Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, October 23, 2010

KL 48HOUR FILM PROJECT

Ihsan dari Utusan Malaysia

Salam semua pembaca sekalian.

Tak lama lagi akan berlangsung satu acara yang paling menarik dalam industri perfileman negara iaitu KL 48hour Film Project.

KL 48Hour Film Project adalah satu acara untuk pembikin filem tempatan menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menghasilkan filem pendek (4 minit) dalam masa 48jam atau 2 hari.

Pemenang bagi acara ini akan dibawa ke Filmapalooza, Miami, Amerika Syarikat dan akan bertanding dengan filem-filem pendek antarabangsa yang lain.

Bukan itu sahaja filem pendek pemenang akan turut ditayangkan di sudut filem pendek Festival Filem Antarabangsa di Cannes, Perancis tahun depan.

Apa yang aku nak bagitau, acara ini akan berlangsung pada 29-31 Oktober ni. So korang jangan terperanjat pula tengok banyak sangat shooting filem dekat KL.

So tunggu hasil-hasil karya terbaik daripada 30 buah pasukan yang bertanding.

Sekian, Cheers.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...