Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca. Sejurus selepas aku menyiapkan segala assignment aku dan juga segala macam kerja aku, aku pun main bukak-bukak folder dalm komputer aku. Tetiba aku terjumpa koleksi gambar-gambar kahwin yang pernah aku tangkap masa zaman muda-muda dulu. Kadang-kadang tergelak juga aku tengok gambar aku dulu-dulu. memang skema habis la. Baru aku perasan yang sebenarnya dah lama juga aku buat kerja ambil-ambil gambar ni. Rasa macam baru semalam ja. So aku nak share kat korang la gambar kawin yang aku ambil dulu. Pengantin dalam gambar ni dari Klang, Selangor. Tahun gambar ni diambil adalah pada tahun 2009. Kalau tak silap aku la. Gambar antara terawal hasil karya dari aku. So saksikan lah.
Kalau suka dengan gambar aku ni, sila-sila la komen. Kalau tak suka nak kritik pun takpa. Tapi jangan over sebab aku dah bagitaukan gambar ni gambar dulu masa aku first berkecimpung dalam bidang ni. hehehehe. Cheers.
No comments:
Post a Comment