join kelab-kelab belog di facebook untuk mempromosi belog anda. Setiap kali anda mempunyai post baru, korang boleh attach link dekat Facebook kelab belog tersebut. Ni aku bagi korang link untuk kelab belog di Facebook. Kelab Blogger Ben Ashaari , Kelab Blogger Tegar Malaya, UKM Blogger(khas untuk UKM'ers).

Aku rasa ni sahaja tips yang aku boleh bagi untuk blogger-blogger baru macam aku yang nak menjadi popular dalam dunia belog ni. Yang mana korang suka korang boleh gunapakai, yang mana korang tak suka korang boleh ignore dan buat-buat tak nampak. Selamat mencuba. Cheers.




3 comments:

ariph™ said...

lu nya 1st pendapat macam nak pekena gua ja. haha

My MiRa said...

alamak mira pon terkena..mira tulis sal hal peribadi jer...huhuhu.....

beloghakimy said...

boleh tulis pasal peribadi.. cuma cuba variasikan dalam penulisan tu dengan gambar2 korang... sorry la kalau terasa.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...