Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, October 21, 2010

JOM MASUK UNIVERSITI FREE!!!!

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan kerajaan memansuhkan yuran pengajian di kesemua 22 universiti awam di negara ini bagi mengelakkan pelajar dibebani hutang sejurus menamatkan pengajian .

Ketua nya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pemansuhan itu bagi mengelakkan mereka mengambil pelbagai pinjaman sehingga menanggung hutang bernilai ribuan ringgit apabila bekerja kelak .

Beliau berkata, yuran pengajian yang diperoleh universiti awam di seluruh negara sebenar nya terlalu kecil berbanding peruntukan yang diberi kerajaan setiap tahun .

"Puteri mencadangkan yuran pengajian para pelajar universiti ditampung oleh kerajaan melalui penambahan peruntukan kepada universiti .

"Dalam erti kata lain, pelajar tidak perlu membayar yuran dan universiti tidak kehilangan pendapatan hasil daripada pungutan yuran," kata nya semasa menyampaikan ucapan dasar pada persidangan pergerakan itu di sini semalam .

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan memberitahu, jika cadangan itu dilaksanakan, pendidikan di Malaysia akan menjadi percuma sepenuhnya dari tadika sehingga ke menara gading .

Pada masa yang sama, Puteri UMNO turut menyarankan bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 dikecualikan daripada cukai pendapatan memandangkan taraf hidup semasa yang semakin tinggi .

"Kerajaan perlu mengkaji semula perlepasan cukai untuk rakyat yang berpendapatan di bawah RM4,000 termasuk perlepasan kos sara diri, kos perubatan, kos insurans dan lain-lain yang dapat mengimbangi kos sara hidup kini dikaji semula mengikut keperluan semasa," ujar nya.

sumber-kosmo

Komen dari aku: Aku rasa yuran tidak perlu dimansuhkan, sebaliknya diselaraskan seperti mana UiTM. Diorang hanya perlu membayar sejumlah RM500++ sahaja untuk yuran pengajian mereka. Jikalau yuran ni dimansuhkan, banyak side effectnya. Cuba korang bayangkan kalau korang belajar secara percuma, korang kalau kene buang dari Universiti pun korang tak kisah. Bukan kena bayar pape pun. Rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling kurang menghargai sesuatu sehingga lah mereka perlu membayar untuk mendapatkan nya. Aku pun camtu juga kadang-kadang. Jadi renung-renungkan lah. Cheers.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...