KLIK KLIK KLIK !!!
Thursday, October 21, 2010
IKLAN BELOG IKLAN BELOG!!!!
Salam pembaca-pembaca yang budiman dan dihormati sekalian. Dipagi yang dingin lagi gelap gelita, aku nak cerita kat korang semua tentang iklan-iklan di belog.Banyak la iklan-iklan yang korang boleh gunakan untuk mendapat pendapatan secara pasif. Iklan-iklan bagi belog yang terdapat di Malaysia adalah seperti Nuffnang, Innity, Adverlets, Youth says, dan juga Mangga Ads. Iklan-iklan ni semua dapat mendatangkan pendapatan pasif kepada korang. Walaupun kadang-kadang jumlahnya sikit, tetapi apabila korang rajin update belog dan promote belog korang, income yang dijanakan daripada iklan-iklan ni boleh mencecah sehingga ratusan malahan ribuan ringgit. Banyak tu sapa nak bagi kan.
Iklan yang paling popular dan sering digunakan adalah iklan dari Nuffnang. Bagi aku, iklan-iklan daripada Nuffnang sangat menarik. Antara syarikat yang sering kelihatan dalam iklan Nuffnang adalah AirAsia, Digi, Citibank dan banyak lagi. Nuffnang adalah pengendali iklan belog yang paling stabil di Malaysia. Tiada langsung kedengaran sebarang kelewatan dalam pembayaran atau penangguhan dalam pembayaran. Iklan Nuffnang juga sering menghiasi ruangan belog majoriti blogger di Malaysia ni. Bagi aku, kepada sesiapa yang mempunyai belog, rajin-rajinkan diri untuk mendaftar dibawah Nuffnang. kalau berminat boleh klik disini dan fahami terma dan syarat untuk meletakkan iklan di belog anda.
Iklan-iklan lain juga berpotensi untuk menjana pendapatan korang, tapi terdapat satu pengendali iklan belog yang aku tengok sering menipu geng-geng blogger. Pengendali itu adalah Advertlets. Syarikat ini dikatakan telah menipu pulahan malah ratusan blogger di Malaysia ni. Penipuan ini mula disedari blogger apabila pendapatan minimun tidak dihantar kepada blogger. Bukan sahaja pendapatan minimun, malah terdapat juga blogger yang memperoleh pendapatan ratusan ringgit tidak dibayar. Alasan yang akan diberikan adalah kerana fraud click atau dengan sengaja menekan iklan secara sendiri. Bagi aku, alasan ini tidak dapat diterima. Sebab pengendali iklan bernama Advertlets ini seharusnya mempunyai pakar IT dimana mereka boleh mengetahui sekiranya iklan ditekan sendiri oleh blogger itu. Nak cakap banyak pun tak guna apa yang aku boleh share adalah link kepada belog-belog yang telah ditipu oleh Advertlets. (SYAM & SIMON). Mereka berdua ini adalah mangsa dan korang boleh tengok bukti dekat belog diorang.
Sebelum aku melabuhkan tirai, menyelimutkan diri serta melelapkan mata, aku cadangkan korang untuk sama-sama mengambil kesempatan menjadi blogger untuk mempromosi iklan bagi mendapatkan pendapatan pasif kepada korang. Aku sarankan korang daftarkan diri dengan Nuffnang. Rajin sikit je dah dapat duit. hehehehe. So have a sweet dream and goodnight everyone. Cheers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment