Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, October 22, 2010

HAPPY BIRTHDAY PENANG FREE SCHOOL!!!!




Salam kepada semua pembaca-pembaca yang setia dengan Belog Hakimy. Post kali ni saya dedicate kepada Penang Free School(PFS). Hari ini adalah hari ulang tahun Penang Free School yang ke 194 tahun. Dah sangat tua dah PFS ni. Kalau korang nak tau la, PFS adalah sekolah menengah aku yang pertama dan yang amat aku kagumi. PFS mula ditubuhkan pada Oktober 21, 1816 dan mempunyai motto yang sangat unik iaitu Fortis, Atque, Fidelis. Maksud motto dalam bahasa latin ini adalah Strong & Faithful. Aku bersekolah disana pada tahun 2002 sehingga 2004. PFS adalah sebuah sekolah yang sangat mengekalkan adat tak kira dari segi apa pun. Adat yang aku maksudkan adalah adat sekolah. Kalau korang nak tau, lencana sekolah ni bukan jenis lekat guna iron kat baju, tapi jenis ada pin. Lencana pula ada berbagai jenis antaranya untuk pelajar biasa, pengawas, atlet dan sebagainya. Disiplin di sekolah ni memang tip top. Sebab tu sapa-sapa yang keluar dari sekolah ni pasti akan berjaya dalam apa bidang sekali pun.

Aku memang sangat rindu kat sekolah ni walaupun aku hanya sempat bersama sekolah ni selama 2 tahun. Best of luck PFS. Hope PFS can be the most excellent school. Last but not least, Happy 194 Birthday to Penang Free School.

"Once a Frees, Always a Frees, Not an X-Frees but an Old Frees"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...